Monday, August 31, 2009

Bencana Saqifah - Bahagian 4

Sekiranya mereka tidak bersepakat dalam masa tiga hari, nescaya Abu Talhah al-Ansari akan memotong tengkuk-tengkuk mereka. Sedangkan mereka, menurut sangkaan mereka, di kalangan sepuluh orang yang diberikan khabar gembira dengan syurga. Ya Allah manakah justifikasi bagi Umar mengharuskan darah enam orang dari sahabat-sahabat yang besar sedangkan di sana terdapat nas-nas yang terang di tempat yang bermacam-macam tentang khalifah 'Ali Amiru l-Mukminin AS? Kenapakah dia tidak mengembalikan terus jawatan khalifah kepada 'Ali AS dan dengan ini dia dapat menyelamatkan kaum Muslimin daripada masalah ini?

Perhatikanlah kepada hukumnya dengan penuh keinsafan. Adakah hukum ini keluar daripada lelaki yang takutkan Allah dan RasulNya? Tentu sekali tidak! Sayang sekali, tidakkah lebih baik jika dia meninggalkan ummat ini memilih sendiri tanpa mengadakan syuranya, jika difardhukan mereka tidak bersepakat?

Dan perhatikan kata-katanya: Sekiranya tiga bertentangan dengan tiga, maka rujuklah perlantikan di pihak Abdu -Rahman bin 'Auf. Kata-kata ini jelas menunjukkan permusuhannya yang terang terhadap 'Ali AS? Kenapa dia tidak merujuk kepada 'Ali secara langsung? Tetapi perkara ini telah diatur dengan rapi selepas kembalinya mereka di hari al-Ghadir (perisytiharan perlantikan 'Ali AS). Kerana mereka membuat perjanjian untuk mengeluarkan 'Ali dari khalifah. Dan sekiranya anda ingin mengkaji dengan lebih mendalam tentang hakikat ini, sila rujuk kepada buku Ihqaq al-Haq dan al-Sawarim al-Muhriqah karangan Imam Qadhi Nurullah al-Tastari, Tasyyid al-Mata'in, Aqabat al-Anwar, Ghayah al-Maram, al-Ghadir, karangan Imam Syarifuddin al-Musawi dan lain-lain.

Kemudian datang peranan 'Uthman

Aku telah mengemukakan kepada anda sebentar tadi bahawa 'Umar telah menjadikan urusan khalifah pada enam orang dan menyampaikannya kepada 'Uthman secara halus. Dia berkata kepada 'Uthman bahawa dia akan membawa Bani Umayyah dan Bani Mu'it menguasai orang ramai, dan akan datang satu kumpulan dari serigala Arab menyembelihnya. Dia berkata lagi:"Sekiranya ianya berlaku. Maka ingatlah kata-kataku ini, dan memang benar firasat 'Umar terhadap 'Uthman."

Pada hari dia mengambil alih jawatan khalifah, Bani Umayyah berkumpul di rumah 'Uthman, Abu Sufyan juga ikut sama. Dia berkata:"Adakah pengintip ke atas kita?" Mereka menjawab:"Tidak." Dia berkata:"Jagalah jawatan khalifah sebagaimana kalian menjaga kanak-kanak yang buas. Demi Allah! Tidak ada syurga dan tidak ada neraka." Kemudian dia pergi ke kubur Hamzah dan menendangnya dengan kakinya seraya berkata:"Wahai Abu 'Ammarah (Hamzah)! Sesungguhnya perkara yang kita telah bertengkar kerananya dahulu telah jatuh ke tangan kami. Ini adalah ucapan yang pertama yang diluahkan oleh ketua al-Ahzab, Abu Sufyan.

Sekarang kita perhatikan pula bid'ah-bid'ah yang dilakukan oleh khalifah ketiga 'Uthman. Dia mengembalikan Marwan bin Hakam yang telah diusir oleh Rasulullah SAW. Pada masa pemerintahan Abu Bakr dan 'Umar, 'Uthman telah cuba untuk membawa dia pulang ke Madinah tetapi kedua-duanya membantah. Tetapi apabila dia menjadi khalifah, dia mengembalikannya dengan mengatakan bahawa aku memaafinya kerana dia adalah darah dagingku.

Dia mulai memecat orang-orang yang telah dilantik oleh 'Umar dan menggantikan mereka dengan Bani Umayyah. Kemudian berlakulah perkara-perkara lain yang menyebabkan pembunuhannya.

Dia membelanjakan harta Baitu l-Mal kepada Bani Umayyah. Dia memberi kepada Abdullah bin Khalid 4,000 dirham, Abu Sufyan 1,000 dirham dari harta Baitu l-Mal. Hari pembebasan Marwan 100,000 dirham kemudian mengahwinkan anak perempuannya dengan Marwan dan menjadikannya wazir. Zaid bin Arqam penjaga Baitu l-Mal membawa anak-anak kunci Baitu l-Mal di hadapan 'Uthman sambil menangis.'Uthman berkata kepadanya:"Adakah anda menangis kerana aku menyambungkan silatu r-Rahimku?" Dia menjawab:"Tidak. Tetapi aku menangis kerana aku menyangka anda mengambil harta Baitu l-Mal sebagai ganti dari apa yang anda belanjakan fisabillah pada masa Rasulullah SAW. Jika anda memberi 100 dirham pun sudah banyak."

'Uthman menjadi marah dan berkata:"Campakkan anak-anak kunci itu. Wahai Ibn al-Arqam kerana kami akan dapatkan orang lain daripada anda." Dia telah membahagi-bahagikan harta yang banyak yang dibawa oleh Abu Musa dari Iraq di kalangan Bani Umayyah. Dia telah memberi 100,000 dirham kepada Harith bin Hakam kemudian mengahwinkan anak perempuannya dengan Harith. Dia telah memukul sehingga patah tulang rusuk 'Abdullah bin Mas'ud kerana tidak mahu menyerahkan mushafnya kepadanya ('Uthman). Dia juga mengusir Abu Dhar ke Rabzah kerana mengkritik kesalahan-kesalahannya yang menyalahi al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW. Dan banyak lagi perkara-perkara bid'ah yang telah dilakukan oleh 'Uthman. Semuanya tercatat di dalam buku-buku sejarah yang ditulis oleh ulama-ulama besar Ahlu s-Sunnah.

Aku berkata:"Adakah begini gerangan khalifah Muslimin, Khalifah 'Uthman dan orang yang mengikuti jejak langkahnya akibat peristiwa Saqifah sebagai natijah mereka tidak mahu menerima ayat-ayat al-Qur'an dan menyalahi suruhan-suruhan Rasulullah SAW. Jikalaulah mereka mendengar dan mentaati Allah dan RasulNya, nescaya mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak layak dengan syariat Nabi SAW. Sedangkan Nabi SAW telah menerangkan segala sesuatu sama ada yang mendekatkan mereka ke syurga ataupun yang menjauhkan mereka dari neraka. Tetapi jiwa yang kotor tidak akan menerima kebenaran."

0 comments:

Surah Al-Asr

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."


Demi Masa

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw
Allahumma solli a'la Muhammad, wa ali Muhammad

 

Design by Amanda @ Blogger Buster