☼Sesungguhnya Para Imam A.S Apabila Mereka Mahu Mengetahui, Maka Mereka mengetahui (anna al-Aimmata a.s idha syaa’uu an ya‘lamuu ‘alimuu)☼
(237)-1. Ali bin Muhammad dan lain-lain, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ayyub bin Nuh, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ibn Maskan, daripada Badr bin al-Walid, daripada Abi al-Rabi‘ al-Syami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya seorang imam a.s apabila beliau mahu mengetahui [sesuatu], maka beliau mengetahui[nya].
(238)-2. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Safwan, daripada Ibn Maskan, daripada Badr bin al-Walid, daripada Abi al-Rabi‘, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya seorang imam a.s apabila beliau mahu mengetahui [sesuatu], maka ia akan diberitahu [kepadanya].
(239)-3. Muhammad bin Yahya, dariapda ‘Imran bin Musa, daripada Musa bin Ja‘far, daripada ‘Umru bin Sa‘id al-Mada’ini, daripada Abu ‘Ubaidah al-Mada’ini, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila seorang imam mahu mengetahui sesuatu, Allah akan memberitahunya kepadanya.
Bab 47
☼Sesungguhnya Para Imam A.S Mengetahui Bila Mereka Akan Mati Dan Sesungguhnya Mereka Tidak Akan Mati Melainkan Dengan Pilihan Mereka Sendiri (anna al-Aimmata a.s ya‘lamuun mata yamutuun, wa anna-hum la yamutuun illa bi-ikhtiyari-him)☼
(240)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Sulaiman bin Sama‘ah dan Abdullah bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Batal, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Mana-mana imam yang tidak mengetahui apa yang akan menimpanya dan apa yang akan terjadi kepadanya, maka dia bukanlah Hujjah Allah ke atas makhluk-Nya.
(241)-2. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Muhammad bin Basysyar berkata: Seorang syeikh daripada Qati‘atu al-Rabi‘ di kalangan orang awam (bukan Syiah) di Baghdad yang diambil riwayatnya telah berkata kepadaku: Aku telah melihat sebahagian mereka telah berkata tentang kelebihannya dan ibadatnya, maka aku telah berkata kepadanya: Siapakah orangnya? Bagaimana anda telah melihatnya? Beliau telah berkata: Kami telah berkumpul pada masa al-Sindi bin Syahik bersama lapan puluh lelaki daripada muka-muka yang dikaitkan dengan kebaikan, maka kami telah bertemu dengan Musa bin Ja‘far a.s, lalu al-Sindi berkata kepada kami: Wahai lelaki, lihatlah kepada lelaki ini, adakah sesuatu telah berlaku kepadanya? Kerana orang ramai mendakwa bahawa beliau a.s telah diperlakukan ke atasnya dan mereka telah memperbesarkannya. Ini adalah tempat tinggalnya, banyak kebebasan diberikan kepadanya dan beliau tidak dihalang sepenuhnya, Amir al-Mukminin (Harun al-Rasyid) tidak mahu keburukan ke atasnya (Musa a.s), tetapi beliau hanya ditahan sehingga kepulangannya (Harun al-Rasyid) ke (Baghdad). Justeru, beliau akan berbincang dengan Amir al-Mukminin (Harun alRasyid).
Beliau (Musa a.s) adalah sihat dan diberikan kebebasan di dalam semua perkara. Justeru, tanyalah beliau. Beliau telah berkata: Kami tidak ada angan-angan selain melihat lelaki ini, kelebihannya dan tanda di dahinya. Musa bin Ja‘far a.s telah berkata: Mengenai kebebasan dan perkara seumpamanya, ia sebagaimana anda sebutkan kecuali aku akan memberitahu kepada kamu, wahai orang ramai, aku telah diberi racun dalam tujuh biji kurma, aku akan bertukar menjadi hijau besok dan selepas besok aku akan mati. Beliau telah berkata: Maka aku telah melihat kepada al-Sindi bin Syahik sedang menggelentar dan bergerak seperti pelepah kurma.
(242)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abi Jamilah, daripada Abdullah bin Abi Ja‘far berkata: Saudara lelakiku telah memberitahuku, daripada Ja‘far, daripada bapanya bahawa beliau telah mendatangi Ali bin al-Husain a.s pada malam beliau mati dengan minuman, maka beliau a.s telah berkata: Wahai bapaku, minumlah ini, maka beliau a.s telah berkata: Wahai anak lelakiku, sesungguhnya malam ini aku akan mati iaitu malam yang sama Rasulullah s.a.w telah mati.
(243)-4. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Hamid, daripada al-Hasan bin al-Jahm berkata: Aku telah berkata kepada al-Ridha a.s: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s telah mengetahui pembunuhnya, malam beliau akan dibunuh, tempat beliau dibunuh, kata-katanya apabila beliau a.s mendengar suara angsa-angsa di rumah: “Suara yang akan diikuti dengan tangisan perempuan dan kata-kata Umm Kalthum: Jika anda sembahyang malam di rumah dan menyuruh orang lain mengimamkan orang ramai [adalah lebih baik]. Tetapi beliau a.s telah enggan menerima permintaannya, kemudian beliau a.s telah keluar dan masuk pada malam ini tanpa senjata. Sesungguhnya beliau a.s telah mengetahui bahawa sesungguhnya Ibn Muljam-Allah telah melaknatinya-akan membunuhnya dengan pedang. Ini adalah satu perkara yang beliau a.s tidak harus membentangkannya (menghalangnya), maka beliau a.s telah berkata: Itulah apa yang telah berlaku (dhalika kana), tetapi beliau a.s telah diberi pilihan (sama ada menerima kematiannya atau menolaknya) pada malam itu supaya takdir Allah berlalu.
(244)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada sebahagian sahabat kami, daripada Abu al-Hasan Musa a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah memarahi Syiah. Justeru Dia telah memberi pilihan kepadaku sama ada diriku atau mereka, lalu aku telah mempertahankan mereka dengan diriku”
(245)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Musafir bahawa Abu al-Hasan al-Ridh a.s telah berkata kepadanya: Adakah saluran air ini (al-Qanat) ada ikan? Beliau telah berkata: Ya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah s.a.w di dalam mimpi dan baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, apa yang ada di sisi kami (di akhirat) adalah lebih baik bagi anda”
(246)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Ahmad bin ‘Aidh, daripada Abi Khadijah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berada di sisi bapaku pada hari beliau a.s mati, maka beliau a.s telah memberi wasiat kepadaku perkara-perkara mengenai mandi jenzah, kapannya dan bagaimana beliau a.s diletakkan di dalam kuburnya. Maka aku telah berkata: Wahai bapaku, demi Allah, aku tidak pernah melihat anda lebih baik daripada hari ini semenjak anda mengadu tentang kesakitan anda, aku tidak melihat tanda kematian pada anda. Maka beliau a.s telah berkata: Wahai anak lelakiku, tidakkah anda telah mendengar Ali bin al-Husain a.s menyeru di balik dinding: Wahai Muhammad, datanglah cepat?
(247)-8. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada ‘Abd al-Malik bin A‘yan, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Allah telah menurunkan kemenangan ke atas al-Husain a.s sehingga beliau di antara langit dan bumi. Kemudian beliau telah diberi pilihan: Kemenangan atau pertemuan dengan Allah, lalu beliau telah memilih pertemuan dengan Allah”
Bab 48
☼Sesungguhnya Para Imam A.S Mengetahui Ilmu Yang Telah Berlaku Dan Ilmu Yang Akan Berlaku Dan Sesungguhnya Tiada Sesuatu Yang Tersembunyi Daripada Mereka S.A (anna al-Aimmata a.s ya‘lamuun ‘ilma ma kana wa-ma yakun wa-anna-hu la yukhfa ‘alai-him al-Sya’i salawatu llahi ‘alai-him)☼
(248)-1. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibrahim bin Ishaq al-Ahmar, daripada Abdullah bin Hammad, daripada Saif al-Tammar berkata: Kami, kumpulan Syiah telah berada bersama Abu Abdillah a.s di al-Hajr al-Aswad. Beliau a.s telah berkata: Adakah pengintip sedang melihat kepada kita? Lalu kami berpaling ke kanan dan ke kiri, tetapi kami tidak melihat seorangpun, maka kami telah berkata: Tiada pengintip melihat kami.
Maka beliau telah berkata: Demi Tuhan Ka‘bah dan binaannya-tiga kali- Jikalaulah aku telah berada di antara Musa dan Khidir, nescaya aku telah memberitahu kepada mereka berdua bahawa aku lebih mengetahui daripada mereka berdua (a‘lamu min-hu-ma) dan aku telah memberitahu kepada mereka berdua apa yang mereka berdua tidak memilikinya kerana Musa dan Khidir a.s telah diberikan ilmu tentang apa yang telah berlaku (‘ilm ma kana), mereka berdua tidak diberikan ilmu tentang apa yang akan berlaku (‘ilm ma yakun) dan sedang berlaku sehingga hari Kiamat. Sesungguhnya kami telah mewarisinya daripada Rasulullah s.a.w secara warisan.
(249)-2. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada al-Harith bin al-Mughirah dan beberapa orang sahabat kami di antaranya ‘Abd al-A‘la, Abu ‘Ubaidah dan Abdullah bin Bisyar al-Khasy‘mi telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku lebih mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, aku lebih mengetahui apa yang ada di syurga, aku lebih mengetahui apa yang ada di neraka, aku lebih mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku. Beliau (perawi) telah berkata: Beliau a.s telah berhenti seketika, melihat kata-katanya itu menjadi besar atau berat kepada orang yang mendengarnya, lalu beliau a.s telah berkata: Aku telah mengetahui semua itu daripada Kitab Allah a.w, sesungguhnya Allah a.w telah berfirman: “Di dalamnya menerangkan setiap sesuatu”
(250)-3. Ali bin Muhammad, daripada Sahl, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada ‘Abd al-Karim, daripada Jama‘ah bin Sa‘d al-Kath‘ami bahawa beliau telah berkata: Al-Mufadhdhal telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, lalu beliau telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, Allah memfardukan ketaatan seorang hamba ke atas hamba-hamba-Nya dan menyembunyikan daripadanya berita langit? Beliau a.s telah berkata: Tidak, Allah lebih mulia, lebih bersifat kasihan belas dan lebih lembut kepada hamba-hamab-Nya dari memfardukan ketaatan seorang hamba ke atas hamba-hamba-Nya, kemudian Dia menyembunyikan daripadanya berita langit, pagi dan petang.
(251)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri’ab, daripada Dhurais al-Kinasi berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata- di sisinya beberapa orang daripada sahabatnya-: Aku telah merasa pelik tentang kumpulan yang mewalikan kami, menjadikan kami imam-imam dan mendakwa bahawa ketaatan kepada kami adalah wajib ke atas mereka seperti ketaatan Rasulullah s.a.w, kemudian mereka memecahkan hujah mereka dan menentang bukti yang mereka miliki disebabkan kelemahan hati mereka. Justeru, mereka telah mengurangkan hak kami dan mengaibkan perkara tersebut ke atas mereka yang telah diberikan Allah hujah dan hak mengenali kami dan menyerahkan diri mereka kepada kami. Adakah kamu fakir bahawa Allah telah memfardukan ketaatan para wali kami ke atas hamba-hamba-Nya, kemudian menyembunyikan daripada mereka berita-berita langit dan bumi serta memutuskan daripada mereka sumber ilmu yang mengandungi asas-asas agama mereka?
Humraan telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah pendapat anda tentang pendirian Ali bin Abu Talib, al-Hasan, al-Husain, penentangan mereka, pengukuhan mereka terhadap agama Allah dan apa yang mereka alami daripada pembunuhan oleh mereka yang zalim (tawaaghit) terhadap mereka dan kemenangan mereka sehingga mereka dibunuh dan dikalahkan? Abu Ja‘far a.s telah berkata: Wahai Humraan, sesungguhnya Allah telah mentakdirkan perkara itu ke atas mereka (qad kana qaddara dhalika ‘alai-him), memerintahkannya, melakukannya dan mengakhirinya secara pilihan (sabil al-Ikhtiyar). Kemudian Dia telah melaksanakannya dengan mendahulukan ilmu kepada mereka daripada Rasulullah s.a.w, maka Ali, al-Hasan dan al-Husain a.s telah berdiri teguh [dalam perkara ini].
Dan dengan ilmu (ini), mereka telah berdiam diri. Wahai Humraan, apabila perintah Allah telah turun kepada mereka dan kebangkitan mereka yang zalim menentang mereka, (jika) mereka telah memohon kepada Allah supaya mempertahankan mereka dan mereka terus bermunajat bagi menggulingkan pemerintahan mereka yang zalim dan kehancuran pemerintahan mereka, nescaya Dia menyahuti permintaan mereka dan mempertahankan mereka. Kerana berakhirnya zaman tawaaghit dan kehancuran pemerintahan mereka adalah lebih cepat daripada tali tasbih yang dipotong, lalu ia rosak. Wahai Humraan, Apa yang telah menimpa mereka bukanlah kerana dosa yang mereka telah melakukannya dan bukan kerana balasan maksiat yang mereka telah menyalahi Allah padanya, tetapi kerana kedudukan dan kekeramatan daripada Allah yang mana Dia mahu mereka sampai kepadanya. Justeru, janganlah pendapat-pendapat yang tidak layak tentang mereka menguasai anda”
(252)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ali bin Ma‘bad, daripada Hisyam bin al-Hakam berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s di Mina lima ratus perkara tentang ilmu Kalam, maka aku mulai bertanya beliau a.s: Mereka telah berkata ini dan itu, maka beliau a.s telah berkata: Katakanlah itu dan ini, aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, in adalah halal dan ini adalah haram, aku mengetahui bahawa anda adalah orangnya dan sesungguhnya anda adalah orang yang paling alim tentang ilmu Kalam. Beliau a.s telah berkata kepadaku: Aduhai dukacitanya anda, wahai Hisyam, sesungguhnya Allah tidak berhujah ke atas makhluk-Nya dengan hujah yang tidak ada di sisinya apa yang mereka berhajat kepadanya.
(253)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Tidak, demi Allah, seorang alim tidak akan menjadi seorang jahil selama-lamanya, alim dengan sesuatu, jahil dengan sesuatu, kemudian beliau a.s telah berkata: Allah adalah lebih mulia, lebih tinggi dan lebih pemurah dari memfardukan ketaatan seorang hamba yang Dia menyembunyikan daripadanya ilmu langit-Nya dan bumi-Nya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Dia tidak akan menyembunyikannya daripadanya”.
Bab 49
☼Sesungguhnya Allah Tidak Mengajar Ilmu Kepada Nabi-Nya Melainkan Dia Telah Memerintahkannya Supaya Mengajarnya Pula Kepada Amir Al-Mukminin A.S. Sesungguhnya Beliau A.S Adalah Kongsi Ilmunya (anna llaha ‘a.w lam yu‘allim nabiyya-hu illa amara-hu an yu‘allima-hu Amir al-Mu’minin wa-anna-hu kana syarika-hu fi al-‘ilm)☼
(254)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Ibn Udhainah, daripada Abdullah bin Sulaiman, daripada Humraan bin A‘yan, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Jibrail a.s telah membawa dua biji buah delima, maka Rasulullah s.a.w telah makan salah satu daripada keduanya dan membelah sebiji buah delima yang satu lagi kepada dua bahagian, kemudian baginda s.a.w telah makan sebahagiannya dan memberikan kepada Ali sebahagiannya.
Kemudian Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai saudaraku, apakah anda mengetahui dua biji delima ini? Beliau a.s telah berkata: Tidak, baginda s.a.w telah bersabda: Buah delima yang pertama adalah kenabian (al-Nubuwwah) yang anda tiada bahagian padanya. Adapun buah delima kedua, maka ia adalah ilmu, justeru, anda adalah kongsiku padanya. Aku telah berkata: Aslaha-ka llahu, bagaimana ia telah terjadi, sehingga beliau a.s menjadi kongsinya padanya? Beliau a.s telah berkata: Allah tidak mengajar ilmu kepada Muhammad s.a.w melainkan baginda s.a.w mengajarnya pula kepada Ali a.s”
(255)-2. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Ibn Udhainah, daripada Zurarah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Jibrail a.s telah membawa turun kepada Rasulullah s.a.w dua biji buah delima daripada syurga, lalu dia telah memberikan kedua-duanya kepadanya. Kemudian baginda s.a.w telah makan satu biji buah delima dan membelah yang lain kepada dua bahagian, maka baginda s.a.w telah memberi kepada Ali a.s sebahagiannya, lalu beliau a.s memakannya. Lantas baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, adapun satu biji buah delima yang aku telah memakannya, maka itulah kenabian, anda tiada bahagian padanya. Adapun yang satu lagi, adalah ilmu. Justeru, anda adalah kongsiku padanya (fa-anta syariki fi-ha)”
(256)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Hamid, daripada Mansur bin Yunus, daripada Ibn Udhainah, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Jibrail telah turun ke atas Muhammad s.a.w dengan dua biji buah delima daripada syurga, maka Ali a.s telah berjumpa dengannya dan beliau a.s telah berkata: Apakah dua biji buah delima di tangan anda? Baginda s.a.w telah bersabda: Adapun ini, maka ia adalah kenabian yang anda tiada bahagian padanya.
Adapun ini adalah ilmu. Kemudian baginda s.a.w telah membelahnya kepada dua, lalu memberi separuhnya kepadanya dan telah mengambil separauhnya, kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Anda adalah kongsiku (syariki) padanya. Abu Ja‘far a.s telah berkata: Demi Allah, Rasulullah s.a.w tidak mengajar satu huruf daripada apa yang telah diajar oleh Allah kepadanya melainkan baginda s.a.w telah mengajarnya kepada Ali a.s. Kemudian ilmu itu berakhir kepada kami. Kemudian beliau a.s telah meletakkan tangannya di atas dadanya”
Bab 50
☼Dimensi Ilmu Para Imam A.S (jihaat ‘uluum al-Aimmati a.s)☼
(257)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Hamzah bin Bazi‘, daripada Ali al-Sa’i, daripada Abu al-Hasan yang pertama Musa a.s telah berkata: Peringkat ilmu kami terbahagi kepada tiga: Ilmu yang telah berlalu (madhin), ilmu yang berterusan (ghabir) dan ilmu yang sedang berlaku sekarang (hadith). Adapun ilmu madhin, maka ia ditafsirkan oleh nabi s.a.w. Adapun ilmu ghabir di tulis kepada kita. Adapun ilmu hadith dicampakkan ke dalam hati dan diketukkan di telinga. Iaitu ilmu kami yang terbaik dan tiada nabi selepas nabi kita.
(258)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Zahir, daripada Ali bin Musa, daripada Safwan bin Yahya, daripada al-Harith bin al-Mughirah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang ilmu orang alim kamu? Beliau a.s telah berkata: Warisan daripada Rasulullah s.a.w dan daripada Ali a.s. Aku telah berkata: Kami bercakap bahawa ia dicampakkan pada hati kamu dan dicakapkan pada telinga kamu. Beliau a.s telah berkata: Ya, begitulah.
(259)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada orang yang telah meriwayatkannya, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Kami diriwayatkan daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ilmu kami ditinggalkan atau ditulis (ghabir wa mazbur), gerakan di hati dan deringan di telinga. Maka beliau a.s telah berkata: Al-Ghabir ialah ilmu yang telah berlalu. Adapu mazbur ialah ilmu yang datang kepada kita. Adapun gerakan di hati, maka ia adalah ilham. Adapun deringan di telinga, maka ia adalah urusan malaikat.
0 comments:
Post a Comment