☼Keperluan Kepada Al-Hujjah (al-Idhtirar ila al-Hujjah)☼
[Abu Ja‘far Muhammad bin Ya‘qub al-Kulaini pengarang kitab ini-rahimahu llahu- telah berkata:
(1)-1. Ali bin Ibrahim telah meriwayatkan kepada kami, daripada bapanya, daripada al-‘Abbas bin Umar al-Fuqimiy daripada al-Hisyam bin al-Hakam, daripada Abu Abdillah a.s bahawa sesungguhnya beliau a.s telah berkata kepada seorang zindiq yang telah bertanya kepadanya: Bagaimanakah anda buktikan para nabi dan para rasul? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya manakala kami membuktikan bahawa bagi kami Pencipta Yang Maha Bijaksana yang mana makhluk-Nya tidak dapat menyaksikanNya dan menyentuhiNya, justeru Dia menghubungi mereka atau mereka menghubungiNya, lalu Dia berhujah dengan mereka dan mereka pula berhujah dengan-Nya, maka terbuktilah bahawa bagiNya duta-duta (sufara’) pada makhluk-Nya bagi menerangkan tujuan-Nya kepada makhluk-Nya dan hamba-hamba-Nya.
Menunjukkan kebaikan dan manfaat kepada mereka serta menjaga kewujudan mereka kerana jika al-Hujjah ditinggalkan, maka ia akan membinasakan mereka. Justeru, mereka yang menyuruh (al-Amirun) dan melarang (al-Nahun) adalah daripada Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui tentang makhluk-Nya. Dan mereka yang bercakap tentangNya adalah para nabi a.s dan mereka yang terpilih di kalangan makhluk-Nya. Mereka adalah bijak diutus untuk mendidik umat dengan hikmah tanpa bersyarikat dengan mereka dari segi penciptaan dan bentuk-meskipun mereka pada zahirnya adalah sama. Mereka disokong oleh Yang Maha Bijaksana lagi Mengetahui dengan hikmah. Kemudian dalil-dalil dan bukti-bukti yang dibawa oleh para nabi dan para rasul a.s di setiap era dan zaman membuktikan bahawa bumi Allah tidak sunyi daripada (seorang) Hujjah yang mana bersamanya petanda yang menunjukkan kepada kebenaran kata-katanya dan ketepatan keadilannya.
(2)-2. Muhammad bin Ismail, daripada al-Fadhl bin Syazan, daripada Safwan bin Yahya, daripada Mansur Ibn Hazim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s bahawa sesungguhynya Allah adalah lebih dihormati dan lebih mulia dari memperkenalkan diri-Nya kepada makhluk-Nya, malah makhluk-Nya mengenaliNya, beliau a.s telah berkata: Apa yang anda telah katakan itu adalah benar. Maka aku telah berkata: Sesiapa yang telah mengetahui bahawa baginya Tuhan, maka sayugia baginya mengetahui bahawa Allah mempunyai keredaan dan kemurkaan. Sesungguhnya beliau tidak mengetahui keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya melainkan dengan wahyu atau rasul.
Justeru, sesiapa yang tidak didatangi wahyu, maka beliau harus mendapatkan para rasul dan apabila beliau bertemu dengan mereka, maka beliau mengetahui bahawa mereka adalah al-Hujjah dan mereka pula wajib ditaati. Aku telah berkata kepada orang ramai: Adakah kamu mengetahui bahawa Rasullah s.a.w adalah seorang Hujjah daripada Allah ke atas makhluk-Nya? Mereka telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mati, maka siapakah Hujjah ke atas makhluk-Nya? Mereka telah berkata: Al-Qur’an, lalu aku telah melihat kepada al-Qur’an, maka aku dapati Murjiah, Qadariyah dan Zindiq menggunakan hujah daripada al-Qur’an meskipun mereka tidak mempercayainya. Lantaran itu, aku dapati al-Qur’an tidak menjadi Hujjah kecuali dengan wujud penjaganya. Justeru, apa yang dikatakannya itu adalah benar.
Aku telah berkata kepada mereka: Siapakah penjaga al-Qur’an? Mereka telah berkata: Ibn Mas‘ud telah mengetahuinya, ‘Umar telah mengetahuinya dan Huzaifah telah mengetahuinya, aku telah berkata: Semuanya? Mereka telah berkata: Tidak, maka aku tidak mendapati seorangpun yang berkata bahawa beliau mengetahui semuanya kecuali Ali a.s. Apabila persoalan mengenai al-Qur’an timbul di kalangan orang ramai, Ibn Mas‘ud telah berkata: Aku tidak mengetahuinya. Sementara seorang lain (‘Umar) telah berkata: Aku tidak mengetahuinya dan seorang lagi (Huzaifah) telah berkata: Aku tidak mengetahuinya. Dan lelaki ini (Ali a.s) telah berkata: Aku mengetahuinya. Lantaran itu, aku naik saksi bahawa Ali a.s adalah penjaga al-Qur’an. Dan Ketaatan kepadanya adalah difardukan (kanat ta‘atu-hu muftaradhatan) justeru beliau adalah Hujjah ke atas manusia selepas Rasulullah s.a.w. Dan apa yang dikatakan olehnya tentang al-Qur’an adalah benar. Imam Ja‘far a.s telah berkata: Semoga Allah merahmati anda.
(3)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Ibrahim, daripada Yunus bin Ya‘qub berkata: Di sisi Abu Abdillah a.s sekumpulan para sahabatnya antaranya Humraan bin A‘yan, Muhammad bin Nu‘man, Hisyam bin Abu Salim, al-Tayyar dan satu kumpulan yang terdiri daripada Hisyam bin al-Hakam; seorang remaja pada masa itu, maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Hisyam, apakah yang anda telah buat kepada ‘Umru bin ‘Ubaid dan bagimana anda telah bertanya kepadanya? Hisyam telah berkata: Wahai anak Rasulullah, sesungguhnya aku memuliakan anda dan menjadi malu kepada anda, lidahku tidak berfungsi di hadapan anda, maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila aku memerintahkan kamu melakukan sesuatu, maka lakukanlah. Hisyam telah berkata: Aku telah diberitahu bahawa ‘Umru bin ‘Ubaid telah berada di masjid Basrah (mengajar), maka ia mencemaskan aku. Kemudian aku telah pergi ke Basrah pada hari Jumaat. Aku telah memasuki masjid Basrah, maka aku telah mendapati orang ramai mengelilingi ‘Umru bin ‘Ubaid yang memakai kain bulu berwarna hitam yang membaluti pinggangnya dan satu kain di atas bahunya.
Orang ramai telah bertanya kepadanya, aku telah meminta orang ramai di sekelilingnya memberi laluan kepadaku, lantas mereka melakukanya untukku. Lalu akupun duduk di atas lututku di belakang mereka. Aku telah berkata: Wahai orang alim, aku adalah orang asing di sini, adakah anda izin kepadaku untuk bertanya? Beliau telah berkata kepadaku: Ya, aku telah berkata kepadanya: Adakah anda mempunyai mata? Maka beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, apakah soalan semacam ini? Bagaimana anda telah bertanya soalan yang anda dapat melihatnya dengan jelas? Aku telah berkata: Tetapi ini adalah soalanku.
Beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, tanyalah sekalipun soalan anda itu bodoh. Aku telah berkata: Jawablah soalanku, beliau telah berkata: Tanyalah. Aku telah berkata: Adakah anda mempunyai mata? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apakah anda buat dengannya? Beliau telah berkata: Aku menlihat dengannya, aku telah berkata: Adakah anda mempunyai mulut? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apakah anda buat dengannya?
Beliau telah berkata: Aku merasai makanan dengannya. Aku telah berkata: Adakah anda mepunyai telinga? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apakah anda buat dengannya? Beliau telah berkata: Aku mendengar suara dengannya. Aku telah berkata: Adakah anda mempunyai hati (al-Qalb)? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apakah anda buat dengannya? Beliau telah berkata: Aku membezakan dengannya apa yang datang daripada anggota-anggota dan perasaan, aku telah berkata: Adakah anggota-anggota ini tidak memerlukan hati? Beliau telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Bagaimana itu boleh terjadi sekiranya ia sihat dan sejahtera?
Beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, anggota-anggota badan apabila ia syak tentang sesuatu, maka ia mengidunya, melihatnya atau merasainya dan mendengarnya, kemudian ia mengembalikanya kepada hati, lalu ia mengembalikan keyakinan dan menghilangkan syak. Hisyam telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Tidakkah Allah menjadikan hati untuk menghilangkan syak anggota-anggota? Beliau telah berkata: Ya, maka aku telah berkata kepadanya: Wahai Abu Marwan, sesungguhnya Allah tidak meninggalkan anggota-anggota badan anda sehingga Dia menjadikan untuknya imam (imaman) bagi mengesahkan kebenaran dan menyakinkan apa yang disyakinya. Dia tidak meninggalkan semua makhluk di dalam kebingungan, syak dan perselisihan tanpa melantik imam untuk mereka yang membolehkan mereka menjelaskan kebingungan dan syak mereka kepadanya sebagaimana Dia telah menjadikan untuk anda [seorang] imam bagi anggota-anggota anda. Segala kebingunan dan syak anda dirujukkan kepadanya?! Beliau telah berkata: ‘Umru bin ‘Ubaid telah terdiam tanpa berkata apa-apa kepadaku.
Kemudian beliau telah berpaling kepadaku sambil berkata kepadaku: Anda Hisyam bin al-Hakam? Aku telah berkata: Tidak, beliau telah berkata: Adakah anda di kalangan sahabatnya? Aku telah menjawab: Tidak, beliau telah berkata: Dari manakah anda datang? Aku telah berkata: Aku daripada ahli Kufah. Beliau telah berkata: Jika begitu, maka anda adalah beliau, kemudian beliau telah memelukku dan menjemput aku duduk bersamanya. Dan beliau terus berdiam diri sehingga aku pergi dari majlis itu. Perawi telah berkata: Abu Abdillah a.s telah tersenyum sambil berkata: Wahai Hisyam, siapakah yang telah mengajar anda semua ini? Aku telah berkata: Suatu yang aku telah mengambilnya daripada anda dan aku menyusunnya sendiri, maka beliau a.s telah berkata: Ini adalah tertulis di dalam mashaf Ibrahim dan Musa.
(4)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Yunus bin Ya‘qub berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s apabila seorang lelaki dari Syam datang kepadanmya sambil berkata: Aku adalah seorang pakar di dalam bidang ilmu Kalam, Fekah dan Faraid. Aku telah datang untuk berdialog tentang para sahabat anda, lantas Abu Abdillah a.s telah berkata: Percakapan anda daripada percakapan Rasulullah s.a.w atau dari sisi anda?
Beliau telah berkata: Dari percakapan Rasulullah s.a.w dan percakapan aku, maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Jika begitu, anda adalah bersekutu (syarik) Rasulullah s.a.w? Beliau telah berkata: Tidak, Abu Abdillah a.s telah berkata: Anda mendengar wahyu daripada Allah menceritakan kepada anda? Beliau telah berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Anda wajib ditaati sebagaimana wajib ditaati Rasulullah s.a.w? Beliau telah berkata: Tidak, maka Abu Abdillah a.s telah berpaling kepadaku sambil berkata: Wahai Yunus bin Ya‘qub, orang ini telah menentang dirinya sendiri sebelum beliau berdialog, kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Yunus, jika anda seorang pendebat yang baik, nescaya anda boleh berdebat dengannya. Yunus telah berkata: Alangkah tidak beruntungnya aku! Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya aku telah mendengar anda mencegah perbahasan di dalam ilmu Kalam dan berkata: Celakalah kepada mereka yang berdebat di dalam ilmu Kalam. Mereka telah berkata: Ini boleh diterima dan ini tidak boleh diterima, ini boleh dibuat kesimpulan dan ini tidak boleh dibuat kesimpulan. Ini boleh difahami dan itu tidak boleh difahami.
Maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya aku telah berkata: Celakalah kepada mereka sekiranya mereka meninggalkan apa yang aku telah katakan kepada mereka dan berpendapat apa yang mereka mahu. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Keluar ke pintu dan lihat kepada Mutakallimun serta jemput mereka masuk? Yunus telah berkata: Aku telah memasukkan Humraan bin A‘yan seorang pendebat yang baik, aku telah memasukkan al-Ahwal, seorang pendebat yang baik, aku telah memasukkan Hisyam bin Salim, seorang pendebat yang baik, aku telah memasukkan Qais bin al-Masir, seorang pendebat yang paling baik di sisiku. Beliau telah mempelajari ilmu Kalam daripada Ali bin al-Husain a.s.
Manakala majlis diadakan- Abu Abdillah a.s sebelum mengerjakan haji, beliau a.s telah tinggal beberapa hari di dalam khemah di atas bukit yang berdekatan dengan al-Haram. Perawi telah berkata: Abu Abdillah a.s telah mengeluarkan kepalanya dari khemahnya, tiba-tiba beliau a.s telah melihat unta betina melompat kepadanya. Beliau a.s telah berkata: Hisyam, demi Tuhan Ka‘bah, Yunus telah berkata: Kami telah menyangka bahawa Hisyam adalah daripada keturunan ‘Aqil, kerana beliau a.s telah mengasihinya dengan kuat. Yunus telah berkata: Hisyam bin al-Hakam telah sampai, seorang remaja yang baru tumbuh janggutnya. Di kalangan kami tiada seorangpun yang lebih muda daripadanya.
Yunus telah berkata: Abu Abdillah a.s telah menyediakan bilik untuknya sambil berkata: Beliau adalah pembantu kami dengan hatinya, lidahnya dan tangannya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Humraan, berdebatlah dengannya (lelaki dari Syam), lalu Humraan telah berdebat dengannya dan mengatasinya. Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Taqi, berdebatlah dengannya, lalu beliau telah berdebat dengannya dan dapat mengatasinya. Al-Ahwal juga berdebat dengannya dan mengatasinya.
Kemudian Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Hisyam bin Salim, berdebatlah dengannya, maka mereka adalah sama di dalam debat. Kemudian beliau a.s telah berkata kepada Qais al-Masir: Berdebatlah dengannya, lalu beliau telah berdebat dengannya. Abu Abdillah a.s telah tersenyum kerana perdebatan mereka berdua telah dapat mengatasi lelaki dari Syam itu. Beliau a.s telah berkata: kepada lelaki Syam itu: Berdebatlah dengan remaja ini-iaitu Hisyam bin al-Hakam-maka beliau berkata: Ya, sambil berkata kepada Hisyam, wahai remaja, bertanyalah aku tentang imamah lelaki ini (Abu Abdillah a.s), lantas Hisyam telah menjadi marah sehingga gementar, kemudian berkata kepada lelaki dari Syam itu: Wahai lelaki, adakah Tuhan anda lebih memahami makhlukNya atau makhluk-Nya lebih memahami tentang diri mereka? Lelaki dari Syam telah berkata: Tuhanku lebih memahami tentang makhluk-Nya. Hisyam telah berkata: Apakah Dia telah melakukan kepada mereka sebagai hasil kefahaman-Nya? Beliau telah berkata: Beliau telah mendirikan hujjah dan dalil untuk mereka supaya mereka tidak berpecah dan berselisih faham. Beliau telah menjinakkan mereka, menyokong mereka dengan kasih sayang, menceritakan kepada mereka apa yang difardukan oleh Tuhan mereka. Hisyam telah berkata: Siapakah dia?
Lelaki daripada Syam telah berkata: Rasulullah s.a.w, Hisyam telah berkata: Siapakah selepas Rasulullah s.a.w? Beliau telah berkata: Al-Qur’an dan Sunnah. Hisyam telah berkata: Apakah al-Qur’an dan Sunnah memanfaatkan kita di dalam menghapuskan perselisihan di kalangan kita? Lelaki daripada Syam telah berkata: Ya. Beliau telah berkata: Kenapakah kita berselisih faham, aku dan anda. Anda telah datang dari Syam untuk menentang kami?
Yunus telah berkata: Lelaki dari Syam itu terdiam. Abu Abdillah a.s telah berkata kepada lelaki dari Syam itu: Kenapa anda tidak bercakap? Lelaki dari Syam telah berkata: Jika aku telah berkata: Aku tidak berselisih faham, nescaya aku berbohong dan jika aku telah berkata: Sesungguhnya al-Qur’an dan Sunnah dapat menghapuskan perselisihan di antara kita, maka aku berbohong juga kerana kedua-duanya memberi berbagai-bagai tafsiran. Dan jika aku telah berkata: Kita telah berberselisih faham (berbeza), maka setiap seorang daripada kita mendakwa bahawa beliaulah di atas kebenaran.
Justeru, al-Qur’an dan Sunnah tidak memanfaatkan kita. Tetapi aku boleh mengemukakan perkara yang sama untuk menentangnya (Hisyam). Abu Abdillah a.s telah berkata: Tanyalah beliau, nescaya anda mendapatinya bersedia untuk menjawabnya. Lelaki dari Syam telah berkata: Wahai remaja, siapakah yang lebih memahami tentang makhluk, Tuhan mereka atau mereka sendiri? Hisyam telah berkata: Tuhan mereka lebih memahami tentang diri mereka daripada mereka sendiri. Lelaki dari Syam telah berkata: Adakah Dia telah melantik untuk mereka seorang yang akan menyatukan mereka di dalam percakapan mereka, menyokong mereka, memberitahu kepada mereka kebenaran dan kebatilan?
Hisyam telah berkata: Pada masa Rasulullah s.a.w atau pada masa sekarang? Lelaki dari Syam telah berkata: Pada masa Rasulullah adalah Rasulullah s.a.w dan pada masa sekarang siapa? Hisyam telah berkata: Lelaki ini yang sedang duduk yang mana orang ramai datang kepadanya, beliau menceritakan kepada kita khabar-khabar dari langit mewarisi daripada bapa daripada datuknya. Lelaki dari Syam telah berkata: Bagaimana aku akan mengetahui perkara itu?
Hisyam telah berkata kepadanya: Tanyalah beliau apa yang terlintas di hatimu. Lelaki dari Syam telah berkata: Anda telah memotong alasanku dan sekarang aku mesti bertanya kepadanya. Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai lelaki dari Syam, bolehkah aku menceritakan kepadamu tentang perjalananmu dan apakah jalan yang anda lalui? Ia adalah begini dan begitu, maka lelaki dari Syam telah berkata: Anda adalah benar, aku menyerahkan diriku kepada Allah sekarang ini juga. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah pesuruh-Nya dan anda adalah wasi di kalangan [para] wasi. Kemudian Abu Abdillah a.s telah berpaling kepada Humraan dan berkata: Anda telah berdebat menurut tradisi dan anda telah melakukannya dengan tepat. Beliau a.s telah berpaling kepada Hisyam bin Salim dan berkata: Anda mahu menurut tradisi debat, tetapi anda tidak mengetahuinya.
Kemudian beliau a.s telah berpaling kepada al-Ahwal dan berkata: Anda telah berdebat dengan menggunakan kias yang pantas, anda telah memecahkan kebatilan dengan kebatilan, tetapi kebatilan anda lebih terserlah. Kemudian beliau a.s telah berpaling kepada Qais al-Masir dan berkata: Anda telah berdebat hampir menggunakan makna hadis Rasulullah s.a.w, tetapi anda telah pergi lebih jauh daripada itu. Anda telah mencampur-adukkan kebenaran dengan kebatilan sedangkan kebenaran yang sedikit adalah memadai daripada kebatilan yang banyak. Anda dan al-Ahwal adalah pantas dan bijak.
Yunus telah berkata: Demi Allah, aku telah menyangka bahawa beliau a.s akan berkata kepada Hisyam hampir sama dengan apa yang beliau a.s katakan kepada mereka berdua. Tetapi beliau a.s telah berkata kepada Hisyam: Wahai Hisyam, anda tidak akan kalah, apabila anda hampir kalah, anda mula kembali, lelaki seperti anda layak berdebat dengan orang ramai. Anda mesti menjaga diri anda dari tergelincir dan pada hari Akhirat akan ada syafaat untuk anda insya’ Allah.
(5)-5. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abban berkata: Al-Ahwal telah memberitahu kepadaku bahawa Zaid bin Ali bin al-Husain a.s telah diutus kepadanya ketika beliau sedang bersembunyi berkata: Aku telah mendatanginya, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Abu Ja‘far, apakah pendapat anda jika seorang daripada kami mengetuk pintu anda, adakah anda akan keluar bersama kami? Perawi telah berkata: Aku telah berkata: Jika beliau adalah bapa anda atau saudara lelaki anda (Imam Ja‘far a.s), maka aku akan keluar bersamanya. Maka beliau telah berkata kepadaku: Aku mahu keluar menentang mereka (Bani Umayyah), maka keluarlah bersamaku. Aku telah berkata: Tidak, aku tidak akan melakukannya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mencintai diri anda lebih daripada diriku? Aku telah berkata kepadanya: Aku hanya mempunyai satu kehidupan sahaja.
Jika Allah mempunyai Hujjah di bumi ini, maka orang yang menyalahi anda akan selamat dan orang yang keluar [menentang] bersama anda akan binasa. Jika Allah tidak mempunyai Hujjah di bumi ini, maka orang yang menyalahi anda dan orang yang keluar bersama anda adalah sama. beliau telah berkata kepadaku: Wahai Abu Ja‘far, akulah orang yang pernah duduk dengan bapaku di hidangan makan dan beliau telah mengambil berat tentangku.
Beliau pernah memberi kepadaku secebis makanan dan menyejukkan makanan yang panas sehingga ia menjadi sejuk, [memberi] kasih sayang kepadaku, tetapi beliau tidak kasihan belas terhadapku tentang api neraka. Jika begitu keadaannya, aku akan menceritakan kepada anda tentang agama yang mana beliau tidak menceritakan kepadaku mengenainya? Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, antara kasihan belasnya terhadap anda bahawa beliau tidak menceritakan kepada anda tentang kepanasan api neraka kerana khuatir bahawa anda tidak akan menerimanya, lalu anda akan memasuki neraka. Beliau telah memberitahu kepadaku bahawa jika aku menerimanya, maka aku akan selamat dan beliau tidak gelisah jika aku tidak menerimanya.
Kemudian aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah kamu lebih mulia daripada para nabi? Beliau a.s telah berkata: Malah para nabi, aku telah berkata: Ya‘qub berkata kepada Yusuf “Dia (ayahnya) berkata: Hai anakku, janganlah kamu menceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka akan menipumu” Kenapakah Ya‘qub tidak menceritakan kepada mereka sehingga mereka tidak dapat membuat rancangan jahat terhadapnya, tetapi beliau telah menyembunyikannya. Begitulah bapa anda telah menyembunyikannya daripada anda, kerana beliau khuatir ke atas diri anda.
Perawi telah berkata: Beliau telah berkata: Demi Allah, jika anda telah berkata sedemikian, maka sesungguhnya sahabat anda telah memberitahu kepadaku di Madinah bahawa aku akan dibunuh dan akan disalib di Kunasah (Kufah). Dan sesungguhnya di sisinya mashaf yang menyebut pembunuhanku dan salibku. Aku telah pergi untuk mengerjakan haji dan memberitahu kepada Abu Abdillah a.s apa yang telah dikatakan oleh Zaid dan apa yang aku telah katakan kepadanya. Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Anda telah memerangkap beliau di hadapannya, di belakangnya, dari kanannya, dari kirinya, dari atasnya, dari bawahnya dan anda tidak memberi ruang untuk beliau berjalan ke mana-mana”
Bab 2
☼Tingkatan Para Nabi, Para Rasul Dan Para Imam A.S (Tabaqat al-Anbiyaa’ wa al-Rusul wa al-Aimmah A.S)☼
(6)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abu Yahya al-Wasiti, daripada Hisyam bin Salim dan Darst bin Abu Mansur, daripadanya berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Para nabi dan para rasul di atas empat tingkatan: Nabi yang diutus untuk dirinya sahaja tanpa (berdakwah) kepada orang lain; nabi yang melihat (wahyu] di dalam mimpinya, mendengar suara dan tidak melihat malaikat di masa jaga dan di atasnya seorang imam seperti Ibrahim ke atas Lut a.s; nabi yang melihat [wahyu] di dalam mimpinya, mendengar suara melihat malaikat dan diutus kepada satu kumpulan sama ada sedikit atau banyak seperti Yunus sebagaimana Allah telah berfirman kepada Yunus “Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih”
Beliau a.s telah berkata: Perkataan “lebih” (yazidun) adalah tiga puluh ribu orang dan di atasnya seorang imam; dan nabi yang melihat [wahyu} di dalam mimpinya, mendengar suara dan melihat malaikat semasa jaganya, maka beliau adalah seorang imam seperti Uli al-‘Azm. Ibrahim pada mulanya adalah seorang nabi sahaja dan bukanlah seorang imam sehingga Allah telah berfirman “Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia” Ibrahim berkata: Dari keturunanku. Allah telah berfirman: Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim” Lantaran itu, sesiapa yang telah menyembah berhala tidak boleh menjadi imam.
(7)-2. Muhammad bin al-Hasan, daripada mereka yang beliau telah menyebut namanya, daripada Muhammad bin Khalid, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Zaid al-Syahham berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil Ibrahim sebagai seorang hamba sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang nabi. Sesungguhnya Dia telah mengambilnya sebagai seorang nabi sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang rasul. Sesungguhnya Allah telah mengambilnya sebagai seorang rasul sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang khalil dan sesungguhnya Dia telah mengambilnya sebagai seorang khalil sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang imam. Manakala semuanya berkumpul padanya, Dia telah berfirman “Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam” Disebabkan perkara ini besar di mata Ibrahim, maka beliau telah berkata: Dari keturunanku” Allah telah berfirman “Janji-Ku tidak mengenai orang yang zalim” Abu Abdillah a.s telah berkata: Orang yang bodoh (al-Safih) tidak boleh menjadi imam yang bertakwa”.
(8)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Yahya al-Khasya‘i, daripada Hisyam bin Abu Ya‘fur, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Penghulu para nabi dan rasul adalah lima orang; mereka adalah Ulu al-‘Azm di kalangan para rasul a.s di atas merekalah batu pengisar para rasul berpusing: Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad s.a.w.
(9)-4. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ishaq bin Abd al-Aziz Abi al-Safatij, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah mendegarnya berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil Ibrahim sebagai seorang hamba sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang nabi. Dia telah mengambilnya sebagai seorang nabi sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang rasul. Dia mengambilnya sebagai seorang rasul sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang khalil (teman). Dan Dia telah mengambilnya sebagai seorang khalil sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang imam. Manakala Dia mengumpulkan semua perkara untuknya- Beliau a.s telah memegang tangannya-Dia telah berfirman kepada Ibrahim: Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia” Disebabkan perkara ini besar di mata Ibrahim, maka beliau telah berkata: Dari keturunanku. Allah telah berfirman: Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim”
Bab 3
☼Perbezaan Antara Rasul, Nabi Dan Muhaddath (al-Farq Baina al-Rasul wa al-Nabi wa al-Muhaddath)☼
(10)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasir, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Zurarah berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Dan dia adalah seorang rasul dan nabi” Apakah rasul dan apakah nabi? Beliau a.s telah berkata: Nabi adalah yang melihat [malaikat] di dalam mimpinya (al-Ladhi yara fi manami-hi), mendengar suaranya (wa yasma‘u al-Saut), tetapi tidak melihatnya ketika jaga (wa la yu‘ayanu al-Malak). Rasul adalah yang mendengar suara malaikat [ketika jaga], melihatnya ketika mimpinya dan ketika jaga. Aku telah berkata: Apakah kedudukan seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Beliau mendengar suara malaikat, tetapi tidak melihat malaikat ketika mimpinya dan ketika jaganya (yasma‘ al-Saut wa la yara wa la yu‘ayinu al-Malak). Kemudian beliau a.s telah membaca firman-Nya “Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun dan tidak (pula) seorang nabi” dan tidak pula seorang muhaddath (imam).
(11)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ismail bin Marrar berkata: Al-Hasan bin al-‘Abbas al-Ma‘rufiy telah menulis kepada al-Ridha a.s a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah perbezaan antara rasul, nabi dan imam? Perawi telah berkata: Maka beliau a.s telah menulis atau berkata: Perbezaan antara rasul, nabi dan imam bahawa sesungguhnya rasul adalah yang didatangi oleh Jibrail, maka beliau melihatnya, mendengar percakapannya dan wahyu diturunkan ke atasnya (al-Rasul yanzilu ‘alai-hi Jibrail fa-yara-hu wa yasma u kalama-hu wa yanzilu ‘alai-hi al-Wahyu) beliau melihat[nya] di dalam mimpinya seperti mimpi nabi Ibrahim a.s. Dan nabi sama ada beliau mendengar percakapan malaikat atau beliau melihatnya tanpa mendengarnya (al-Nabi rubbama sami‘a al-Kalam wa rubbama ra’a al-Syakhs wa lam yasma‘). Sementara imam adalah yang mendengar percakapan malaikat dan tidak melihatnya (al-Imam huwa al-Ladhi yasma‘ al-Kalam wa la yara al-Syakhs)
(12)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada al-Ahwal berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang rasul, nabi dan muhaddath , beliau a.s telah berkata: Rasul adalah yang didatangi oleh Jibrail secara berdepan, lalu beliau melihatnya dan bercakap dengannya, maka ini adalah rasul (al-Rasul al-Ladhi ya’ti-hi Jibrail qubulan fa-yara-hu wa yukallimu-hu fa-hadha al-Rasul). Adapun nabi, maka belaiu melihat [malaikat] di dalam mimpinya seperti mimpi Ibrahim a.s dan mimpi Rasulullah s.a.w tentang sebab-sebab kenabian sebelum turunnya wahyu sehingga Jibrail mendatanginya daripada Allah dengan risalah. Muhammad s.a.w ketika terkumpul sifat kenabian dan risalah, Jibrail telah mendatanginya dari sisi Allah dan bercakap kepadanya mengenainya secara berdepan. Di kalangan para nabi ada yang melihat [malaikat] di dalam mimpinya, didatangi oleh al-Ruh (malaikat) dan bercakap dengannya tanpa melihatnya ketika jaga. Muhaddath adalah yang dicakapkan kepadanya (muhaddath), lantas beliau mendengar [suara malaikat], tetapi beliau tidak melihat dengan matanya atau beliau tidak melihat di dalam mimpinya (al-Muhaddath fa-huwa al-Ladhi yuhaddath fa-yasma‘, wa la yu‘ayan wa la yara fi manami-hi).
(13)-4. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin Hassan daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin Ya‘qub al-Hasyimiy, daripada Marwan bin Muslim, daripada Buraid, daripada Abu Ja‘far dan Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya “Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun dan tidak (pula) seorang nabi” (dan tidak pula seorang yang dicakapkan kepadanya (muhaddath)? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, ini bukanlah bacaan kita, maka apakah rasul, nabi dan muhaddath? Beliau a.s telah berkata: Rasul adalah yang mana malaikat menampakkan dirinya kepadanya dan bercakap kepadanya (al-Rasul yazharu la-hu al-Malak fa-yukallimu-hu).
Dan nabi adalah yang melihat [malaikat] di dalam mimpinya (al-Nabi huwa al-Ladhi yara fi manami-hi). Kemungkinan terkumpulnya kenabian dan kerasulan pada seseorang. Sementara muhaddath mendengar suara [malaikat], tetapi tidak melihat bentuknya (al-Muhaddath al-Ladhi yasma‘ al-Saut wa la yara al-Surah). Aku telah berkata: Mudah-mudahan Allah membuatkan semua perkara benar untuk anda- bagaimana beliau mengetahui bahawa apa yang beliau melihat di dalam mimpinya itu benar dan ia daripada malaikat? Beliau a.s telah berkata: Beliau diberikan taufik kepada kebenaran sehingga beliau mengetahuinya, Allah telah menamatkan kitab-kitab dengan kitab kamu dan menamatkan para nabi dengan nabi kamu.
Bab 4
☼Sesungguhnya Al-Hujjah Tidak Dapat Diperkukuhkan Untuk Allah Ke Atas Makhluk-Nya Kecuali Melalui Seorang Imam (anna al-Hujjah la taqumu li-llah ‘ala khalqi-hi illa bi-imam)☼
(14)-1. Muhammad bin Yahya al-‘Attar, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Daud al-Raqiy, daripada al-‘Abd al-Salih berkata: Sesungguhnya Al-Hujjah tidak dapat diperkukuhkan ke atas makhluk-Nya kecuali melalui seorang imam yang diakui”
(15)-2. Al-Hasan bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’ berkata: Aku telah mendengar al-Ridha a.s berkata: Sesungguhnya Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hujjah tidak dapat diperkukuhkan untuk Allah a.w ke atas makhluk-Nya kecuali melalui seorang imam yang diakui”
(16)-3. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada ‘Ubbad bin Sulaiman, daripada Sa‘d bin Sa‘d daripada Muhammad bin ‘Ammarah, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Sesungguhnya Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hujjah tidak dapat diperkukuhkan untuk Allah a.w ke atas makhluk-Nya kecuali melalui seorang imam yang diakui”
(17)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Muhammad, daripada al-Baraqiy, daripada Khalaf bin Hammad, daripada Abban bin Taghlab berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hujjah adalah sebelum penciptaan, bersama penciptaan dan selepas penciptaan” (al-Hujjah qabl al-Khlq wa ma‘a al-Khalq wa ba‘d al-Khalq).
Bab 5
☼Sesungguhnya Bumi Tidak Pernah Sunyi Daripada Al-Hujjah (anna al-Ardh la takhlu min al-Hujjah)☼
(18)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada al-Husain bin Abi al-‘Ala’ berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Bolehkah bumi ini wujud tanpa seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Tidak. Aku telah berkata: Bolehkan ada dua imam (pada satu masa)? Beliau a.s telah berkata: Tidak, melainkan salah seorang daripada mereka berdiam diri (samit).
(19)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Abi ‘Umair, daripada Mansur bin Yunus dan Sa‘dan bin Muslim, daripada Ishaq bin ‘Ammar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya bumi tidak sunyi melainkan padanya seorang imam. Apabila mukminun menambahkan sesuatu, maka beliau mengembalikan mereka kepada kebenaran (radda-hum) dan jika mereka mengurangkan sesuatu, maka beliau menyempurnakannya untuk mereka (atamma lahum).
20)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Rabi‘ bin Muhammad al-Musalli, daripada Abdullah bin Sulaiman al-‘Amiri, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Selagi bumi masih berterusan, maka bagi Allah Hujjah padanya yang memperkenalkan halal dan haram dan menyeru manusia kepada jalan Allah.
(21)-4. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Husain bin Abi al-‘Ala’, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Adakah bumi akan wujud tanpa seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Tidak.
(22)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada salah seorang daripada dua imam a.s berkata: Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan bumi tanpa seorang alim. Jika ia tidak ada, maka kebenaran tidak akan diketahui daripada kebatilan.
(23)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Qasim bin Muhammad daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah adalah lebih mulia dan lebih dihormati dari meninggalkan bumi tanpa seorang imam yang adil (bi-ghairi imam ‘adil)
(24)-7. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziad, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abu Usamah dan Hisyam bin Salim daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ishaq, daripada sahabat Amir al-Mukminin a.s yang dipercayai sesungguhnya Amir al-Mukmin a.s telah berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau tidak akan mengosongkan bumi Engkau tanpa Hujjah Engkau”.
(25)-8. Ali bin Ibrahim daripada Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, Allah tidak meninggalkan bumi semenjak Adam a.s mati melainkan padanya seorang imam yang mana dengannya [manusia] dapat pertunjuk kepada Allah, beliaulah Hujjah-Nya ke atas hamba-hamba-Nya. Bumi tidak akan wujud melainkan padanya seorang imam yang menjadi Hujjah Allah ke atas makhluk-Nya”.
(26)-9. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Abu Ali bin Rasyid berkata: Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sesungguhnya bumi tidak sunyi daripada Hujjah dan aku, demi Allah, adalah Hujjah itu”
(27)-10. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Bolehkah bumi tinggal tanpa seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Kami diriwayatkan daripada Abu Abdillah a.s bahawa bumi tidak boleh tinggal tanpa seorang imam melainkan Allah memarahi ke atas penduduk bumi atau ke atas hamba-hamba-Nya, maka beliau a.s telah berkata: Tidak, bumi tidak boleh tinggal sedemikian, maka ia akan menjadi lumpur”
28)-12. Ali, daripada Muhammad bin Isa, daripada Abu Abdillah al-Mu’min, daripada Abu Harasah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Jika seorang imam dibuang dari bumi sekalipun satu jam, nescaya ia akan menggulung penghuninya sebagaimana lautan menggulung penghuninya”
(29)-13. Al-Hasan bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasya’ berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan al-Ridha a.s bolehkah bumi tinggal tanpa seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Kami diriwayatkan bahawa bumi tidak tinggal melainkan Allah memarahi ke atas hamba-hamba-Nya? Beliau a.s telah berkata: Bumi tidak akan tinggal [tanpa seorang imam], jika tidak, ia akan menjadi lumpur”
0 comments:
Post a Comment