Saqifah: Tahukah anda apakah Saqifah itu?
Setiap orang yang membuka lipatan sejarah mengkaji hal ehwal ummat-ummat yang lampau di abad yang silam akan menemui peristiwa Saqifah yang menyedihkan.
Tetapi sedikit sahaja yang terselamat daripada memihak kepada salah satu dari dua golongan yang bertentangan mulai hari tersebut sehingga hari ini dan selepasnya.
Ramai pakar-pakar sejarah telah mengubati peristiwa ini pada setiap abad dengan harapan dapat menghilangkan kekusutan dan halangan yang tidak dapat ditembusi melainkan dengan kecemasan jiwa.
Apatah lagi untuk mendedahkan hakikat yang telah dipalsukan di abad pertama, kedua dan seterusnya. Kerana mereka melakukannya supaya hakikat sebenar tidak dapat dibongkar. Lantaran itu adalah menjadi sukar kepada pengkaji-pengkaji sekalipun mereka berusaha untuk mengkaji hakikat tersebut pada masa itu.
Tetapi Allah SWT Yang Maha Berkuasa tidak membiarkan di setiap zaman orang yang memutarbelitkan kebatilan dengan kebenaran dominan sehingga kebatilan akan hilang juga. Wa l-Hamdulillah.
Lantaran itu penulisan tentang hari Saqifah dan apa yang berlaku serta kajian di sebalik kesukarannya bukanlah suatu perkara yang senang, kerana ianya menjadi sebab utama yang membawa kepada pembahagian ummat kepada dua golongan pada hari itu.
Kemudian kepada 73 golongan tetapi yang berjaya hanya satu, inilah perkara yang besar yang wajib diberi perhatian. Ummah yang besar begini tidak akan berjaya kecuali satu golongan sahaja. Justeru itu adalah wajar bagi seseorang itu berusaha dengan gigih untuk menyelamatkan dirinya, keluarganya dan sahabat-sahabatnya, malah semua umat jika dia mampu, tetapi aku fikir dia tidak akan mampu.
Golongan yang berjaya
Aku berkata:"Sesungguhnya Nabi SAW adalah orang yang mempunyai kasihan belas kepada ummatnya. Beliau meriwayatkan kepada kita satu hadith yang amat penting; menggembirakan dan menakutkan. Tetapi ianya mempunyai kesukaran di mana ahli fikir yang masyhur tidak mampu mendedahkan kesukarannya kecuali dia adalah seorang yang maksum. Dia akan membiarkannya begitu sahaja tanpa membuat sebarang komen mengenainya. Justeru itu ummatnya berada di dalam keadaan tidak menentu di mana tempatnya yang akan ditujui sepertilah berjalan di tengah kegelapan malam. Apatah lagi jika dia menyulitkan perkara yang akan menentukan masa depan ummatnya sama ada kejayaan atau kebinasaan."
Maka aku berpendapat bahawa golongan yang berjaya ialah golongan yang berpegang kepada wila' Allah SWT, wila' kepada RasulNya dan wila' kepada imam-imam suci yang telah disucikan oleh Allah daripada segala kekotoran dosa. Dan membersihkan dirinya daripada orang yang memusuhi mereka dengan beramal dengan hadith yang disepakati oleh Sunnah dan Syi'ah. Sabdanya:'Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka inilah 'Ali maulanya wahai Tuhanku, tolonglah orang yang mewalikannya, dan musuhilah orang yang memusuhinya. Tolonglah orang yang menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya.
Adapun kata-kata yang menyatakan bahawa Nabi SAW apabila ditanya tentang golongan manakah yang berjaya? Maka beliau bersabda:"Apa yang aku dan sahabatku di atasnya," tidak boleh diterima kerana bukan semua sahabat berpegang kepada semua sahabat. Malah terdapat di kalangan mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diredhai seperti Marwan bin al-Hakam. Mu'awiyah bin Abu Sufian, 'Umru bin al-'As yang masyhur dengan penipuan dan kelicikan, penjenayah Mughirah bin Syu'bah dan lain-lain.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Taubah (9): 101:"Di antara orang-orang Arab Badwi yang disekelilingmu itu, ada orang-orang munafik dan (juga) di antara penduduk Madinah mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka tetapi kamilah yang mengetahui mereka."
Aku berpendapat firmanNya 'Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka' bahawa Nabi SAW pada hakikatnya telah mengetahui mereka dengan sebenarnya. Tetapi ayat tersebut bertujuan menakut-nakutkan mereka kerana keterlaluan mereka di dalam amalan nifak sebagaimana anda berkata mengenai seorang yang paling jahat di dalam semua segi kepada seorang yang mengetahui keadaan lelaki itu. Anda 'tidak mengetahui' apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu, sedangkan 'dia' juga mengetahui keadaan lelaki tersebut. Kata-kata ini adalah masyhur di kalangan orang awam dan diketahui oleh orang yang mempunyai ilmu di dalam bidang Balaghah.
0 comments:
Post a Comment