Saturday, August 29, 2009

Syi'ah dan Sunnah Nabawiyyah - Hadith al-Dar atau al-Indhar - Bahagian 2

Al-Allamah al-Amini di dalam bukunya al-Ghadir berkata: Abu Ja'far al-Iskafi al-Mu'tazili al-Baghdadi di dalam bukunya Naqd al-'Uthmaniyyah telah meriwayatkannya dengan lafaz yang sama dan berkata:"Ianya telah diriwayatkan di dalam hadith yang sahih."

Burhanuddin telah meriwayatkannya di dalam Anba' Nujaba' al-Anba'. Ibn al-Athir di dalam al-Kamil, Abu l-Fida 'Imaduddin al-Dimasyqi di dalam Tarikhnya. Syahabuddin al-Khafaji di dalam Syarh al-Syifa' karangan al-Qadhi al-'Ayadh berkata:"Ianya telah disebutkan di dalam Dala'il al-Baihaqi dan lain-lain dengan sanad yang sahih."

Al-Khazin 'Alauddin al-Baghdadi di dalam Tafsirnya, Al-Suyuti di dalam Jam' al-Jawami' yang dinukilkan daripada al-Tabari dan para penghafal yang enam Abu Ishaq, Ibn Jarir, Ibn Abu Hatim, Ibn Mardawaih, Abu Nu'aim, al-Baihaqi dan Ibn Abu l-Hadid di dalam Syarh Nahj al-Balaghah.Ianya telah disebutkan juga oleh Jurji Zaidan di dalam Tarikh al-Tamaddun al-Islami. Muhammad Husain Haikal di dalam Hayat Muhammad. Perawi-perawi sanadnya thiqah selain daripada Abu Maryam 'Abd al-Ghaffar bin al-Qasim yang dianggap lemah oleh Ahlu s-Sunnah kerana dia adalah seorang Syi'ah. Tetapi Ibn 'Uqdah memujinya sebagaimana di dalam Lisan al-Mizan.

Hadith ini telah diriwayatkan oleh para penghafal dan mereka adalah pakar-pakar di dalam hadith dan tidak seorangpun daripada mereka menganggap hadith ini sebagai lemah dan cacat disebabkan Abu Maryam di dalam sanad-sanadnya. Malah mereka berhujah dengannya tentang dalil-dalil kenabian dan keistimewaannya. Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya menyatakan bahawa semua sanad perawi-perawinya adalah thiqah, mereka ialah Syarik al-A'masy, al-Minhal dan 'Ubbad.

Justeru itu tidaklah hairan jika Ibn Taimiyyah menyatakan ianya adalah hadith yang lemah kerana dia adalah seorang yang fanatik, degil dan sudah menjadi kebiasaan baginya menentang perkara-perkara yang boleh diterima akal dan menolak perkara-perkara yang dharuriyyat. Pendapat-pendapatnya memang sudah dikenali kerana tidak sahnya hadih di sisinya ialah apabila ianya mengandungi unsur-unsur kelebihan keluarga Rasulullah SAW.

(Kemudian al-'Allamah al-Amini menyebutkannya di dalam bentuk kedua). Sila buat rujukan kepada bukunya al-Ghadir. Dia berkata:"Ahmad bin Hanbal telah menyatakan di dalam Musnadnya daripada 'Affan bin Muslim, daripada Abi 'Awanah, daripada 'Uthman bin al-Mughirah, daripada Abi Sadiq, daripada Rabi'ah bin Najidh, daripada Ali Amiru l-Mukminin. Dengan sanad dan teks inilah al-Tabari telah menerangkannya di dalam Tarikhnya, al-Nisa'i di dalam Khasa'is, al-Kanji al-Syafi'i di dalam al-Kifayah, Ibn Abi l-Hadid di dalam Syarh Nahj al-Balaghah, al-Suyuti di dalam Jam' al-Jawami'.

(al-Allamah al-Amini telah menyebutkannya di dalam bentuknya yang ketiga). Daripada Amiru l-Mukminin AS berkata:"Manakala turun ayat al-Indhar (Surah al-Syuara'(26): 214):"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" beliau menyeru Bani 'Abdul Muttalib." Kemudian dia (al-Amini) berkata:"Hadith ini telah dicatat oleh Ibn Mardawaih dengan sanadnya-sanadnya dan dinukilkannya oleh al-Suyuti di dalam Jami' al-Jawami', sebagaimana di lakukan oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam al-Kanz al-Ummal.

(al-'Allamah al-Amini telah menyebutkannya di dalam bentuknya yang keempat). Selepas menyebutkannya permulaan hadith, kemudian Rasulullah SAW bersabda:"Wahai Bani Abdu l-Muttalib! Sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada semua makhluk dan kepada kalian semua. Maka beliau membaca ayat al-Indhar (al-Syuara'(26): 214):"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat."Aku menyeru kalian kepada dua kalimah yang ringan di lidah tetapi berat di neraca. Tiada tuhan melainkan Allah dan aku adalah pesuruhNya. Sesiapa yang menyahuti seruanku di dalam perkara ini dan membantuku, dia akan menjadi saudaraku, wazirku,wasiku, pewarisku, dan khalifahku selepasku."Tidak ada seorang pun daripada mereka menjawabnya. Maka 'Alipun berdiri dan berkata:"Aku wahai Rasulullah."Beliau berkata:"Duduklah wahai 'Ali."Kemudian beliau mengulanginya kepada mereka kali kedua. Mereka terus berdiam. 'Alipun berdiri dan berkata:"Akulah wahai Rasulullah." Maka beliau berkata:"Duduklah." Kemudian beliau mengulanginya kepada mereka kali ketiga. Maka tidak seorangpun daripada mereka menjawabnya.'Ali terus bangun dan berkata:"Akulah wahai Rasulullah."Maka Beliau berkata:"Duduklah, maka anda adalah saudaraku, wazirku, wasiku,pewarisku dan khalifah selepasku."

Ibn Abi Hatim dan al-Ya'qubi telah meriwayatkannya dan dinukilkannya daripada mereka berdua oleh Ibn Taimiyah di dalam Minhaj al-Sunnah. Al-Halabi meriwayatkannya daripadanya di dalam Sirahnya.

(Kemudian al-'Allamah al-Amini menyebutkannya di dalam bentuk kelima), tentang hadith Qais dan Muawiyah menurut apa yang diriwayatkan oleh Sadiq al-Hilali di dalam bukunya daripada Qais.

(Kemudian al-'Allamah al-Amini menyebutkannya di dalam bentuk yang keenam). Ianya telah dicatat oleh Abu Ishak al-Tha'labi (w.427H.) di dalam tafsirnya al-Kasyf wa l-Bayan. Hadith ini juga telah disebutkan oleh al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib.

(Kemudian al-'Allamah al-Amini menyebutkannya di dalam bentuk ketujuh). Abu Ishak al-Tha'labi telah mengeluarkannya dai dalam al-Kasyf wa l-Bayan daripada Abu Rafi' sebahagian daripada kata-katanya. Hadith ini juga disebutkan oleh seorang Kristian Mesir di dalam al-Ta'liq 'Ala al-'Alawiyyah al-Mubarakahdengan lafaz di akhir hadith: Sesiapa yang menyahuti seruanku untuk melakukan perkara ini. Dia telah menyebutkan hadith ini dengan begitu teratur. Buatlah rujukan kepada al-Ghadir.

Sayyid 'abd al-Husayn Syarafuddin RH berkata di dalam bukunya al-Muruja'at (Dialog Sunnah dan Syi'ah). Hadith ini iaitu hadith al-Dar telah diriwayatkan oleh Muhammad Husain Haikal di dalam cetakan pertama bukunya Hayat Muhammad. Tetapi dia tidak menyebutkannya di dalam cetakan kedua dan ketiga.

Aku berkata:"Telah berlaku keriuhan tentang penetapan hadith ini. Ianya menerangkan kekhalifahan Amiru l-Mukminin 'Ali AS. Ketika berlakunya keriuhan ini, Muhammad Husain Haikal telah menyiarkan rujukan-rujukan hadith ini di dalam akhbar politiknya di Mesir pada bilangan 2751 yang dikeluarkan pada 12 Dhul Qai'dah 1350H. Sekiranya anda membuat rujukan kepada bilangan 2985, anda akan mendapatinya merujuk hadith ini kepada Muslim di dalam Sahihnya, Ahmad di dalam Musnadnya, 'Abdullah bin Ahmad di dalam Ziyadat al-Musnad, Ibn Hajr al-Haithami di dalam Jami' al-Fawa'id, Ibn Qutaibah di dalam 'Uyun al-Akhbar, Ibn 'Abd Rabbih di dalam al-'Aqd al-Farid, al-Jahiz di dalam risalahnya daripada Bani Hasyim dan al-Tha'labi di dalam Tafsirnya."

Aku berkata:"Hadith yang mulia ini adalah satu dalil yang terang dan hujah yang pemutus bahawa khalifah selepas Rasulullah SAW ialah 'Ali bin Abu Talib AS. Kerana Nabi SAW telah mengeluarkan perintah ini pada permulaan dakwahnya dan telah menjadikan 'Ali wazirnya kerana tidak ada seorangpun dikalangan orang-orang yang menghadiri masjlis itu setelah tiga kali dilakukannya menyahut seruannya. Malah pada setiap kali 'Ali berdiri sambil berkata: Aku wahai Rasulullah dan pada akhirnya Rasulullah SAW bersabda kepadanya:"Andalah saudaraku, wazirku, wasiku, khalifahku selepasku. Oleh itu kalian dengar dan patuhilah beliau."

Demi Tuhan anda wahai pembaca yang budiman. Adakah di sana nas yang lebih terang daripada ini tentang khalifah Ali AS selepas Rasulullah SAW secara langsung? Wahai Muslimun! Kenapa fanatik terus berlaku sedangkan wujudnya nas yang terang di dalam buku-buku Ahlu s-Sunnah sendiri bahawa kekhalifahan 'Ali adalah secara langsung. Dan penangguhannya memerlukan dalil dan tidak ada di sana sebarang dalil.

0 comments:

Surah Al-Asr

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."


Demi Masa

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw
Allahumma solli a'la Muhammad, wa ali Muhammad

 

Design by Amanda @ Blogger Buster