Thursday, October 15, 2009

Imam Jaafar Al-Sadiq AS

Sekitar Ajaran Imam al-Sadiq AS

Tentang Akal

Madzhab Ahlul Bayt AS memandang tinggi kepada penggunaan akal dalam kehidupan manusia khususnya dalam memahami hal ehwal agama Allah terutamanya dalam usuluddin. Al-Kulaini meriwayatkan sebuah hadith dari Imam al-Sadiq AS seperti berikut:

” Sekumpulan sahabat-sahabat kami meriwayatkan dari Ahmad bin Muhammad dari ali ibn Hadid dari Samaah ib Mihran berkata: Aku sedang berada bersama-sama Imam Aba Abdillah AS. Beliau berada bersama-sama dengan jamaah pengikut-pengikutnya. Imam Aba Abdillah berkata:” Kenalilah akal dan tentera-tenteranya dan kenalilah kejahilan dan tentera-tenteranya. Seandainya kamu mengenalinya kamu akan mendapat petunjuk.”

Berkata Sama’ah:” Semoga diriku menjadi tebusanmu, kami tidak mengetahui kecuali apa-apa yang anda ajarkan kepada kami.” Berkata Aba Abdillah AS:

” Sesungguhnya Allah Azza Wa-Jalla telah menjadikan akal dari cahayaNya di sisi kanan ArasyNya dan ia (akal) itu adalah makhluk yang awal di antara ruh-ruh. Selepas kejadiannya Allah Tabaraka Wa-Ta’ala memerintahkannya pergi, akal menurut perintahNya. Kemudian Allah memerintahkan datang kepadaNya, akal menurut perintahNya. Kemudian Allah Tabaraka Wal-Ta’ala berfirman:” Telah Aku jadikan engkau makhluk yang agung dan Aku anugerahkan ke atas engkau karamah (kemuliaan) ke atas sekalian makhluk-makhlukKu.” Kemudian Allah menjadikan al-Jahlu (kejahilan) daripada lautan masin da gelap dan memerintahkannya pergi. Al-Jahlu menurut perintahNya. Maka Allah memerintahkannya menemuiNya. Al-Jahlu enggan menurut perintahNya. Maka Allah berfirman:” Engkau angkuh,” maka Allah melaknatnya. Selepas itu Allah mengurniakan tujuh puluh lima bala tentera kepada akal. Apabila al-Jahlu menyaksikan Allah memuliakan akal dan bagaimana Allah mengurniakan pembantu-pembantu kepada akal maka rasa permusuhan lahir dalam dadanya dan al-jahlu berkata kepada Allah,” Wahai Tuhanku! Akal adalah suatu kejadian yang sama sepertiku, maka Engkau memuliakannya dan juga menguatkannya dengan bala tentera dan aku adalah kebalikan darinya. Aku tidak diberi kekuatan untuk menandinginya, maka kurniakanlah kepada ku bala tentera seperti mana yang Engkau berikan kepada akal. Maka Allah menerima permintaannya itu dan berfirman:” Sekiranya kamu mengengkari perintahku sekali lagi Aku akan putuskan engkau dan tentera-tenteramu dari rahmatKu.” Al-Jahlu berkata,” Aku redha dengan perintahMu.” Maka Allah mengurniakan 75 tentera pembantu kepada al-Jahlu.

” Al-Khair (kebaikan) adalah (wazir) pembantu kepada akal dan bertentangan dengan al-syar (kejahatan) dan itu adalah wazir kepada al-jahlu; al-iman adalah berlawanan kepada al-kufr; al-tasdiq (kepatuhan dalam hati0 adalah bertentangan kepada al-juhud (penolakan); al-raja’ (harapan) adalah lawan kepada al-qanut (putus harap); al-adl (adil) adalah lawan kepada al-jawru (aniaya); al-redha lawan kepada al-suhtu (marah dan tidak suka); al-syukr (syukur) lawan kepada al-kafirun (menolak); al-tama’ (optimisme) lawan kepada al-ya’su (pesimisme); al-tawakal lawan kepada al-qaswah (angkuh); al-rahmah lawan kepada al-ghadhib (marah); al-ilm berlawanan kepada al-jahlu; dan ak-fahm (faham) lawan kepada al-hamaq (dungu); al-affah (menjauhkan diri daripada yang haram) lawan kepada haaltahtika (sifat tidak malu – mengerjakan yang haram); al-zahid lawan kepada al-raghbah (sifat suka dunia); al-rafiq (lemah-lembut) lawan kepada al-hariq (kebodohan dan kejanggalan); dan al-rahbah (takutkan Allah) lawan kepada al-juratu (berani menentang Allah); al-somtu (diam) lawan kepada al-hazir (sombong); dan al-istaslam (menyerah diri kepada Allah) lawan kepada al-istakbar (bongkak dan angkuh); al-taslim (menyerah) lawan kepada al-syakk (ragu-ragu); al-sobr lawan kepada al-jaza’u (tergesa-gesa); dan al-sofhu (ampun) lawan kepada al-intaqam (dendam); al-ghina (sifat memadai-puas hati) lawan kepada al-faqir (meminta-minta); dan al-tazakkir (mengingati Allah) lawan kepada alsahwa (lupa); dan al-hifzu (pemelihara) lawan kepada al-nisyan (pelupa dan tidak peduli); al-ta’attapa (cenderung dan simpati) lawan kepaa al-qati’ah (menyekat-mendinding); al-qanau’ (puas dan rela) lawan kepada al-hirsu (tamak); dan al-mawaddah (kasih sayang) lawan kepada al-adawah (permusuhan); al-mauasah (konsolasi) lawan kepada al-mana’ (menghalang); dan al-wafa’ (kesetiaan) lawan kepada al-ghadar (belot); al-ta’ah (taat) lawan kepada al-ma’siyah (maksiat); al-khudu’ (tunduk) lawan kepada al-tatawil (dominasi); al-salamah (keselamatan) lawan kepada al-bala’; dan al-habba (kasih sayang) lawan kepada al-bughdu (kebencian); dan al-sidqu (yang benar) lawan kepada al-kazab (pembohong); dal al-haq lawan kepada al-batil; dan al-amanah lawan kepada al-khianat; al-ikhlas lawan kepada al-syaubu (bercampur matlamat); al-syahamah (bijaksana dan berani) lawan kepada al-baladah (bodoh dan penakut); al-fahm (faham) lawan kepada al-ghabawah (bebal); dan al-ma’rifah lawan kepada al-ankar (engkar); al-mudarah (menjaga rahsia) lawan kepada al-mukasyafah (pembuka rahsia-belot); al-salamah (sejahtera) lawan kepada al-makarah (tipudaya); al-kitman (menutup rahsia) lawan kepada al-fasya’ (berhamburan); dan al-solah lawan kepada al-adha’ah (mengabaikan solat); al-saum (berpuasa) lawan kepada al-iftar (gemar makan); al-jihad lawan kepada al-naklu (terbelenggu dari jihad); al-Hajj ( mengikat perjanjian kepada Allah iaitu tidak menyembah kecuali Allah)lawan kepada al-misaq (memungkiri perjanjia tersebut); al-saun (menjaga dan memelihara cerita-cerita orang lain) lawan kepada al-namimah (membuat cerita); dan al-biru al-walidani (berbuat baik kepada ibubapa) lawan kepada al-uquq (derhaka kepada ibubapa); al-haqiqah (realiti) lawan kepada al-riya” (pamer); al-ma’ruf lawan kepada mungkar; al-sitru (menutup diri) lawan kepada al-tabaraj (menunjuk); al-taqiyah (memelihara rahsia kepentingaan agama daripada musuh) lawan kepada al-iza’ah (penzahiran yang mengakibatkan kehilangan kerosakan); dan al-insaf (sedar akan kebenaran dan keadilan) lawan kepada al-hamiyyah (berat sebelah); al-tahiah (bercampur dalam masyarakat seperti mesra dalam hubungan sosial) lawan kepada al-baghyu (menentang); dan al-nuzafah (bersih) lawan kepada al-qazir (kotor); dan al-haya-u (bersopan) lawan kepada al-jala’ (tidak sopan); al-qasdu (sederhana) lawan kepada al-udwan (melampau); dan al-raha (kesegaran hati) lawan kepada al-ta’abu (depresi – murung); dan al-sahalah (memudahkan) lawan kepada al-su’ubbah (menyukarkan); al-barakah (berkat – bertambah-tambah) lawan kepada al-mahku (hilang berkat dan binasa); dan al-afiat (keselamatan) lawan kepada al-bala’ (malapetaka); dan al-qawam (keteguhan) lawan kepada al-mukathirah (banyak cakap); dan al-hikmah (bijaksana) lawan al-hawa’ (mengikut hawa nafsu – cinta dunia); al-waqar (kehormatan) lawan kepada al-hiffah (sifat rendah akal budi); dan al-istighfar (memohon ampun) lawan kepada al-ightirar (tidak jujur dengan taubat); al-muhafizu (memelihara) lawan kepada ahaaltahawun (cuai dan abai); ak-du’a (berdoa kepada Allah SWT) lawan kepada al-istankafa (memandang rendah – mudah dan tidak mahu berdo’a); dan al-nasyyat (cergas) lawan kepada al-kasal (malas); al-farah (sukacita) lawan al-hazan (dukacaita); al-ulafah (mesra- berkawan, dan bersatu) lawan kepada al-furqah (berpecah-belah); dan al-saha’a (murah hati) lawan kepada al-bakhil (kedekut).”

” Maka semua sifat-sifat yang dikatakan itu akan menjadi pasukan tentera yang kuat dan bertenaga kepada akal dan semua sifat-sifat ini tidak akan berpadu ke dalam diri seseorang jua kecuali Nabi SAWA, wasinya AS, dan mu’min yang imannya telah diuji oleh Allah SWT. Dan tidak ada sahabat kepada kami (para Imam) yang tidak memiliki sifat-sifat tersebut tetapi memiliki sifat-sifat yang diperuntukkan kepada kejahilan sehingga dia membina akalnya ke arah kesempurnaan dan mengikis segala kelemahan yang lahir daripada kejahilan. Maka para peringkat ini dia dikurniakan darjat kemuliaan bersama dengan Nabi SAWA dan wasi-wasinya. Dan sesungguhnya dia mencapai kedudukan tersebut dengan makrifat al-akal dan tentera-tenteranya dan setelah menjauhkan dirinya daripada al-jahlu dan tentera-tenteranya. Dan semoga Allah mengurniakan kita kemampuan untuk taat kepadaNya dan mendapat redhaNya.” [Al-Kafi, Kitab aqal wal-jahlu, hadith nombor ke-14].

Imam Ja’far al-Sadiq AS juga berkata:

” Barang siapa mempunyai akal, baginya mempunyai Din, dn barang siapa mempunyai Din, baginya tempat di syurga.” [Al-Kafi, Kitab al-aqal wal-jahlu, hadith nombor 6]

Imam al-Sadiq AS mentakrifkan akal seperti berikut:

” (seseorang bertanya kepada Imam al-Sadiq AS) Apakah itu akal?” Imam menjawab:

” Akal adalah dengannya al-Rahman (Allah SWT) disembah dan dengannya memperolehi al-jinan (syurga).”

Dalam dialog seterusnya, Imam al-Sadiq AS ditanya:” Apa pula yang dilakukan oleh Muawiyah?” Imam menjawab:” Itu adalah al-nukarak (pengengkaran – penipuan) Ia adalah sifat syaitan, walaupun kelihatannya macam akal tetapi ia bukan sifat akal yang sebenarnya.” [Al-Kafi, Kitab al-aqal wal-jahlu, hadith nombor 3]

Imam al-Sadiq juga menjelaskan peranan akal seterusnya:

” Melalui akal manusia mengenal KhaliqNya dan melalui akal mereka mengenal diri mereka itu tidak tercipta dengan sendirinya tetapi Dialah (Allah SWT) yang mengaturkan (al-mudabbir) mereka dan mereka adalah yang ditadbir (al-mudabbar) olehNya. Melalui akal mereka memahami objek-objek ciptaanNya, langit, bumi, matahari, dan bulan dan malam dan siang. Melalui akal mereka menyedari bahawa ada Pencipta (al-Khaliq) dan Pengatur (al-Mudabbir) ke atas diri mereka dan bagi seisi alam ini itu sudah sewajarnya ada dan akan sentiasa ada. Nelalui akal mereka dapat mengenalpasti (arif) kebaikan daripada keburukan. Dan melalui akal mereka dapat mengenal dan memahami kegelapan (zulumah) yang terkandung dalam kejahilan dan cahaya (nur) yang terkandung dalam ilmu pengetahuan (ilm). Semua ini ditunjukkan kepada manusia melalui akal.”[Al-Kafi, Kitab al-aqal wal-jahlu, hadith nombor 35]

0 comments:

Surah Al-Asr

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."


Demi Masa

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw
Allahumma solli a'la Muhammad, wa ali Muhammad

 

Design by Amanda @ Blogger Buster