Monday, October 5, 2009

Usul al-Kafi Kitab al-Hujjah

Bab 21

☼Sesungguhnya Mereka Yang disifatkan Allah Di Dalam Kitab-Nya Dengan Ilmu Adalah Para Imam A.S (inna man wasafa-hu llahu ta‘ala fi kitabi-hi bi al-‘Ilm hum al-Aimmatu a.s)☼

(122)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada ‘Abd al-Mu’min bin al-Qasim al-Ansari, daripada Sa‘d bin Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Adakah sama mereka yang mengetahui dengan mereka yang tidak mengetahui? “Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran” Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya kamilah orang yang mengetahui dan mereka yang tidak mengetahui adalah musuh kami dan Syiah kami adalah Ulu al-Albab.

(123)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Adakah sama mereka yang mengetahui dengan mereka yang tidak mengetahui? “Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran” Beliau a.s telah berkata: Kamilah orang yang mengetahui sementara musuh kami tidak mengetahui dan Syiah kami adalah Ulu al-Bab.




Bab 22

☼Sesungguhnya Orang Yang Mendalam Ilmunya, Mereka Adalah Para Imam A.s (inna al-Rasikhin fi al-‘Ilm hum al-Aimmahtu a.s)☼

(124)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada al-Ayyub bin al-Hurr dan ‘Umran bin Ali, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Kamilah orang yang mendalam ilmunya (al-Rasikhun) dan kami mengetahui takwilnya.

(125)-2. Ali bin Muhammad, daripada Abdullah bin Ali, daripada Ibrahim bin Ishaq, daripada Abdullah bin Hammad, daripada Buraid bin Mu‘awiyah, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s tentang firman Allah a.w “Tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah dan mereka yang mendalami ilmunya” Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling mendalam ilmunya. Sesungguhnya Allah telah mengajarnya segala ilmu yang diturunkan kepadanya sama ada merupakan tanzil atau takwil. Allah tidak menurunkan sesuatu sehingga Dia mengajar takwilnya kepadanya. Dan para wasi selepasnya mengetahui semuanya. Adapun mereka yang tidak mengetahui takwilnya apabila seorang alim berkata pada mereka tentang ilmu, maka Allah memberi jawapan kepada mereka di dalam firman-Nya “Mereka telah berkata: Kami beriman kepadanya; semuanya itu dari sisi Tuhan kami” Al-Qur’an adalah khas dan umum, muhkam dan mutasyabih, nasikh dan mansukh. Justeru, orang yang mendalam ilmunya (al-Rasikhun) mengetahuinya.

(126)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s berkata: Al-Rasikhun fi al-‘Ilm adalah Amir al-Mukminin dan para imam a.s selepasnya.




Bab 23

☼Sesungguhnya Para Imam A.S Dikurniakan ilmu Dan Ditetapkannya Di Dalam Dada Mereka (inna al-Aimmata a.s qad uutu al-‘Ilma wa- uthbita fi suduri-him)☼

(127)-1. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Hammad bin Isa, daripada al-Husain bin al-Mukhtar, daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata tentang firman Allah a.w “Sebenarnya al-Qur’an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalan dada mereka yang diberi ilmu” Lalu beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya kepada dadanya.

(128)-2. Daripadanya, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ibn Mahbub, daripada ‘Abd al-‘Aziz al-‘Abdi, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Sebenarnya al-Qur’an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalan dada mereka yang diberi ilmu” Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam a.s.

(129)-3. Dan daripadanya, daripada Muhammad bin Ali, daripada Uthman bin Isa, daripada Sammaa‘ah, daripada Abu Basir berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata tentang ayat ini “Sebenarnya al-Qur’an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalan dada mereka yang diberi ilmu”… Kemudian beliau a.s telah berkata: Adapun kemudian daripada itu, demi Allah, wahai Abu Muhammad, Dia tidak berfirman di antara dua kulit mashaf [mengenai ayat tersebut selain daripada kami]? Aku telah berkata: Siapakah mereka? Aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s telah berkata: Siapakah mereka selain daripada kami (para imam a.s)?

(130)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Yazid Sya‘ar, daripada Harun bin Hamzah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata tentang firman-Nya “Sebenarnya al-Qur’an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalan dada mereka yang diberi ilmu” Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam a.s secara khusus.
(131)-5. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin al-Fudhail berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang firman Allah a.w “Sebenarnya al-Qur’an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalan dada mereka yang diberi ilmu” Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam a.s secara khusus.




Bab 24

☼Tentang Hamba-Hamba Yang Telah Dipilih Oleh Allah Dan Mewariskan Mereka Dengan Kitab-Nya, Mereka Adalah para Imam A.S (fi anna man istafa-hu llahu min ‘ibadi-hi wa-auratha-hum kitaba-hu hum al-Aimmatu a.s)☼

(132)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Hammad bin Isa, daripada ‘Abd al-Mu’min, daripada Salim berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada mereka yang Kami pilih di antara hamba-hamba-Kami, lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih cepat berbuat kebaikan” Beliau a.s telah berkata: Al-Sabiq bi al-Khairat (yang cepat berbuat kebaikan) itu adalah Imam dan al-Muqtasid (yang pertengahan) adalah orang yang mengenali imam a.s dan al-Zalim li-nafsi-hi (yang menzalimi dirinya sendiri) adalah orang yang tidak mengetahui imam a.s.

(133)-2. Al-Husain, daripada Mu‘alla, daripada al-Wasya’, daripada ‘Abd al-Karim, daripada Sulaiman bin Khalid, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang firman Allah a.w “Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada mereka yang Kami pilih di antara hamba-hamba-Kami” Beliau a.s telah berkata: Apa pendapat kamu mengenainya? Aku telah berkata: Kami telah berpendapat: Sesungguhnya ia adalah untuk keturunan Fatimah a.s? Beliau a.s telah berkata: Ia bukanlah sebagaimana anda katakan, kerana seorang yang telah menunjukkan pedangnya dan menyeru orang ramai kepada penentangan tidak termasuk di dalam ayat ini. Maka aku telah berkata: Apakah pengertian “yang menzalimi dirinya”? Beliau a.s telah berkata: Orang yang duduk di rumahnya tanpa mengetahui hak seorang imam a.s. Dan “yang pertengahan”: Orang yang mengetahui hak seorang imam a.s dan “yang cepat berbuat kebaikan”: Imam a.s.

(134)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan, daripada Ahmad bin ‘Umar berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w “Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada mereka yang Kami pilih di antara hamba-hamba-Kami” Beliau a.s telah berkata: Anak-anak lelaki Fatimah a.s, “yang cepat kepada kebaikan”: Imam a.s, “yang pertengahan”: Yang mengetahui imam a.s dan “yang menzalimi dirinya”: Yang tidak mengetahui imam a.s.

(135)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Abu Wallad berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah tentang firman Allah a.w “Mereka yang telah Kami berikan al-Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya” Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s.




Bab 25

☼ Sesungguhnya Para Imam Di Dalam Kitab Allah Ada Dua Jenis: Imam Yang Menyeru Kepada Allah Dan Imam Yang Menyeru Kepada Neraka (inna al-Aimmata fi kitabi llahi imamani: Imam yad‘u ila llahi wa imam yad‘u ila al-Naari)☼

(136)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abdullah bin Ghalib, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Apabila turunnya ayat “Suatu hari Kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya (imamnya)” Mereka yang beragama Islam telah berkata: Wahai Rasulullah, tidakkah anda imam kepada manusia semuanya? Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku adalah Rasulullah kepada semua manusia, tetapi akan ada selepasku para imam ke atas manusia daripada Allah di kalangan keluargaku, mereka akan berada bersama orang ramai, tetapi orang ramai mendustakan mereka. Mereka akan dizalimi oleh para imam kafir lagi sesat serta pengikut-pengikut mereka. Justeru sesiapa yang mengikuti mereka, membenarkan mereka, maka beliau adalah daripadaku dan bersamaku dan beliau akan bertemu denganku. Sesiapa yang menzalimi mereka, mendustakan mereka, maka beliau bukanlah daripadaku dan bersamaku dan aku bersih daripadanya”

(137)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Yahya, daripada Talhah bin Zaid, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya para imam di dalam Kitab Allah ada dua jenis, Allah telah berfirman “Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin (imam) yang memberi petunjuk dengan perintah Kami” Bukan dengan perintah manusia, mereka mendahulukan perintah Allah sebelum perintah mereka, hukum Allah sebelum hukum mereka. Dia telah berfirman “Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka” Mereka mendahulukan perintah mereka sebelum perintah Allah, hukum mereka sebelum hukum Allah. Mereka mengikut hawa nafsu mereka, menyalahi apa yang ada di dalam Kitab Allah a.w.




Bab 26

☼Sesungguhnya Al-Qur’an Memberi Petunjuk Kepada Imam A.S (inna al-Qur’an yahdi li-al-Imam)☼

(138)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w “Bagi setiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapa, kaum kerabat, Kami jadikan pewaris-pewarisnya. Dan mereka yang kamu telah bersumpah setia dengan mereka” Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ia dimaksudkan dengan para imam a.s, kerana merekalah Allah telah bersumpah setia dengan kamu.

(139)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Ibrahim bin ‘Abd al-Hamid, daripada Musa bin Akil al-Namiri, daripada al-‘Ala’ bin Siyabah, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus” Beliau a.s telah berkata: Ia memberi petunjuk kepada imam a.s.




Bab 27

☼Sesungguhnya Nikmat Yang Telah Disebut Oleh Allah A.W Di Dalam Kitab-Nya Adalah Para Imam A.S (anna al-Ni‘mata al-Lati dhakara-ha llahu a.w fi kitabi-hi al-Aimmatu a.s)☼

(140)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Bustam bin Murrah, daripada Ishaq bin Hassan, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Ali bin al-Husain al-‘Abdi, daripada Sa‘d al-Asqaaf, daripada al-Asbagh bin Nubatah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Apakah gerangan kaum yang telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w dan berpaling daripada wasinya? Mereka tidak takut bahawa azab akan turun kepada mereka, kemudian beliau a.s telah membaca ayat “Tidakkah kamu perhatikan mereka yang telah menukar nikmat (ni‘mat) Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kehinaan? Iaitu Jahannam, mereka masuk ke dalamnya dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman”Kemudian beliau a.s telah berkata: Kamilah nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-hamba-Nya dan dengan kamilah akan berjaya mereka yang berjaya pada hari Kiamat.

(141)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad secara marfu‘ tentang firman Allah a.w “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” Adakah kamu mendustakan seorang nabi atau seorang wasi? Ayat ini diturunkan di dalam Surah al-Rahmaan.

(142)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Abdullah bin ‘Abd al-Rahman, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Abu Yusuf al-Bazzaz berkata: Abu Abdillah a.s telah membaca ayat “Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu mendapat keberuntungan” Beliau a.s telah berkata: Adakah anda mengetahui apakah nikmat-nikmat Allah (alaa’ Allah)? Aku telah berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Nikmat Allah yang paling besar ke atas makhluk-Nya adalah wilayah kami”

(143)-4. Al-Husain bin Muhammad, dariapda Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassan, daripada ‘Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Tidakkah kamu perhatikan mereka yang telah menukar nikmat-nikmat) Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kehinaan? Iaitu Jahannam, mereka masuk ke dalamnya dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman” Beliau a.s telah berkata: Ia dimaksudkan dengan Quraisy secara langsung; mereka yang telah memusuhi Rasulullah s.a.w dan melakukan peperangan terhadapnya serta menentang wasiat wasinya.




Bab 28

☼Sesungguhnya Mutawassimiin Yang Disebut Oleh Allah Di Dalam Kitab-Nya Adalah Para Imam A.S (anna al-Mutawassimiin al-Ladhina zakara-humu llahu fi kitabi-hi hum al-Aimmatu a.s)☼

(144)-1. Ahmad bin Mihran, daripada ‘Abd al-‘Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Ibn Abi ‘Umair berkata: Asbat Bayya‘ al-Zutti telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, lalu seorang lelaki bertanya kepadanya tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda (al-Mutawassimiin). Sesungguhnya ia adalah jalan yang lurus” Beliau a.s telah berkata: Kamilah yang mengetahui tanda-tanda (al-Mutawassimun) dan jalan (al-Sabil) pada kami adalah lurus.

(145)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Yahya bin Ibrahim berkata: Asbat bin Salim telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, tiba-tiba seorang lelaki dari Hit (di Iraq) telah datang dan berkata: Mudah-mudahan Allah membuatkan semua perkara baik untuk anda, apakah pendapat anda tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda (al-Mutawassimiin) Beliau a.s telah berkata: Kamilah al-Mutawassimun dan jalan (al-Sabil) pada kami adalah lurus”

(146)-3. Muhammad bin Ismail, daripada al-Fadhl bin Syadhan, daripada Hammad bin Isa, daripada Ruba‘i bin Abdullah, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda (al-Mutawassimiin” Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s. Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jagalah diri kamu dari firasat mukmin, kerana beliau melihat dengan cahaya Allah a.w sebagaimana firman Allah a.w “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda”

(147)-4. Muhammad bin Yahya, daripada al-Hasan bin Ali al-Kufi, daripada ‘Abis bin Hisyam, daripada Abdullah bin Sulaiman, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda (al-Mutawassimiin). Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s. dan “Sesungguhnya ia adalah jalan yang lurus” Beliau a.s telah berkata: Ia tidak akan terkeluar daripada kami selama-lamanya.

(148)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Aslam, daripada Ibrahim bin Ayyub, daripada ‘Umru bin Syamir, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Amir al-Mukmin a.s telah berkata tentang firman-Nya “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda” Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah al-Mutawassim dan aku selepasnya dan para imam daripada zuriatku adalah al-Mutawassimuun.
Dan di dalam manuskrip yang lain daripada Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Aslam daripada Ibrahim bin Ayyub dengan sanad-sanad seumpamanya.




Bab 29

☼Pembentangan Semua Amalan Kepada Nabi S.A.W Dan Para Imam A.S (‘Ardh al-A‘maal ‘ala al-Nabi s.a.w wa-al-Aimmati a.s)☼

(149)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Semua amalan hamba-hamba-Nya akan dibentangkan kepada Rasulullah s.a.w pada setiap pagi; yang baiknya, yang jahatnya dan berwaspadalah sebagaimana firman Allah “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta mukminun akan melihat amalan kamu itu” Dan di sini beliau a.s mendiamkan diri.

(150)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada ‘Abd al-Hamid al-Ta’i, daripada Ya‘qub bin Syu‘aib berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta mukminun akan melihat amalan kamu itu” Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s.

(151)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Uthman bin Isa, daripada Sammaa‘ah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Kenapakah kamu menyakiti Rasulullah s.a.w? Seorang lelaki berkata: Bagaimana kami menyakitinya? Maka beliau a.s telah berkata: Tidakkah kamu mengetahui bahawa amalan-amalan kamu dibentangkan kepadanya, justeru apabila baginda s.a.w melihat padanya maksiat, maka ia akan menyakitinya. Lantaran itu, janganlan kamu menyakiti Rasulullah s.a.w, sebaliknya buatlah baginda s.a.w bergembira (dengan amalan baik kamu)”.

(152)-4. Ali, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada al-Zayyaat, daripada Abdullah bin Abban al-Zayyaat yang diterima baik di sisi al-Ridha a.s telah berkata: Berdoalah kepada Allah untukku dan keluargaku, maka al-Ridha a.s telah berkata: Adakah aku tidak melakukannya? Demi Allah, sesungguhnya amalan-amalan kamu dibentangkan kepadaku pada setiap hari dan malam. Beliau telah berkata: Aku telah membesar-besarkan kata-katanya itu, lalu beliau a.s telah berkata kepadaku: Tidakkah anda membaca Kitab Allah a.w “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya dan mukminun akan melihat amalan kamu itu” Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, ini adalah Ali bin Abu Talib a.s [dan para imam a.s yang lain]”.

(153)-5. Ahmad bin Marwan, Daripada Muhammad bin Ali, daripada Abu Abdillah al-Samity, daripada Yahya bin Musawir, daripada Abu Ja‘far a.s bahawa sesungguhnya beliau a.s telah menyebut ayat ini “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya dan mukminun akan melihat amalan kamu itu”. Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, ini adalah Ali bin Abu Talib [dan para imam a.s yang lain]”.

(154)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasya’ berkata: Aku telah mendengar al-Ridha a.s telah berkata: Sesungguhnya semua amalan dibentangkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada yang baiknya dan yang jahatnya”.




Bab 30

☼Sesungguhnya Jalan (al-Tariqah) Yang Digalakkan Supaya Tetap Di Atasnya Adalah Wilayah Ali A.S (anna al-Tariqata al-Lati huuththa ‘ala al-Istiqamati ‘alai-ha wilayatu Ali a.s)☼

(155)-1. Ahmad bin Mihran, daripada ‘Abd al-‘Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Musa bin Muhammad, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Dan sesungguhnya jikalau mereka tetap di atas jalan itu, benar-benar Kami akan memberi kepada mereka minuman air yang banyak” Beliau a.s telah berkata: Iaitu jikalau mereka tetap di atas wilayah Ali bin Abu Talib, Amir al-Mukminin dan para wasi daripada anak-anak lelakinya a.s dan mereka menerima ketaatan mereka di dalam suruhan dan larangan mereka, nescaya Kami akan memberi kepada mereka minuman air yang banyak, beliau a.s telah berkata: Nescaya Kami meminumkan hati mereka dengan keimanan. Dan Jalan (al-Tariqah) adalah beriman kepada wilayah Ali dan para wasi selepasnya.

(156)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada al-Husain bin Uthman, daripada Abu Ayyub, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w. “Sesungguhnya mereka yang mengatakan: Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka menetapkan pendirian mereka” Maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Mereka telah menetapkan pendirian mereka pada para imam, seorang selepas seorang “Maka malaikat akan turun kepada mereka: Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”

0 comments:

Surah Al-Asr

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."


Demi Masa

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw
Allahumma solli a'la Muhammad, wa ali Muhammad

 

Design by Amanda @ Blogger Buster