Sebagaimana kalian telah mengetahui bahawa dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang terang terdapat di dalam buku-buku Ahlus Sunnah dan Syi'ah tentang kebenaran berpegang kepada mazhab Ja'fari kerana ianya merupakan salsilah keemasan yang tersusun rapi dan tidak dapat dipisahkan sebagaimana firmanNya dalam (Surah al-Baqarah (2): 256 yang bermaksud:"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus."
Sebagaimana sebuah hadith muktabar yang diriwayatkan oleh Ali AS daripada Nabi SAW bersabda: "Kamilah al-Urwah al-Wusthqa (buhul tali yang amat kuat)."
Di dalam riwayat yang lain beliau bersabda: "Kamilah al-Sirat al-Mustaqim kamilah subul jalan-jalan kepada Allah." Contoh-contoh hadith seperti ini adalah banyak. Semuanya menjelaskan kepada kita sabil (jalan) untuk berpegang kepada mazhab Syi'ah. Maka kami menerimanya dengan penuh kegembiraan kerana inginkan kejayaan dan kemenangan di akhirat kelak. Semoga Allah juga memberi petunjuk kepada kalian.
"Aku adalah Syi'ah Ahmad
dan mazhabku adalah mazhab al-Haqq.
Imam Syafi'i berkata: Manakala aku melihat manusia berpegang kepada mazhab yang bermacam-macam di lautan kebodohan dan kejahilan.
Aku menaiki dengan nama Allah bahtera kejayaan mereka adalah Ahlu l-Bait al-Mustafa.
dan penamat segala Rasul
Aku berpegang kepada tali Allah dengan mewalikan mereka sebagaimana Dia memerintahkan kita berpegang kepada taliNya.
Telah berpecah di dalam agama tujuh puluh golongan lebih sebagaimana tercatat di dalam hadith.
Semuanya tidak berjaya kecuali satu golongan maka katakanlah kepadaku mengenainya wahai orang yang mempunyai fikiran dan akal.
Adakah golongan yang binasa itu Ali Muhammad?
atau golongan lain yang berjaya? Katakanlah kepadaku.
Sekiranya anda berkat mengenai orang-orang yang berjaya, maka jawapannya ialah satu (keluarga Muhammad dan pengikut-pengikutnya).
Dan sekiranya anda berkata tentang golongan yang binasa nescaya anda tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
Dan sekiranya maula mereka adalah daripada mereka (Ahlu l-Bait AS) maka sesungguhnya aku telah meredhai mereka dan sentiasa berteduh di bayangan mereka.
Kalian tinggallah Ali untukku sebagai Wali dan Keturunannya.
Dan kalian termasuk orang-orang yang tinggal di dalam kesenangan (abadi di akhirat kelak).
Dan dia berkata lagi:
Jikalau anda ingin mencari untuk diri anda satu mazhab yang akan menyelamatkan anda di hari kiamat daripada jilatan api
Maka tinggallah pendapat Syafi'i dan Malik dan Ahmad dan apa yang diriwayatkan oleh Ka'ab Ahbar
Maka perwalikanlah orang-orang dimana kata-kata dan percakapan mereka telah diriwayatkan oleh datuk kami daripada Jibra'il daripada Allah SWT."
0 comments:
Post a Comment