Sabdanya SAW:"Tidakkah anda meridhai wahai 'Ali, anda di sisiku seperti Manzilah (kedudukan) Harun di sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku."
Kaum Muslimin bersepakat tentang kesahihan hadith yang mulia ini dan mencatatnya di dalam Sahih-sahih dan Musnad-musnad mereka yang muktabar. Sebab berlakunya hadith ini menurut pakar-pakar sejarah Hadih dan Sirah bahawa manakala Nabi SAW keluar untuk peperangan Tabuk, beliau melantik 'Ali AS sebagai penggantinya di Madinah ke atas keluarganya. Maka 'Ali AS berkata: Aku tidak suka jika anda keluar tanpa aku bersama anda. Maka beliau bersabda:"Tidakkah anda meredhai bahawa kedudukan anda di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa, hanya tiada nabi selepasku."
Aku tidak mampu untuk menyebutkan kesemua nama-nama orang yang meriwayatkan hadith ini disebabkan perawi-perawinya terlalu ramai dan rujukan-rujukan yang banyak. Walau bagaimanapun aku akan kemukakan sebahagian daripada perawi-perawi yang masyhur di kalangan ulama Ahlu l-Sunnah bagi mengukuhkan rujukanku dan menyempurnakan tujuanku:
al-Bukhari di dalam Sahihnya, III, hlm. 54 di dalam 'kitab al-Maghazi,' bab 'Peperangan Tabuk.' Dan di dalam jilid keduanya, hlm. 185, bab 'Bad' al-Khalq' tentang keistimewaan Ali bin Abu Talib AS.
Muslim di dalam Sahihnya, II, hlm. 236 dan 237 di dalam kitab 'Fadhl al-Sahabah, 'bab fadhl Ali AS.'
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 98, 118 & 119.
Al-Hakim di dalam al-Mustadraknya, III, hlm. 109, telah memperakui kesahihan hadith ini menurut syarat Bukhari dan Muslim.
Ibn 'Abd al-Birr di dalam al-'Isti'ab, II, hlm. 437, riwayat hidup 'Ali AS.
Al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal, VI, hlm. 152-153.
Ibn Hajr al-Asqalani di dalam al-Isabah, II, hlm. 507, riwayat hidup 'Ali AS.
Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 30 dan 74.
Al-Syablanji di dalam Nur al-Absar, hlm. 68.
Al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm. 65.
Ibn 'Abd Rabbih di dalam al-'Iqd al-Farid, II, hlm. 194.
Al-Nasa'i di dalam al-Khasa'is, hlm. 7.
Abu Nu'aim di dalam Hilyah al-Auliya', VII, hlm. 196.
Ibn Hisyam di dalam al-Sirah, II, hlm. 520.
Abu l-Fida' di dalam Bidayah wa n-Nihayah, VII, hlm. 339.
Al-Muhibb al-Tabari di dalam dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 63.
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 204.
Al-Khawarizmi di dalam al-Manaqib, hlm. 79.
Ibn 'Asakir di dalam Tarikhnya, IV, hlm. 196.
Ibn al-'Athir di dalam Usd al-Ghabah, IV, hlm. 26.
Ibn Abi l-Hadid di dalam Syarh Nahj Balaghah, II, hlm. 495.
Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib, hlm. 148.
Abu Bakr al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad, II, hlm. 432.
Ibn al-Jauzi di dalam Safwah al-Safwah, I, hlm. 120.
Al-Sibt Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 22.
Ibn Sa'd di dalam al-Tabaqat al-Kubra, III, hlm. 24.
Dan ianya dikutip oleh semua penulis-penulis riwayat hidup Imam Amiru l-Mukminin AS dahulu dan sekarang. Dan ianya juga dikutip oleh setiap orang yang menulis tentang kelebihan Ahlu l-Bait dan kelebihan sahabat, iaitu hadith yang diterima oleh orang dahulu dan sekarang.
Aku berkata: Hadith ini menunjukkan keutamaan Amiru l-Mukminin Ali AS menjadi khalifah selepas Rasulullah SAW secara langsung tanpa memberi peluang bagi orang yang mengingkarinya untuk menentang Syi'ah al-Abrar, Syi'ah Ahlu l-Bayt AS.
Sayyid Syarafuddin RH di dalam al-Muraja'at berkata: Hadith ini mempunyai hujjah yang kuat bahawa 'Ali AS adalah penggantinya dan khalifahnya selepasnya. Lihatlah bagaimana Nabi SAW menjadikannya walinya di dunia dan di akhirat. Dan beliau mengasihinya daripada semua keluarganya. Bagaimana beliau menjadikan kedudukannya seperti kedudukan Harun di sisi Musa. Beliau tidak mengecualikannya selain daripada Nubuwwah. Dan pengecualiannya adalah bukti umum. Dan anda mengetahui bahawa kedudukan yang paling ketara bagi Harun di sisi Musa ialah menjadi wazir ke atas semua ummatnya. Sebagaimana firmanNya di dalam Surah Taha(20):29-32:"Dan jadilah untukku seorang pembantu dari keluargaku iaitu Harun saudaraku, teguhlah dengan dia kekuatanku, dan jadilah dia sekutu dalam urusanku." dan firmanNya di dalam Surah al-A'raf(7): 142:"Gantilah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang membuat kerosakan," dan firmanNya di dalam Surah Taha(20):36:"Sesungguhnya telah diperkenankan permintaanmu, wahai Musa."
Lantaran itu 'Ali, menurut ayat ini, adalah khalifah Rasulullah pada kaumnya, wazirnya pada keluarganya dan rakan kongsinya di dalam urusannya sebagai penggantinya dan bukan sebagai nabi. Beliau adalah orang yang paling layak pada ummatnya semasa hidup dan mati. Oleh itu mereka wajib mentaatinya semasa beliau menjadi pembantunya seperti Harun kepada ummat Musa di zaman Musa.
Ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW di dalam sabdanya:'Ali tidak boleh pergi tanpa anda menjadi khalifahku.' Ini adalah nas yang terang bahawa 'ali adalah khalifahnya. Malah ianya menunjukkan bahawa sekiranya Nabi SAW pergi tanpa melantik 'Ali sebagai penggantinya, nescaya beliau telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya beliau lakukan. Ini adalah disebabkan beliau telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya melantik 'Ali AS sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Ma'idah (5):67:"Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanahNya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir."
Kemudian perhatikanlah sabda Nabi SAW:"Sepatutnya aku tidak pergi tanpa anda menjadi khalifahku,' nescaya anda dapati kedua-duanya menuju kepada satu tujuan sebagaimana juga sabdanya:'Andalah wali bagi setiap mukmin selepasku.' Maka ia adalah nas bahawa beliau adalah wali al-Amr dan menduduki tempatnya mengenainya sebagaimana al-Kumait RH berkata:
Sebaik-baik wali al-Amr selepas walinya
dan tempat datangnya taqwa dan sebaik-baik pendidik
Al-Allamah al-Amini di dalam al-Ghadir berkata: Sabdanya:'Tidakkah anda meredhai bahawa anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa.....' mensabitkan setiap sifat yang ada pada Nabi SAW dari segi martabat, amal, maqam, kebangkitan, hukum, pemerintahan dan ketuanan pada Amiru l-Mukminin selain daripada kenabian sebagaimana Harun di sisi Musa. Justeru itu beliaulah khalifahnya SAW, pengurniaan kedudukan Ali seperti kedudukan dirinya bukanlah dikurniakan begitu sahaja sebagaimana yang telah disangkakan oleh semua orang. Beliau telah melantik sebelum ini orang-orang tertentu di seluruh negara, dan beliau juga telah melantik beberapa orang dalam ekspedisi tentera, tetapi beliau tidak pernah bersabda sesuatu sebagaimana beliau bersabda kepada Ali AS. Justeru itu ianya suatu keistimewaan yang dikurniakan kepada Amiru l-Mukminin Ali AS.
Aku berkata: Ini menunjukkan bahawa khalifah selepas Rasulullah SAW ialah 'Ali AS secara terus dasn kemaksuman Ali AS sebagaimana maksumnya Harun AS selain daripada kenabian sebagaimana anda telah mengetahuinya.
0 comments:
Post a Comment