Monday, August 31, 2009

Peringatan dan Penamat

Peringatan

Aku tidak menulis nama-nama orang yang berdialog denganku kerana sebab-sebab tertentu sebagaimana dimaklumi oleh dhawi l-Albab. Allah SWT mengetahui keadaaannya yang sebenar.

Penamat

Apa yang aku kemukakan kepada pembaca-pembaca bukuku ini sama ada ayat-ayat al-Qur'an, hadith-hadith Nabi SAW adalah diriwayatkan di dalam buku-buku Ahlu s-Sunnah. Buku-buku merekalah yang mensabitkan hak 'Ali Amiru l-Mukminin AS sebagai khalifah secara langsung selepas Rasulullah SAW.

Kajilah dengan halus dan hujah-hujah yang aku kemukakan kepada anda di dalam buku ini. Bagaimana kebenaran itu terserlah, jalan menjadi terang bagi orang yang ikhlas, bersih diri mereka daripada 'asabiyah mazhab untuk melaluinya.

Adapun orang yang masih berdegil dengan kedegilannya, maka riwayat-riwayat dan dalil-dalil yang banyak tidak akan memberi faedah kepada mereka sekalipun aku mengemukakan kepada mereka seribu dalil. Adapun orang yang mempunyai fikiran yang rasional, bukuku ini sudah cukup baginya untuk menilainya kerana ianya dikutip daripada sumber-sumber yang diakui oleh Sunnah dan Syi'ah.

Apa lagi yang akan diperkatakan oleh penentang-penentang selepas ini? Kemudian aku ingin berkata kepada mereka sekiranya Nabi SAW datang sendiri memberitahukan mereka mengenainya, nescaya mereka akan meneruskan penentangan tersebut. Sebagaimana seorang penentang berkata kepada saudaraku: Sekiranya Jibra'il datang bersama Muhammad dan 'Ali, aku tidak akan mempercayai kata-kata anda. Ini berlaku manakala dia memintaku berdialog dengannya dan memberikan kepadanya buku al-Muraja'at (Dialog Sunnah - Syi'ah) supaya dia mengkajinya. Buku itu berada di sisinya selama lebih daripada satu bulan kemudian dia memulangkannya dan berkata: Aku tidak suka membaca buku-buku Syi'ah kerana itu aku tidak akan membacanya selama-lamanya.

Akupun memohon perlindungan dengan Allah dari apa yang diucapkan oleh lelaki ini yang masih meneruskan kedegilanya. Lalu aku meninggalkannya dengan keadaannya kerana penentangannya adalah disebabkan kejahilannya.

Kemudian aku berkata; Bukuku ini akan tersebar di seluruh dunia yang penuh dengan penduduknya dan ianya akan dibaca oleh Arab dan bukan Arab, Muslim dan bukan Muslim yang berlainan fahaman, pendapat dan citarasa kerana manusia sepertilah galian-galian; ada yang berharga, ada yang pertengahan, dan ada yang buruk. Oleh itu adalah menjadi sukar untuk mendapatkan keredhaan daripada semua manusia, malah ianya sukar dan hampir-hampir mustahil. Sebagaimana berkata seorang penyair Palestin 'Ali al-Kailani:

Apabila Tuhan makhluk
tidak meredhai makhluknya
maka bagaimana dengan makhluk
redha mereka diharapkan.


Ringkasnya bukuku ini akan berada di sisi pembaca-pembaca yang mulia. Tentu sekali ada yang memujinya dan ada yang mengkritiknya. Aku berharap kepada pembaca yang budiman supaya tidak jemu dan bacalah sehingga selesai. Kemudian menilainya selepas itu dengan penuh keinsafan sama ada menyokong kami atau menentang kami.

Aku tidak menjangka sekiranya dia seorang yang cerdik dan mengambil berat terhadap ugamanya, akan menentangku. Kerana apa yang telahku kemukakannya di dalam buku ini adalah diambil daripada buku-buku Ahlu s-Sunnah secara khusus. Jika dia tidak berpuas hati dengan apa yang ada di dalamnya, maka dia harus memarahi kaumnya; Ahlu s-Sunnah kerana aku hanya memindahkan kata-kata mereka sahaja. Dan jikalau dia seorang yang mempercayai keadilan para imam dan para ulama Ahlu s-Sunnah, maka dia harus menerima hakikatnya kerana aku telah mengambil rujukan tersebut daripada buku-buku mereka.

Lantaran itu wajiblah baginya berpegang kepada pendapat-pendapat mereka. Oleh itu dia tidak akan menentangku lagi; jikalau tidak, tinggalkan dia dengan keadaannya.

Akhirnya aku mengemukakan ucapan terima kasihku kepada orang yang menyebabkan perubahan pemikiranku terutamanya Ayatullah al-'Uzma Sayyid Akha Husain al-Tabataba'i al-Burujurdi dan Ayatullah al-'Uzma Sayyid Abdu l-Husain Syarafuddin. Semoga Allah mengurniakan ganjaran kepada mereka berdua kerana Islam dan Muslimin dan kepada hamba ini sebaik-baiknya ganjaran orang-orang yang baik. Maka aku mengakhiri buku ini dengan beberapa bait syair berikut:

Kenapa aku memilih mazhab Ali Taha
aku memerangi kerabatku untuk menegakkannya.
Aku telah meninggalkan rumah-rumah moyangku dan keluargaku
dan kehidupan yang penuh kemewahan
Kerana aku telah melihat kebenaran suatu kenyataan
tuan rumah tidak meliputi selain daripadanya
Berpegang kepada Thaqalaini menjamin
awalnya dan akhirnya kejayaan
Ianya menjadi makhluk yang paling mulia
mewarisi kemuliaan dan pangkat ketinggian
Aku tidak peduli kehinaan selepas aku mengetahui
sesungguhnya Allah kerana kebenaran memilihnya
Aku tidak pentingkan dunia ini sesuatupun
apabila jiwa melaksanakan petunjuknya
Mazhabku tasyayyu' adalah satu kemegahan
bagi orang yang mencari kebenaran dan menyebarkannya
Cabangku daripada 'Ali, dia adalah permata
kemurnian dan masa padanya telah melindunginya
Tidak selamat di padang mahsyar seorangpun
berjalan pada selain mazhab 'Ali Taha


Aku selesai menulis buku ini pada 29hb. Dhul Hijjah 1380 Hijrah (1970M) di perpustakaanku di Bandar Halab, Syria.

Wa l-Hamdulillah awwalan wa akhiran zahiran wa batinan.

0 comments:

Surah Al-Asr

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."


Demi Masa

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw
Allahumma solli a'la Muhammad, wa ali Muhammad

 

Design by Amanda @ Blogger Buster