Monday, October 5, 2009

Usul al-Kafi Kitab al-Hujjah

Diterjemahkan dari buku aslinya Usul al-Kafi- Kitab al-Hujjah
Karya Thiqat al-Islam Abu Ja‘far Muhammad bin Ya‘qub al-Kulaini
Tahqiq oleh Ali Akbar al-Ghifari
Cetakan Bahasa Arab: Maktabah al-Saduq
Tehran 1380 H



PRAKATA DAN KOMENTAR

Bismillahir Rahmanir Rahim



Segala pujian adalah untuk Allah s.w.t, selawat dan salam kepada Muhammad s.a.w dan keluarganya yang suci a.s serta para sahabat mereka yang terpilih r.h.
Amma Ba‘du, Adapun kemudian daripada itu, bahawa buku ini berjodol Usul al-Kafi-kitab al-Hujjah adalah karya Thiqat al-Islam Abu Ja‘far Muhammad bin Ya‘qub bin Ishaq al-Kulaini al-Razi. Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Kulain atau al-Kulin di Iran. Beliau adalah di kalangan ulama yang masyhur di Ray, Iran. Kemudian beliau telah berpindah ke Baghdad kerana menjadi ketua ulama kepada pengikut Syi‘ah Imam Dua Belas di sana semasa pemerintahan al-Muqtadir. Beliau telah hidup di zaman sufaraa’ (wakil-wakil Imam al-Mahdi a.s) dan mati di Kufah pada tahun 328/329 hijrah bersamaan 939/940 masihi.
Beliau telah menulis beberapa buah buku di antaranya Usul al-Kafi (Asas asas yang mencukupi), Kitab al-Rijaal, al-Radd ‘ala al-Qaramitah dan lain-lain. Buku beliau yang paling masyhur adalah al-Kafi. Beliau telah menulis buku ini selama dua puluh tahun. Buku al-Kafi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama al-Kafi membincangkan mengenai Usul yang mengandungi lapan bab (kutub) seperti kitab akal dan kejahilan, kitab kelebihan ilmu, kitab tauhid, kitab al-Hujjah (kitab ini), kitab iman dan lain-lain, dinamakan al-Usul min al-Kafi atau Usul al-Kafi.
Bahagian kedua al-Kafi atau Furu‘ membincangkan tentang Furu‘ yang mengandungi dua puluh enam (26) bab (kutub) seperti kitab kebersihan, kitab sembahyang, kitab haid, kitab jenazah, kitab puasa, kitab haji dan lain-lain, maka ia dinamakan al-Furu‘ min al-Kafi. Bahagian ketiga Raudhat al-Kafi membincangkan mengenai Furu’, Usul secara ringkas, alam semesta, rawatan penyakit dan lain-lain mengandungi lima ratus sembilan puluh tujuh (597) hadis, maka ia dinamakan Raudhat al-Kafi. Adapun Kitab al-Hujjah mengandungi 1015 hadis para imam Ahlul Bait a.s. Sebahagian daripadanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh World Organization for Islamic Services (WOFIS) P.O. Box No.2245, Tehran, 1981, Iran di dalam 6 jilid bersama teks Arab iaitu sebanyak 488 hadis daripada 1015 hadis kesemuanya di dalam Kitab al-Hujjah. Ia mengandungi 130 bab yang membincangkan tentang keperluan kepada seorang imam, dunia tidak sunyi daripada seorang imam, imam dua belas, wasiat Rasulullah s.a.w tentang imamah, keghaiban imam a.s, sejarah para imam a.s, keilmuan mereka a.s dan lain-lain. Kitab al-Hujjah adalah kitab penghujahan para imam a.s tentang imamah untuk mereka a.s daripada Rasulullah s.a.w.
Penterjemahan buku ini adalah berdasarkan kepada Tahqiq Hujjat al-Islam ‘Ali Akbar Al-Ghifari, cetakan pertama Maktabah al-Saduq, Tehran, 1380 Hijrah.
Keistimewaan Usul al-Kafi-kitab al-Hujjah karangan Thiqat al-Islam al-Kulaini terletak kepada sanad dan matannya yang masih tidak terputus dengan para Imam Ahlu l-Bait a.s meskipun terdapat beberapa hadis yang diriwayatkannya secara marfuu’.
Terjemahan buku ini adalah khusus untuk pengikut-pengikut mazhab Ahlu l-Bait a.s atau mazhab Ja‘fari atau mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas SAHAJA.
Semoga hujah-hujah para imam a.s tentang imamah dapat dimanfaatkan oleh mereka. Selawat dan salam ke atas Muhammad s.a.w dan keluarganya yang suci.



Penterjemah Dan Komentar,


8 hb. Februari, 1994.





KANDUNGAN


Bab 1. Keperluan kepada al-Hujjah

Bab 2. Tingkatan para nabi, para rasul
dan para imam a.s

Bab 3. Perbezaan antara rasul, nabi dan muhaddath

Bab 4. Sesungguhnya al-Hujjah tidak dapat diperkukuhkan
untuk Allah Ke atas makhluk-Nya kecuali melalui
seorang imam a.s

Bab 5. Sesungguhnya bumi tidak pernah sunyi
daripada al-Hujjah

Bab 6. Jika tidak tinggal di bumi kecuali dua orang lelaki,
nescaya salah seorang daripada mereka berdua
adalah al-Hujjah

Bab 7. Mengenali seorang imam a.s dan merujuk
[segala perkara] kepadanya

Bab 8. Fardu mentaati para imam a.s

Bab 9. Sesungguhnya para imam a.s adalah saksi-saksi Allah ke atas makhluk-Nya

Bab 10. Sesungguhnya para imam a.s adalah penunjuk

Bab 11. Sesungguhnya para imam adalah uli amri llah
dan penyampai ilmu-Nya

Bab 12. Sesungguhnya para imam a.s adalah khalifah Allah di bumi-Nya dan pintu-pintu-Nya yang didatangi

Bab 13. Sesungguhnya para imam a.s adalah cahaya Allah a.w

Bab 14. Sesungguhnya para imam a.s adalah tiang-tiang bumi

Bab 15. Hadis-hadis yang luar biasa tentang kelebihan imam a.s dan sifat-sifatnya

Bab 16. Sesungguhnya para imam a.s adalah mereka yang mempunyai kuasa dan merekalah yang didengkikan

Bab 17. Sesungguhnya para imam a.s adalah mereka yang disebutkan oleh Allah a.w di dalam kitab-Nya

Bab 18. Sesungguhnya ayat-ayat yang disebutkan oleh Allah di dalam kitab-Nya adalah para imam a.s

Bab 19. Apa yang difardukan oleh Allah a.w dan Rasul-Nya s.a.w adalah bersama para imam a.s

Bab 20. Sesungguhnya Ahl al-Zikr yang Allah perintahkan makhluk-Nya supaya bertanya kepada mereka merupakan para imam a.s

Bab 21. Sesungguhnya mereka yang disifatkan oleh Allah di dalam kitab-Nya dengan ilmu adalah para imam a.s

Bab 22. Sesungguhnya orang yang mendalam ilmunya adalah para imam a.s

Bab 23. Sesungguhnya para imam a.s dikurniakan ilmu yang ditetapkan di dalam dada mereka

Bab 24. Tentang hamba-hamba yang dipilih oleh Allah dan mewariskan mereka dengan kitab-Nya, mereka adalah para imam a.s

Bab 25. Sesungguhnya para imam di dalam kitab Allah ada dua jenis: Imam yang menyeru kepada Allah dan imam yang menyeru kepada neraka

Bab 26. Sesungguhnya al-Qur’an memberi petunjuk kepada imam a.s

Bab 27. Sesungguhnya nikmat yang telah disebut oleh Allah di dalam kitab-Nya adalah para imam a.s

Bab 28. Sesungguhnya mutawassimin yang disebut oleh Allah di dalam kitab-Nya, mereka adalah para imam a.s

Bab 29. Pembentangan semua amalan kepada Nabi s.a.w dan para imam a.s

Bab 30. Sesungguhnya jalan (wilayah) yang digalakkan supaya tetap di atasnya adalah wilayah Ali a.s

Bab 31. Sesungguhnya para imam a.s adalah galian ilmu, pokok kenabian dan tempat turunnya malaikat

Bab 32. Sesungguhnya para imam adalah pewaris ilmu, seorang (imam) mewarisi ilmu daripada seorang (imam) yang lain

Bab 33. Sesungguhnya para imam a.s telah mewarisi ilmu Nabi s.a.w, ilmu semua nabi dan wasi sebelum mereka

Bab 34. Sesungguhnya para imam a.s di sisi mereka semua kitab yang diturunkan di sisi Allah a.w dan sesungguhnya mereka mengetahui [nya] sekalipun berbeza bahasanya

Bab 35. Sesungguhnya tidak seorangpun yang telah mengumpulkan al-Qur’an kesemuanya melainkan para imam a.s., sesungguhnya mereka mengetahui semua ilmu

Bab 36. Apa yang diberikan kepada para imam a.s tentang “nama Allah yang maha besar”

Bab 37. Tanda-tanda para nabi a.s dimiliki oleh para imam a.s

Bab 38. Apa yang dimiliki oleh para imam a.s terhadap senjata Rasulullah s.a.w dan barang miliknya

Bab 39. Umpama senjata Rasulullah s.a.w sepertilah Tabut pada Bani Israel

Bab 40. Padanya sebutan mashaf, al-Jafar, al-Jami‘ dan mashaf Fatimah a.s

Bab 41. Tentang “inna anzalna-hu fi lailati l-Qadr” dan tafsirnya

Bab 42. Tentang para imam a.s bertambah ilmu mereka pada malam Jumaat

Bab 43. Jikalaulah para imam a.s tidak bertambah apa yang mereka mahu, nescaya habislah apa yang ada pada sisi mereka

Bab 44. Sesungguhnya para imam a.s mengetahui semua ilmu yang telah keluar kepada malaikat, para nabi dan para rasul a.s

Bab 45. [Hadis] pelik mengenai ghaib

Bab 46. Sesungguhnya para imam a.s apabila mereka mahu mengetahui, mereka mengetahui

Bab 47. Sesungguhnya para imam mengetahui bila mereka akan mati dan sesungguhnya mereka tidak akan mati melainkan dengan pilihan mereka sendiri

Bab 48. Sesungguhnya para imam a.s mengetahui ilmu yang telah berlaku, ilmu yang akan berlaku dan sesungguhnya tidak ada sesuatu yang tersembunyi daripadanya

Bab 49. Sesungguhnya Allah tidak mengajar ilmu kepada Nabi-Nya melainkan Dia memerintahkannya supaya mengajarnya pula kepada Amir al-Mukminin a.s, sesungguhnya beliau a.s adalah kongsi ilmunya

Bab 50. Dimensi ilmu para imam a.s

Bab 51. Sesungguhnya para imam a.s jika rahsia mereka tidak disembunyikan, necaya mereka menceritakan kepada setiap orang manfaatnya dan mudaratnya

Bab 52. Penyerahan kepada Rasulullah s.a.w dan para imam a.s dalam urusan agama

Bab 53. Tentang para imam a.s yang menyerupai mereka yang telah berlalu dan kebencian bercakap tentang mereka dengan kenabian

Bab 54. Para imam a.s muhaddathuun mufahhamuun

Bab 55. Tentang sebutan roh-roh pada para imam a.s

Bab 56. Roh yang diarahkan oleh Allah ke atas para imam a.s

Bab 57. Waktu seorang imam mengetahui semua ilmu imam sebelumnya

Bab 58. Para imam a.s adalah sama dari sudut ilmu, keberanian dan ketaatan

Bab 59. Sesungguhnya seorang imam a.s mengetahui seorang imam a.s selepasnya dan firman Allah “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya” diturunkan ke-pada mereka a.s

Bab 60. Sesungguhnya imamah adalah janji daripada Allah a.w yang dijanjikan daripada seorang imam kepada seorang imam yang lain a.s

Bab 61. Sesungguhnya para imam a.s tidak pernah melakukan sesuatu melainkan dengan janji Allah a.w dan perintah daripada-Nya serta mereka tidak akan melampauinya

Bab 62. Beberapa perkara yang mewajibkan Hujjah seorang imam a.s

Bab 63. Penerusan imamah pada keturunan dan sesungguhnya ia tidak biasa berlaku kepada saudara lelaki, tidak kepada bapa saudara sebelah bapa atau mana-mana keluarga selain daripada mereka

Bab 64. Apa yang dinaskan oleh Allah dan Rasul-Nya ke atas para imam a.s seorang selepas seorang

Bab 65. Isyarat dan nas ke atas Amir al-Mukminin a.s

Bab 66. Isyarat dan nas ke atas al-Hasan bin Ali a.s

Bab 67. Isyarat dan nas ke atas al-Husain bin Ali a.s

Bab 68. Isyarat dan nas ke atas Ali bin al-Husain a.s

Bab 69. Isyarat dan nas ke atas Abu Ja‘far Muhammad al-Baqir a.s

Bab 70. Isyarat dan nas ke atas Abu Abdillah Ja‘far bin Muhammad al-Sadiq a.s

Bab 71. Isyarat dan nas ke atas Abu al-Hasan Musa a.s

Bab 72. Isyarat dan nas ke atas Abu al-Hasan al-Ridha a.s

Bab 73. Isyarat dan nas ke atas Abu Ja‘far al-Thani a.s

Bab 74. Isyarat dan nas ke atas Abu al-Hasan al-Thalith a.s

Bab 75. Isyarat dan nas ke atas Abu Muhammad a.s

Bab 76. Isyarat dan nas ke atas tuan rumah (sahib al-Dar)) a.s

Bab 77. Penamaan mereka yang telah melihatnya a.s

Bab 78. Bab tentang larangan menyebut namanya

Bab 79. Bab yang luar biasa tentang keghaibannya

Bab 80. Bab tentang ghaib

Bab 81. Penjelasan di antara dakwaan orang yang benar dan orang yang batil tentang urusan imamah

Bab 82. Bab makruh menetapkan waktu

Bab 83. Bab pemeriksaan dan ujian

Bab 84. Sesungguhnya sesiapa yang telah mengetahui imamnya, maka cepat atau lewatnya urusan ini, tidak akan memudaratkannya

Bab 85. Sesiapa yang telah mendakwa imamah, tetapi beliau tidak mempunyai kelayakan dan sesiapa yang telah mengingkari para imam a.s atau sebahagian daripada mereka dan sesiapa yang telah menetapkan imamah kepada orang yang tidak mempunyai kelayakan

Bab 86. Tentang orang yang telah beragama dengan agama Allah a.w tanpa imam daripada Allah jalla jalaalah

Bab 87. Sesiapa yang telah mati dan tiada baginya imam daripada para imam petunjuk iaitu daripada bab pertama

Bab 88. Tentang orang yang telah mengetahui kebenaran daripada Ahlu l-Bait dan orang yang telah mengingkarinya

Bab 89. Perkara yang wajib bagi manusia ketika matinya imam a.s

Bab 90. Tentang imam a.s bilakah beliau mengetahui urusan imamah berpindah kepadanya

Bab 91. Keadaan para imam a.s tentang umur

Bab 92. Sesungguhnya seorang imam a.s tidak akan dimandikan (jenazahnya) melainkan oleh seorang imam daripada para imam a.s

Bab 93. Kelahiran para imam a.s

Bab 94. Penciptaan badan para imam, roh mereka dan hati mereka a.s

Bab 95. Penerimaan sepenuhnya dan kelebihan mereka yang menerima sepenuhnya

Bab 96. Kewajipan orang ramai selepas menunaikan manasik haji supaya mendatangi imam a.s untuk bertanya kepadanya tentang tanda-tanda agama

Bab 97. Sesungguhnya para imam a.s dikunjungi oleh para malaikat di rumah mereka, menjejaki hamparan mereka dan mendatangi mereka dengan berita-berita

Bab 98. Sesungguhnya jin mendatangi mereka dan bertanya mereka tentang tanda-tanda agama dan merujuk kepada mereka a.s

Bab 99. Tentang para imam a.s, sesungguhnya apabila mereka terserlah, mereka menghukum dengan hukuman Daud dan keluarga Daud dan mereka tidak bertanya saksi, di atas mereka salam

Bab 100. Sesungguhnya sumber ilmu adalah daripada rumah keluarga Muhammad s.a.w

Bab 101. Tidak ada sesuatu kebenaran di tangan manusia melainkan apa yang telah keluar dari sisi para imam a.s dan sesungguhnya setiap sesuatu yang tidak keluar dari sisi mereka a.s, maka ia adalah batil

Bab 102. Sesungguhnya hadis mereka adalah sulit dan menyulitkan

Bab 103. Apa yang diperintahkan oleh Nabi s.a.w tentang rujukan nasihat kepada para imam muslimin dan penyertaan mereka dan siapakah mereka?

Bab 104. Apa yang wajib daripada hak seorang imam a.s ke atas rakyat dan hak rakyat ke atas seorang imam a.s

Bab 105. Sesungguhnya bumi semuanya untuk imam a.s

Bab 106. Sirah imam a.s pada dirinya, pada makanannya dan pakaiannya apabila beliau menjalankan urusan

Bab 107. Bab tentang perkara yang pelik

Bab 108. Anekdot dan kutipan daripada al-Qur’an tentang wilayah

Bab 109. Kutipan dan kumpulan riwayat tentang wilayah

Bab 110. Mengetahui para wali dan penyerahan kepada mereka a.s

Bab 111. Kelahiran Nabi s.a.w dan keluarganya

Bab 112. Larangan penyeliaan di atas kubur Nabi s.a.w

Bab 113. Kelahiran Amir al-Mukminin a.s

Bab 114. Kelahiran al-Zahra’ Fatimah a.s

Bab 115. Kelahiran al-Hasan bin Ali a.s

Bab 116. Kelahiran al-Husain bin Ali a.s

Bab 117. Kelahiran Ali bin al-Husain a.s

Bab 118. Kelahiran Abu Ja‘far Muhammad bin Ali a.s

Bab 119. Kelahiran Abu Abdillah Ja‘far bin Muhammad a.s

Bab 120. Kelahiran Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s

Bab 121. Kelahiran Abu al-Hasan al-Ridha a.s

Bab 122. Kelahiran Abu Ja‘far Muhammad bin Ali al-Thani a.s

Bab 123. Kelahiran Abu al-Hasan Ali bin Muhammad a.s

Bab 124. Kelahiran Abu Muhammad al-Hasan bin Ali a.s

Bab 125. Kelahiran Sahib al-Zaman a.s

Bab 126. Hadis-hadis tentang dua belas para imam dan nas-nas ke atas mereka a.s

Bab 127. Apabila sesuatu dikatakan kepada seseorang, tetapi ia tidak terjadi kepadanya, maka ia terjadi kepada anaknya atau cucunya kerana beliaulah dikatakan kepadanya

Bab 128. Sesungguhnya para imam a.s semuanya melaksanakan perintah Allah, penunjuk kepada-Nya

Bab 129. Hubungan [dengan] imam a.s

Bab 130. Al-Fai’, anfaal, tafsir khumus dan batasannya serta apa yang wajib padanya

BIBLIOGRAFI


0 comments:

Surah Al-Asr

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."


Demi Masa

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw
Allahumma solli a'la Muhammad, wa ali Muhammad

 

Design by Amanda @ Blogger Buster