Imam Husain terus tinggal di Mekah hingga musim Haji ketika umat Islam dari seluruh dunia datang membanjiri Mekah untuk melaksanakan ibadat Haji. Imam mempersingkatkan ibadah hajinya dan memutuskan untuk pergi. Di tengah-tengah kerumunan orang ramai itu dia AS berdiri dan dalam pidato yang singkat itu dia juga menjelaskan bahawa dia akan dibunuh dan meminta kaum Muslimin membantunya untuk mencapai tujuannya dan menyerahkan hidup mereka di jalan Allah. Keesokann harinya dia berangkat dengan keluarganya dan beberapa orang sahabatnya ke Iraq.
Imam Husain bertekad untuk tidak memberikan bai'ah kepada Yazid dan sepenuhnya mengerti bahawa dia akan dibunuh. Dia AS sedar bahawa kematiannya tidak dapat dielakkan di hadapan kekuatan tentera Bani Umaiyyah. Beberapa orang tokoh Mekah cuba menghalang Imam AS dan mengingatkannya akan bahaya yang akan menimpanya akibat langkah yang diambilnya itu. Imam Husain AS menjawab bahawa dia menolak bai'ah kepada penguasa yang zalim. Dia menambahkan bahawa dia menyedari bahawa ke mana pun dia pergi dia akan dibunuh. Dia akan meninggalkan Mekah demi menjaga kehormatan Baitullah dan tidak menghendaki kehormatan ini dinodai dengan cucuran darahnya di sana.
Ketika dalam perjalanan ke Kufah, dia menerima berita bahawa agen Yazid di Kufah telah membunuh wakil dan utusan Imam Husain AS di kota itu iatu Hani bin Urwah, Muslim bin Aqil, dan Abdullah bin Yaqtar. Kota Kufah dan sekitarnya telah dikawal dengan ketat dan sejumlah tentera yang besar sedang menanti ketibaannya. Maka tidak ada jalan baginya kecuali terus maju dan menghadapi kesyahidannya.
Sesampainya di Karbala, Imam Husain AS dan rombongannya telah dikepung oleh tentera Yazid. Selama lapan hari mereka tinggal di tempat ini dan selama itu pula kepungan semakin menghimpit dengan jumlah tentera musuh semakin bertambah besar. Akhirnya Imam Husain AS bersama keluarganya dan sejumpah kecil sahabat-sahabatnya dikepung oleh pasukan musuh seramai 30,000 orang. Selama berhari-hari Imam Husain AS mempertahankan kedudukannya. Di malam hari dia memanggil sahabat-sahabatnya dan dalam satu pidato yang singkat menyatakan bahawa tidak ada jalan lain di hadapan mereka kecuali kematian dan kesyahidan. Ditambahkan bahawa kerana musuh hanya berurusan dengannya. dia akan membebaskan mereka dari semua kewajipan sehingga setiap orang yang mahu, boleh melepaskan diri dalam kegelapan malam dan menyelamatkan diri masing-masing. Kemudian dia memerintahkan untuk memadamkan lampu, dan kebanyakan sahabatnya, yang telah menggabungkan diri dengannya demi kepentingan peribadi telah keluar meninggalkan kelompok tersebut. Yang tinggal hanyalah beberapa orang dari mereka yang mencintai kebenaran kira-kira empat puluh orang dan beberapa orang dai Bani Hasyim.
Sekali lagi Imam mengumpulkan sahabat-sahabatnya dan keluarga Bani Hasyim, dengan sekali lagi mengatakan bahawa musuh hanya mahu berurusan dengannya. Namun setiap dari mereka menjawab dengan cara masing-masing menunjukkan kesetiaan mereka kepada Imam Husain AS - bahawa mereka tidak sedetikpun akan menyimpang dari jalan kebenaran yang dipimpin oleh Imam dan tidak akan membiarkannya sendirian. Mereka berkata bahawa mereka akan membela keluarganya selama mereka dapat mengangkat pedang sampai titik darah yang terakhir.
Pada hari kesembilan dari bulan itu tentangan terakhir untuk memilih antara bai'ah atau perang dilakukan oleh musuh Islam. Imam minta penundaan untuk melakukan solat malam dan memutuskan melakukan pertempuran di hari berikutnya.
Pada hari kesepuluh bulan Muharram tahun 61 Hijrah, Imam berbaris di depan musuh dengan sekelompok kecil pengikutnya tidak lebih dari sembilan puluh orang yang terdiri daripada 40 orang sahabatnya, 30 orang anggota tentera yang bergabung kepadanya, dan keluarganya dari Bani Hasyim yang terdiri dari anak-anak,saudara, anak saudaranya lelaki dan wanita dan sepupunya. Hari itu mereka bertempur dari pagi hingga hembusan nafas mereka yang terakhir, Imam keluarga Hasyim yang muda, dan sahabat-sahabatnya semuanya syahid. Di antara yang terbunuh terdapat dua orang anak Imam Hasan, yang baru berusia tiga belas tahun dan sebelas tahun, serta anak berumur lima tahun dan seorang bayi Imam Husain iaitu 'Ali Asghar. Imam Husain AS menggendung bayi itu untuk mendapatkan air sambil berkata kepada pihak musuh:
"Hai orang-orang! Kalian telah membunuh saudaraku, anak-anak, anak-saudaraku dan para pengikutku. Kini semuanya telah tiada kecuali anak kecil ini yang tersisa. Berilah anak ini sedikit minum agar....."Ucapan Imam Husain AS ini belum lagi selesai tetapi telah dipotong oleh anak panah yang menembusi kepala bayi itu. Imam Husain AS tersentak dengan tindakan musuh itu, sementara darah memancut keluar dari bayi itu membasahi bibirnya yang sejak tiga hari lalu kering kehausan. Al-Husain AS mengangkat tangannya ke atas seraya berdoa:
"Ya Allah,saksikanlah bahawa mereka bertekad untuk menlenyapkan seluruh keluarga NabiMu."Imam Husain AS menatang bayi itu menuju ke khemah Zainab. Umm Kulthum berlari mendapatkan bayi itu dan mendakapnya yang sudah tidak bernyawa lagi.
Imam Husain AS memacu kudanya menuju ke medan pertempuran seraya berteriak:
"Apa yang membuat kalian bersemangat memerangiku? Adakah sebuah kewajipan yang aku tinggalkan? Atau Sunnah Nabi yang aku ubah?
"Tidak, kerana dendam dan kebencian di hati kami padamu dan seluruh keluargamu sejak Badr dan Hunain!"
Balas mereka dengan lantang.
Al-Husain AS menoleh ke kiri dan kanan. Tidak ada seorangpun di sekitarnya.
"Kemana semuanya yang telah membantu kami! Siapa yang akan melindungi wanita-wanita Muhammad dari niat jahat mereka! Mana Muslim bin Aqil, Hani bin Urwah, Zuhair, Habib, al-Hurr dan sahabat-sahabatnya? Mana bukti kecintaan kalian? Kini kami datang untuk menyusuli pemergian kalian semua! Inna Lillah wa Inna Ilahi raji'un.
Imam Husain AS memuji sahabat-sahabatnya dalam sebuah puisi yang indah:
membela kami dengan senjata dan nurani
Mereka adalah manusia-manusia ahli tempur
bergelut dalam dahaga, kenyang dan lumpur
Selamat meneguk air keabadian syurgawi
merasakan hangat cinta dan darah alawi"
Ia mara ke pasukan musuh dan berhasil membunuh 1,500 orang. Kemudian ia kembali ke khemahnya sambil bersyair:
"Mereka orang-orang pandir
mendukung para munafiq kafir
menjilat bangkai
mendengus-dengus bak keldai
menjajakan fitnah dan dusta
menjual agama tak kenal cinta
membunuh kekasih demi harta
tuli, bisu, mati rasa dan buta
Siapakah mereka dan siapa aku?
Muhammad adalah datuk abadiku
Akulah putera Ali sang Khalifah
yang dibunuh orang-orang Kufah
Kami anak-anak Ali sang surya"
0 comments:
Post a Comment