☼Jika Tidak Tinggal Di Bumi Kecuali Dua Orang Lelaki, Nescaya Salah Seorang Daripada Mereka Berdua Adalah Al-Hujjah (anna-hu lau lam yabqa fi al-Ardh illa rajulani la-kana ahadu-hu-ma al-Hujjah)☼
(30)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn al-Tayyar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Jika tidak tinggal di bumi kecuali dua orang lelaki, nescaya salah seorang daripada mereka berdua adalah al-Hujjah”.
(31)-2. Ahmad bin Idris dan Muhammad bin Yahya mereka berdua, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isa Ibn ‘Ubaid, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Hamzah bin al-Tayyar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Jika dua orang tinggal, nescaya salah seorang daripada mereka berdua adalah al-Hujjah di atas sahabatnya”
Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin Isa adalah seperti di atas.
(32)-3. Muhammad bin Yahya, daripada mereka yang beliau telah menyebutnya, daripada al-Hasan bin Musa al-Khasysyab, daripada Ja‘far bin Muhammad daripada Kiram berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Jika manusia ada dua orang lelaki sahaja, nescaya salah seorang daripadanya adalah seorang imam” Dan beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya orang yang paling akhir mati adalah seorang imam (inna akhir man yamut al-Imam) supaya seorang tidak akan berhujah dengan Allah bahawa Dia telah meninggalkannya tanpa seorang Hujjah bagi Allah ke atasnya”
(33)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad al-Barqiy, daripada Ali bin Ismail, daripada Ibn Sinan, daripada Hamzah bin al-Tayyar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Jika tidak tinggal di bumi kecuali dua orang, nescaya salah seorang daripadanya adalah al-Hujjah”- Atau yang keduanya adalah al-Hujjah-Syak (riwayat) adalah daripada Ahmad bin Muhammad.
(34)-5. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada al-Nahdiy, daripada bapanya, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Jika tidak ada di bumi kecuali dua orang, nescaya salah seorang daripada mereka berdua adalah seorang imam”
Bab 7
☼Mangenali Seorang Imam Dan Merujuk [segala perkara] Kepadanya (Ma’rifat al-Imam wa al-Radd ilai-hi)☼
(35)-1. Al-Hasan bin Muhamad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’ berkata: Muhammad bin al-Fudhail telah menriwayatkan kami, daripada Abu Hamzah berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata kepadaku: Sesungguhnya Allah disembah oleh orang yang mengenaliNya. Adapun orang yang tidak mengenali Allah, maka sesungguhnya beliau menyembahnya sedemikian di dalam keadaan sesat. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah ma‘rifatullah? Beliau a.s telah berkata: Membenarkan Allah a.w (tasdiq), membenarkan Rasul-Nya dan mewalikan Ali a.s sebagai seorang imam serta para imam yang mendapat pertunjuk [selepasnya], pelepasan diri kepada Allah daripada musuh-musuh mereka. Demikianlah Allah dikenali”
(36)-2. Al-Hasan, daripada Mu‘alla, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Ahmad bin ‘Aidh, daripada bapanya, daripada Ibn Uzinah berkata: Beberapa orang telah memberitahu kepada kami, daripada salah seorang daripada dua imam a.s telah berkata: Seorang itu tidak menjadi mukmin sehingga beliau mengetahui Allah, Rasul-Nya dan para imam semua mereka termasuk imam pada zamannya, beliau merujukkan [semua perkara] kepadanya dan menerimanya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Bagaimana beliau mengetahui yang akhir sedangkan beliau tidak mengetahui yang pertama?
(37)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-hasan bin Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Zurarah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Beritahukan kepadaku pengetahuan tentang imam (ma‘rifat al-Imam) daripada kamu wajib di atas semua makhluk? Maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah a. w telah mengutus Muhammad s.a.w sebagai seorang Rasul kepada semua manusia dan Hujjah bagi Allah ke atas semua makhluk-Nya di bumi-Nya.
Lantaran itu, sesiapa yang telah beriman dengan Allah dan dengan Muhammad Rasulullah, mengikutinya, membenarkannya, maka pengetahuan tentang imam daripada kami (ma‘rifat al-Imam min-na) adalah wajib ke atasnya. Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, lalu tidak mengikutinya dan membenarkannya dan tidak mengetahui hak kedua-duanya, bagaimana beliau wajib mengetahui imam sedangkan beliau tidak beriman dengan Allah, Rasul-Nya dan tidak mengetahui hak kedua-duanya?
Aku telah berkata: Apakah pendapat anda tentang mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, membenarkan Rasul-Nya pada apa yang diturunkan Allah, adakah wajib ke atas mereka mengetahui hak kamu? Beliau a.s telah berkata: Ya, tidakkah mereka mengetahui polan dan polan? Aku telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata: Tidakkah anda terfikir bahawa Allah telah meletakkan di hati mereka pengetahuan tentang para imam a.s? Demi Allah, Syaitan telah meletakkan perkara itu pada hati mereka, tidak, demi Allah, hanya Allah a.w yang telah memberi ilham kepada mukminin tentang hak kami”
(38)-4. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada ‘Umru bin Abu al-Miqdam, daripada Jabir berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah a.w diketahui dan disembah oleh orang yang mengetahui Allah dan mengetahui imamnya daripada kami Ahlu l-Bait. Sesiapa yang tidak mengetahui Allah a.z dan ([tidak] mengetahui imam daripada kami Ahlu l-Bait, maka sesungguhnya beliau mengetahui dan menyembah selain daripada Allah. Demi Allah, beliau adalah sesat (wa man la ya‘rif Allah a.z wa la ya‘rif al-Imam min-na Ahlu l-Bait fa-inna-ma ya‘rifu wa ya‘budu ghaira llah ha-kadha wa llahi dalalan)
(39)-5. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Mu‘awiyah bin Wahab, daripada Dhuraih berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang para imam selepas s.a.w, maka beliau a.s telah berkata: Amir al-Mukminin adalah seorang imam, kemudian al-Hasan seorang imam, kemudian al-Husain seorang imam, kemudian Ali bin al-Husain seorang imam. Kemudian Muhammad bin Ali seorang imam. Sesiapa yang mengingkari mereka, maka beliau sepertilah mengingkari pengetahuan tentang Allah (ma‘rifat Allah) dan pengetahuan tentang Rasul-Nya s.a.w. Kemudian aku telah berkata: Kemudian anda, aku telah menjadikan diriku tebusan anda- aku telah mengulanginya sebanyak tiga kali-, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Sesungguhnya aku telah meriwayatkannya kepada anda supaya anda terdiri di kalangan para saksi Allah di bumi-Nya”
(40)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Muhammad bin Abd al-Rahman bin Abu Laila, daripada bapanya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya kamu tidak menjadi soleh (la takunu salihin), sehingga kamu mengetahui; dan kamu tidak mengetahui sehingga kamu membenarkan; dan kamu tidak membenarkan sehingga kamu menyerah kepada empat pintu. Yang pertamanya tidak ada guna melainkan dengan akhirnya. Tersesatlah mereka yang mengikuti sahabat yang tiga akan kesesatan yang jauh (wa dalla ashab al-Thalathah wa tahu taihan ba‘idan).
Sesungguhnya Allah tidak akan menerima melainkan amalan soleh dan Allah tidak akan menerima [amalan soleh] melainkan mencukupi syarat-syarat dan perjanjian-perjanjian. Sesiapa yang menyempurnakan segala syarat-Nya dan melaksanakan sebagaimana diceritakan olehNya di dalam janiji-Nya, nescaya beliau akan mendapati apa yang ada di sisi-Nya dan Dia melaksanakan apa yang Dia telah menjanjikannya. Sesungguhnya Allah telah memberitahu kepada hamba-Hamba-Nya jalan-jalan pertunjuk dan menyalakan untuk mereka lampu-lampu isyarat dan memberitahu kepada mereka bagaimana mereka berjalan. Maka Dia telah berfirman “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap di jalan yang benar”. Dan Dia telah berfirman “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari mereka yang bertakwa”
Oleh itu, sesiapa yang bertakwa kepada Allah dengan menuruti apa yang telah diperentahkan oleh Allah kepadanya, maka beliau akan berjumpa dengan Allah sebagai mukmin yang menuruti apa yang telah dibawa oleh Muhammad s.a.w. Jauh bagi mereka yang telah hilang peluang dan mati sebelum mendapat hidayat serta menyangka bahawa mereka telah beriman, tetapi mereka telah melakukan syirik kepada Allah tanpa mereka mengetahuinya.
Sesiapa yang memasuki rumah-rumah menerusi pintu-pintunya, maka dia mendapat pertunjuk. Sesiapa yang mengambil selain daripadanya, maka dia melalui jalan yang rosak. Allah telah menyambungkan ketaatan kepada wali-Nya (waliy al-Amr) dengan ketaatan kepada Rasul-Nya.
Dan ketaatan kepada Rasul-Nya dengan ketaatan kepada-Nya. Justeru sesiapa yang tidak mentaati Uli al-Amr, maka dia tidak mentaati Allah dan Rasul-Nya. Iaitu sebagai pengakuan kepada apa yang telah diturunkan dari sisi Allah a.w “Pakailah pakaian yang indah di setiap masjid” dan dapatkanlah rumah-rumah yang “diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya” Sesungguhnya Dia telah menceritakan kepada kamu bahawa mereka “Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah dan (dari) mendirikan sembahyang dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang”.
Sesungguhnya Allah telah memilih para rasul untuk melaksanakan urusan-Nya. Kemudian Dia telah memilih mereka untuk membenarkan peringatan-Nya, maka Dia telah berfirman “Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan”. Sesungguhnya telah sesatlah orang yang jahil dan mendapat hidayah orang yang melihat dan memahaminya. Sesungguhnya Allah a.w berfirman “Sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada”. Justeru bagaimana orang yang tidak dapat melihat akan mendapat pertunjuk? Bagaimana orang yang tidak memikir secara mendalam akan melihat? Ikutilah Rasulullah dan Ahlu l-Baitnya. Perakuilah apa yang telah diturunkan dari sisi Allah dan ikutilah kesan-kesan petunjuk, kerana mereka adalah alamat amanah dan ketakwaan.
Ketahuilah sesungguhnya jika seorang itu mengingkari Isa Ibn Maryam a.s dan mengakui orang yang selain daripadanya di kalangan para rasul, maka beliau bukanlah seorang mukmin. Ikutilah jalan dengan mendapatkan lampu isyarat (al-Manar) dan dapatilah kesan-kesan di sebalik hijab, nescaya kamu akan menyempurnakan urusan agama kamu dan kamu beriman dengan Allah tuhan kamu.
(41)-7. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin al-Husain bin Saghir, daripada orang yang telah meriwayatkannya, daripada Ruba‘i bin Abdullah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah telah enggan melakukan perkara-perkara melainkan dengan sebab-sebab. Lantaran itu, Dia telah menjadikan setiap sesuatu sebabnya. Dia telah menjadikan setiap sebab itu penerangan. Dia telah menjadikan setiap penerangan itu ilmu. Dan Dia telah menjadikan setiap ilmu itu pintu yang bercakap. Sesiapa yang mengetahuinya, maka beliau mengetahuinya. Sesiapa yang tidak mengetahuinya, maka beliau tidak mengetahuinya. Inilah Rasulullah s.a.w dan kami.
(42)-8. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan bin Yahya, daripada al-‘Ala’ bin Razin daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Setiap orang yang mentaati Allah dengan ibadat yang memenatkan dirinya, tetapi beliau tidak mempunyai seorang imam untuknya daripada Allah, maka ibadatnya tidak diterima; beliau adalah sesat dan kebingungan. Allah benci kepada amalannya. Orang seperti itu adalah seperti seekor biri-biri yang tersesat jauh daripada kumpulannya dan gembalanya, berjalan ke sana dan ke sini di sepanjang hari. Apabila malam tiba, maka ia melihat sekumpulan kambing bersama gembalanya, lalu ia pergi kepadanya dan ia tertipu dengannya. Kemudian ia telah bermalam bersamanya di kandangnya. Manakala gembala mengembala biri-birinya, maka ia menolak gembalanya dan kumpulannya. Ia berjalan di dalam kebingungan mencari gembalanya dan kumpulannya.
Kemudian ia telah melihat kepada sekumpulan biri-biri yang lain bersama gembalanya, lalu ia telah pergi kepadanya dan ia tertipu dengannya pula. Gembala itu telah melaung: Berhubunglah dengan gembala anda dan kumpulan anda. Anda adalah sesat dan kebingungan dari gembala anda dan kumpulan anda. Kemudian kambing biri-biri itu melarikan diri di dalam ketakutan dan kebingungan tanpa gembalanya yang menunjukkannya ke padang rumput atau pulang ke tempatnya. Di dalam keadaan sedemikian, serigala telah mengambil kesempatan, lalu memakannya. Demikianlah, demi Allah, wahai Muhammad, sesiapa daripada umat ini yang tidak mempunyai seorang imam yang zahir dan adil baginya daripada Allah a.w, maka beliau adalah sesat dan kebingungan.
Jika beliau mati di dalam keadaan ini, maka beliau mati dengan kematian kufur dan nifaq (in mata ‘ala hadhi-hi al-Halah mata maitata kufr wa nifaq). Ketahuilah, wahai Muhammad, sesungguhnya para imam yang zalim dan pengikut-pengikut mereka terpisah daripada agama Allah (la-ma‘zulun ‘an dini llah). Mereka telah sesat dan menyesatkan, justeru, amalan-amalan yang mereka kerjakan “adalah seperti debu ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat sedikitpun dari apa yang mereka telah usahakan. Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh”.
(43)-9. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Abdullah bin Abd al-Rahman, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Muqrin berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Ibn al-Kawa’ telah mendatangi Amir al-Mukminin a.s, maka beliau telah berkata: Wahai Amir al-Mukmin, “Dan di atas A‘raf itu lelaki yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka” Lalu beliau a.s telah berkata: Kamilah di atas al-A‘raaf, kami mengetahui pembantu-pembantu kami dengan tanda-tanda mereka. Kamilah al-A‘raaf yang mana Allah tidak dapat dikenali kecuali dengan jalan kami.
Kamilah al-A‘raaf yang Allah akan memperkenalkan kami pada hari Kiamat di al-Sirat. Tidak seorangpun akan memasuki syurga melainkan beliau mengetahui kami dan kami mengetahuinya dan tidak seorangpun yang akan memasuki neraka melainkan beliau menentang kami dan kami pula menentang nya. Sesungguhnya Allah, jika Dia mahu, nescaya Dia memperkenalkan diri-Nya kepada hamba-hamba-Nya, tetapi Dia telah menjadikan kami pintu-pintu-Nya, Sirat-Nya, jalan-Nya dan wajah yang didatangi daripadaNya. Sesiapa yang berpaling daripada wilayah kami atau melebihkan orang lain ke atas kami, nescaya mereka “menyimpang dari jalan yang lurus” Tidaklah sama mereka yang berpegang kepadanya tidaklah sama mereka yang pergi kepada mata-mata air yang kotor yang terpancar sesama sendiri dengan mereka yang pergi kepada mata-mata air yang bersih mengalir dengan perintah Tuhan-Nya, tidak akan kering dan tidak akan terputus.
(44)-10. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Muhammad, daripada Bakr bin Salih, daripada al-Rayyaan bin Syabib, daripada Yunus, daripada Abu Ayyub al-Khazzaaz, daripada Abu Hamzah berkata: Abu Ja‘far a. s berkata: Wahai Abu Hamzah, apabila seorang daripada kamu keluar beberapa farsakh sahaja, maka beliau mendapatkan seorang petunjuk untuk dirinya, tetapi anda dengan jalan-jalan langit lebih jahil daripada jalan-jalan bumi. Lantaran itu, dapatkanlah seorang petunjuk untuk anda.
(45)-11. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ayyub bin al-Hurr, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Dan sesiapa yang diberi hikmah, sesungguhnya diberi kebajikan yang banyak” Maka beliau a.s telah berkata: Ketaatan kepada Allah dan mengetahui imam.
(46)-12. Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abban, daripada Abu Basir berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata kepadaku: Adakah anda telah mengetahui imam anda? Aku telah berkata: Ya, iaitu sebelum aku keluar dari Kufah, maka beliau a.s telah berkata: Jika begitu, maka ia memadai bagi anda”.
(47)-13. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Mansur bin Yunus, daripada Buraid berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata tentang firman Allah “Dan adakah orang yang telah mati, maka Kami menghidupkannya kembali dan kami menjadikan untuknya cahaya dan dengan cahaya itu dia dapat berjala di tengah-tengah orang ramai” Maka beliau a.s telah berkata: Mayat (maitan) adalah yang tidak mengetahui sesuatu dan “dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah orang ramai” Iaitu imam yang diikuti “serupa dengan orang yang keadaannya berada di dalam kegelapan yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya? Beliau a.s telah berkata: Orang yang tidak mengetahui imam.
(48)-14. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah dan Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Hassan, daripada Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata: Abu Abdillah al-Jadali telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Abdillah, adakah aku akan memberitahu anda tentang firman Allah a.w: “Dan sesiapa yang membawa kebaikan, maka ia memperoleh (balasan) yang lebih baik daripadanya, sedang mereka itu adalah aman tenteram daripada kejutan yang dahsyat pada hari itu. Dan sesiapa yang membawa kejahatan, maka disungkurkanlah muka mereka ke dalam neraka. Tiadalah kamu dibalasi, melainkan (setimpal) dengan apa yang dahulu kamu kerjakan” ?
Beliau telah berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin a.s, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau a.s telah berkata: Kebaikan (al-Hasanaat) adalah mengenali wilayah [Ahlu l-Bait] a.s dan mencintai kami Ahlu l-Bait (ma‘rifat al-Wilayah wa hubbu-na Ahlu l-Bait). Dan kejahatan (al-Sayyi’aat) adalah mengingkari wilayah (Ahlu l-Bait) dan membenci kami Ahlu l-Bait (ingkar al-Wilayah wa baghdu-na ahlu l-Bait), kemudian beliau a.s telah membaca ayat ini.
☼Fardu Mentaati Para Imam A.S (Fardh ta‘at al-A’immah)☼
(49)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, dariapda Huraiz, daripada Zurarah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Puncak segala perkara, ketinggiannya, kuncinya, pintunya dan keredaan Yang Maha Pemurah adalah ketaatan kepada Imam selepas mengetahuinya (Dhirwat al-Amr wa sinamu-hu wa miftahu-hu wa bab al-Asyya’ wa Ridha al-Rahman tabaraka wa ta‘ala al-Ta‘at li-l-Imam ba‘da ma‘rifati-hi). Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah berfirman: “Sesiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka”
(50)-2. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu al-Sabaah berkata: Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Aku naik saksi bahawa Ali adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah (Imam farada llahu ta‘ata-hu). Sesungguhnya al-Hasan adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah. Sesungguhnya al-Husain adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah. Sesungguhnya Ali bin al-Husain adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah dan sesungguhnya al-Husain bin Ali adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah”.
(51)-3. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali berkata: Hammad Ibn Uthman telah memberitahu kami, daripada Basyir bin al-‘Atar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kami adalah golongan yang mana Allah memfardukan ketaatan kami [kepada makhluk] sedangkan kamu mengikuti seorang yang mana orang ramai tidak dimaafkan tanpa mengetahuinya” (nahnu qaum farada llahu ta‘ata-na wa antum ta’tammun bi-man la ya‘dhur al-Nas bi-jahalati-hi).
(52)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muahammad, Daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Hammad bin Isa, daripada al-Husain bin al-Mukhtar, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah “Dan kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar” Beliau a.s telah berkata: Ketaatan yang difardukan (al-Ta‘at al-Mafrudah).
(53)-5. Daripada beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abu Khalid al-Qammat, daripada Abu al-Hasan al-‘Atar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Para wasi dan para rasul bersyarikat di dalam ketaatan”
(54)-6. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Abu al-Sabah al-Kinani, berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Kamilah golongan yang mana Allah a.w memfardukan ketaatan kami. Al-Anfaal adalah untuk kami, harta yang bersih adalah untuk kami. Kamilah yang teguh dengan ilmu dan kamilah yang didengki sebagaimana firman-Nya “Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kelebihan yang Allah berikan kepada manusia itu”
(55)-7. Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada al-Husain bin Abu al-‘Ala’ berkata: Aku telah menyebut kepada Abu Abdillah a.s pendapat kami tentang para wasi bahawa ketaatan mereka adalah difardukan, maka beliau a.s telah berkata:Ya, merekalah yang difirmankan oleh Allah “Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya) dan Uli Amri di kalangan kamu” Dan merekalah yang difirmankan oleh Allah “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan Rasul dan mereka yang beriman”
(56)-8. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Mu‘ammar bin Khallad, berkata: Seorang Farsi telah bertanya Abu al-Hasan a.s, maka beliau telah berkata: Ketaatan kepada anda difardukan? Beliau a.s telah berkata: Ya, beliau telah berkata lagi: Seperti ketaatan kepada Ali bin Abu Talib a.s? Maka beliau a.s telah berkata: Ya.
(57)-9. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang para imam adakah kedudukan mereka sama di dalam melaksanakan perintah dan ketaatan? Beliau a.s telah berkata: Ya.
(58)-10. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Marwak bin ‘Ubaid, daripada Muhammad bin Zaid al-Tabari, berkata: Aku telah berkhidmat dengan al-Ridha a.s di Khurasan dan di sisinya beberapa orang daripada Bani Hasyim. Antaranya Ishaq bin Musa bin Isa al-‘Abbasi, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Ishaq, berita telah sampai kepadaku bahawa kami mendakwa bahawa semua orang adalah hamba kami, tidak, dengan kekerabatanku dengan Rasulullah s.a.w, aku tidak pernah berkata sedemikian dan aku tidak pernah mendengarnya daripada bapa-bapaku telah berkata sedemikian, tetapi aku telah berkata: Orang ramai adalah hamba-hamba kami dari segi ketaatan (al-Naas ‘abidun la-na fi al-Ta‘ah) dan mewalikan kami dari segi keagamaan. Lantaran itu, orang yang hadir hendaklah memberitahu kepada orang yang tidak hadir.
(59)-11. Ali bin Ibrahim, daripada al-Salih al-Sanadiy, daripada Ja‘far al-Basyir, daripada Abu Salmah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Kamilah yang mana Allah telah memfardukan ketaatan kami [ke atas orang lain]. Orang ramai wajib mengetahui kami. Orang ramai tidak dapat mengilak dari tidak mengetahui kami. Sesiapa yang mengetahu kami, maka beliau adalah seorang muslim (man ‘arafa-na kana mu’minan). Sesiapa yang mengingkari kami, maka beliau adalah seorang kafir (man Ankara-na kana kafiran). Sesiapa yang tidak mengingkari kami, maka beliau adalah seorang yang sesat (kana dallan) sehingga beliau kembali kepada pertunjuk yang mana Allah mewajibkan ke atasnya mentaati kami. Sekiranya beliau mati di atas kesesatannya, maka Allah akan melakukan [kepadanya] apa yang Dia mahu”
(60)-12. Ali, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Muhammad bin al-Fudhail berkata: Aku telah bertanya beliau a.s tentang perkara yang paling baik yang mana hamba-hamba-Nya dapat menghampiri diri mereka kepada Allah a.w? Beliau a.s telah berkata: Perkara yang paling baik yang mana hamba-hamba-Nya dapat menghampiri diri mereka kepada Allah adalah mentaati Allah, mentaati Rasul-Nya dan mentaati Uli Amri-Nya. Abu Ja‘far a.s telah berkata: Kecintaan kepada kami adalah keimanan dan kebencian kepada kami adalah kekufuran (hubbub-na iman wa baghdu-na kufr).
(61)-13. Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Abban, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Ismail bin Jabir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Bolehkah aku membentangkan kepada anda agamaku yang mana aku mempecayai Allah dengannya? Maka beliau a.s telah berkata: Beritahulah kepadaku, maka aku telah berkata: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah sahaja, tiada bagi-Nya sekutu dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Mengakui apa yang dibawa oleh Muhammad s.a.w dari sisi-Nya. Sesungguhnya Ali adalah seorang imam yang difardukan Allah ketaatan kepadanya. Kemudian al-Hasan adalah seorang imam yang difardukan Allah ketaatannya. Kemudian al-Husain sebagai seorang imam yang difardukan Allah ketaatannya. Kemudian selepasnya Ali bin al-Husain seorang imam yang difardukan Allah ketaatannya sehingga urusan berakhir kepadanya. Kemudian aku telah berkata: Anda mudah-mudahan dihormati Allah? Beliau a.s telah berkata: Inilah agama Allah dan agama para malaikat-Nya”
(62)-14. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ishaq, daripada beberapa sahabat Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Amir al-Muminin a.s telah berkata: Ketahuilah bahawa bersahabat dengan orang alim dan pengikut-pengikutnya merupakan agama Allah yang dipercayai, ketaatan kepadanya menambahkan kebaikan, menghilangkan kejahatan, [beliau adalah] simpanan mukminin, dapat meninggikan kedudukan dan kebaikan mereka selepas kematian”.
(63)-15. Muhammad bin Ismail, daripada al-Fadhl bin Syadhan, daripada Safwan bin Yahya, daripada Mansur Ibn Hazim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Sesungguhynya Allah adalah lebih dihormati dan lebih mulia dari memperkenalkan diri-Nya kepada makhluk-Nya, malah makhluk-Nya mengenaliNya, beliau a.s telah berkata: Apa yang anda telah katakan itu adalah benar. Maka aku telah berkata: Sesiapa yang telah mengetahui bahawa baginya Tuhan, maka sayugia baginya mengetahui bahawa Allah mempunyai keredaan dan kemurkaan dan sesungguhnya beliau tidak mengetahui keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya melainkan dengan wahyu atau rasul.
Justeru, sesiapa yang tidak didatangi wahyu, maka beliau harus mendapatkan para rasul dan apabila beliau bertemu dengan mereka, maka beliau mengetahui bahawa mereka adalah al-Hujjah dan mereka pula wajib ditaati. Aku telah berkata kepada orang ramai: Adakah kamu mengetahui bahawa Rasullah s.a.w adalah seorang Hujjah daripada Allah ke atas makhluk-Nya? Mereka telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mati, maka siapakah al-Hujjah ke atas makhluk-Nya? Mereka telah berkata: Al-Qur’an, lalu aku telah melihat kepada al-Qur’an, maka aku telah dapati Murjiah, Qadariyah dan Zindiq menggunakan hujah daripada al-Qur’an meskipun mereka tidak mempercayainya. Lantaran itu, aku dapati al-Qur’an tidak menjadi Hujjah kecuali dengan wujud penjaganya. Justeru apa yang dikatakannya itu adalah benar.
Aku telah berkata kepada mereka: Siapakah penjaga al-Qur’an? Mereka telah berkata: Ibn Mas‘ud telah mengetahuinya, ‘Umar telah mengetahuinya dan Huzaifah telah mengetahuinya, aku telah berkata: Semuanya? Mereka telah berkata: Tidak, maka aku tidak mendapati seorangpun yang berkata bahawa beliau mengetahui semuanya kecuali Ali a.s. Apabila persoalan mengenai al-Qur’an timbul di kalangan orang ramai, Ibn Mas‘ud telah berkata: Aku tidak mengetahuinya. Sementara seorang lain (‘Umar) telah berkata: Aku tidak mengetahuinya dan seorang lagi (Huzaifah) telah berkata: Aku tidak mengetahuinya. Dan Ini (Ali a.s) telah berkata: Aku mengetahuinya. Lantaran itu, aku naik saksi bahawa Ali a.s adalah penjaga al-Qur’an. Dan Ketaatan kepadanya adalah difardukan (kanat ta‘atu-hu muftaradah) Justeru beliau adalah al-Hujjah ke atas manusia selepas Rasulullah s.a.w.
Dan apa yang dikatakan olehnya tentang al-Qur’an adalah benar. Imam Ja‘afar a.s telah berkata: Semoga Allah merahmati anda. Lalu aku telah berkata: Sesungguhnya Ali a.s tidak tidak mati melainkan beliau a.s telah meninggalkan seorang Hujjah selepasnya sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya al-Hujjah selepas Ali adalah al-Hasan bin Ali. Aku naik saksi bahawa di atas al-Hasan bahawa beliau tidak pergi melainkan beliau a.s telah meninggalkan seorang Hujjah selepasnya sebagaimana telah dilakukan oleh bapanya dan datuknya. Sesungguhnya al-Hujjah selepas al-Hasan adalah al-Husain dan ketaatan kepadanya adalah difardukan. Lalu beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah merahmati anda.
Kemudian aku telah mengucup kepalanya sambil berkata: Aku naik saksi ke atas al-Husain a.s bahawa beliau a.s tidak pergi sehingga beliau meninggalkan seorang Hujjah selepasnya Ali bin al-Husain dan ketaatan kepadanya adalah fardu, maka beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah merahmati anda. Maka aku mengucup kepalanya sambil berkata: Aku naik saksi ke atas Ali bin al-Husain bahawa beliau tidak pergi melainkan beliau a.s telah meninggalkan seorang Hujjah selepasnya Muhammad bin Ali Abu Ja‘far a.s dan ketaatan kepadanya adalah difardukan.
Lalu beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah merahmati anda, aku telah berkata: Berilah kepala anda sehingga aku mengucupnya, lalu beliau a.s tersenyum. Aku telah berkata: Aslahaka-llah, sesungguhnya aku telah mengetahui bahawa bapa anda tidak pergi sehingga beliau meninggalkan seorang Hujjah selepasnya sebagaimana dilakukan oleh bapanya. Aku naik saksi bahawa anda adalah Hujjah dan ketaatan kepada anda adalah difardukan, lalu beliau a.s telah berkata: Cukuplah, Mudah-mudahan Allah merahmati anda, aku telah berkata: Berilah kepala anda supaya aku mengucupnya, maka aku pun mengucup kepalanya, maka beliau a.s telah tersenyum sambil berkata: Tanyalah kepadaku apa yang anda mahu, aku tidak akan menentang anda selepas hari ini untuk selama-lamanya”
(64)-16. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Khalid al-Barqiy, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhariy, dariapada al-Husain bin Abu al-‘Ala’ berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Adakah ketaatan kepada para wasi difardukan? Beliau a.s telah berkata: Ya, merekalah yang difirmankan oleh Allah “Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan Uli al-Amri daripada kamu”. Dan merekalah yang difirmankan oleh Allah “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan Rasul-Nya dan mereka yang beriman yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat di dalam keadaan rukuk”
(65)-17. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin Abd al-Rahman, daripada Hammad, daripada Abd al-A‘la berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Mendengar dan mentaati adalah pintu-pintu kebaikan, orang yang mendengar lagi mentaati tidak ada hujah bagi menentangnya. Tiada hujah ke atas orang yang mendengar dan menderhakai. Dan hujah Imam muslimin akan sempurna pada hari beliau berjumpa dengan Allah “Pada hari itu, kami akan menyeru orang ramai dengan imam mereka”
Bab 9
☼Sesungguhnya Para Imam Adalah Saksi-Saksi Allah Ke Atas Makhluk-Nya. (fi anna al-A’immah Syuhadaa’ Allah a.w ‘ala khalqi-hi)☼
(66)-1. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Ziyad al-Qandiy daripada Sama‘ah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata tentang firman Allah a.w “Maka bagaimanakah apabila Kami mendatangkan seorang saksi bagi setiap umat dan Kami mendatangkan kamu sebagai saksi di atas mereka?” Beliau a.s telah berkata: Ayat ini telah diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w secara khusus, pada setiap kurun seorang imam daripada kami akan menjadi saksi ke atas mereka dan Muhammad s.a.w adalah menjadi saksi ke atas kami pula”
(67)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasyaa’, daripada Muhammad bin ‘A’idh, daripada ‘Umar bin Udhinah, daripada Buraid al-‘Ajaliy berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu umat yang adil agar kamu menjadi saksi atas manusia” Beliau a.s telah berkata: Kamilah umat yang adil (ummatan wasatan) dan kamilah saksi-saksi Allah ke atas makhluk-Nya dan Hujjah-Hujjah-Nya di bumi-Nya (nahnu al-Ummat al-Wusta wa nahnu syuhadaa’ llahi wa hujaji-hi fi ardi-hi). Aku telah bertanya tentang firman Allah a.w “Agama bapa kamu Ibrahim”
Beliau a.s telah berkata: Kamilah yang dimaksudkan dengan ayat ini secara khusus “Dialah yang telah menamakan kamu Muslimin sebelumnya” di dalam kitab-kitab yang terdahulu (dan pada ini) al-Qur’an (Supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu)Justeru Rasul adalah saksi ke atas kami di atas apa yang telah kami sampaikan daripada Allah a.w dan kamilah saksi-saksi di atas manusia. Lantaran itu, sesiapa yang membenarkan kami, maka kami akan membenarkan mereka pada hari Kiamat. Dan sesiapa yang membohongi kami, maka kami akan membohongi mereka pada hari Kiamat”
(68)-3. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Ahmad bin ‘Umar al-Halal berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan a.s tentang firman Allah a.w “Apakah orang yang mempunyai bukti yang nyata daripada Tuhannya dan diikuti pula oleh seorang saksi daripada-Nya” Maka beliau a.s telah berkata: Amir al-Mukminin a.s adalah saksi ke atas Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w adalah bukti daripada Tuhan-Nya”
(69)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Ibn Udhinah, daripada Buraid al-‘Ajaliy berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah a.w “Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu umat yang adil agar kamu menjadi saksi atas manusia” Beliau a.s telah berkata: Kamilah umat yang adil (wasatan), kamilah saksi-saksi Allah ke atas makhluk-Nya dan Hujjah-Hujjah-Nya di bumi-Nya. Aku bertanya mengenai firman-Nya “Wahai mereka yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu”
Beliau a.s telah berkata: Ianya dimaksudkan kepada kami dan kamilah yang terpilih. “Dan Dia tidak menjadikan untuk kami di dalam agama suatu kesempitan” Kesempitan itu adalah lebih teruk daripada kesesakan. “Agama bapa kami Ibrahim” Ianya dimaksudkan kepada kami secara khusus.
“(Dia) telah menamakan kamu Muslimin” Allah telah menamakan kami Muslimin “sebelumnya” di dalam kitab-kitab yang terdahulu (dan pada ini) al-Qur’an (Supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu)Justeru Rasul adalah saksi ke atas kami di atas apa yang telah kami sampaikan daripada Allah a.w dan kamilah saksi-saksi atas manusia. Lantaran itu, sesiapa yang membenarkan kami, maka kami akan membenarkan mereka pada hari Kiamat. Dan sesiapa yang membohongi kami, maka kami akan membohongi mereka pada hari Kiamat”
(70)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin ‘Umar al-Yamaniy, daripada Sulaim bin Qais al-Hilali, daripada Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah membersihkan kami, menjaga kami dan telah menjadikan kami saksi-saksi ke atas makhluk-Nya. Kamilah Hujjah-Hujjah-Nya di bumi-Nya. Dia telah menjadikan kami bersama al-Qur’an dan al-Qur’an bersama kami, kami tidak berpisah dengannya dan ia tidak berpisah dengan kami”
Bab 10
☼Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Penunjuk (anna al-A’immah A.S Hum al-Hudaat)☼
(71-1. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar Ibn Suwaid dan Fadhalah bin Ayyub, daripada Musa bin Bakr, daripada al-Fudhail berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s mengenai firman Allah a.w “Dan setiap kaum itu ada orang yang memberi petunjuk” Beliau a.s telah berkata: Setiap Imam adalah petunjuk kepada kaum pada kurun yang mana beliau berada padanya”
(72)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Ibn Udhinah, daripada Buraid al-‘Ajaliy, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya kamu hanya seorang yang memberi peringatan dan setiap kaum ada orang yang memberi petunjuk” Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah orang yang memberi peringatan dan setiap zaman ada seorang petunjuk daripada kami yang menunjukkan mereka kepada apa yang dibawa oleh nabi Allah s.a.w. Kemudian penunjuk-penunjuk selepasnya adalah Ali, kemudian para wasi seorang selepas seorang”
(73)-3. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Sa‘daan daripada Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s “Sesungguhnya kamu hanya seorang yang memberi peringatan dan setiap kaum ada orang yang memberi petunjuk” Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah orang yang memberi peringatan (al-Mundhir) dan Ali adalah orang yang memberi petunjuk (al-Haadi). Wahai Abu Muhammad, adakah orang yang memberi petunjuk pada hari ini? Aku telah berkata: Ya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sentiasa ada orang yang memberi petunjuk selepasnya sehingga ia diberikan kepada anda, maka beliau a.s telah berkata: Allah memberi rahmat kepada anda, wahai Abu Muhammad, sekiranya satu ayat itu diturunkan atas seorang lelaki, kemudian lelaki itu mati, maka matilah ayat itu dan matilah al-Kitab, tetapi ia (hidayah) masih hidup dan berlaku kepada orang yang masih hidup sebagaimana ia telah berlaku kepada orang yang terdahulu”
(74)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Safwan, daripada Mansur, daripada ‘Abd al-Rahim al-Qasir, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah “Sesungguhnya kamu hanya seorang yang memberi peringatan dan setiap kaum ada orang yang memberi petunjuk” Beliau a.s telah berkata: Rasulullah adalah orang yang memberi peringatan (al-Mundhir) dan Ali adalah orang yang memberi petunjuk. Demi Allah, ia (hidayah) tidak pergi daripada kami dan ia sentiasa pada kami”
0 comments:
Post a Comment