Saturday, August 29, 2009

Syi'ah dan Sunnah Nabawiyyah - Hadith Thaqalain - Bahagian 2

Ayatullah al-'Uzma Sayyid Mir Hamid Husain al-Nisaburi telah menyebutkan hadith Thaqalain di dalam bukunya 'Abaqat. Dia telah meriwayatkannya daripada hampir dua ratus para ulama yang besara daripada berbagai mazhab bermula tahun 102 Hijrah berakhir tahun 113 Hijrah, daripada para sahabat lelaki dan perempuan meriwayatkan hadith yang mulia ini daripada Nabi SAW.

Aku berkata: Seorang yang insaf akan membuat kesimpulan bahawa hadith Thaqalain jelas menunjukkan kekhalifahan Amiru l-Mukminin dan anak-anak lelakinya semua sebelas orang imam maksum AS kerana Nabi SAW telah menyamakan mereka dengan Kitab al-Qur'an. Al-Qur'an adalah rujukan yang pertama bagi ummat Islam, tanpa dipertikaikan lagi sejak permulaan dakwah sehingga akhir dunia. Demikian juga 'Ali dan kesebelas orang anak-anaknya AS akan mengakhiri dunia ini sepertilah al-Qur'an kerana beliau telah menjadikan dua khalifahnya di dunia ini. Dan kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadanya di Haudh di hari kiamat. Dan beliau telah menjadikan berpegang kepada kedua-duanya sebagai syarat untuk tidak menjadi sesat. Dan sesiapa yang berpaling daripada kedua-duanya akan binasa kerana beliau menyamakan Ahlu -Baitnya dengan kitab Allah dan memerintahkan umatnya supaya berpegang kepada kedua-duanya sekali. Lantaran itu seorang itu tidak harus berpegang kepada salah satu daripada keduanya.

Justeru itu setiap mukallaf mesti berpegang kepada Thaqalain. Bukan hanya kepada Kitab Allah sahaja tanpa 'itrah dan bukan al-'itrah sahaja tanpa Kitab Allah. Oleh itu berpegang kepada kedua-dua sekali kerana ianya merupakan satu ikatan yang tidak dapat dipisahkan kerana 'itrah adalah lisan yang bercakap untuk kitab yang membisu. Justeru itu kita tidak dinilai sekiranya kita berpegang kepada Kitab Allah tanpa menurut cara mereka. Kerana mengetahui ayat-ayat muhkam, mutasyabih, nasikh dan mansukh dan lain-lain, tidak tepat selain daripada penerangan dan penjelasan mereka. Lantaran itu berpegang kepada kedua-duanya akan menjamin kejayaan seseorang. Dan penentang terhadap kedua-duanya atau salah satu daripadanya akan membawa kepada kebinasaan dan kerugian. Kerana Allah SWT telah memerintahkan orang ramai supaya berpegang kepada kedua-duanya. Rasulullah SAW tidak menyuruh orang ramai untuk melakukan sesuatu dengan sia-sia dan tidak menegah sesuatu dengan sia-sia. Kerana beliau tidak bercakap dengan hawa nafsunya malah dengan wahyu yang diwahyukan kepadanya. Oleh itu berpegang kepada Kitab Allah dan 'itrah yang suci adalah satu kewajipan bagi menjamin kejayaan manusia seluruhnya dengan nikmat yang abadi.

Sayyid Syarafuddin al-Musawi di dalam Muraja'atnya menegaskan bahawa mafhum sabda Nabi SAW: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian sekiranya kalian berpegang kepadanya, kalian tidak akan sesat selamanya; Kitab Allah dan 'itrahku. Iaitu orang yang tidak berpegang kepada kedua-duanya adalah berada di dalam kesesatan. Sebagaimana diperkuatkan oleh Hadith Nabi SAW: Janganlah kalian mendahului kedua-duanya nescaya kalian akan binasa dan janganlah kalian mengabaikan kedua-duanya nescaya kalian juga akan binasa. Dan janganlah kalian mengajar mereka kerana mereka itu lebih mengetahui daripada kalian.

Ibn Hajr berkata tentang sabdanya SAW di dalam al-Sawa'iqnya:"Janganlah kalian mendahului kedua-duanya, maka kalian akan binasa atau janganlah kalian mengabaikan kedua-duanya, nescaya kalian akan binasa. Dan janganlah kalian mengajar mereka kerana mereka lebih mengetahui daripada kalian, adalah dalil ke atas orang yang layak di kalangan mereka untuk memegang jawatan yang tinggi di dalam agama. Dan mereka diutamakan daripada orang lain. Aku berpendapat: Rasulullah SAW menamakan Thaqalain kerana kedua-duanya mempunyai nilai yang tinggi. Lantaran itu pakar-pakar bahasa mengatakan setiap yang bernilai tinggi itu thiqal. Kerana berpegang kepada kedua-duanya bukanlah perkara yang mudah. Atau kerana beramal dengan kedua-duanya adalah berat sebagaimana telah dinyatakan oleh Ibn Hajr dalam al-Sawa'iq Muhriqah bab wasiat Nabi SAW. Ini menunjukkan bahawa khilafah dan imamah adalah untuk mereka Ahlu l-Bait AS. Sebagaimana kata seorang penyair:

Mereka menyamai Kitab Allah yang bisu, sedangkan mereka adalah kitab yang bercakap.

Dari hadith Thaqalain ini menunjukkan kemaksuman Ahlu l-Bait AS sepertilah kemaksuman al-Qur'an yang tidak syak pada kemaksumannya kerana perintah Nabi SAW kepada ummatnya supaya merujuk kepada mereka selepasnya. Oleh itu segala urusan tidak akan diselesaikan melainkan oleh orang yang telah dipelihara dari kesalahan dan dosa. Dan dalil kemaksuman mereka ialah sabitnya kekhalifahan dan imamah untuk mereka. Justeru itu kemaksuman adalah menjadi syarat di dalam Khilafah dan Imamah. Dan orang yang selain daripada mereka tidaklah maksum secara ijmak.

0 comments:

Surah Al-Asr

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."


Demi Masa

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw
Allahumma solli a'la Muhammad, wa ali Muhammad

 

Design by Amanda @ Blogger Buster