Monday, August 31, 2009

Dialogku dengan ulama besar - Bahagian 6

Dialogku dengan ulama Ahlu s-Sunnah yang masyhur mengenai turbah husainiyyah yang ta'ziyah

Pada empat belas hari bulan Muharram tahun 1374 Hijrah (1954M) sekumpulan ulama Ahlu s-Sunnah termasuk beberapa orang sahabatku di Universiti al-Azhar datang kepadaku dengan penuh perasaan hasad dengki di dalam dada mereka kerana aku berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS dan meninggalkan mazhab Sunnah. Perbincangan di antara kami telah mengambil masa lebih kurang sepuluh jam di dalam berbagai-bagai masalah. Di antaranya kritikan mereka terhadap Syi'ah kerana mereka sujud kepada turbah husainiyyah. Lantaran itu mereka adalah musyrikun. Dan juga mereka melakukan ta'ziyah ke atas Imam Husain AS. Lantaran itu ianya adalah bid'ah.

Aku berkata kepada mereka, bahawa kedua-duanya adalah digalakkan oleh Allah SWT. Adapun kata-kata kalian bahawa Syi'ah sujud kepada turbah husainiyyah, maka mereka adalah musyrikun, ini tidaklah benar kerana Syi'ah sujud 'di atas turbah' bukan 'kepada turbah.'

Oleh itu sujud Syi'ah di atas turbah tidaklah syirik." Maka seorang yang paling alim mereka berkata:"Anda telah memberi penyelesaian yang baik wahai yang mulia! Tetapi kami ingin bertanya kepada anda apakah sebab Syi'ah meneruskan sujud di atas Turbah dan kenapa mereka tidak sujud di atas semua benda sebagaimana mereka sujud di atas turbah?" Aku menjawab:"Ini adalah kerana beramal dengan hadith yang disepakati oleh semua golongan Muslimin. Sabda Nabi SAW:'Dijadikan bagiku tanah (bumi) sebagai tempat sujud dan bersih.'

Hanya tanah yang bersih sahaja boleh dibuat sujud di atasnya. Lantaran itu kami sentiasa sujud di atas tanah yang disepakati oleh semua Muslimin tentang kebersihan sujud di atasnya."Maka dia bertanya kepadaku lagi:"Bagaimana Muslimin bersepakat mengenainya?" Aku menjawab:"Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAWAW di Madinah ialah pembinaan masjidnya. Adakah masjid itu diletakkan hamparan?" Dia menjawab:"Tidak, ianya tidak diletakkan hamparan." Aku bertanya:"Di atas apakah Nabi SAW dan Muslimin sujud?"Dia menjawab:"Di atas tanah masjid yang dihamparkan dengan tanah." Aku berkata lagi:"Selepas Nabi SAW, pada zaman Abu Bakr, 'Umar, Uthman dan Amiru l-Mukminin 'Ali AS adakah masjid dilengkapkan dengan hamparan?"Dia menjawab:"Tidak." Aku bertanya:"Di atas apakah Muslimin sujud di dalam solat mereka di masjid?" Dia menjawab:"Di atas tanah bumi yang diliputi tanah." Aku berkata:"Jikalau begitu semua solat Rasulullah SAW adalah di atas tanah. Demikian juga Muslimin di zamannya, selepasnya mereka sujud di atas tanah.

Justeru itu sujud di atas tanah hukumnya sah secara qat'i. Dan Syi'ah apabila mereka sujud di atas tanah adalah kerana mengikuti Rasulullah SAW. Maka solat mereka adalah sah." Dia berkata lagi:"Syi'ah hanya sujud di atas tanah yang mereka bawa bersama mereka sahaja?" Aku menjawab:"Pertama, Syi'ah mengharuskan sujud di atas semua tanah yang bersih sama ada yang berbatu atau tanah biasa (turab). Kedua, syarat tempat sujud ialah bersih daripada segala najis. Oleh itu sujud tidak harus di atas tanah yang najis atau tanah yang tidak bersih. Lantaran itu mereka mengutamakan membawa bersama mereka seketul tanah kering yang bersih dari sujud di atas sesuatu yang tidak diketahui kebersihannya.

Dia bertanya lagi:"Sekiranya Syi'ah ingin sujud di atas tanah yang bersih, kenapa mereka tidak membawa bersama mereka tanah biasa supaya mereka sujud di atasnya?" Aku menjawab:"Membawa tanah biasa akan menyebabkan pakaian menjadi kotor kerana apabila ianya diletakkan di atas kain, maka pasti ia akan mengotorinya. Justeru itu kami mencampurkannya dengan sedikit air kemudian kami biarkan ia kering sehingga membawanya tidaklah mengotorkan pakaian. Sesungguhnya sujud di atas seketul tanah yang kering lebih menunjukkan khusyuk dan tawadhuk kepada Allah SWT kerana matlamat sujud adalah khusyuk.

Sekiranya tujuan sujud ialah khusyuk kepada Allah SWT, maka 'suasana sujud' yang mendatangkan lebih banyak kekhusyukan itu adalah lebih baik. Lantaran itu disunatkan tempat sujud itu lebih rendah dari tempat letak kedua-dua tangan dan kaki. Kerana ianya lebih banyak menunjukkan kekhusyukan kepada Allah SWT. Demikian juga disunatkan hidungnnya disentuhkan dengan tanah di dalam keadaan sujud, kerana ianya lebih menunjukkan tawadhuk dan khusyuk kepada Allah SWT.

Lantaran itu sujud di atas tanah atau di atas ketulan tanah yang kering lebih baik daripada sujud di atas selain daripada kedua-duanya yang harus dilakukan sujud di atasnya. Kerana dia meletakkan anggotanya yang paling mulia iaitu dahi di atas tanah kerana khusyuk kepada Allah SWT dan merasa kecil (hina) di hadapan kebesaranNya.

Adapun jika seorang itu meletakkan dahinya di atas sajadah yang berharga, atau di atas galian-galian seperti emas dan perak atau seumpamanya atau di atas kain yang mahal harganya, ianya boleh mengurangkan khusyuk dan tawadhuk. Dan kadang-kadang ianya tidak membawa kepada perasaan rendah diri di hadapan Allah SWT.

Justeru itu adakah sujud yang menambahkan tawadhuk dan khusyuk seseorang di hadapan Tuhannya itu dikira syirik dan kafir? Atau sebaliknya sujud di atas apa yang menghilangkan khusyuk kepada Allah SWT itu sebagai taqarub kepadaNya? Lantaran itu ianya merupakan percakapan yang sia-sia."

Kemudian dia bertanya kepadaku:"Apakah tulisan yang dituliskan di atas turbah itu?" Aku menjawab:"Tidak semua turbah dituliskan di atasnya. Sebahagiannya dituliskan (di atasnya) Subhana rabbiya l-A'la wa bihamdihi dan sebahagiannya ditulis turbah ini diambil dari tanah Karbala' al-Muqaddasah li-Llah. Aku ingin bertanya kepada anda:"Adakah ianya dikira syirik? Atau ianya tidak dikira sebagai turbah yang harus dibuat sujud di atasnya?"Dia menjawab:"Sekali-kali tidak."

0 comments:

Surah Al-Asr

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."


Demi Masa

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw
Allahumma solli a'la Muhammad, wa ali Muhammad

 

Design by Amanda @ Blogger Buster