Monday, August 31, 2009

Bencana Saqifah - Bahagian 2

Jikalaulah sabdanya:"Apa yang aku dan sahabatku di atasnya" itu betul (tetapi aku tidak fikir ianya betul) maka apa yang dimaksudkan dengan sahabat di dalam hadith tersebut mestilah Ahlu l-Bait AS yang telah dijadikan Allah SWT dan RasulNya sebagai ikutan bagi orang-orang yang mempunyai mata hati. Rasulullah SAW telah memerintahkan ummahnya supaya berpegang kepada mereka dan melarang dari tidak 'berpegang' kepada mereka.

Sebenarnya aku telah kemukakan kepada anda hadis-hadis yang banyak di dalam buku ini mengenai Ahlu-Bait A.S. Buatlah rujukan danperhatikanlah serta janganlah asabiah menguasai anda. Di sini aku akan mengemukakan kepada anda satu dalil selain daripada dalil ini iaitu sabda Nabi SAW:'Siapa yang berkata tiada tuhan melainkan Allah, akan masuk syurga.' Aku menjawab: Ya! Tetapi dengan syarat-syaratnya. Ummah semua mengucap: Tiada tuhan yang lain melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah sama ada Syi'ah atau bukan Syi'ah. Sekalipun wujudnya hadith ini tetapi Rasulullah SAW menegaskan hanya satu golongan sahaja yang berjaya.

Oleh itu pendapat yang menyatakan ummah semuanya berjaya adalah tertolak oleh hadith yang disetujui kesahihannya. Dan pendapat yang menyatakan ummah semuanya binasa juga tertolak. Justeru itu golongan yang berjaya mestilah mempunyai keistimewaan dari golongan-golongan yang lain dengan sesuatu yang tidak dipegangi oleh golongan-golongan lain.

Keistimewaan Syi'ah daripada yang lain ialah kepercayaan mereka tentang kemaksuman imam-imam dan pengkhususan khalifah untuk mereka dengan dalil-dalil yang dapat mematikan hujah musuh. Lantaran itu khalifah tidak layak selain daripada mereka dan tidak sempurna perlantikan khalifah selain daripada mereka. Sekiranya sahabat-sahabat telah mengambil ajaran-ajaran Nabi mereka, nescaya caci-caci, rompakan, pembunuhan dan sebagainya tidak berlaku. Tetapi sebaliknya mereka keluar dari menta'ati Allah dan RasulNya. Ianya suatu hakikat yang tidak dapat disembunyikan lagi.

Apa yang telah dikemukakan adalah sudah cukup bagi orang yang mempunyai hati atau mendengar dengan penuh pemerhatian.

Aku mengakhiri kalimah dengan menyatakan bahawa sesungguhnya Syi'ah adalah golongan mukmin yang telah mengambil semua yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW daripada Tuhannya. Maka Syi'ahlah tuan kepada kebenaran yang didakwakannya. Tetapi Ahlu l-Fasad (orang yang melakukan kerosakan) melekatkan celaan kepada Syi'ah tetapi mereka bersih daripada celaan-celaan tersebut seperti bersihnya serigala Yusuf daripada Yusuf. Buatlah rujukan kepada buku-buku mereka dengan ikhlas nescaya anda akan mengetahui kebenaran kami.

Aku berkata:"Sesungguhnya perkataan Syi'ah adalah satu kemuliaan yang besar kerana al-Qur'an memujinya di beberapa tempat sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Qasas (28): 15:'Maka orang yang dari golongannya (Syi'ati-hi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya lalu Musa meninjunya, dan matilah musuhnya itu,' dan firmanNya di dalam Surah al-Safat (37): 83:"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk golongannya (syi'ati-hi)" iaitu Ibrahim adalah daripada Syi'ah Nuh.

Dan banyak hadith-hadith Rasulullah SAW memuji Syi'ah Ali seperti:'Anda dan Syi'ah anda akan mendapat kemenangan.' Justeru itu Syi'ah adalah Hizbullah (Parti Allah), hizb para Nabi dan hizb para wasi AS. Wa l-Hamdulillah.

Malapetaka Syura

Aku berulangkali mengatakan bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mengutuskan Muhammad dan telah mensyariatkan untuknya agama yang lurus, melalui lidah Jibra'il dan menurunkan ke atasnya al-Qur'an yang dijaga, tidak di datangi oleh kebatilan di hadapan mahupun di belakang.

Allah dan RasulNya telah melantik (nassa) 'Ali AS sebagai wasinya semenjak hari pertama RAsulullah SAW mengiklankan dakwahnya. Allah SWT memerintahkannya supaya memberi peringatan kepada keluarganya yang terdekat dan melantik 'Ali AS sebagai wazir. Beliau sentiasa mengangkat Ali di dalam urusan khalifah mengikut kebijaksanaannya sehinggalah tiba hari yang dikehendaki Allah mewafatkan RasulNya. Di kala itu 'Ali dan orang yang bersamanya sibuk dengan pengurusan jenazah Rasulullah SAW, orang-orang Ansar mula berhimpun di Saqifah.

Mereka mencalonkan Sa'd bin Ubadah untuk menjadi khalifah. Di tengah-tengah mereka sibuk bertukar-tukar pendapat, tiba-tiba tiga orang daripada Muhajirin, Abu Bakr, Umar dan Abu 'Ubaidah memasuki perhimpunan secara mengejut. Lantas dialog berlaku di antara Muhajirin dan Ansar. Perdebatan dan pertengkaran berlaku dengan hebat sehingga hampir berlaku fitnah di antara mereka. Abu Bakr berdiri lalu memberikan ucapan politik dengan gaya bahasa yang menarik yang menyentuh emosi orang-orang Ansar, sehingga dapat mempengaruhi mereka.

Di dalam ucapan tersebut dia menyebutkan kelebihan-kelebihan Muhajirin, pemeluk Islam lebih awal, orang pertama yang menyembah Allah di bumi, beriman dengan Allah dan RasulNya. Mereka itulah wali-walinya, dan keluarganya dan orang yang paling berhak jawatan khalifah selepas Nabi SAW. Dan orang-orang Arab terhutang budi kepada kabilah Quraisy. Tidak akan mempertikaikan mereka selain daripada orang yang zalim.

Kemudian dia memberi ucapan kepada orang Ansar tanpa menghina hak mereka, masuk Islamnya mereka dan jihad mereka. Tetapi mereka tidak berhak jawatan khalifah. Dan jikalaulah mereka berhak sesuatu maka ia adalah wazarah (pembantu), selain daripada mereka ialah al-Imarah (khalifah). Dia berkata:"Kamu kalian wahai wahai kaum Ansar! Tiada seorangpun yang dapat mengingkari kelebihan kalian di dalam agama dan penerimaan Islam kalian. Allah telah meredhai kalian sebagai pembantu-pembantu (Ansar) kepada agama dan RasulNya. Beliau telah menjadikan hijrahnya kepada kalian dan di kalangan kalian, isteri-isterinya dan sahabat-sahabatnya yang mulia. Justeru itu tidak ada selepas Muhajirin pertama di sisi kami akan menyamai kedudukan kalian. Maka kamilah umara' (pemerintah-pemerintah) dan kalian adalah wuzara' (pembantu-pembantu).

Ucapan Abu Bakr dapat memadamkan emosi mereka yang sedang memuncak menentang Muhajirin, dan dapat memuaskan jiwa mereka, pertolongan mereka dan hampirnya kelebihan mereka dengan Muhajirin.

Ucapannya tidak lebih dari menenangkan emosi mereka dari penentangan. Maka dia memberikan kepada mereka apa yang mereka minta dengan mengakui kelebihan mereka, jihad mereka dan setiap kelebihan yang mereka miliki.

Memang benar mereka mempunyai kelebihan yang tidak dapat dinafikan, tetapi mereka tetap bersalah dengan sangkaan mereka bahawa mereka mempunyai hak al-Imarah (hak menjadi khalifah).

Di sini kita dapati Abu Bakr ingin menukarkan sangkaan mereka dengan berhati-hati agar tidak melukai emosi mereka atau mengurangkan kedudukan mereka tanpa mengatakan secara terang-terang bahawa mereka bersalah, tetapi sebaliknya dia memberi ucapan yang halus "tidak ada selepas Muhajirin pertama di sisi kami akan menyamai kedudukan kalian." Oleh itu kamilah umara' dan kalianlah wuzara.'

0 comments:

Surah Al-Asr

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."


Demi Masa

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw
Allahumma solli a'la Muhammad, wa ali Muhammad

 

Design by Amanda @ Blogger Buster