Saturday, August 29, 2009

Syi'ah dan Sunnah Nabawiyyah - Hadith al-Dar atau al-Indhar - Bahagian 1

Syi'ah adalah mereka yang mengambil sunnah nabawiyyah yang dibawa oleh penghulu para Nabi AS. Mereka tidak berganjak sedikitpun dari landasannya semenjak hari pengisytiharan dakwah sehingga hari ini dan selepas hari ini. Mereka terus berpegang kepada al-'Urwah al-Wuthqa berjalan di atas landasannya yang benar. Mereka mengambilnya dari para imam yang suci dari segala kesalahan. Mereka mengikut sunnah tanpa syak padanya. Oleh itu mereka tidak mengambil riwayat selain daripada para imam dengan sanad mereka yang dipercayai; imam maksum daripada imam maksum seumpamanya, daripada Rasulullah daripada Jibra'il daripada Allah Rabu l-jalil. Di dalam ertikata yang lain, mereka mengambil hukum-hukum daripada hadith-hadith Nabi SAW dan para imam AS, perbuatan dan taqrir mereka sebagaimana tertulis di dalam al-Usul.

Lantaran itu penulis-penulis sirah dan sejarah tidak memberitahukan kita bahawa sesungguhnya seorang imam daripada para imam dua belas telah mengambil hadith daripada seorang sahabat, tabi'in atau orang lain. Sebaliknya orang ramai mengambilnya daripada mereka tetapi mereka tidak mengambilnya daripada orang lain.

Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata:"Aneh sekali mereka berkata: Mereka mengambil ilmu mereka semuanya daripada Rasulullah SAW. Lantas mereka mengetahui dan mendapat petunjuk daripadanya. Mereka fikir kami Ahlu l-Bait tidak mengambil ilmunya dan kami tidak mendapat petunjuk daripadanya. Sedangkan kami keluarganya dan zuriatnya. Di rumah kamilah turunnya wahyu. Dan dari kamilah ia mengalir kepada orang ramai. Adakah anda fikir merekalah yang mengetahui dan mendapat petunjuk sementara kami jahil dan sesat?

Imam Baqir AS berkata:"Sekiranya kami memberitahukan kepada orang ramai menurut pendapat dan hawa nafsu kami, nescaya kami binasa. Tetapi kami memberitahukan mereka dengan hadith-hadith yang kami kumpulkannya daripada Rasulullah SAW sebagaimana mereka mengumpulkan emas dan perak."Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata:"Hadithku adalah hadith bapaku. Hadith bapaku adalah hadith datukku. Hadith datukku adalah hadith Husain. Hadith Husain adalah Hadith Hasan. Hadith Hasan adalah hadith Amiru l-Mukminin. Hadith Amiru l-Mukminin adalah hadith Rasulullah SAW. Dan hadith-hadith Rasulullah SAW adalah firman Allah SWT.Dan beliau AS berkata:"Siapa yang meriwayatkan hadith tentang kami, maka kami akan bertanya kepadanya mengenainya di suatu hari. Sekiranya dia meriwayatkan kebenaran terhadap kami, seolah-olah dia meriwayatkan kebenaran terhadap Allah dan RasulNya.

Dan sekiranya ia berbohong terhadap kami, seolah-olah dia berbohong terhadap Allah dan RasulNya, kerana kami apabila meriwayatkan hadith, kami tidak berkata: Fulan bin Fulan telah berkata, tetapi apa yang kami katakan: Allah berfirman dan RasulNya bersabda."

Kemudian Syi'ah tidak mengamalkan mana-mana hadith yang datang daripada seorang muhaddith, atau riwayat yang datang daripada seorang perawi melainkan ianya sejajar dengan riwayat-riwayat yang datang daripada para imam yang suci AS, dan akan diperakukan oleh al-Qur'an ketika pembentangan dilakukan ke atasnya. Kerana mereka mengetahui dengan jelas apa yang telah berlaku ada masa Bani Umayyah, terutamanya pada masa thagut Muawiyah. Di mana hadith pada masa itu diperniagakan, perawi diberi upah mengikut kadar keberkesanan hadith (palsu)nya ke atas orang ramai sama ada dalam bentuk pujian atau cacian sebagaimana satu riwayat yang telah diriwayatkan oleh orang kepercayaan Muawiyah,"Tiga orang yang diamanahkan di dalam agama: Aku, Jibra'il, dan Muawiyah," sebagaimana juga riwayat yang menjadikannya penulis wahyu dan Khal al-Mukmin, dan hadith pembukaan Makkah:"Siapa yang memasuki rumah Abu Sufyan adalah aman" seolah-olah dia menjadikannya "haram" sebagaimana Baitu l-Haram. Dan khutbah-khutbah yang menakutkan dan riwayat-riwayat yang mencela Imam Ali Amiru l-Mukminin dan keluarganya sehingga 'Ali AS dicela di atas tujuh puluh ribu mimbar masjid.

Justeru itu Syi'ah tidak menerima riwayat-riwayat daripada perawi-perawi yang memalsukan hadith seperti mereka itu. Muawiyah telah menamakan dirinya dan orang yang menyokongnya dengan nama Ahlu l-Sunnah wa l-Jama'ah pada masa itu sebagai penipuan (kaidan) kepada Syi'ah 'Ali AS. Oleh itu Syi'ah pada hakikatnya merekalah Ahlu s-Sunnah (Sunniyyun). Kerana mereka mengambil sunnah dari sumbernya yang asli, yang telah ditapis oleh orang-orang yang baik dan perawi-perawi yang terpilih. Mereka mengambil hadith dan sunnah nabawiyyah daripada imam-imam, penghulu-penghulu mereka sebagaimana mereka menerimanya daripada penghulu para Nabi AS kerana mereka percaya bahawa hadith-hadith mereka adalah daripada Rasulullah SAW tanpa ijithad daripada mereka. Lantaran itu mereka mengambil(nya) daripada mereka dengan penuh keyakinan tanpa syak dan penentangan. Mereka bertanya kepada mereka di dalam semua hal yang mereka perlu. Oleh itu hadith-hadith riwayat mereka meliputi segala aspek.

Justeru itu tidak hairanlah jika Imam Ja'far al-Sadiq AS di datangi oleh beribu-ribu cerdik pandai sehingga Abu l-Hasan al-Wasya berkata kepada penduduk Kufah: Aku dapati masjid Kufah ini lebih daripada empat ribu syaikh yang warak. Semuanya berkata: Haddathani Ja'far bin Muhammad (Ja'far bin Muhammad telah meriwayatkan hadith kepadaku).

Di sinilah aku akan kemukakan sebahagian daripada hadith-hadith dan sunnah nabawiyyah yang menyokong dakwaan Syi'ah dan kebenaran mereka menurut apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan imam-imam yang suci AS seperti berikut:


Hadith al-Dar atau al-Indhar (Hadith jemputan di rumah atau hadith peringatan)

Sabda Nabi SAW:"Ini 'Ali saudaraku, wazirku, wasiku dan khalifahku selepasku."

Hadith ini telah diriwayatkan oleh para penghafal, para ulama hadith, sirah, dan sejarah dari golongan Sunnah dan Syi'ah di dalam Sahih-sahih dan Musnad-musnad mereka. Mereka mengakui kesahihan dan kemuliaannya serta perawinya yang ramai. Lantaran itu tidak hairanlah jika ianya diterima oleh sejarawan-sejarawan umat Islam kerana ianya adalah jelas dan nyata, tidak ada kesamaran lagi bahawa hadith ini datangnya daripada Rasulullah SAW pada permulaan dakwahnya.

Al-Tabari telah menyebutkannya di dalam Tarikhnyadaripada Abu Hamid bahawa dia berkata:"Salmah telah memberitahukan kami dan dia berkata: Muhammad b. Ishak telah memberitahukan kepadaku daripada 'Abdu l-Ghaffar b. al-Qasim daripada al-Minhal daripada 'Umar daripada 'Abdullah b. al-Harith b. Naufal b. al-Harith b. 'Abdu l-Muttalib daripada 'Abdullah b. 'Abbas daripada 'Ali bin Abu Talib AS berkata:Manakala ayat al-Indhar (al-Syuara'(26): 214):"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" diturunkan ke atas Rasulullah SAW, beliau memanggilku dan berkata: Wahai 'Ali! Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku supaya memberi peringatan kepada keluarga anda yang terdekat. Maka akupun merasa cemas, kerana aku mengetahui bahawa apabila aku kemukakan kepada mereka perkara ini, aku akan lihat apa yang aku tidak meyukainya. Maka beliau terus berdiam diri mengenainya sehingga datang Jibra'il dan berkata: Wahai Muhammad! Sekiranya anda masih tidak melaksanakan apa yang diperintahkan kepada anda, nescaya anda akan disiksa oleh Tuhan anda.

Justeru itu sedialah (wahai 'Ali) untuk kami segantang makanan dan letakkan di atasnya satu kaki kambing serta isikan untuk kami satu bekas yang berisi susu. Kemudian kumpulkan untukku Bani Abdu -Muttalib sehingga aku sendiri bercakap kepada mereka dan menyampaikan apa yang diperintahkan kepadaku. Maka aku melakukan apa yang diperintahkannya. Kemudian aku menjemputkan mereka untuknya. Bilangan mereka pada hari itu lebih kurang empat puluh orang lelaki. Di antaranya bapa-bapa saudaranya Abu Talib, Hamzah, al-'Abbas dan Abu Lahab. Apabila sahaja mereka berkumpul di tempatnya, beliau memanggilku supaya membawa makanan yang aku sediakan untuk mereka. Manakala aku meletakkanya, Rasulullah SAW mengambil sepotong daging dan memecahkannya dengan giginya. Kemudian mencampakkannya di tepi hidangan itu, kemudian beliau bersabda: Ambillah kalian dengan nama Allah. Orang ramai memakannya sehingga kenyang. Aku tidak melihat melainkan tempat tangan mereka. Demi Allah di mana jiwa 'Ali di tanganNya. Sekiranya seorang daripada mereka memakannya, nescaya aku tidak dapat mengemukakannya kepada yang lain. Kemudian beliau bersabda:"Berikan minuman kepada mereka semua," maka aku membawa kepada mereka bekas itu. Mereka meminumnya sehingga puas. Demi Tuhan sekiranya seorang daripada mereka meminumnya nescaya ianya tidak akan mencukupi untuk orang lain.

Apabila Rasulullah SAW ingin bercakap kepada mereka, Abu Lahab mendahuluinya dan berkata:"Sahabat kalian telah menyihirkan kalian. Maka orang ramaipun bersurai tanpa memberikan kesempatan kepada Rasulullah SAW untuk memperkatakan sesuatu kepada mereka. Maka beliau bersabda:"Besok wahai 'Ali sesungguhnya lelaki ini telah mendahuluiku sebagaimana anda telah mendengarnya. Maka orang ramaipun bersurai sebelum sempat aku memperkatakan kepada mereka. Justeru tiu sedialah makanan untuk kami sebagaimana anda telah menyediakannya kelmarin. Kemudian kumpulkan mereka untukku. Maka akupun melakukannya. Kemudian aku mengumpulkan mereka. Kemudian beliau memanggilku supaya aku membawa makanan itu. Maka akupun membawanya kepada mereka. Beliau melakukannya sebagaimana beliau telah melakukannya kelmarin. Mereka makan sehingga kenyang. Kemudian beliau bersabda:"Berikan mereka minuman," maka akupun membawa minuman campuran susu itu. Lalu mereka meminumnya dengan sepuas-puasnya. Kemudian Rasulullah SAWAW bercakap dan bersabda:"Wahai Bani ABdu l-Muttalib! Sesungguhnya demi Tuhan aku tidak mengetahui seorang pemuda Arab yang datang kepada kaumnya dapat mengemukakan apa yang lebih baik daripada apa yang aku kemukankan untuk kalian. Sesungguhnya aku akan membawa kepada kalian kebaikan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku supaya menyeru kalian kepadaNya. Maka siapakah di kalangan kalian yang akan membantuku di dalam urusan ini dan dialah yang akan menjadi saudaraku, wasiku, dan khalifahku pada kalian? Dia ('Ali) berkata: Orang ramai mulai merasa cemas mengenainya. Maka akupun berkata: Sesungguhnya aku adalah orang yang paling muda di kalangan mereka, orang yang paling mengidap sakit mata di kalangan mereka, orang yang paling besar perut di kalangan mereka, dan orang yang paling kecil betisnya di kalangan mereka. Aku, wahai Nabi Allah, akan menjadi wazir anda di dalam perkara itu, maka beliaupun memegang tengkukku. Kemudian dia bersabda:"Sesungguhnya ini adalah saudaraku, wasiku dan khalifahku pada kalian. Maka dengarlah kalian kepadanya, dan patuhilah." Beliau berkata: Orang ramai bangun dan ketawa sambil berkata kepada Abu Talib, sesungguhnya beliau telah memerintahkan anda supaya mendengar anak anda dan mematuhinya.

0 comments:

Surah Al-Asr

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."


Demi Masa

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw
Allahumma solli a'la Muhammad, wa ali Muhammad

 

Design by Amanda @ Blogger Buster