Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah daripada Mawaddah al-Qurba karangan al-Hamdani al-Syafi'i dengan sanadnya daripada Ibn Umar daripada Rasulullah SAW bersabda:"Sebaik-baik lelaki kalian ialah 'Ali bin Abi Talib. Sebaik-baik pemuda kalian ialah Hasan dan Husain. Dan sebaik-baik wanita kalian ialah Fatimah."
Hadith ini juga telah dikeluarkan oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-'Ummal daripada Ibn 'Abbas bahawa Nabi SAW bersabda:"Sebaik-baik manusia lelaki ialah 'Ali bin Abi Talib." Di dalam riwayat yang lain: Rasulullah SAW bersabda:'Ali adalah sebaik-baik manusia.'
13. Siapa yang mencintai 'Ali, Allah akan menerima solatnya dan puasanya.
Al-Khawarizmi telah mencatat hadith ini di dalam Manaqibnya dengan sanadnya daripada Nafi' daripada Ibn Umar berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mencintai 'Ali, Allah akan menerima solatnya, puasanya, ibadahnya dan memperkenankan doanya. Dan siapa yang mencintai keluarga Muhammad, nescaya dia akan terlepas daripada Hisab, Mizan dan Sirat. Dan sesiapa yang mati dalam keadaan cintakan keluarga Muhammad, maka aku menjaminkan baginya syurga bersama para nabi. Dan sesiapa yang membencikan keluarga Muhammad, akan datang Hari Kiamat tertulis di dahinya, orang yang putus asa dari nikmat Tuhan.
Salih al-Hanafi di dalam al-Kaukab, meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab berkata: Rasulullah SAW bersabda:'Siapa yang mencintai anda wahai 'Ali adalah bersama para nabi di Hari Kiamat dan siapa yang memarahi anda maka dia akan mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani.'
Aku berpendapat: Banyak hadith-hadith Rasulullah SAW yang menyebutkan faedah-faedah cintakan imam 'Ali AS dan kemudaratan memarahinya di dalam Arjah al-Matalib. Dia berkata 'Abdullah bin Mas'ud berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:'Cinta kepada keluarga Muhammad satu hari adalah lebih baik daripada ibadah setahun. Dan siapa yang mati kerananya, akan memasuki syurga.'
Ketahuilah wahai saudara pembaca budiman! Sesungguhnya cinta yang dimaksudkan di dalam hadith ini bukanlah cinta kenalan biasa kerana cinta sedemikian boleh berlaku kepada 'Ali dan orang lain. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan cinta di sini ialah cinta yang dikuti dengan pengakuan wilayah umum untuknya. Dan jelas sekali orang yang mendahulukan musuhnya daripada kekasihnya, maka cintanya adalah palsu. Ini adalah satu hakikat yang tidak dapat disembunyikan oleh setiap pemikir yang insaf.
Banyak hadith-hadith Nabi SAW yang menggalakkan cinta kepada Ahlu l-Bait AS dan memperwalikan mereka. Justeru itu ianya menjadi wajib 'Aini bagi setiap mukallaf mengambil hukum-hukum agamanya daripada orang-orang yang telah dinaskan ke atas mereka oleh Rasulullah SAW kerana kemaksuman mereka. Ini kerana orang yang bukan maksum tidak layak untuk memikul tugas yang besar dan berat ini disebabkan kesalahan akan berlaku daripadanya. Dan telah ditetapkan di dalam ilmu l-usul bahawa apabila kemaksuman tidak ada, maka berlakulah kesalahan atau ketepatan. Mungkin dia memberi fatwa menyalahi nas sebagaimana telah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakr, Umar dan Uthman. Justeru itu berpegang kepada mereka adalah tidak harus. Apa yang telah disabitkan di sisi kami bahawa imam wajiblah dinaskan ke atasnya daripada Allah yang mengetahui rahsia dan apa yang tersembunyi. Oleh itu Rasulullah SAW yang maksum tidak akan berwasiat kepada orang yang tidak maksum kerana beliau sendiri diperintahkan oleh Allah SWT. Dan beliau tidak bercakap menurut hawa nafsunya.
14. 'Anda adalah saudaraku dan wazirku.'
Hadith ini telah dicatat oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-'Ummal dengan sanadnya daripada Ibn 'Umar.
15. 'Bintang-bintang adalah pengaman bagi pengulu langit dan Ahlu l-Baitku adalah pengaman kepada ummatku.'
Hadith ini telah diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah.
16. 'Tutuplah semua pintu kecuali pintu 'Ali.'
Al-Nasa'i telah meriwayatkan hadith ini di dalam al-Khasa'is dengan membuang sanadnya daripada Zaid bin Arqam bahawa dia berkata: Beberapa orang sahabat Rasulullah SAW mempunyai pintu-pintu sebagai jalan ke masjid. Maka Rasulullah SAW bersabda: Tutup semua pintu kecuali pintu 'Ali. Maka orang ramai mula bising. Lalu Rasulullah SAW berdiri memuji Allah dan bersabda:'Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menutup kesemua pintu-pintu kecuali pintu 'Ali. Aku diperintahkan untuk melalukannya, lalu aku mematuhinya.
Hadith ini juga dicatat oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak, al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba dan lain-lain.
17, 'Ali bersama al-Qur'an dan al-Qur'an bersama 'Ali.'
Al-Qunduzi al-Hanafi telah mencatatnya di dala Yanabi' al-Mawaddah dan al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin.
18. 'Ali adalah pintu Muslimin.'
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas dia berkata:Rasulullah SAW bersabda kepada Umm Salmah:'Wahai Umm Salmah! 'Ali adalah daripada aku dan aku adalah daripada 'Ali. Dagingnya adalah dari dagingku dan darahnya daripada darahku. Kedudukan beliau di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa. Wahai Salmah! Dengarlah dan persaksikanlah, ini adalah 'Ali penghulu Muslimin.'
19. 'Ali adalah penghulu 'Arab.'
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah meriwayatkan daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAW bertanya:'Siapakah penghulu Arab? Anda wahai Rasulullah. Beliau menjawab:'Aku adalah penghulu anak Adam (manusia) dan 'Ali adalah penghulu Arab.'
20. 'Ali adalah makhluk yang paling dikasihi oleh Allah dan RasulNya.'
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah melalui sanad Safinah dia berkata: Seorang perempuan Ansar telah menghadiahkan kepada beliau SAW dua ekor burung yang dibakar dengan roti. Maka beliau bersabda:'Wahai Tuhanku! Bawa datanglah kepadaku orang yang paling dikasihi oleh Kamu dan RasulNya.' Maka 'Alipun datang dan makan bersama-samanya.
21. 'Allah memperkuatkan RasulNya dengan 'Ali.'
Hadith ini telah dicatat oleh al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba daripada Ibn al-Hamis.
22. 'Siapa yang memarahi 'Ali maka Allah akan memasukkannya ke neraka.'
Hadith ini telah dicatat oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah.
23. 'Ali adalah orang yang pertama beriman kepada Nabi SAW.
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah meriwayatkan daripada Abu Laila al-Ghifari dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'Selepasku akan ada fitnah. Dan sekiranya berlaku, maka berpihaklah kepada 'Ali bin Abu Talib AS kerana beliau adalah orang yang pertama beriman denganku, dan orang yang pertama berjabat tangan denganku di Hari Kiamat. Beliaulah al-Siddiq al-Akbar, Faruq al-Ummah dan beliaulah Ya'sub Mukminin.'
24. 'Ali adalah wasi Rasulullah SAW.'
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah meriwayatkan daripada Ahmad bin Hanbal dan dikaitkan dengan Anas bin Malik dia berkata: Kami berkata kepada Salman: Tanyalah Nabi tentang wasinya. Salman berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah wasi anda? Maka Rasulullah SAW bersabda:'Wahai Salman siapakah wasi Musa?' Beliau menjawab:'Yusyu' bin Nun.' Beliau SAW bersabda:'Wasiku, pewarisku yang akan membayar hutangku dan melaksanakan janjiku ialah 'Ali bin Abu Talib.'
25. 'Siapa yang mencintai 'Ali akan dicintai Allah.'
Al-Hakim di dalam al-Mustadrak telah meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas sesungguhnya dia berkata: Nabi SAW telah melihat kepada 'Ali AS dan bersabda:'Wahai Ali! Anda adalah penghulu di dunia dan di akhirat. Kekasih anda adalah kekasihku, kekasihku adalah kekasih Allah. Musuh anda adalah musuhku, musuhku adalah musuh Allah. Dan Neraka Wail bagi orang yang memusuhi anda selepasku.'
26. 'Cinta kepada 'Ali adalah satu keimanan dan memusuhinya adalah satu kemunafikan.'
Ahmad bin Hanbal telah meriwayatkan hadith ini di dalam Musnadnya daripada 'Ali AS beliau bersabda:'Nabi telah menjanjikan kepadaku bahawa anda tidak akan dikasihi melainkan oleh mukmin dan anda tidak akan dibenci melainkan oleh munafiq.'
27. 'Di antara petanda munafiq ialah memarahi 'Ali.'
Al-Hakim di dalam al-Mustadrak telah meriwayatkan hadith ini daripada Abu Dhar RD berkata:'Kami tidak dapat mengenali orang-orang munafiq melainkan pembohongan mereka terhadap Allah, RasulNya, meninggalkan solat dan memarahi 'Ali bin Abu Talib.'
28. Tiga sifat istimewa bagi Amirul Mukminin AS.
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya telah meriwayatkan daripada Ibn 'Umar, dia berkata:'Sebaik-baik manusia pada zaman Nabi SAW ialah Rasulullah SAW. Kemudian Abu Bakar kemudian Umar. Sesungguhnya 'Ali bin Abu Talib telah dikurniakan tiga sifat istimewa. Sekiranya satu daripadanya dikurniakan kepadaku, adalah lebih aku cintai daripada dunia keseluruhannya. Rasulullah SAW telah mengahwininya dengan anak perempuannya. Kemudian anak perempuannya melahirkan anak daripadanya. Beliau SAW telah menutup semua pintu-pintu selain daripada pintunya di masjid dan memberikan kepadanya bendera Khaibar.'
29. Allah mewajibkan ke atas makhlukNya supaya mencintai 'Ali.
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah meriwayatkannya daripada al-Khawarizmi dengan sanadnya daripada Imam Muhammad al-Baqir AS daripada Jabir bin 'Abdullah RD dia berkata:"Rasulullah SAW bersabda:'Jibra'il datang kepadaku dengan membawa kertas hijau daripada syurga tertulis di atasnya:'Sesungguhnya Aku adalah Allah. Aku mewajibkan kasih sayang makhlukku ke atas 'Ali. Justeru itu sampaikanlah kepada mereka mengenainya wahai Rasulullah."
0 comments:
Post a Comment