Kepentingan Ilmu
Diriwayatkan dari beliau AS:” Telah bersabda Rasulullah SAWA:” Mencari ilmu wajib bagi setiap Muslim. Ketahuilah bahawa Allah mencintai orang-orang yang sentiasa ingin menuntut ilmu.” [Al-Kafi, Jilid 1, hadith nombor 41-5.]
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata:” Ulama adalah pewaris Nabi-nabi dan sesungguhnya Nabi-nabi tidak mewariskan dirham atau dinar, tetapi mereka meninggalkan hadith-hadith. Barang siapa mengambil sebahagian daripadanya maka dia telah mengambil satu bahagian yang berguna. Oleh itu lihatlah sumber daripada mana hadith-hadith itu diperolehi. Sesungguhnya sumbernya adalah daripada kami (Ahlul Bayt AS). Setiap seorang daripada kami akan menjelaskan penyelewengan yang dilakukan oleh golongan yang melampau, memadamkan segala kebatilan, dan takwil golongan yang jahil.” [Al-Kafi, Jilid 1, hadith nombor 47-2]
Tentang Tauhid Dar
Dari Aba Abdillah AS, berkata:” Ketika Amirul Mu’minin sedang memberi khutbah di mimbar di masjid Kufah, seorang lelaki bernama Dhi’lib, seorang yang terkenal pandai berucap, bangun dan bertanya,” Wahai Amirul Mu’minin!” Adakah anda melihat Tuhan anda?” Amirul Mu’minin menjawab,” Celakalah kamu, wahai Dhi’lib, Aku tidak menyembah Tuhan yang tidak aku melihatNya. Lelaki itu bertanya lagi: ” Bagaimana anda melihatNya?” Beliau menjawab: ” Celaka engkau. Mata manusia tidak boleh melihatNya dengan penglihatan mata, tetapi mata hatilah yang melihatNya dengan hakikat iman.” [Al-Kafi, Jilid 1, hlm. 69.]
Imam al-Sadiq AS meriwayatkan tentang tauhid yang sebenarnya:
Persaudaraan Islam
Imam al-Sadiq AS berkata:” Dekatkanlah dirimu kepada Allah melalui kasih sayang terhadap saudara-saudaramu.”
Imam al-Sadiq AS berkata:
” Ingatlah bahawa jika kamu menolong saudara seagamamu, kamu akan memperolehi penghargaan yang lebih tinggi oleh saya daripada kamu menyelesaikan tawaf mengelilingi Ka’bah seminggu lamanya. Dan Imam AS menambah:” Seseorang datang kepada Imam Hasan AS dan memohon bantuan dalam kesulitannya. Imam Hasan dengan segera memakai kasutnya dan pergi bersamanya. Dalam perjalanan, mereka tiba di suatu tempat di mana Imam Husayn AS sedang solat. Imam AS bertanya kepada orang itu:” Mengapa kamu tidak berhubung kepada Husayn untuk menolongmu dalam kesulitan yang sedang kau hadapi?” Orang itu menjawab:” Wahai cucu Rasulullah! Maksud saya sebenarnya demikian, tetapi beliau sedang dalam khusyuk, maka saya tidak jadi pergi kepadanya.” Berkata Imam Hasan AS:” Tetapi seandainya ia telah menerima kesempatan itu untuk menolongmu maka hal itu akan lebih baik daripada khalwat (beribadat sendirian) selama satu bulan.”[Al-Kafi, Jilid 2, hlm.158]
Sifat Orang Beriman
Al-Kulaini meriwayatkan dalam al-Kafi dari Ali bin Ibrahim dari ayahnya dari Ibn Abi Umayr dari al-Qasim ibn Urwah dari Abul al-Abbas, dia berkata: Abu Abdillah AS berkata:
” Barang siapa yang menyukai amalan baiknya dan tidak menyukai amalan buruknya maka dia adalah Mukmin.”
Di dalam riwayat yang lain Abu Abdillah AS berkata:
” Orang Mukmin menyumbangkan banyak kebaikan dan mengambil darinya sedikit, dia sangat bijak dalam menguruskan dirinya dan tidaklah terjatuh ke dalam satu lubang dua kali.”
Di dalam riwayat yang lain, Abu Abdillah AS berkata:
” Orang beriman tidak akan melalui empat puluh malam tanpa menilai urusan yang (telah dilaluinya) yang menyusahkan hatinya dan membuat ia mengingati (Allah SWT).”
Al-Qur’an Dan al-Sunnah
Dari Abu Abdillah AS berkata:
” Setiap sesuatu yang kamu terima, maka kembalikanlah ia kepada Kitab Allah dan al-Sunnah. Setiap hadith yang tidak sesuai dengan Kitab Allah, (sebenarnya) ia adalah palsu.” [Al-Kafi Jilid 1, Kitab Fadl al-Ilm, hadith 203-3]
Dari Abu Abdillah AS berkata:
” Sesungguhnya fuqaha yang sebenarnya ialah yang zuhud terhadap dunia, cenderung kepada akhirat dan berpegang kepada sunnah Nabi SAWA.” [Al-Kafi, Jilid 1, Kitab Fadl al-Ilm, hadith 208-8]
Kewafatan Imam Ja’far al-Sadiq AS
Jenazah Imam al-Sadiq AS dikebumikan di perkuburan al-Baqi’, Madinah iaitu bersebelahan dengan makam al-Hasan AS, makam ayahnya al-Baqir AS, dan makam datuknya Imam Ali Zainal Abidin AS.
Imam Ja’far al-Sadiq AS hidup bagaikan cahaya yang memancarkan kilauannya untuk menyinari jalan umat Islam sepanjang zaman.
0 comments:
Post a Comment