Monday, August 31, 2009

Dialogku dengan ulama besar - Bahagian 2

Adalah menghairankan sekali saudara-saudara kami Ahlu s-Sunnah berhujah dengan perkara-perkara yang tidak boleh menjadi dalil dan mereka lupa dalil-dalil banyak yang menyokong 'Ali AS. Seperti hadith hari indhar di mana Rasulullah SAW mengumpulkan kaum keluarganya yang terdekat dengan perintah Tuhan 'dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat'. Bilangan mereka lebih kurang empat puluh orang. Beliau menyediakan makanan untuk mereka di mana makanan itu hanya mencukupi seorang sahaja daripada mereka, tetapi hadirin memakannya sehingga mereka kenyang. Selepas mereka selesai makan, Nabi SAW bersabda:"Wahai Bani Hashim! Siapakah di antara kalian yang akan membantuku di dalam urusanku ini?" Tidak seorangpun menjawab. Maka 'Ali AS menjawab:"Aku wahai Rasulullah akan membantu anda." Beliau bersabda sebanyak tiga kali. Dan setiap kali 'Ali menjawab:"Akulah wahai Rasulullah." Lalu beliau memeluknya sambil berkata:'Andalah wasiku, khalifahku selepasku. Maka kalian dengarlah kepadanya dan patuhilah.'

Hadith al-Ghadir yang masyhur, hadith Thaqalain, hadith Manzilah, hadith al-Safinah, hadith bab Hittah, hadith Madinah al-'Ilm, hadith al-Mu'akhat (persaudaraan), hadith Tabligh (Surah al-Bara'ah), hadith penutupan semua pintu selain daripada pintu 'Ali, hadith mencabut pintu Khaibar, hadith pembunuhan 'Umru bin 'Abd Wuddin, hadith perkahwinannya dengan Fatimah al-Zahra' AS dan lain-lain.

Adakah semua riwayat-riwayat yang disepakati oleh Sunnah dan Syi'ah masih lagi tidak mensabitkan 'Ali sebagai khalifah? Dan riwayat-riwayat yang tidak disepakati dan dipalsukan itu yang mensabitkan jawatan khalifah kepada Abu Bakr? Inilah perkara yang aneh dan menghairankan.

Kemudian dia berkata kepadaku:"Anda tida mengiktiraf Khalifah Abu Bakr?"

Aku menjawab:"Bukan begitu, ianya tidak dipertikaikan lagi. Tetapi apa yang masih dipertikaikan ialah tentang siapakah yang lebih berhak dan lebih aula. Adakah Abu Bakr lebih berhak atau Amiru l-Mukminin? Maka di sinilah berlakulah perselisihan. Kami melihatnya sebagai satu bala dan perpecahan ummat bermula di Saqifah kepada dua golongan malah kepada empat golongan. Orang-orang Ansar terbahagi kepada dua golongan. Satu golongan menghendaki 'Ali (iaitu selepas hancurnya Basrah) dan yang kedua menyokong Abu Bakr. Demikian halnya orang Muhajirin. Sebahagian daripada mereka menyokong Abu Bakr dan sebahagian lain menyokong 'Ali kemudian sampai kepada 73 golongan, dan setiap golongan menyokong golongannya sahaja.

Lantaran itu ummat Islamiyyah sentiasa di dalam perselisihan dan pertengkaran yang kuat. Sebahagian mengkafirkan sebahagian yang lain. Ummat sentiasa bermandi di lautan darah semenjak hari itu sehingga hari ini dan berterusan sehingga datangnya hari kemenangan dan inilah yang kami usahakan. Syi'ah menghukumkan sesuatu berdasarkan dalil-dalil al-Qur'an, Sunnah dan Sejarah. Mereka berhujah dengan buku-buku Ahlu s-Sunnah di samping buku-buku mereka tentang Khalifah 'Ali dan anak-anak cucunya sebelas imam yang dipegangi oleh Syi'ah.

Demikianlah aku telah membentangkan beberapa dalil yang lain kepada syaikh itu. Maka dia mendengarnya dan berpuas hati. Kemudian dia keluar daripada rumahku di dalam keadaan syak kepada mazhabnya dan dia ucapkan terima kasih kepadaku di atas dalil-dalil yang aku telah kemukakan kepadanya. Dia meminta daripadaku beberapa buah buku Syi'ah, maka aku memberikan kepadanya buku-buku karangan Sayyid Abdu l-Husain Syarafuddin.

Aku fikir tidak keterlaluan jika aku meminta saudara-saudaraku Ahlu s-Sunnah supaya mengkaji buku-buku karangan Syi'ah seperti buku al-Ghadir oleh al-'Allamah al-Amini, Ihqaq al-Haq, dan al-Sawarim al-Muhriqah oleh al-Syahid al-Sa'id al-Imam Qadhi Nurullah RH, 'Aqabat al-Anwar oleh Imam Sayyid Hamid Husain al-Hindi, Ghayah al-Maram oleh Imam al-Bahrani, al-Saqifah oleh al-Muzaffar, Dalil al-Sidq oleh al-Muzaffar, Aslu s-Syi'ah wa Usuluhu oleh Kasyif al-Ghita' dan lain-lain. Kerana itu sudah cukup bagi orang yang mempunyai hati yang bersih dan ikhlas daripada fanatik mazhab. Wa billahi t-Taufiq.

0 comments:

Surah Al-Asr

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."


Demi Masa

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw
Allahumma solli a'la Muhammad, wa ali Muhammad

 

Design by Amanda @ Blogger Buster