☼Roh Yang Diarahkan Oleh Allah Ke Atas Para Imam A.S (al-Ruh al-Lati yusaddidu llahu bi-ha al-Aimmata a.s)☼
(287)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Abi al-Sabah al-Kinani, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidak mengetahui apakah al-Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu” Beliau a.s telah berkata: Satu makhluk daripada makhluk-makhluk Allah a.w yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail. Dia telah berada bersama Rasulullah s.a.w menceritakannya, mengarahkannya dan dia bersama para imam selepasnya.
(288)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin Asbat, daripada Asbat bin Salim berkata: Seorang lelaki daripada penduduk Hit (Iraq) telah bertanya kepadanya-aku telah hadir berasamanya-tentang firman Allah a.w “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh dengan perintah Kami” Maka beliau a.s telah berkata: Semenjak Allah a.w menurunkan roh itu ke atas Muhammad s.a.w (mundhu anzala llahu a.w dhalika al-Ruh ‘ala Muhammad), dia tidak pernah naik ke langit (ma sa‘ada ila al-Sama’), sesungguhnya dia ada bersama kami (inna-hu la-fi-na).
(289)-3. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu daripada urusan Tuhanku” Beliau a.s telah berkata: Makhluk yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail, dia telah berada bersama Rasulullah s.a.w, dia bersama para imam. Dia adalah dari alam malaikat (malakut).
(290)-4. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Abi Ayyub al-Khazzaz, daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata tentang firman-Nya: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu daripada urusan Tuhanku” Beliau a.s telah berkata: Makhluk yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail, dia tidak pernah berada bersama sesiapapun selain daripada Muhammad s.a.w dan dia bersama para imam memberi arahan kepada mereka dan tiada semua yang diminta itu, boleh didapati”
(291)-5. Muhammad bin Yahya, daripada ‘Imran bin Musa, daripada Musa bin Ja‘far, daripada Ali bin Asbat, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang ilmu, adakah ia ilmu yang dipelajari seorang alim daripada mulut lelaki atau pada Umm al-Kitab yang kamu membacanya, justeru, kamu mengetahui daripadanya? Beliau a.s telah berkata: Perkara itu adalah lebih besar daripada itu dan lebih penting. Tidakkah anda telah mendengar firman Allah a.w: “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidak mengetahui apakah al-Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu”
Kemudian beliau a.s telah berkata: Apakah pendapat para sahabat anda tentang ayat ini, adakah mereka mengakui bahawa baginda s.a.w tidak mengetahui apakah Kitab dan apakah iman? Aku telah berkata: Aku tidak mengetahui-aku telah menjadikan diriku tebusan anda- apa yang mereka katakan, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Ya, baginda s.a.w telah berada di dalam keadaan tidak mengetahui apakah Kitab dan tidak mengetahui apakah iman sehingga Allah mengutus roh yang disebutkan di dalam al-Qur’an. Apabila Dia mewahyukannya kepadanya, maka baginda s.a.w telah mengetahui dengannya ilmu dan kefahaman. Iaitu roh yang diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Apabila Dia memberikan roh kepada seseorang, maka roh itu mengajarnya kefahaman (ilmu).
(292)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin Asbat, daripada al-Husain bin Abi al-‘Alaa’, daripada Sa‘d al-Askaaf berkata: Seorang lelaki telah mendatangi Amir al-Mukminin a.s bertanya kepadanya tentang roh, adakah dia itu Jibrail? Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Jibrail adalah daripada malaikat sementara roh bukanlah Jibrail. Kemudian beliau a.s telah mengulanginya kepada lelaki itu.
Lelaki itu berkata kepadanya: Sesungguhnya anda telah bercakap perkara yang besar, tiada seorangpun menyangka bahawa roh bukan Jibrail, maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya anda seorang yang sesat, anda telah meriwayatkannya daripada mereka yang sesat. Allah telah berfirman kepada nabi-Nya s.a.w “Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta agar disegerakannya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan. Dia menurunkan para malaikat dengan roh dengan perintah-Nya” Dan roh bukanlah malaikat a.s.
Bab 57
☼Waktu Seorang Imam Mengetahui Semua Ilmu Imam Sebelumnya (waqtu ma ya‘lamu al-Imam jami‘ ‘ilm al-Imam al-Ladhi ma kana qabli-hi)☼
(293)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Sa‘id, dariapda Ali bin Asbat, daripada al-Hakam bin Miskin, daripada sebahagian sahabat kami berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s tentang bilakah [imam] yang akhir mengetahui apa yang ada pada [imam] yang pertama? Beliau a.s telah berkata: Pada minit akhir sebelum pemergian rohnya.
(294)-2. Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin Asbat, daripada al-Hakam bin Miskin, daripada ‘Ubaid bin Zurarah dan kumpulan bersamanya berkata: Kami telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Orang yang selepas imam mengetahui ilmu imam sebelumnya pada minit akhir sebelum pemergian rohnya”
(295)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Ali bin Asbat, daripada sebahagian sahabatnya, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah berkata kepadanya: Bilakah imam mengetahui imamahnya dan urusannya berakhir kepadanya? Beliau a.s telah berkata: Pada minit akhir kehidupan [imam] pertamanya.
Bab 58
☼Para Imam A.S Adalah Sama Dari Sudut Ilmu, Keberanian Dan Ketaatan (fi anna al-Aimmata a.s fi al-‘ilmi wa al-Syaja‘ati wa al-Ta‘ati sawaa’)☼
(296)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Abi Zahir, daripada al-Khasyyab, daripada Ali bin Hassan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah telah berfirman: “Dan mereka yang beriman dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka” Beliau a.s telah berkata: “Mereka yang beriman” ialah nabi dan Amir al-Mukminin a.s dan “zuriat”nya ialah para imam dan para wasi a.s. “Kami hubungkan dengan mereka” Kami tidak menguranginya. “zuriat mereka” ialah Hujjah yang dibawa oleh Muhammad s.a.w pada Ali a.s dan Hujjah mereka seorang demi seorang serta ketaatan mereka adalah satu”
(297)-2. Ali bin Muhammad bin Abdullah, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Isa, daripada Daud al-Nahdi, daripada Ali bin Ja‘far, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Beliau a.s telah berkata kepadaku: Kami dari sudut ilmu dan keberanian adalah sama sementara dari sudut pemberian pula menurut apa yang diperintahkan kepada kami”
(298)-3. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ali bin Ismail, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ibn Maskan, daripada al-Harith bin al-Mughirah, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kami dari sudut urusan, kefahaman, halal dan haram adalah satu (sama). Adapun Rasulullah s.a.w dan Ali mempunyai kelebihan mereka berdua.
Bab 59
☼Sesungguhnya Imam A.S Mengetahui Imam Selepasnya Dan Firman Allah “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya” Diturunkan kepada Mereka A.S (anna al-Imam a.s ya‘rifu al-Imam al-Ladhi yakun min ba‘di-hi au anna qaula llahi ta‘ala “inna llahi ya’muri-kum an tuadduu al-Amanaat ila ahli-ha)☼
(299)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’, daripada Ahmad bin ‘Aidh, daripada Udhainah, daripada Buraid al-‘Ajali berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil” Beliau a.s telah berkata: Ianya dimaksudkan kepada kami, [imam] yang pertama menyampaikan kepada imam selepasnya buku-buku, ilmu dan senjata (al-Silaah).
“Dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil” yang berada di tangan kamu. Kemudian beliau a.s telah berkata kepada orang ramai tentang firman-Nya: “Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan uli l-amri di antara kamu”Ayat ini diturunkan khusus untuk kami. Dia telah memerintahkan semua muslimin sehingga hari Kiamat supaya mentaati kami. “Sekiranya kamu khuatir pertelingkahan di dalam sesuatu perkara, maka kembalilah ia kepada Allah, kepada Rasul dan uli l-amri daripada kamu”. Demikianlah ia diturunkan. Bagaimana Allah memerintahkan mereka supaya mentaati wulaat al-Amri dan memberi kebenaran untuk menentang mereka? Sesungguhnya dikatakan sedemikian kepada mereka yang diperintahkan kepada mereka: “Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan uli l-amri di antara kamu”
(300)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Husain bin Ali al-Wasya’, daripada Ahmad bin Umar berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanyal” Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam daripada keluarga Muhammad a.s supaya imam menyampaikan amanah kepada imam selepasnya, tiada orang lain yang dikhususkan untuknya dan tiada orang lain yang dapat mengetepikannya daripadanya.
(301)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanyal” Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam supaya imam menyampaikan amanah kepada imam selepasnya, tiada orang lain yang dikhususkan untuknya dan tiada orang lain yang dapat mengetepikanya daripadanya.
(302)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ishaq bin ‘Ammar, daripada Ibn Abi Ya‘fur, daripada al-Mu‘alla bin Khanis berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanyal” Beliau a.s telah berkata: Allah telah memerintahkan imam yang pertama supaya menyerahkan kepada imam selepasnya setiap sesuatu di sisinya.
(303)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Mahbub, daripada al-‘Alaa’ bin Razin, daripada Abdullah bin Abi Ya‘fur, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Seorang imam tidak akan mati sehingga beliau mengetahui orang yang akan menjadi imam selepasnya, maka beliau memberi wasiat kepadanya”
(304)-6. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ibn Abi Uthman, daripada al-Mu‘alla bin Khanis, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya seorang imam mengetahui imam selepasnya, lalu beliau memberi wasiat kepadanya”
(305)-7. Ahmad, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Abu Abdillah al-Barqi, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Sulaiman bin Khalid, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Seorang alim tidak akan mati sehingga Allah memberitahu kepadanya siapa yang beliau akan memberi wasiat kepadanya”
Bab 60
☼Sesungguhnya Imamah Adalah Janji Daripada Allah A.W Yang Dijanjikan Daripada Seorang Imam Kepada Seorang Imam Yang Lain A.S (anna al-Aimmata ‘ahdun mina llahi a.w ma‘huud min wahid ila wahid a.s)☼
(306)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’ berkata: Umar bin Abban telah meriwayatkan kepadaku, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, maka mereka telah menyebut para wasi, aku telah menyebut Isma‘il, maka beliau a.s telah berkata: Demi Allah, tidak, wahai Abu Muhammad, ianya bukan untuk kita (melakukannya), ianya adalah untuk Allah a.w, Dia melantik seorang [imam] selepas seorang [imam].
(307)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hammad bin Uthman, daripada ‘Umru bin al-Asy‘ath berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Adakah anda berpendapat bahawa orang yang memberi wasiat (al-Musi) di kalangan kami akan memberi wasiat kepada sesiapa yang beliau mahu? Demi Allah, tidak, tetapi janji daripada Allah dan Rasul-Nya daripada seorang lelaki kepada seorang lelaki sehingga urusan berakhir kepadanya”
* Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Hammad bin Isa, daripada Minhal, daripada ‘Umru bin al-Asy‘ath, daripada Abu Abdillah a.s tentang riwayat yang sama.
(308)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Muhammad, daripada Bakr bin Salih, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada ‘Aitham bin Aslam, daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya imamah adalah janji daripada Allah yang dijanjikan kepada lelaki yang dinamakannya. Seorang imam tidak boleh mengetepikan seorang imam selepasnya. Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada Daud a.s “Ambillah seorang wasi daripada keluarga engkau kerana ketetapan telah berlaku pada ilmu-Ku yang terdahulu bahawa Aku tidak akan mengutus seorang nabi kecuali beliau mempunyai wasi daripada keluarganya. Daud mempunyai anak yang ramai. Di antara anak-anaknya ialah seorang yang masih muda, ibunya dicintai oleh Daud.
Pada suatu hari Daud telah mendatanginya ketika turunnya wahyu, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya Allah a.w telah mewahyukan kepadaku, memerintahkan aku supaya aku mengambil seorang wasi daripada keluargaku, lantas isterinya berkata kepadanya: Harapan agar anakku dipilih? Beliau a.s telah berkata: Itulah yang aku mahu. Tetapi telah berlaku pada ilmu Allah bahawa “beliau” adalah Sulaiman. Kemudian Allah mewahyukan kepada Daud: Janganlah kamu gopoh sebelum datang perintah-Ku. Tidak lama selepas itu, dua orang lelaki yang bertengkar mengenai kambing dan kebun anggur datang kepadanya, lalu Allah mewahyukan kepadanya: Kumpulkan anak-anak kamu, maka sesiapa yang dapat memberi hukuman di dalam masalah ini dan tepat pula, maka dia adalah wasi kamu selepas kamu”. Kemudian Daud telah mengumpulkan anak-anaknya.
Manakala dua orang lelaki yang bertengkar itu menceritakan kes masing-masing, Sulaiman a.s telah berkata: Wahai pemilik kebun anggur, bilakah kambing lelaki ini telah memasuki kebun anggur anda? Dia telah berkata: Kambingnya telah memasukinya pada waktu malam. Beliau a.s telah berkata: Aku menghukum ke atas anda, wahai pemilik kambing, dengan anak-anak kambing anda dan bulu-bulunya pada tahun ini. Kemudian Daud telah berkata kepadanya: Kenapa anda tidak menghukum tengkuk-tengkuk kambing itu sendiri sedangkan Bani Israel telah menghukumnya sedemikian dan harga kebun anggur adalah sebanyak nilai kambing? Sulaiman telah berkata: Kebun anggur itu tidak dimusnahkan sepenuhnya, sesungguhnya ia dimakan sekadar kenyang sahaja dan ia akan berbuah kembali.
Maka Allah telah mewahyukan kepada Daud: Sesungguhnya penghakiman di dalam kes ini adalah mengikut hukuman Sulaiman. Wahai Daud, engkau telah kehendaki sesuatu, tetapi Kami kehendaki sesuatu yang lain”. Daud telah datang kepada isterinya dan berkata: Kami kehendaki suatu perkara, tetapi Allah kehendaki suatu perkara yang lain. Justeru, sesuatu itu tidak akan berlaku melainkan apa yang dikehendaki Allah a.w. Sesungguhnya kami telah meredai dengan perintah Allah a.w dan kami menerimanya. Begitu juga dengan para wasi a.s, mereka tidak boleh melampaui perintah ini dengan memberikannya kepada orang lain.
Al-Kulaini telah berkata: Makna hadis pertama: Jika kambing itu telah memasuki kebun anggur di waktu siang, maka pemilik kambing tidak dikenakan apa-apapun kerana pemilik kambing boleh melepaskan kambingnya di waktu siang memakan rumput dan pemilik kebun anggur menjaga kebunnya. Pemilik kambing hendaklah mengikat kambingnya di waktu malam. Sementara pemilik kebun anggur pula hendaklah tidur di waktu malam.
(309)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Ibn Bukair dan Jamil, daripada ‘Umru bin Mus‘ab berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Adakah kamu fikir bahawa orang yang memberi wasiat di kalangan kami memberi wasiatnya kepada siapa saja yang beliau mahu? Demi Allah, tidak, tetapi ia adalah janji daripada Rasulullah s.a.w kepada seseorang, kemudian kepada seseorang sehingga berakhir kepada dirinya.
0 comments:
Post a Comment