Monday, August 31, 2009

Dialogku dengan ulama besar - Bahagian 4

Dialogku dengan seorang Syaikh al-Azhar

Pada hari ketujuh bulan Dzul Qa'idah tahun 1371H (1951M) sebelum masuk waktu zuhr, seorang pemuka Halab bernama Ustaz Sya'ban Abu Rasul memberitahuku bahawa seorang Syaikh al-Azhar pengarang yagn masyhur ingin menziarahiku. Bilakah dia boleh datang menziarahi anda? Maka aku menjawab:"Selamat datang, pada hari ini dia mesti dihormati." Maka dia menziarahiku selepas 'Asar. Selepas menyambutnya di dalam satu majlis, dia bertanyaku:"Maksudku datang kemari ialah untuk meminta penjelasan tentang sebab yang mendorongkan anda berpegang kepada mazhab Syi'ah dan meninggalkan mazhab Sunni Syafi'i?" Maka aku menjawabnya dengan sopan:"Sebab-sebab yang mendorongku adalah banyak di antaranya: Aku melihat perselisihan mazhab empat sesama mereka." Akupun menyebutkan sebab-sebab yang mendorongku berpegang kepada Syi'ah.

Kemudian aku berkata:"Yang paling utama sekali ialah urusan khalifah yang menjadi sebab yang besar berlakunya khilaf di kalangan Muslimin. Kerana tidak terfikir oleh akal bahawa Rasul SAW meninggalkan umatnya tanpa wasi (pengganti) ke atas mereka bagi melaksanakan urusan syari'ah yang datang daripada Allah SWT. Kerana setiap Nabi ada wasi atau ausiya' yang maksum yang melaksanakan syari'atnya. Sesungguhnya telah tetap padaku bahawa kebenaran adalah bersama Syi'ah kerana iktiqad mereka bahawa sesungguhnya Nabi SAWAW telah berwasiat kepada 'Ali AS sebelum wafatnya. Malah dari permulaan dakwah dan selepasnya anak-anak lelakinya sebelas imam AS. Dan sesungguhnya Syi'ah mengambil hukum-hukum agama mereka daripada mereka. Mereka itulah imam-imam yang maksum di dalam iktiqad mereka dengan dalil-dalil yang tertentu bagi mereka.

Oleh sebab itulah aku berpegang kepada mazhab yang mulia ini. Kemudian aku tidak pernah berjumpa mana-mana dalil yang mewajibkan aku berpegang kepada salah satu daripada empat mazhab. Malah tidak ada pilihan lain lagi kerana aku dapati dalil-dalil yang banyak yang mewajibkan aku berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS. Dan dalil-dalil tersebut akan membawa muslim kepada jalan yang lurus.

Kemudian aku membentangkan kepadanya dalil-dalil Qat'i yang mewajibkan berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait AS. Semuanya menanti-menanti sehingga aku berkata:"Wahai Fadhilah Syaikh! Anda daripada ulama yang disegani, adakah anda dapati di dalam kitab Allah dan Sunnah RasulNya satu dalil sahaja yang menunjukkan anda supaya berpegang kepada salah satu mazhab yang empat." Lantas beliau menjawab:"Sekali-kali tidak."

Kemudian aku berkata kepadanya:"Tidakkah anda mengetahui bahawa mazhab empat setiap satu daripada mereka menyalahi yang lain di dalam kebanyakan masalah. Dan mereka pula tidak boleh mengemukakan dalil dan hujah yang kuat bahawa ia sahaja yang benar bukan orang lain. Sebaliknya apa yang disebutkan oleh orang yang berpegang kepada salah satu daripada mazhab empat ialah dalil-dalil yang tidak kuat, tidak disokong oleh al-Qur'an dan Sunnah. Mereka adalah seperti pokok yang buruk Khabithah yang bertunjang di atas bumi tanpa kekuatan.

Umpamanya jika anda bertanya seorang yang bermazhab Hanafi kenapakah anda memilih mazhab Hanafi dan bukan mazhab lain? Kenapakah anda memilih Abu Hanifah sebagai imam untuk diri anda selepas seribu tahun kematiannya? Dan kenapa anda memilih Maliki atau Syafi'i atau Ahmad bin Hanbal berserta kelebihan-kelebihan mereka, maka dia tidak akan memberi jawapan yang memuaskan anda.

Rahsianya ialah setiap orang daripada mereka bukanlah Nabi atau wasi Nabi dan tidak wahyukan kepada mereka. Mereka pula tidak diilhamkan malah mereka sepertilah orang lain yang ada kaitan dengan ilmu. Dan orang seumpama mereka adalah ramai sekali.

Kemudian mereka pula bukanlah daripada sahabat Nabi SAW. Malah kebanyakan mereka atau semua mereka tidak pernah berjumpa dengan Nabi SAW dan sahabat-sahabatnya. Oleh itu berpegang kepada salah seorang daripada mereka dan menjadikan mazhab untuk dirinya serta iltizam dengan pendapat-pendapatnya yang mungkin salah atau betul tidak akan diakui oleh akal, al-Qur'an dan Sunnah malah ia tidak boleh dijadikan hujah di hadapan Allah di Hari Kiamat. Tetapi bagi Allah hujah yang kuat ke atasnya sehingga jikalau Allah bertanya kepadanya di Hari Kiamat:"Apakah dalil anda berpegang kepada mazhab ini?" Nescaya tidak ada jawapan baginya selain daripada firmanNya di dalam Surah al-Zukhruf (42): 22:"Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu agama sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat pentunjuk dengan (mengikuti) jejak mereka." Atau dia akan menjawab: sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Ahzab (33): 67:"Sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin kami dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar."

Oleh itu dengan nama Allah SWT wahai syaikh yang mulia! Adakah hujah bagi orang-orang yang berpegang kepada salah satu daripada mazhab empat di Hari Kiamat di hadapan Allah Yang Maha Perkasa?" Syaikh mengangguk kepalanya, kemudian dia mengangkat kepalanya dan berkata:"Tidak." Aku bertanya lagi kepadanya:"Adakah seorang itu dimaafkan dengan jawapan tersebut?"Dia menjawab:"Tidak."Maka aku berkata:"Adapun kami berpegang dengan 'itrah Tahirah Ahlu l-Bait Rasulullah SAW, beramal dengan fiqh Ja'fari. Maka akan berkara di Hari Hisab ketika kami berdiri di hadapan Allah al-Aziz al-Jabbar:"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kamulah yang menyuruh kami berpegang kepada mazhab Ahlu l-Bait kerana kamu berfirman di dalam Surah al-Hasyr (59):7:'Apa yang diberikan oleh Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.'

Dan sabda Nabi Muhammad SAW yang disepakati oleh semua Muslimin:'Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian dua perkara:"Thaqalain Kitab Allah dan itrahku selama kalian berpegang kepada kedua-duanya kalian sekali-kal tidak akan sesat selama-lamanya. Sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan di Haudh.' Dan sabdanya: Umpama Ahlu l-Baitku pada kalian sepertilah bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya berjaya dan sesiapa yang enggan menaikinya akan tenggelam.'

Tidak seorangpun yang mengesyaki bahawa Imam Ja'far al-Sadiq AS daripada itrah al-Tahirah. Ilmunya adalah ilmu bapanya. Ilmu bapanya adalah ilmu datuknya Rasulullah SAW. Ilmu Rasulullah SAW adalah ilmu Allah SWT. Lebih-lebih lagi Imam Ja'far al-Sadiq AS telah disepakati oleh semua Muslimin tentang kebenaran dan thiqahnya. Dan di sana terdapat golongan yang ramai yang mengakui kemaksumannya dan imamahnya. Beliau adalah wasi yang keenam bagi Rasulullah SAW. Beliau adalah hujah Allah ke atas ummat manusia. Sesungguhnya Imam Ja'far al-Sadiq meriwayatkan hadith-hadith daripada bapanya yang suci. Beliau tidak memberi fatwa dengan pendapatnya.

Lantaran itu hadithnya adalah hadith bapanya dan datuknya. Kerana mereka adalah tempat terpancarnya ilmu hikmah yang galian wahyu. Justeru itu mazhab Imam Ja'far al-Sadiq AS adalah mazhab bapanya dan datuknya yang diambil daripada wahyu di mana ia tidak berganjak walaupun sebesar rambut. Dan bukan secara ijtihad sebagaimana orang lain telah melakukannya. Justeru itu orang yang berpegang kepada mazhab Ja'far bin Muhammad AS dan mazhab datuk-datuknya adalah orang yang berpegang kepada kebenaran, berpegang kepada al-Qur'an dan Sunnah."

0 comments:

Surah Al-Asr

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."


Demi Masa

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw
Allahumma solli a'la Muhammad, wa ali Muhammad

 

Design by Amanda @ Blogger Buster