☼Sesungguhnya Para Imam A.S Tidak Pernah Melakukan Sesuatu Dan Tidak Akan Melakukan Sesuatu Melainkan Dengan Janji Allah A.W Dan Perintah DaripadaNya Serta Mereka Tidak Akan Melampauinya (anna al-Aimmata a.s lam yaf‘aluu syai’an wa la yaf‘aluuna illa bi-‘ahdin mina llahi a.w wa-amrin min-hu la yatajawazuuna-hu)☼
(310)-1. Muhammad bin Yahya dan al-Husain bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada Ali bin al-Husain bin Ali, daripada Ismail bin Mihran, daripada Abi Jamilah, daripada Mu‘adh bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya wasiat telah turun dari langit ke atas Muhammad di dalam bentuk tulisan (kitab), tidak diturunkan ke atas Muhammad s.a.w di dalam bentuk tulisan yang dibubuh cap (kitab makhtum) melainkan wasiat. Jibrail a.s telah berkata: Wahai Muhammad, inilah wasiat anda pada umat anda di sisi ahlu Bait anda (ahl baitai-ka). Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Ahlu Baitku yang mana satu, wahai Jibrail?
Dia berkata: Orang yang dipilih oleh Allah di kalangan mereka dan zuriatnya supaya beliau mewarisi ilmu kenabian daripada anda sebagaimana diwarisi oleh Ibrahim a.s dan warisannya adalah untuk Ali a.s dan zuriat anda daripada salbinya. Beliau a.s telah berkata: Ia mempunyai beberapa cap di atasnya. Ali a.s telah membuka cap yang pertama dan mengeluarkan apa yang ada di dalamnya. Kemudian al-Hasan a.s telah membuka cap yang kedua dan melakukan apa yang diperintahkan kepadanya. Apabila al-Hasan mati dan berlalu, al-Husain a.s telah membuka cap yang ketiga, maka beliau a.s telah mendapati di dalamnya: Perangilah, bunuhlah dan anda akan dibunuh. Keluarlah dengan beberapa kumpulan untuk mati syahid. Tiada syahadah bagi mereka melainkan dengan anda. Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Husain a.s telah melakukannya. Sebelum beliau a.s mati, beliau a.s telah memberikannya kepada Ali bin al-Husain a.s.
Kemudian beliau a.s telah membuka cap yang keempat, maka beliau a.s telah mendapatinya: Diamlah dan rendahlah kepala anda di dalam diam kerana ilmu telah disembunyikan. Apabila beliau a.s mati dan berlalu, beliau a.s telah memberikannya kepada Muhammad bin Ali a.s, maka beliau a.s telah membuka cap yang kelima, maka beliau a.s telah mendapati di dalamnya: Tafsirlah Kitab Allah, perkuatkan apa yang dilakukan oleh bapa anda, wariskan kepada anak lelaki anda, bangunkan umat dan berdirilah dengan kebenaran Allah a.w, berkata benar pada masa takut dan masa aman. Janganlah anda takut melainkan Allah, maka beliau telah melakukannya.
Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada orang yang mengikutinya. Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka andalah orangnya? Beliau a.s telah berkata: Tiada apa-apa bagiku kecuali anda akan pergi, wahai Mu‘adh, dan anda meriwayatkannya [bagi] menentangku. Aku telah berkata: Aku pohon kepada Allah yang telah memberikan kepada anda daripada bapa-bapa anda kedudukan ini supaya memberikannya kepada anda dan anak anda seumpamanya sebelum kematian anda? Beliau a.s telah berkata: Allah telah melakukannya, wahai Mu‘adh, aku telah berkata: Siapakah dia? Beliau a.s telah berkata: Ini yang sedang tidur- beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya kepada seorang hamba Allah yang saleh- Beliaulah yang sedang tidur itu.
(311)-2. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abi al-Hasan al-Kinani, daripada Ja‘far bin Najih al-Kindi, daripada Muhammad bin Ahmad bin ‘Ubaidillah al-‘Umari daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah menurunkan ke atas nabi-Nya s.a.w kitab sebelum kematiannya. Maka Jibrail a.s telah berkata: Wahai Muhammad, inilah wasiat engkau kepada mereka yang mulia daripada keluarga engkau (hadhihi wasiyatu-ka ila al-Nujabah min ahli-ka), baginda s.a.w telah bersabda: Siapakah yang mulia itu, wahai Jibrail? Dia berkata: Ali bin Abu Talib dan anak-anaknya a.s.
Di atas kitab itu terdapat beberapa cap daripada emas (khawatim min dhahabin), lalu Nabi s.a.w telah memberikannya kepada Amir al-Mukminin a.s dan memerintahkannya supaya memecahkan satu cap daripadanya serta beramal dengan apa yang ada di dalamnya. Lalu Amir al-Mukiminin a.s telah memecahkannya dan beramal dengan apa yang ada di dalamnya. Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada anak lelakinya al-Hasan a.s, lalu beliau a.s telah memecahkan satu cap dan beramal dengan apa yang ada di dalamnya. Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada al-Husain a.s, lalu beliau a.s telah memecahkan satu cap, lalu beliau a.s telah mendapati di dalamnya [tertulis]: Keluarlah bersama satu kumpulan kepada kesyahidan (syahadah), maka tiada syahadah bagi mereka melainkan bersama anda, juallah diri anda kepada Allah a.w, maka beliau a.s telah melakukannya.
Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada Ali bin al-Husain a.s, lalu beliau telah memecahkan satu cap, kemudian beliau telah mendapati di dalamnya [tertulis]: Rendahkanlah diri anda di dalam diam dan janganlah anda bercakap, tinggal di rumah anda dan sembahlah Tuhan anda sehingga kematian mendatangi anda. Maka beliau a.s telah melakukannya. Kemudian beliau telah memberikannya kepada anak lelakinya Muhammad bin Ali a.s, lalu beliau a.s telah memecahkan satu cap, lalu beliau telah mendapati di dalamnya: Bercakaplah kepada orang ramai, berilah fatwa kepada mereka dan janganlah anda takut melainkan Allah a.w kerana tiada jalan bagi seseorang (menyakiti) anda, maka beliau a.s telah melakukannya.
Kemudian beliau a.s telah memberikannya kepada anak lelakinya Ja‘far a.s, lalu beliau a.s telah memecahkan satu cap, maka beliau a.s telah mendapati di dalam-nya: Bercakaplah kepada orang ramai, berilah fatwa kepada mereka, sibarlah ilmu Ahlu l-Bait anda, sokonglah bapa-bapa anda yang saleh, janganlah anda takut selain daripada Allah a.w dan anda adalah di dalam jagaan dan keamanan[Nya]. Maka beliau a.s telah melakukannya. Kemudian beliau telah memberikannya kepada anak lelakinya Musa a.s. Demikianlah Musa a.s memberikannya kepada orang selepasnya, demikianlah seterusnya sehingga kemunculan al-Mahdi a.s.
(312)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri’ab, daripada Dhurais al-Kunasi, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Humraan telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah pendapat anda tentang apa yang telah berlaku kepada Ali, al-Hasan, al-Husain, penentangan mereka, pendirian mereka dengan agama Allah dan apa yang dialami oleh mereka daripada pembunuhan mereka yang zalim terhadap mereka dan kemenangan [mereka] ke atas mereka sehingga mereka telah dibunuh dan dikalahkan? Abu Ja‘far a.s telah berkata: Wahai Humaraan, sesungguhnya Allah telah menetap dan menentukan perkara tersebut [berlaku] ke atas mereka. Justeru, dengan ilmu yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w kepada mereka, maka Ali, al-Hasan dan al-Husain telah berdiri dengan teguh dan dengan ilmulah mereka telah berdiam diri [tentangnya].
(313)-4. Al- Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Harith bin Ja‘far, daripada Ali bin Isma’il bin Yaqtin, daripada Isa bin al-Mustafad Abi Musa al-Dharir berkata: Musa bin Ja‘far a.s telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Tidakkah Amir al-Mukminin a.s penulis wasiat (katib al-Wasiyyah), Rasulullah s.a.w melakukan imlak ke atasnya. Sementara Jibrail dan para malaikat yang terdekat telah menjadi saksi? Maka beliau a.s telah merendahkan kepalanya beberapa ketika, kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Abu al-Hasan, ia sebagaimana anda telah katakan, tetapi ketika perintah (tentang wasiat itu) telah turun kepada Rasulullah s.a.w, wasiat telah turun dari sisi Allah merupakan sebuah kitab yang dicapkan (kitaban musajjalan).
Jibrail telah menurunkannya bersama malaikat daripada Allah. Jibrail telah berkata: Wahai Muhammad, perintahkan supaya sesiapa di sisi anda supaya keluar melainkan wasi anda supaya beliau menerimanya daripada kami dan memanggil kami menjadi saksi di atas penyerahannya oleh anda kepadanya, menjamin bahawa ia adalah untuknya-Iaitu Ali a.s- maka Nabi s.a.w telah memerintahkan supaya mereka yang ada di rumahnya supaya keluar selain daripada Ali dan Fatimah a.s telah berada di antara langsir dan pintu. Jibrail a.s telah berkata: Wahai Muhammad, Tuhan anda memberi salam kepada anda dan berfirman: Ini adalah kitab yang Aku telah janjikan kepada engkau, Aku menurunkannya ke atas engkau, Aku telah menjadi saksi ke atasnya dan para malaikat-Ku telah menjadi saksi ke atas engkau dan cukuplah bagiKu, wahai Muhammad, menjadi saksi. Beliau a.s telah berkata: Sendi-sendi Nabi s.a.w mulai gementar, maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Jibrail, Tuhanku adalah keamanan, daripadaNyalah [datangnya] keamanan dan kepadaNyalah kembali[nya] keamanan.
Memang benar apa yang difirmankan oleh Allah a.w dan Dia menunaikan janji-Nya. Berilah kepadaku kitab itu, lalu Jibrail memberikannya kepadanya dan dia memerintahkannya supaya memberikannya kepada Amir al-Mukminin a.s, maka baginda s.a.w telah bersabda kepadanya: Bacalah, lalu beliau a.s membacanya satu huruf kepada satu huruf yang lain. Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, inilah janji Tuhanku kepadaku, Dia telah mengenakannya ke atasku dan ia adalah amanah-Nya. Aku telah menyampaikannya, aku telah menasihatinya dan aku telah melakukannya.
Maka Ali a.s telah berkata: Aku menjadi saksi kepada anda, [dengan bapaku, ibuku dan anda] dengan penyampaian itu, nasihat dan kebenaran di atas apa yang disabdakan oleh anda. Pendengaranku, penglihatanku, dagingku dan darahku menjadi saksi kepada anda. Maka Jibrail a.s telah berkata: Dan aku di kalangan mereka yang menjadi saksi kepada kamu berdua. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali, adakah anda telah mengambil wasiatku, anda telah mengetahuinya, anda telah menjamin untuk Allah dan akan melaksankan apa yang ada di dalamnya? Ali a.s telah berkata: Ya, dengan bapaku, anda dan ibuku, aku menjaminnya dan semoga Allah menolongku dan memberi taufik kepadaku untuk melaksanakannya. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya aku mahu menjadi saksi ke atas anda di atas pelaksanaanku dengannya pada hari Kiamat.
Ali a.s telah berkata: Ya, persaksikanlah, maka Nabi s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Jibrail dan Mikail hadir di antara aku dan anda sekarang, mereka berdua hadir bersama para malaikat yang terdekat supaya mereka menjadi saksi di atas anda. Maka beliau a.s telah berkata: Ya, biarlah mereka menjadi saksi dan aku- [bersumpah] dengan bapaku, anda dan ibu anda-aku pula menjadi saksi kepada mereka. Kemudian Rasulullah s.a.w telah menjadi saksi kepada mereka. Ini adalah di antara syarat yang dikenakan oleh Nabi s.a.w dengan perintah Jibrail a.s yang diperintahkan oleh Allah supaya baginda s.a.w bersabda kepadanya: Wahai Ali, anda sempurnakan persahabatan dengan mereka yang mewalikan Allah dan Rasul-Nya, penolakan dan permusuhan dengan mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya. Penolakan terhadap mereka dengan kesabaran daripada anda, memadamkan kemarahan di atas kehilangan hak anda, perampasan khumus anda dan pencabulan kehormatan anda?
Maka beliau a.s telah berkata: Ya, wahai Rasulullah. Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Demi Yang telah membelah bijian dan menciptakan jiwa, sesungguhnya aku telah mendengar Jibrail a.s berkata kepada Nabi s.a.w: Wahai Muhammad, beritahulah kepadanya bahawa kehormatannya akan dicabuli dan ia adalah kehormatan Allah dan Rasulullah s.a.w. Janggutnya akan berlumuran dengan darah dari kepalanya dengan banyak. Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Aku telah terperanjat ketika aku memahami perkataan daripada Jibrail yang dipercayai sehingga aku telah berkata: Ya, aku telah menerimanya dan aku telah meredainya sekalipun kehormatan dicabuli, sunnah-sunnah dibekukan, Kitab dikoyakkan, Ka‘bah diruntuhkan, janggutku akan berlumuran dengan darah dari kepalaku dengan banyak, aku bersabar, menghisab diri [ku] sehingga aku menghadapi anda (pada hari Kiamat).
Kemudian Rasulullah s.a.w telah memanggil Fatimah, al-Hasan dan al-Husain, melaporkannya kepada mereka sebagaimana baginda s.a.w telah melaporkannya kepada Amir al-Mukminin a.s. Kemudian mereka semua telah berkata sebagaimana kata-kata Ali a.s. Wasiat telah dicapkan dengan beberapa cap daripada emas yang tidak akan disentuhi api dan diberikan kepada Amir al-Mukminin a.s. Maka aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Dengan bapaku, anda dan ibuku, adakah anda akan menyebut apa yang tertulis di dalam wasiat itu? Maka beliau a.s telah berkata: Sunnah-sunnah Allah dan sunnah-sunnah Rasul-Nya, maka aku telah berkata: Adakah di dalam wasiat itu ditulis tentang perebutan dan penentangan mereka terhadap Amir al-Mukminin a.s?
Beliau a.s telah berkata: Ya, demi Allah, sedikit demi sedikit, huruf demi huruf, tidakkah anda mendengar firman Allah: “Sesungguhnya Kami menghidupkan mereka yang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan pada imam mubin”? Demi Allah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Amir al-Mukminin dan Fatimah a.s: Adakah kamu berdua telah memahami apa yang aku telah kemukakannya kepada kamu berdua dan kamu berdua telah menerimanya? Mereka berdua telah berkata: Ya, kami bersabar apa yang telah menyakiti kami dan membuatkan kami marah”
Dan mengikut naskhah al-Safwani ditambah:
(314)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abdullah bin ‘Abd al-Rahman al-Assam, daripada Abi Abdillah al-Bazzaz, daripada Hariz berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, alangkah sedikit waktu kewujudan kamu Ahlu l-Bait (di dunia ini) dan ajal kamu yang paling dekat di antara kamu sedangkan orang ramai berhajat kepada kamu? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya setiap orang daripada kami mempunyai mashaf yang dihajati olehnya untuk beramal dengannya pada masa hidupnya. Apabila berlalu padanya apa yang diperentahkan kepadanya, maka beliau mengetahui bahawa ajalnya telah tiba.
Maka Nabi s.a.w mendatanginya dan memberitahu kepadanya kedudukannya di sisi Allah. Sesungguhnya al-Husain a.s telah membaca mashafnya yang diberikan kepadanya dan ditafsirkan kepadanya kematiannya yang akan berlaku dan perkara-perkara yang belum dilaksanakannya. Maka beliau a.s telah keluar berperang, maka ia adalah di antara perkara yang belum berlaku. Malaikat telah memohon kepada Allah supaya menolongnya (al-Husain a.s), lalu Dia telah memberi keizinan kepada mereka. Justeru, mereka telah bersedia untuk berperang sehingga beliau a.s dibunuh, lalu mereka turun [ke bumi], tetapi masanya telah berakhir dan beliau a.s dibunuh.
Maka malaikat telah berkata: Wahai Tuhan, Engkau telah memberi keizinan kepada kami untuk turun [ke bumi] dan Engkau telah memberi keizinan kepada kami untuk menolongnya, lalu kami telah turun, tetapi Engkau telah mengambil nyawanya. Maka Allah mewahyukan kepada mereka: Tinggallah berhampiran kuburnya sehingga kamu melihatnya. Dan sesungguhnya beliau telah keluar berperang, maka tolonglah beliau dan tangisilah beliau di atas kegagalan kamu menolongnya. Sesungguhnya kamu dikhususkan untuk menolongnya dan menangis untuknya. Lantas malaikat menangis, sambil memberi takziah dan berdukacita kerana tidak menolongnya. Dan apabila beliau a.s keluar, mereka akan menjadi penolong-penolongnya”
Bab 62
☼Perkara-Perkara Yang Mewajibkan Hujjah Seorang Imam A.S (al-Umuur al-Lati tujibu hujjata al-Imam a.s)☼
(315)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s: Apabila seorang imam mati, maka dengan apakah beliau mengetahui seorang imam selepasnya? Beliau a.s telah berkata: Imam mempunyai beberapa alamat, antaranya: Beliau adalah anak lelaki yang paling tua, mempunyai kelebihan dan wasiat. Justeru, mereka yang musafir akan berkata: Kepada siapakah polan telah memberi wasiat? Maka ia dijawab: Kepada polan dan senjata pada kami sepertilah kedudukan tabut pada Bani Israel, justeru, imamah adalah bersama senjata di mana ia berada”
(316)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Yazid Syi‘r, daripada Harun bin Hamzah, daripada ‘Abd al-A‘la berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Apakah hujah ke atas orang yang mendakwa [imamah] di dalam perkara ini? Beliau a.s telah berkata: Beliau mesti ditanya tentang halal dan haram. Perawi telah berkata: Beliau a.s telah datang kepadaku dan berkata: Tiga hujah yang tidak akan berhimpun pada seseorang melainkan beliau adalah pemilik yang sah di dalam perkara ini. Beliau hendaklah menjadi orang yang paling layak selepas orang sebelumnya. Beliau mempunyai senjata [Rasulullah s.a.w] di sisinya. Beliau hendaklah mempunyai wasiat pada zahir. Apabila anda mendatangi satu bandar, orang ramai dan kanak-kanak akan bertanya: Kepada siapakah polan telah melantik penggantinya? Mereka akan berkata: Kepada polan bin polan.
(317)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim dan daripada Hafs bin al-Bakhtari, daripada Abu Abdillah a.s berkata: Ada orang berkata kepadanya: Dengan apakah seorang imam diketahui? Beliau a.s telah berkata: Dengan wasiat yang zahir dan kelebihan. Justeru, tiada seorangpun dapat mencari kesalahannya sama ada pada mulut, perut atau kemaluannya sehingga beliau berkata: Beliau adalah seorang pembohong, memakan harta orang ramai dan seumpamanya.
(318)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Isma’il, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Mu‘awiyah bin Wahab berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Apakah alamat seorang imam selepas seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Kesucian kelahiran (taharah al-Wiladah), didikan yang baik, tidak membuat sesuatu tanpa tujuan dan tidak membuat sesuatu untuk bermain-main”
(319)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ahmad bin Umar, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang bukti pemilik urusan ini, maka beliau a.s telah berkata: Bukti ke atasnya: Umur, kelebihan dan wasiat. Jika mereka yang musafir memasuki satu bandar, maka mereka telah berkata: Kepada siapakah polan telah melantik penggantinya? Akan dijawab: Polan bin polan dan pergilah bersama senjata di mana ia pergi. Adapun orang yang hanya memberi jawapan sahaja, maka beliau bukanlah Hujjah.
(320)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ahmad, daripada Abi Yahya al-Wasiti, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdillah a.s [berkata]: Urusan (imamah) kepada yang berumur selama beliau tidak ada kecacatan.
(321)-7. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s : Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, dengan apakah seorang imam diketahui? Beliua telah berkata: Maka beliau a.s telah berkata: Dengan beberapa sifat keistimewaan: Pertamanya, ia telah datang daripada bapanya secara isyarat kepadanya supaya ia menjadi Hujjah ke atas mereka. Kedua: [Jika] beliau ditanya, beliau akan menjawabnya. Jika beliau tidak ditanya, beliau akan memulakannya. Ketiga: Beliau akan memberitahu apa yang akan berlaku besok. Keempat: Beliau boleh bercakap kepada manusia dengan bahasa mereka (bi-kulli lisan). Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Abu Muhammad, aku akan memberi satu alamat sebelum anda berdiri. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki daripada penduduk Khurasan telah datang kepada kami, maka lelaki itu telah bercakap kepadanya di dalam bahasa Arab, lalu Abu al-Hasan a.s telah menjawabnya di dalam bahasa Farsi. Lelaki dari Khurasan itu telah berkata kepadanya: Demi Allah, apakah yang menghalang aku dari bercakap di dalam dialek Khurasan, tetapi aku menyangka bahawa anda tidak mengetahuinya dengan baik.
Maka beliau a.s telah berkata: Subhana llah! Jika aku tidak dapat menjawab anda dengan baik, maka apakah kelebihan aku ke atas anda? Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Abu Muhammad, tiada percakapan seorang manusia atau seekor burung atau seekor binatang atau sesuatu yang ada nyawa tersembunyi daripada seorang imam. Justeru, sesiapa yang tidak mempunyai sifat-sifat ini, maka beliau bukanlah seorang imam”.
Bab 63
☼Penerusan Imamah Pada Keturunan Dan Sesungguhnya Ia Tidak Biasa Berlaku Kepada Saudara Lelaki, Tidak Kepada Bapa Saudara Sebelah Bapa Atau Mana-Mana Keluarga Selain Daripada Mereka (thabat al-Aimmatu fi- al-A‘qaab wa-anna-ha la ta‘awwadu fi akhin wa-la ‘Ammin wa-la ghairi-hima min al-Qaraabaat)☼
(322)-1. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada al-Husain bin Thuwair bin Abi Fakhitah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Imamah pada dua orang saudara lelaki tidak biasa berlaku selepas al-Hasan dan al-Husain selama-lamanya. Sesungguhnya ia telah berlaku daripada Ali bin al-Husain a.s sebagaimana firman Allah: “Mereka yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam Kitab Allah” Justeru, [imamah] tidak berlaku selepas Ali bin al-Husain a.s melainkan pada keturunan dan keturunan selepas keturunannya.
(323)-2. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada Abu Abdillah a.s bahawa sesungguhnya beliau telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Allah enggan menjadikan imamah untuk dua saudara lelaki selepas al-Hasan dan al-Husain a.s.
(324)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Isma‘il bin Bazi‘, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s bahawa beliau a.s ditanya: Bolehkah imamah pada bapa saudara sebelah bapa atau bapa saudara sebelah ibu? Beliau a.s telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Bolehkah ia [berlaku] pada saudara lelaki? Beliau a.s telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Kepada siapa? Beliau a.s telah berkata: Kepada anak-anak lelakiku-Pada masa itu beliau tidak mempunyai anak lelaki.
(325)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada ‘Abd al-Rahman bin Abi Najran, daripada Sulaiman bin Ja‘far al-Ja‘fari, daripada Hammad bin Isa, daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau a.s telah berkata: Imamah tidak akan berhimpun pada dua orang saudara lelaki selepas al-Hasan dan al-Husain. Sesungguhnya ia berlaku pada keturunan dan keturunan selepasnya.
(326)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Abi Najran, daripada Isa bin Abdullah bin Umar bin Ali bin Abu Talib a.s, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Jika sesuatu berlaku kepada anda dan mudah-mudahan Allah tidak memperlihatkannya kepadaku, maka siapakah yang aku akan ikuti? Lantas beliau a.s memberi isyarat kepada anak lelakinya Musa. Aku telah berkata: Jika berlaku sesuatu kepada Musa, siapakah yang aku akan ikuti? Beliau a.s telah berkata: Anak lelakinya. Jika berlaku sesuatu kepada anak lelakinya dan beliau telah meninggalkan saudara lelaki yang tua atau anak lelaki yang masih kecil, siapakah yang aku akan ikuti? Beliau a.s telah berkata: Anak lelakinya, seorang demi seorang. Dan mengikut naskhah al-Safwani “beginilah seterusnya sehingga ke akhirnya”.
Bab 64
☼Apa Yang Dinaskan Oleh Allah A.W Dan Rasul-Nya Ke Atas Para Imam A.S Seorang Selepas Seorang (ma nassa llahu wa rasulu-hu ‘ala al-Aimmati a.s waahidan fa-waahidan)☼
(327)-1. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus dan Ali bin Muhammad, daripada Sahl Ibn Ziyad Abi Sa‘id, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan Uli l-Amri di antara kamu” Maka beliau a.s telah berkata: Ayat ini telah diturunkan kepada Ali bin Abu Talib, al-Hasan dan al-Husain a.s. Aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya orang ramai telah berkata: Kenapakah Dia tidak menamakan Ali dan Ahlu l-Baitnya di dalam Kitab Allah a.w? Maka beliau a.s telah berkata: Katakanlah kepada mereka: Sesungguhnya sembahyang (al-Salat) telah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w, tetapi Allah tidak menentukan tiga atau empat [rakaat] sehingga Rasulullah s.a.w telah mentafsirkannya untuk mereka.
Zakat telah diturunkan kepadanya, tetapi Dia tidak menamakan untuk mereka setiap empat puluh dirham adalah satu dirham (zakat) sehingga Rasulullah s.a.w yang mantafsirkannya untuk mereka. Begitu juga haji telah diturunkan, tetapi Dia tidak berfirman kepada mereka: Tawaflah selama satu minggu sehingga Rasulullah s.a.w mentafsirkannya untuk mereka. Dan telah turun firman-Nya: “Taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya dan uli l-Amri di antara kamu” -maka ia telah turun pada Ali, al-Hasan dan al-Husain- maka Rasulullah s.a.w telah bersabda pada Ali: “Siapa yang aku menjadi maula-nya, maka Ali adalah maulanya” Dan baginda s.a.w telah bersabda: Aku mewasiatkan kepada kamu dengan Kitab Allah dan keluargaku”.
Sesungguhnya aku telah memohon kepada Allah a.w supaya tidak memisahkan di antara kedua-duanya sehingga kedua-duanya di bentangkan kepadaku di Haudh (kolam), maka Dia telah memberikan kepadaku ini dan bersabda: Janganlah kamu mengajar mereka kerana mereka lebih mengetahui daripada kamu. Dan baginda s.a.w telah bersabda lagi: Sesungguhnya mereka tidak akan mengeluarkan kamu dari pintu petunjuk dan mereka tidak akan memasukkan kamu pada pintu kesesatan.
Jika Rasulullah s.a.w tidak menerangkan siapakah keluarganya (Ahlu l-Bait), nescaya keluarga polan dan keluarga polan akan mendakwanya untuk mereka, tetapi Allah a.w telah menurunkannya di dalam Kitab-Nya untuk menyokong Nabi-Nya: “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai Ahlu l-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”Maka Rasulullah s.a.w telah memasukkan Ali, al-Hasan, al-Husain dan Fatimah a.s di bawah al-Kisaa’ (kain berwarna hitam) di rumah Umm Salmah. Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya setiap nabi mempunyai ahlan (keluarga) dan thiqalan (perkara yang berharga).
Mereka adalah ahli dan thiqali. Umm Salmah telah berkata: Tidakkah aku daripada keluargamu? Maka baginda s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya anda di dalam kebaikan, tetapi mereka adalah keluargaku dan perkara yang berhargaku. Apabila Rasulullah s.a.w telah mati, Ali adalah orang yang paling layak di kalangan orang ramai kerana Rasulullah s.a.w telah menyampaikan [kebaikan] tentang dirinya dengan banyak. Justeru, baginda s.a.w telah membuatnya berdiri teguh di hadapan orang ramai dan memegang tangannya.
Apabila Ali mati, maka beliau a.s tidak mampu untuk memasukkan Muhammad bin Ali atau al-‘Abbas bin Ali atau mana-mana anaknya yang lain ke dalam(imamah). Jika tidak, nescaya al-Hasan dan al-Husain telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan [ayat] kepada kami sebagaimana Dia telah menurunkannya kepada anda (Ali a.s), lalu Dia telah memerintahkan supaya kami ditaati sebagaimana Dia telah memerintahkan supaya anda ditaati. Rasulullah s.a.w telah menyampaikan [risalah] kepada kami sebagaimana baginda s.a.w telah menyampaikannya kepada anda.
Dia telah menghilangkan daripada kami kotoran dosa sebagaimana Dia telah menghilangkannya daripada anda. Apabila Ali a.s mati, al-Hasan a.s adalah yang paling layak dengannya kerana faktor umurnya yang lebih tua. Apabia beliau a.s mati, beliau tidak mampu untuk memasukkan anaknya dan beliau a.s telah tidak melakukannya. Allah telah berfirman: “Mereka yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya”
Jika beliau a.s (al-Hasan a.s) telah melakukannya, nescaya al-Husain a.s telah berkata: Allah telah memerintahkan supaya aku ditaati sebagaimana Dia telah memerintahkan supaya anda ditaati dan bapa anda ditaati. Rasulullah s.a.w telah menyampaikannya padaku sebagaimana baginda s.a.w telah menyampaikannya pada anda dan pada bapa anda. Allah telah menghilangkan daripadaku kotoran dosa sebagaimana Dia telah menghilangkan kotoran dosa daripada anda dan bapa anda.
Apabila ia (imamah) telah sampai kepada al-Husain a.s, tiada seorangpun di kalangan keluarganya yang mampu menentangnya sebagaimana beliau a.s tidak mampu menentang imamah saudaranya (al-Hasan a.s) dan imamah bapanya (Ali a.s). Jikalaulah mereka berdua mahu mengubahnya daripadanya, nescaya mereka berdua tidak akan melakukannya. Apabila ianya berpindah kepada al-Husain a.s, maka takwil ayat ini: “Mereka yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya di dalam Kitab Allah”. Kemudian ianya telah berpindah selepas al-Husain a.s kepada Ali bin al-Husain a.s. Kemudian ia telah berpindah selepas Ali bin al-Husain kepada Muhammad bin Ali a.s. Beliau a.s telah berkata: Al-Rijsu (di dalam ayat) ialah syak, demi Allah, kami tidak syak terhadap Tuhan kami selama-lamanya.
* Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Khalid dan al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya bin ‘Imran al-Halabi, daripada Ayyub bin al-Hurr dan ‘Imran bin Ali al-Halabi, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s mengenai hadis yang sama.
(328)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada bapanya, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada Ibn Maskan, daripada ‘Abd al-Rahim bin Ruh al-Qasir, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w: “Nabi itu adalah lebih utama bagi mereka yang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Dan mereka yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak di dalam Kitab Allah” Beliau a.s telah berkata: Ia telah diturunkan tentang kuasa pemerintahan (al-Imrah). Sesungguhnya ayat ini telah berlaku kepada anak-anak lelaki al-Husain a.s selepasnya. Justeru, kami adalah lebih utama dengan urusan pemerintahan dan dengan Rasulullah s.a.w daripada mukminin sama ada kaum Muhajirin atau Ansar. Maka aku (‘Abd al-Rahim bin Ruh) telah berkata: Adakah anak-anak Ja‘far (bin Abu Talib) mempunyai bahagian di dalamnya?
Beliau a.s telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Adakah anak-anak al-‘Abbas mempunyai bahagian di dalamnya? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, lalu aku menyebut beberapa kabilah anak-anak ‘Abd al-Muttalib, semuanya beliau a.s telah berkata: Tidak, beliau (‘Abd al-Rahim) telah berkata: Aku telah terlupa[bertanya] tentang anak-anak al-Hasan a.s, lalu aku telah pergi kepadanya lagi, maka aku telah berkata kepadanya: Adakah anak-anak al-Hasan mempunyai bahagian di dalamnya? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, demi Allah, wahai ‘Abd al-Rahim, tiada seorangpun yang ada hubungan dengan Muhammad mempunyai bahagian di dalamnya selain daripada kami (ma li-Muhammadiyyin fi-ha nasib ghairu-na).
(329)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Hasyimi, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Isa, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan Rasul-Nya dan mereka yang beriman” Beliau a.s telah berkata: Ia dimaksudkan dengan “yang paling utama daripada kamu” atau “yang paling berhak daripada kamu” di dalam semua urusan sama ada diri kamu atau harta kamu. “Allah dan Rasul-Nya dan mereka yang beriman” dimaksudkan dengan Ali dan anak-anak lelakinya a.s sehingga hari Kiamat.
Kemudian Allah telah menceritakan tentang mereka di dalam firman-Nya: “Mereka yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat di dalam keadaan rukuk” Amir al-Mukminin a.s [pada ketika itu] sedang melakukan dua rakaat sembahyang Zuhur di dalam keadaan rukuk, memakai pakaian yang bernilai seribu dinar. Sesungguhnya Nabi s.a.w telah memakaikannya kepadanya. Al-Najjasyi telah menghadiahkannya kepadanya. Tiba-tiba seorang peminta sedekah telah datang, lalu berkata: As-salamu ‘alaika ya, waiyyu llah, yang lebih utama dengan mukminin daripada diri mereka sendiri, berilah sedekah kepada orang miskin, lantas beliau a.s mencampakkan pakaiannya dan memberi isyarat dengan tangannya kepadanya supaya beliau mengambilnya: Kemudian Allah telah menurunkan ayat ini padanya dan menjadikan nikmat anak-anaknya dengan nikmatnya (Ali a.s) kepada semua anak-anaknya yang telah sampai martabat imamah sepertinya. Justeru, mereka bersedekah di dalam keadaan rukuk. Adapun peminta sedekah itu adalah di kalangan malaikat dan mereka yang bertanya para imam daripada anak-anaknya adalah di kalangan para malaikat.
(330)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Umar bin Udhainah, daripada Zurarah, al-Fudhail bin Yasar, Bukair bin A‘yan, Muhammad bin Muslim, Buraid bin Mu‘awiyah dan Abi al-Jarud semuanya daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Allah telah memerintahkan Rasul-Nya dengan wilayah Ali dan Dia telah menurunkan ke atasnya firman-Nya: “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan Rasul-Nya dan mereka yang beriman yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat” Dia telah memfardukan wilayah uli al-Amr sekalipun mereka tidak memahaminya. Justeru, Allah telah memerintahkan Muhammad s.a.w supaya menjelaskan kepada mereka tentang wilayah (an ufassira la-hum al-Wilayah) sebagaimana baginda s.a.w telah menjelaskan kepada mereka tentang sembahyang, puasa dan haji. Apabila ianya datang kepadanya daripada Allah, maka Rasulullah s.a.w telah menjadi cemas dan khuatir mereka akan menjadi murtad daripada agama mereka dan membohonginya pula.
Maka baginda s.a.w telah menjadi cemas, lalu merujukkannya kepada Tuhannya, lantas Allah mewahyukan kepadanya firman-Nya: “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan, kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia” Maka baginda s.a.w telah menerima perintah Allah, lalu mengukuhkan wilayah Ali a.s di Ghadir Khumm dengan menyeru orang ramai supaya dilakukan sembahyang secara berjemaah dan memerintahkan mereka yang menyaksikan[nya] supaya memberitahukannya kepada mereka yang tidak hadir-Umar bin Udhainah berkata: Semuanya telah berkata demikian selain daripada Abi al-Jarud-Abu Ja‘far a.s telah berkata: Fardu diturunkan selepas fardu yang lain dan al-Wilayah adalah fardu yang terakhir [diturunkan].
Maka Allah a. w telah menurunkan firman-Nya: “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telahKu cukupkan kepadamu nikmat-Ku” Abu Ja‘far a.s telah berkata: Allah a.w telah berfirman: Aku tidak akan menurunkan [fardu] lagi ke atas kamu selepas fardu ini. Sesungguhnya Aku telah menyempurnakan fardu-fardu untuk kamu”
(331)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sindi, daripada Ja‘far bin Basyir, daripada Harun bin Kharijah, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah duduk di sisisnya, tiba-tiba seorang lelaki telah berkata kepadanya: Ceritakan kepadaku tentang wilayah Ali, adakah ia daripada Allah atau Rasul-Nya? Lantas beliau a.s menjadi marah, kemudian berkata: Alangkahkah dukacitanya anda, Rasulullah s.a.w adalah lebih takut kepada Allah dari berkata apa yang tidak diperintahkannya oleh Allah. Maka Allah telah memfardukannya sebagaimana Dia telah memfardukan sembahyang, zakat, puasa dan haji.
(332)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isma’il bin Bazi‘, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abi al-Jarud, daripada Abi Ja‘far a.s, berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Allah telah memfardukan ke atas hamba-hamba-Nya lima fardu: Mereka telah mengambil empat dan meninggalkan satu. Aku telah berkata: Namakan mereka kepadaku, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau a.s telah berkata: Sembahyang, orang ramai tidak mengetahui bagaimana mereka melakukan sembahyang, lalu Jibrail a.s turun dan berkata: Wahai Muhammad, beritahulah kepada mereka tentang waktu-waktu sembahyang mereka.
Kemudian zakat diturunkan, maka dia berkata: Wahai Muhammad, beritahu kepada mereka tentang zakat mereka sebagaimana anda telah memberitahu kepada mereka tentang sembahyang mereka. Kemudian puasa diturunkan, Rasulullah s.a.w pada hari ‘Asyura, telah mengirim mesej kepada kampung-kampung di sekelilingnya, lalu mereka berpuasa pada hari itu. Kemudian datang bulan Ramadan di antara Sya‘ban dan Syawwal. Kemudian haji diturunkan, maka Jibrail turun dan berkata: Beritahu mereka tentang haji mereka sebagaimana anda telah memberitahu kepada mereka tentang sembahyang, zakat dan puasa mereka. Kemudian turun pula al-Wilayah. Sesungguhnya ia datang kepadanya pada hari Jumaat di ‘Arafah, Allah telah menurunkan firman-Nya: “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telahKu cukupkan kepadamu nikmat-Ku” Kesempurnaan agama adalah dengan wilayah Ali bin Abu Talib a.s, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Umatku baru sahaja dengan zaman jahiliah dan apabila aku memberitahu kepada mereka dengan ini (wilayah) untuk sepupuku, orang akan berkata itu dan orang lain pula akan berkata ini-
Maka aku telah berkata pada diriku tanpa lidahku bercakap- Maka keputusan muktamad telah datang daripada Allah a.w memberi ancaman kepadaku jika aku tidak menyampaikannya, Dia akan mengazabku, maka turunlah firman-Nya: “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan, kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada mereka yang kafir”
Maka Rasulullah s.a.w telah mengambil tangan Ali a.s, lalu bersabda: Wahai manusia, tiada seorang nabi di kalangan para nabi sebelumku melainkan Allah telah memanjangkan umurnya. Kemudian Dia memanggilnya, lalu beliau menyahuti panggilan-Nya. Aku hampir dipanggil, maka aku akan menyahutinya, aku bertanggung–jawab dan kamu juga bertanggung-jawab, apakah kamu akan berkata? Mereka berkata: Kami naik saksi bahawa anda telah menyampaikan [apa yang anda wajib menyampaikannya], anda telah memberi nasihat dan anda telah menunaikan apa yang diwajibkan ke atas anda, semoga Allah memberi kepada anda ganjaran yang paling baik di kalangan para rasul. Maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Tuhanku, persaksikanlah-tiga kali-Kemudian baginda s.a.w telah bersabda lagi: Wahai golongan muslimin, ini (Ali) adalah wali kamu selepasku, maka hendaklah orang yang menjadi saksi di kalangan kamu menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir”
Abu Ja‘far a.s telah berkata: Demi Allah, Ali adalah orang yang dipercayai oleh Allah ke atas makhluk-Nya, perintah-Nya yang tidak dapat dilihat dan agama-Nya yang diredai untuk diri-Nya. Kemudian Rasulullah s.a.w apabila hampir hari kematiannya, memanggil Ali dan bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya aku mahu memberi amanah kepada anda sebagaimana Allah telah memberi amanah-Nya kepadaku tentang ghaib-Nya, ilmu-Nya, agama-Nya, makhluk-Nya dan agama-Nya yang diredaiNya untuk diri-Nya, demi Allah, wahai Ziyad, Dia tidak berkongsi dengan sesiapapun daripada makhluk-Nya. Kemudian apabila Ali hampir kematiannya, maka beliau a.s telah memanggil anak-anak lelakinya, bilangan mereka adalah dua belas orang, maka beliau a.s telah berkata kepada mereka: Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah a.w telah enggan kecuali Dia menjadikan padaku sunnah Ya‘qub.
Sesungguhnya Ya‘qub telah memanggil dua belas orang anak lelakinya, lalu beliau memberitahu kepada mereka tentang seorang yang mempunyai kuasa. Sesungguhnya aku memberitahu kepada kamu tentang seorang yang mempunyai kuasa di kalangan kamu, sesungguhnya dua orang ini adalah dua anak lelaki Rasulullah s.a.w; al-Hasan dan al-Husain a.s. Justeru, dengarlah kepada mereka berdua, taatilah mereka berdua dan sokonglah mereka berdua. Sesungguhnya aku telah memberi amanah kepada mereka berdua sebagaimana Rasulullah s.a.w telah memberi amanahnya kepadaku. Ia adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepadanya di kalangan makhluk-Nya, ghaib-Nya dan agama-Nya yang diredai. Maka Allah mewajibkan ke atas mereka berdua apa yang diwajibkannya ke atas Ali a.s daripada Rasulullah s.a.w.
Tiada kelebihan seorang ke atas sahabatnya melainkan dari sudut umurnya sahaja. Apabila al-Hasan datang di dalam sesuatu majlis, al-Husain a.s tidak bercakap sehingga al-Hasan a.s pergi. Apabila al-Hasan hampir kematiannya, maka beliau a.s menyerahkannya (imamah) kepada al-Husain a.s. Kemudian apabila al-Husain hampir kematiannya, maka beliau a.s memanggil anak perempuanya yang paling tua Fatimah binti al-Husain a.s, lalu beliau a.s menyerahkan kepadanya kitab (surat) yang mengandungi wasiatnya yang zahir. Ali bin al-Husain a.s ketika itu sedang sakit gastrik. Mereka menyangka beliau akan mati [kerana penyakitnya]. Maka Fatimah telah menyerahkan kitab itu kepada Ali bin al-Husain, kemudian kitab itu, demi Allah, telah sampai kepada kami.
* Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Muhammad bin Isma’il bin Bazi‘, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja‘far tentang hadis yang sama.
(333)-7. Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Safwan bin Yahya, daripada Sabah al-Azraq, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Sesungguhnya seorang lelaki dari fahaman al-Mukhtariyyah telah berjumpa denganku, maka dia telah menyangka bahawa Muhammad bin al-Hanafiyyah adalah seorang imam, lantas Abu Ja‘far a.s menjadi marah, kemudian beliau a.s telah berkata: Kenapa anda tidak berkata sesuatu kepadanya? Aku telah berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak mengetahui apa yang aku katakannya, beliau a.s telah berkata: Kenapa anda tidak berkata kepadanya: Bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada Ali, al-Hasan dan al-Husain.
Apabila Ali mati, maka beliau a.s telah mewasiatkan kepada al-Hasan dan al-Husain. Jika beliau (Ali) mengetepikan mereka berdua daripada imamah, nescaya mereka berdua akan berkata: Kami berdua adalah wasi seperti anda, tetapi beliau a.s tidak melakukannya. Dan al-Hasan telah mewasiatkan kepada al-Husain. Jika beliau mengetepikannya daripada imamah, nescaya beliau (al-Husain) berkata: Aku adalah wasi seperti anda daripada Rasulullah s.a.w dan daripada bapaku, tetapi beliau a.s tidak melakukannya. Allah berfirman: “Mereka yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya”
Bab 65
☼Isyarat Dan Nas Ke Atas Amir al-Mukminin A.S (al-Isyarat wa al-Nas ‘ala Amir al-Mu’minin a.s)☼
(334)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isma’il, daripada Mansur bin Yunus, daripada Zaid bin al-Jahm al-Hilali, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Manakala turunnya wilayah Ali bin Abu Talib a.s, maka di antara sabda Rasulullah s.a.w: Berilah salam kepada Ali dengan gelaran Amir al-Mukminin, wahai Zaid, antara perkara-perkara yang disokong oleh Allah ke atas mereka berdua pada hari itu ialah sabda Rasulullah s.a.w kepada mereka berdua: Berdirilah dan berilah salam kepadanya (Ali a.s) dengan gelaran Amir al-Mukminin (qumaa fa-sallimaa ‘alai-hi bi-imrat al-Mu’minin), lalu mereka berdua berkata: Adakah ia daripada Allah dan Rasul-Nya, wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka berdua: Daripada Allah dan Rasul-Nya. Maka Allah a.w telah menurunkan firman-Nya: “Dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah [mu] itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat”
Apa yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah sabda Rasulullah s.a.w kepada mereka berdua dan kata-kata mereka berdua adakah ia daripada Allah dan daripada Rasul-Nya “Janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali, kamu menjadikan sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu disebabkan adanya (para imam yang lebih cerdik (azkaa) dari para imam kamu). Beliau (perawi) berkata: Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, para imam (aimmah)? Beliau a.s telah berkata: Ya, demi Allah, para imam, aku telah berkata: Kami membaca arba, lalu beliau a.s telah berkata: Apakah itu arba?
Beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya, lalu menolaknya-Sesungguhnya Allah hanya menguji kamu dengannya (Iaitu dengan Ali a.s). Sesungguhnya pada hari Kiamat akan dijelaskanNya apa yang dahulu kamu perselisihkan itu. Dan kalau Allah menghendaki, nescaya Dia menjadikan kamu satu umat, tetapi Dia menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat menipu di antaramu yang menyebabkan tergelincir kaki(mu) selepas kokoh tegaknya (Iaitu selepas sabda Rasulullah s.a.w kepada Ali a.s) dan kamu rasakan kemelaratan (di dunia) kerana kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah (Iaitu Ali a.s) dan bagimu azab yang besar”
(335)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain dan Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Apabila Muhammad s.a.w [hampir] menamatkan kenabiannya dan menyempurnakan hari-harinya, Allah mewahyukan kepadanya: Wahai Muhammad, sesungguhnya kamu telah menamatkan kenabianmu dan menyempurnakan hari-harimu, maka jadilah ilmu yang ada di sisimu, iman, al-Ism al-Akbar (nama yang paling besar), warisan ilmu, bukti-bukti ilmu kenabian pada keluargamu; di sisi Ali bin Abu Talib. Sesungguhnya Aku tidak akan memutuskan ilmu, iman, al-Ism al-Akbar, warisan ilmu dan bukti-bukti ilmu kenabian daripada keturunmu sebagaimana Aku tidak memutuskannya daripada zuriat-zuriat para nabi [terdahulu].
(336)-3. Muhammad bin al-Husain dan lain-lain, daripada Sahl, daripada Muhammad bin Isa dan Muhammad bin Yahya dan Muhammad bin al-Husain bersama, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Isma‘il bin Jabir dan ‘Abd al-Karim bin ‘Umru, daripada ‘Abd al-Hamid bin Abi Dailam, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Musa telah mewasiatkan kepada Yusya‘ bin Nun dan Yusya‘ bin Nun telah mewasiatkan kepada anak lelaki Harun.
Beliau a.s tidak mewasiatkan kepada anak lelakinya begitu juga beliau a.s tidak mewasiatkan kepada anak lelaki Musa. Sesungguhnya Allah mempunyai pilihan, Dia memlilh siapa yang Dia kehendaki. Musa dan Yusya’ telah memberi khabar gembira kepada al-Masih a.s. Apabilla Allah a.w mengutus al-Masih a.s, maka al-Masih a.s telah berkata kepada mereka: Sesungguhnya akan datang selepasku seorang nabi, namanya Ahmad daripada anak-anak Isma‘il a.s, beliau akan datang untuk menyokong kebenaranku, kebenaran kamu dan akan membersihkan tuduhan terhadapku dan terhadap kamu. Kemudian ia telah berlaku selepasnya kepada pengikut-pengikutnya yang setia (al-Hawariyyin al-Mustahfiziin).
Sesungguhnya mereka dinamakan al-Mustahfiziin kerana mereka menjaga dengan setia al-Ism al-Akbar iaitu kitab yang menceritakan semua ilmu yang berada di sisi para nabi a.s. Allah berfirman: “Sesungguhnya Kami telah mengutus para rasul sebelum kamu dan kami telah menurunkan bersama mereka Kitab dan Mizan” Kitab itu adalah al-Ism al-Akbar untuk membezakannya dengan apa yang didakwa bahawa Kitab itu adalah Taurah, Injil dan Furqaan. Di dalamnya kitab Nuh, kitab Saleh, Syu‘aib dan Ibrahim a.s. Maka Allah a.w telah menceritakan: “Sesungguhnya ini benar-benar terdapat di dalam kitab-kitab yang dahulu, iaitu kitab-kitab Ibrahim dan Musa” Di manakah mashaf Ibrahim, sesungguhnya mashaf Ibrahim adalah al-Ism al-Akbar dan mashaf Musa adalah al-Ism al-Akbar. Wasiat sentiasa berada di sisi seorang alim selepas seorang alim sehingga mereka memberikannya kepada Muhammad s.a.w.
Manakala Allah mengutus Muhammad s.a.w, maka keturunan al-Hawariyyun yang setia telah menerimanya, sementara Banu Israil membohonginya, lalu baginda s.a.w telah berdoa kepada Allah dan berjuang pada jalan-Nya. Kemudian Allah menurunkan ke atasnya bahawa Dia telah memberitahu kelebihan wasi anda, maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Tuhan, Arab adalah bangsa yang liar. Tiada kitab di kalangan mereka, nabi tidak diutus kepada mereka. Justeru, mereka tidak mengetahui kelebihan para nabi a.s dan kemuliaan mereka dan mereka tidak beriman denganku jika aku menceritakan kepada mereka tentang kelebihan keluargaku, maka Allah a.w telah berfirman: “Janganlah kamu berdukacita ke atas mereka” “Dan katalah: Salam”. Kelak kamu akan mengetahui” Kemudian baginda s.a.w telah menyebut kelebihan wasinya, maka nifak telah berlaku di dalam hati mereka.
Rasulullah s.a.w telah mengetahui apa yang mereka ucapkan. Allah berfirman: Wahai Muhammad! “Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan” “Kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, tetapi mereka yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah” Mereka mengingkarinya tanpa hujah, tetapi Rasulullah s.a.w pernah menjinak-jinakkan mereka dan mengambil mereka sebagai penolong ke atas sebahagian mereka. Baginda s.a.w sentiasa memberitahu kepada mereka tentang kelebihan wasinya sehingga turunnya surah ini. Baginda s.a.w telah berhujah ke atas mereka ketika diberitahu tentang kematiannya, lalu Allah berfirman: “Maka apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (lantiklah dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap”
Beliau a.s telah berkata: Apabila kamu selesai, maka lantiklah tandamu (Ali a.s) dan iklankan wasimu (idha faragh-ta fansib ‘alama-ka wa a‘lin wasiyya-ka). Justeru, baginda s.a.w telah memberitahu kepada mereka kelebihannya secara terang-terang, maka baginda s.a.w telah bersabda: Siapa yang aku telah menjadi walinya, maka Alilah walinya, wahai Tuhanku, hormatilah mereka yang mewalikannya, dan tentangilah mereka yang memusuhinya-tiga kali- Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Aku akan mengutus seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya sementara Allah dan Rasul-Nya pula mencintainya, beliau bukanlah seorang lelaki yang telah melarikan diri (dalam peperangan), mengatakan para sahabatnya pengejut, tetapi para sahabatnya pula mengatakannya pengecut Rasulullah s.a.w bersabda: Ali adalah penghulu mukminin”.
Baginda s.a.w juga telah bersabda: Ali adalah tiang agama”. Baginda s.a.w juga bersabda: Ini adalah seorang yang akan memukul manusia dengan pedang kerana kebenaran selepasku”. Baginda s.a.w juga berkata: Kebenaran adalah bersama Ali yang mana saja beliau cenderung”. Baginda s.a.w juga berkata: Sesungguhnya aku tinggalkan kepadamu dua perkara, jika kamu mengambil kedua-duanya, maka kamu sekali-kali tidak akan sesat: Kitab Allah a.w dan keluargaku, itrahku”, wahai manusia, dengarlah, sesungguhnya aku telah menyampaikannya, kamu akan datang kepadaku di Kolam (al-Haudh), maka aku akan bertanya kepada kamu apakah yang kamu telah buat kepada dua perkara yang berharga (al-Thaqalain) itu.
Dan al-Thaqalaani: Adalah Kitab Allah a.w dan keluargaku. Justeru, janganlah kamu mendahului mereka, nescaya kamu akan binasa dan janganlah kamu mengajar mereka kerana mereka lebih mengetahui daripada kamu” Lantaran itu, hujah telah berlaku dengan sabda Nabi s.a.w dan dengan Kitab yang dibaca oleh manusia. Baginda s.a.w sentiasa mengemukakan kelebihan keluarganya di dalam sabda-sabdanya dan menerangkannya kepada mereka dengan al-Qur’an: “Sesungguhnya Dia mahu menghilangkan kotoran dosa daripada kamu Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya” Dia telah berfirman: “Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh daripada sesuatu, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat” Kemudian Dia telah berfirman: “Dan berikanlah akan keluarga-keluarga yang terdekat akan haknya”
Inilah kedudukan Ali dan haknya adalah wasiat yang dijadikan untuknya, al-Ism al-Akbar, warisan ilmu, bukti-bukti ilmu kenabian, maka Dia telah berfirman: “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan” Kemudian Dia telah berfirman: “Apabila kasih sayang ditanya (wa idha al-Mawaddatu su’ilat) kerana dosa apakah ia dibunuh” Allah berfirman: Aku akan bertanya kamu tentang kasih sayang (al-Mawaddah) yang Aku telah turunkannya ke atas kamu tentang kelebihannya, kasih sayang kekeluargaan, kerana dosa apakah kamu telah membunuh mereka. Dia telah berfirman: “Maka bertanyalah kepada Ahli al-Zikr, jika kamu tidak mengetahui”
Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Kitab adalah al-Zikr dan ahlinya adalah keluarga Muhammad s.a.w. Allah a.w telah memerintahkan supaya bertanya kepada mereka dan mereka tidak diperintahkan untuk bertanya kepaqda mereka yang bodoh. Allah telah menamakan al-Qur’an sebagai zikran (peringatan) di dalam firman-Nya: “Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur’an agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka berfikir” Dan Allah berfirman: “Sesungguhnya al-Qur’an itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggung-jawab” Dan Dia telah berfirman: “Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul [Nya] dan uli al-Amri daripada kamu”. Dan Dia telah berfirman: “Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan uli al-Amri di antara mereka, tentulah mereka yang ingin mengetahui kebenarannya, mengetahuinya dari mereka” Justeru, Dia telah mengembalikan urusan-urusan manusia kepada uli al-Amri daripada mereka yang diperintahkan supaya mentaati mereka dan merujukkan (urusan) kepada mereka. Apabila Rasulullah s.a.w telah kembali dari haji Wida’, Jibrail a.s telah turun ke atasnya dan berkata: “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan, kamu tidak menyampaikan amanat-Nya.
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang ingkar” Baginda s.a.w telah menyeru orang ramai, lalu mereka berkumpul dan baginda s.a.w telah memerintahkan supaya pokok yang berduri [di hadapannya] dibersihkan. Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai manusia, siapakah wali kamu dan orang yang lebih utama bagi kamu daripada diri kamu? Mereka berkata: Allah dan Rasul-Nya, maka baginda s.a.w telah bersabda: Siapa yang aku telah menjadi walinya, maka Ali adalah walinya, wahai Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya- tiga kali-Lalu duri-duri nifak telah menyusuk hati orang ramai dan mereka berkata: Allah tidak pernah menurunkan ini ke atas Muhammad, baginda s.a.w tidak mahu selain untuk mengangkat ketiak sepupunya.
Apabila baginda s.a.w telah tiba di Madinah, maka kaum Ansar telah datang kepadanya dan mereka berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah membuat baik kepada kami dan Dia telah memuliakan kami dengan anda dan keberadaan anda di sisi kami. Sesungguhnya Allah telah menggembirakan sahabat kami dan mendukacitakan musuh kami, beberapa rombongan datang kepada anda, tetapi anda tidak memberi sesuatu kepada mereka, lalu musuh bergembira dengan memandang rendah kepada anda.
Justeru, kami suka anda mengambil satu pertiga harta-harta kami sehingga jika rombongan dari Makkah datang kepada anda, maka anda ada sesuatu untuk diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w tidak memberi apa-apa jawapan kerana baginda s.a.w menunggu wahyu daripada Tuhannya, lalu Jibrail a.s turun dengan firman-Nya: “Katalah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan” Baginda s.a.w tidak menerima harta-harta mereka. Kaum munafik pula berkata: Allah tidak menurunkan ini ke atas Muhammad, beliau tidak mahu kecuali untuk mengangkat ketiak sepupunya (Ali a.s) dan membebankan kami dengan keluarganya. Kelmarin baginda s.a.w telah berkata: Siapa yang aku telah menjadi walinya, maka Ali adalah walinya” Dan hari ini pula “Katalah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan”.
Kemudian ayat tentang khumus telah turun ke atasnya, maka mereka berkata pula: Beliau mahu supaya harta-harta dan fai-fai kami diberikan kepada mereka. Kemudian Jibrail telah datang kepadanya dan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya anda telah menamatkan kenabian anda dan anda telah menyempurnakan hari-hari anda, maka jadilah al-Ism al-Akbar, warisan kenabian dan bukti-bukti ilmu para nabi di sisi Ali a.s kerana Aku tidak akan meninggalkan bumi melainkan ia diperintahkan oleh seorang alim yang dikenali dengannya ketaatan-Ku, dikenali dengannya wilayah-Ku dan beliau akan menjadi Hujjah bagi mereka yang dilahirkan di antara kematian Nabi s.a.w sehingga datangnya nabi [imam] yang lain.
Abu Abdillah a.s telah berkata: Baginda s.a.w telah mewasiatkan kepadanya dengan al-Ism al-Akbar, warisan kenabian, bukti-bukti ilmu kenabian. Baginda s.a.w telah mewasiatkan kepadanya dengan seribu kalimah dan seribu bab yang membuka setiap kalimah dan setiap bab seribu kalimah dan seribu bab yang lain pula”
(337)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Saleh bin al-Sanadi, daripada Ja‘far bin Basyir, daripada Yahya bin Muhammad al-‘Attar, daripada Basyir al-Dahhan, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda ketika sakitnya yang membawa kepada kematiannya: Panggillah kepadaku sahabat sejatiku (khalilku), maka dua orang wanita (‘Aisyah dan Hafsah) telah mengutus kepada kedua bapa mereka. Apabila Rasulullah s.a.w telah melihat kepada mereka berdua, maka baginda s.a.w berpaling daripada mereka berdua. Kemudian bersabda: Panggilah kepadaku sahabat sejatiku, lalu diutus kepada Ali. Apabila baginda s.a.w telah melihatnya, maka Ali menunduk kepadanya dan baginda s.a.w telah bercakap kepadanya. Apabila beliau a.s keluar, mereka berdua telah bertemu dengannya dan berkata kepadanya: Apakah sahabat anda yang sejati telah berkata kepada anda? Maka beliau a.s telah berkata: Baginda s.a.w telah menceritakan kepadaku seribu bab yang membuka setiap bab seribu bab yang lain pula”
(338)-5. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Isma’il, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu Bakr, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar kepada Ali a.s seribu huruf, setiap huruf membuka seribu huruf yang lain pula”.
(339)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya pada tali kulit pedang Rasulullah s.a.w ada mashaf (sahifah) yang kecil, maka aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Apakah yang ada di dalam mashaf itu? Beliau a.s telah berkata: Huruf-huruf yang membuka setiap huruf seribu huruf yang lain pula”.
Abu Basir berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sehingga sekarang ini dua hurufpun tidak keluar daripadanya”
(340)-7. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada anak lelaki Abu Basir, daripada Fudhail bin Sukarah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah air yang digunakan untuk memandikan mayat itu mempunyai hadnya? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Ali a.s: Apabila aku mati, maka ambillah enam qirab (bekas) air dari perigi Gars, kemudian mandilah (ghusl) aku, kafanlah aku dan lakulah tahnit kepadaku. Apabila anda selesai dari memandi dan mengapankan aku, maka ambillah segala kapanku dan letaklah aku di dalam keadaan duduk, kemudian bertanyalah kepadaku apa yang anda mahu. Demi Allah, anda tidak akan bertanya kepadaku sesuatu melainkan aku memberi jawapan kepada anda mengenainya.
(341)-8. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada anak lelaki Abi Sa‘id, daripada Abban bin Taghlib, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila kematian mendatangi Rasulullah s.a.w, Ali a.s telah datang kepadanya dan memasukkan kepalanya, kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, apabila aku mati, maka mandilah aku dan kapanlah aku. Kemudian letaklah aku di dalam keadaan duduk (uq‘ud-ni), bertanyalah kepadaku dan tulislah”
(342)-9. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid Syabab al-Sairafi, daripada Yunus bin Ribat berkata: Aku dan Kamil al-Tammaar telah bertemu dengan Abu Abdillah a.s, maka Kamil berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, mengenai hadis yang telah diriwayatkan oleh polan? Beliau a.s telah berkata: Sebutlah, maka beliau telah berkata: Diriwayatkan kepadaku bahawa Nabi s.a.w telah meriwayatkan kepada Ali a.s dengan seribu bab pada hari Rasulullah s.a.w mati, setiap bab membuka seribu bab yang lain pula, begitulah sehingga beribu ribu bab. Beliau a.s telah berkata: Ia memang begitu, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah ianya terserlah kepada Syiah kamu dan pengikut-pengikut kamu?
Beliau a.s telah berkata: Satu atau dua bab, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apa yang diriwayatkan tentang kelebihan kamu daripada beribu-ribu bab itu hanya satu atau dua bab sahaja? Beliau a.s telah berkata: Apakah yang kamu dapat meriwayatkan tentang kelebihan kami? Apa yang dapat kamu meriwayatkan tentang kelebihan kami hanya bagaikan Alif tanpa penghujungnya”
0 comments:
Post a Comment