Selepas Abu Bakr mengakhirnya ucapannya, Hubab bin Mundhir menentangnya dengan berkata:"Seorang Amir mestilah daripada kami dan seorang lagi daripada kalian." Di sini tibalah giliran Umar bin al-Khattab bahawa dia berkata:"Dua orang ketua tidak boleh berlaku dalam satu pemerintahan. Demi Allah 'Arab tidak akan meredhai kalian menjadi ketua mereka sedangkan Nabi mereka bukan daripada kalian, tetapi mereka tidak akan menentang orang yang mengendalikan urusan mereka jika mereka daripada kelompok di mana "kenabian" datang daripada mereka. Dan kami mempunyai hujah ke atas Arab yang enggan menerimanya."
Hubab bangun dan berucap:"Wahai kaum Ansar, milikilah urusan kalian, dan janganlah kalian mendengar ucapannya dan sahabatnya, kerana mereka akan menghilangkan hak kalian. Sekiranya mereka enggan apa yang kalian minta, maka usirlah sahaja mereka dari negeri ini dan kalian mestilah memerintah mereka. Kerana kalian lebih berhak menguasai perkara ini kerana agama Islam berkembang dengan pedang-pedang kalian.
Khalifah Abu Bakar
Selepas selesai perlantikan khalifah di Saqifah scara paksaan (jabran) dan kebencian (karahah) orang-orang Ansar dan kebanyakan Muslimin terhadap Abu Bakr, orang-orang Ansar telah rugi dan berpecah sesama sendiri. Abu Bakr menjadi khalifah selama dua tahun dua bulan dan beberapa hari, sekalipun bai'ahnya adalah secara tergesa-gesa menurut kata-kata 'Umar sendiri. Dia berkata:"Bai'ah Abu Bakr adalah secara tergesa-gesa (faltah) tetapi Allah telah menjaga kejahatannya.
Tetapi aku berpendapat:"Tidak! Allah tidak menjaga kejahatannya malah kejahatannya terus menyala, dan kemudharatannya berterusan selama-lamanya sepertilah saudara kembarnya Syura kerana ianya berasal dari Saqifah.
Peranan Umar
Kemudian datang peranan Umar apabila Abu Bakr sakit dan kelihatan petanda-petanda kematian menguasai dirinya, dia berkata kepada penulis ('Uthman bin 'Affan):"Tulislah, ini adalah perjanjian 'Abdullah bin Abi Qahafah (Abu Bakr) perjanjian yang terakhir di dunia ini dan janjinya yang pertama di akhirat pada ketika orang fajir (jahat) menjadi baik dan orang kafir menjadi Islam."
Kemudian dia jatuh pengsan. Lalu penulis tadi menulis 'Umar bin al-Khattab. Kemudian dia sembuh dan berkata:"Bacalah apa yang anda telah tuliskan." Maka dia membaca dan menyebutkan nama Umar. Dia berkata:"Kenapa anda menulis begini? Aku tidak menyuruh anda menulis (namanya)." Kemudian dia berkata:"Tak mengapalah. Apa yang anda lakukan adalah betul." Kemudian dia berkata:"Sempurnakan tulisan anda itu." Dia (penulis) menjawab:"Aku tidak mahu menulis lagi." Dia berkata:"Tulislah...."Manakala selesai menulis, sekumpulan sahabatnya masuk. Talhah berkata kepadanya:"Apakah anda akan berkata kepada Tuhan anda besok kerana anda telah melantik ke atas kami seorang yang sangat kasar, mencemaskan jiwa dan meliarkan hati?"
'Umar dan khalifah
Kemudian 'Umar menjadi khalifah selama lebih sepuluh tahun. Di dalam pemerintahannya, dia banyak melakukan pembaharuan dan ijtihad yang menyalahi nas. Lantaran itu tidak hairanlah jika pakar-pakar sejarah telah mencatat apa yang telah berlaku semasa pemerintahannya dengan terperinci.
Walau bagaimanapun tujuan utamaku di sini ialah untuk menerangkan penyerahan urusan khalifah kepada enam orang. Salah seorang daripada mereka ialah 'Ali bin Abu Talib AS.
Apa yang harus kita perhatikan ialah adakah Umar betul di dalam masalah ini ataupun tidak. Manakala Abu Lu'Lu' menikamnya di masjid, mereka membawanya ke rumahnya. Orang ramai berkumpul di rumahnya lalu dia bermesyuarat dengan para hadirin tentang siapakah yang mereka akan lantik bagi mengendalikan urusan selepasnya.
Mereka bermesyuarat dengan anaknya 'Abdullah dengan izin 'Umar. Dia berkata:"Sesungguhnya Rasulullah SAW wafat dalam keadaan redha kepada enam orang Quraisy; 'Ali, 'Uthman, Talhah, Zubair, Abdu r-Rahman dan Sa'd. Sesungguhnya aku fikir untuk mengadakan syura di kalangan mereka supaya mereka memilih untuk mereka sendiri." Kemudian dia berkata:"Sekiranya aku melantik (seseorang) maka sesungguhnya telah melantik orang yang lebih baik daripadaku iaitu Abu Bakr. Dan sekiranya aku meninggalkannya (perlantikan) maka sesungguhnya orang yang lebih baik daripadaku telah meninggalkannya iaitu Nabi SAW."
Kemudian dia berkata:"Jemputlah mereka." Lalu mereka dijemput. Merekapun masuk berjumpa dengan 'Umar yang sedang terbaring di atas hamparannya, bermegah dengan dirinya. Dia melihat kepada mereka dan dia berkata:"Adakah kalian semua tamak kepada khalifah selepasku?" Mereka semua diam kerana protes. Dia berkata kepada mereka kali kedua. Lalu Zubair menjawab:"Apakah yang menghalang kami dari menjadi khalifah? Sesungguhnya anda telah melakukannya. Dan kami tidak kurang dari anda dari segi suku Quraisy serta di kalangan pemeluk-pemeluk Islam yang terawal."
'Umar berkata:"Demi Allah, tidak ada halangan bagiku untuk melantik anda menjadi khalifah wahai Sa'd, hanya anda adalah seorang yang kasar (ghalazah) kerana anda adalah ahli peperangan. Abdu r-Rahman, hanya anda adalah Fir'aun ummat ini (fir'aun hadhihi -Ummah), al-Zubair hanya anda adalah seorang mukmin pada waktu redha dan kafir pada waktu marah (kafr 'inda -Ghadab), Talhah, hanya seorang yang angkuh dan Rasulullah memarahi anda kerana kata-kata anda ketika turun ayat Hijab (Surah al-Ahzab (33): 53) (kata-kata Talhah: Muhammad tidak boleh membuat apa-apa sekalipun mengenakan hijab ke atas isteri-isterinya. apabila beliau wafat, kami akan mengahwini isteri-isterinya) dan anda jika dilantik, akan menyarungkan cincin mohornya ke jari isteri anda, begitu juga Uthman, anda adalah seorang yang asabiyyah cinta kepada kaum dan keluarga anda. Justeru itu sekumpulan serigala Arab akan menyembelihkan anda dan jika ianya berlaku, ingatlah kata-kataku ini. Dan anda wahai 'Ali, sekiranya anda bukan seorang yang suka 'berkelakar' nescaya aku melantik anda, dan anda akan membawa kaum muslimin kepada kebenaran yang jelas dan hujah yang bersih.
Kemudian Umar berkata:"Jemputlah untukku Abu Talhah al-Ansari", maka merekapun menjemputnya. Dia berkata kepadanya:"Perhatikanlah wahai Abu Talhah apabila anda kembali dari pengkebumianku anda kumpulkan lima puluh orang lelaki Ansar lengkap dengan senjata. Kemudian ambillah mereka untuk melakukan perlantikan dan kumpulkan mereka di dalam satu rumah. Anda dan sahabat-sahabat anda berdiri di pintu rumah supaya mereka bermesyuarat dan memilih. Sekiranya lima bersepakat dan satu menentang maka potong tengkuknya. Dan sekiranya empat orang bersepakat dua menentang, maka potonglah tengkuk mereka berdua. Dan sekiranya tiga bersepakat, dan tiga menentang maka perhatikanlah kepada tiga yang ada 'Abdu r-Rahman. Dan rujuklah kepada apa yang disepakati oleh tiga orang tersebut. Dan sekiranya tiga lagi terus menentang, maka potonglah tengkuk mereka. Dan sekiranya berlaku tiga hari dan mereka masih tidak bersepakat (di atas perlantikan khalifah) maka potonglah tengkuk keenam-enam tersebut. Dan biarlah kaum muslimin memilih (khalifah) untuk mereka.
Aku berkata:"Kami memohon pertolongan dengan Allah daripada hukum yang zalim ini yang keluar daripada khalifah yang "adil", dia meredhai mereka lantar dia menjemput mereka dan berkata: Jemputlah mereka untukku. Maka mereka dijemput. Manakala mereka semua hadir, dia menyebutkan setiap orang daripada mereka dengan keaiban-keaiban yang tidak melayakkan mereka menjadi khalifah. Maka syahadah (penyaksian) merekapun mestilah ditolak apatah lagi untuk menjadi khalifah. Meskipun mereka mempunyai keaiban-keaiban tersebut mereka dimasukkan oleh Umar di dalam Syura."
0 comments:
Post a Comment