Monday, October 5, 2009

Usul al-Kafi Kitab al-Hujjah

Bab 101

☼Tidak Ada Sesuatu Kebenaran Di Tangan Manusia Melainkan Apa Yang Telah Keluar Dari Sisi Para Imam A.S. Dan Sesungguhnya Setiap Sesuatu Yang Tidak Keluar Dari Sisi Mereka, Maka Ia Adalah Batil (anna-hu laisa sya’un min al-Haq fi yadi al-Naasi illa ma kharaja min ‘indi al-Aimmati a.s wa-anna kulla syai’in lam yakhruj min ‘indi-him fa-huwa baatilun)☼

(614)-1. Ali bin Ibrahim bin Hasyim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ibn Maskan, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Tidak ada di sisi seorang daripada manusia hak, tidak ada ketepatan dan tidak ada seorang daripada manusia menghukum dengan hukuman yang benar melainkan apa yang telah keluar daripada kami Ahlu l-Bait. Dan apabila urusan mereka telah berbeza, kesalahan adalah daripada mereka dan ketepatan adalah daripada Ali a.s.

(615)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr, daripada Muthanna, daripada Zurarah berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja‘far a.s, maka seorang lelaki dari ahli Kufah bertanya kepadanya tentang kata-kata Amir al-Mukminin a.s: Tanyalah aku apa yang kamu mahu, maka janganlah kamu bertanyaku tentang sesuatu melainkan aku menceritakan kepada kamu tentangnya” Beliau a.s telah berkata: Tidak ada seorang di sisinya ilmu tentang sesuatu melainkan ia telah keluar di sisi Amir al-Mukminin a.s, hendaklah manusia pergi ke mana mereka mahu, demi Allah, tidak ada urusan melainkan dari sini dan beliau telah menunjukkan dengan tangannya ke arah rumahnya.

(616)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’. Daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Abi Maryam berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata kepada Salmah bin Kahil dan al-Hakam bin ‘Utbah: Timur dan barat kamu berdua tidak akan mendapati ilmu yang betul (sahih) melainkan ia telah keluar dari sisi kami Ahlu l-Bait.

(617)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Mu‘alla bin Uthman, daripada Abu Basir berkata: Beliau telah berkata kepadaku: Sesungguhnya al-Hakam bin ‘Utaibah adalah di kalangan mereka yang telah difirmankan oleh Allah: “Di antara mereka ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan hari Kemudian, pada hal mereka itu sesungguhnya bukan mereka yang beriman” Lantaran itu, hukum sama ada di timur atau di barat, demi Allah, tidak akan menepati ilmu melainkan daripada Ahlu al-Bait yang mana Jibrail telah turun ke atas mereka.

(618)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Salih al-Sindi, daripada Ja‘far bin Basyir, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang penyaksian (syahadah) anak zina adakah ia harus (mubah))? Beliau a.s telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Sesungguhnya al-Hakam bin ‘Utaibah telah menyangka bahawa ia adalah harus. Lantas beliau a.s telah berkata: Wahai Tuhanku, janganlah Engkau mengampuni dosanya, Allah telah berfirman kepada al-Hakam: “Sesungguhnya al-Qur’an itu adalah sebagai peringatan bagimu dan bagi kaummu” Hendaklah al-Hakam pergi ke kanan dan ke kiri, demi Allah, ilmu tidak diambil melainkan daripada Ahlu l-Bait yang mana Jibrail telah turun ke atas mereka.

(619)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada al-Husain bin al-Hasan bin Yazid, daripada Badr, daripada bapanya berkata: Salam Abu Ali al-Khurasani telah memberitahu kepadaku, daripada Salam bin Sa‘id al-Makhzumi berkata: Manakala aku sedang duduk di sisi Abu Abdillah a.s, tiba-tiba ‘Ubbad bin Kathir, ahli ibadat Basrah dan Ibn Syuraih, fakih ahli Makkah, telah datang kepadanya. Dan di sisi Abu Abdillah a.s adalah Maimun al-Qaddah Maula Abu Ja‘far a.s. Maka ‘Ubbad bin Kathir telah bertanya beliau a.s, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Abdillah a.s, pada berapa kainkah Rasulullah s.a.w telah dikapan? Beliau a.s telah berkata: Pada tiga kain: Dua kain biasa dan satu kain pembungkus.

Seolah-olah beliau a.s telah memperbodoh-bodohkan ‘Ubbad bin Kathir tentang perkara itu, maka beliau a.s telah berkata lagi: Sesungguhnya pohon kurma Maryam a.s adalah jenis baik (‘ajwah) dan telah diturunkan dari langit (asli). Justeru, apa yang telah tumbuh daripada asalnya dipanggil ‘ajwah dan apa yang diambil di merata-rata tempat dipanggil pungutan (luqat). Apabila mereka telah keluar dari sisinya, ‘Ubbad bin Kathir telah berkata kepada Ibn Syuraih: Demi Allah, aku tidak mengerti apakah perumpamaan yang telah dikemukakan kepadaku oleh Abu Abdillah?

Maka Ibn Syuraih berkata: Kanak-kanak ini telah memberitahu kepada anda bahawa beliau adalah daripada mereka, lalu beliau telah bertanya kepadanya, maka Maimun telah berkata: Tidakkah anda mengetahui apakah beliau telah katakan kepada anda? Beliau telah berkata: Tidak, demi Allah, beliau telah memberi perumpamaan kepada anda seperti dirinya, beliau menceritakan kepada anda bahawa beliau adalah anak lelaki daripada anak lelaki Rasulullah s.a.w (keturunannya) dan ilmu Rasulullah s.a.w adalah di sisi mereka. Justeru, apa yang telah datang dari sisi mereka, maka ia adalah bertepatan (sawab) dan apa yang telah datang dari selain daripada mereka adalah pungutan (luqat).



Bab 102

☼Sesungguhnya Hadis Mereka Adalah Sulit Dan Menyulitkan (fi-ma jaa’a anna haditha-hum sa‘bun wa-mustas‘abun)☼

(620)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Sinan, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada Jabir berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya hadis keluarga Muhammad adalah sulit dan menyulitkan (inna hadith aali Muhammad sa‘bun wa mustas‘abun), tidak akan beriman kepadanya melainkan malaikat yang hampir kepada Allah atau nabi yang diutuskan atau hamba yang diuji hatinya kepada keimanan oleh Allah (la yu’minu bi-hi illa malakun muqarrabun au nabiyyun mursalun au ‘abdun imtahana llahu qalba-hu li l-Imaan).

Apa yang telah datang kepada kamu daripada hadis Rasulullah s.a.w, maka hati kamu merasa lembut kepadanya dan kamu telah mengetahuinya, maka terimalah dan apa yang merisaukan kamu daripadanya dan kamu mengingkarinya pula, maka rujuklah ia kepada Allah, kepada Rasul dan kepada alim daripada keluarga Muhammad. Sesungguhnya orang yang binasa (al-Halik) adalah apabila beliau meriwayatkan sesuatu [hadis] yang beliau tidak dapat menanggungnya atau menerimanya, lalu beliau telah berkata: Demi Allah, ini bukanlah hadis dan demi Allah, ini bukanlah hadis dan keingkarannya adalah kekufuran (al-inkaar huwa al-Kufr).

(621)-2. Ahmad bin Idris, daripada ‘Imraan bin Musa, daripada Harun bin Muslim, daripada Mas‘adah bin Sadqah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Pada suatu hari aku telah menyebut taqiyyah di sisi Ali bin al-Husain a.s, maka beliau a.s telah berkata: Demi Allah, jika Abu Dhar telah mengetahui apa yang ada di dalam hati Salman, nescaya beliau telah membunuhnya (Wa llahi, lau ‘alima Abu Dhar ma fi qalbi Salaman la-qatala-hu) dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan di antara mereka berdua (wa laqad aakha Rasulullah s.a.w baina-huma), apa pula sangkaan kamu dengan semua makhluk?

Sesungguhnya ilmu para ulama adalah sulit dan menyulitkan, ia tidak dapat ditanggung atau diterima melainkan oleh nabi yang diutuskan atau malaikat yang hampir kepada Allah atau hamba yang diuji hatinya dengan keimanan oleh Allah, maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Salman telah menjadi sebahagian daripada ulama kerana beliau adalah seorang daripada kami Ahlu l-Bait. Justeru, aku telah mengaitkannya kepada ulama.

(622)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Barqiy, daripada Ibn Sinan atau selain daripadanya secara marfu‘ kepada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya hadis kami adalah sulit dan menyulitkan, ia tidak dapat ditanggung atau diterima melainkan oleh dada yang bercahaya atau hati yang sejahtera atau akhlak yang baik. Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian daripada Syiah kami sebagaimana Dia telah mengambil [perjanjian] ke atas Bani Adam “Tidakkah Aku Tuhan kamu?” Sesiapa yang telah setia kepada kami, maka Allah akan kurniakan syurga untuknya. Dan sesiapa yang memarahi kami dan tidak menunaikan kepada kami hak kami, maka di nerakalah beliau akan [berada] kekal selama-lamanya.

(623)-4. Muhammad bin Yahya dan selain daripadanya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada sebahagian sahabat kami berkata: Aku telah menulis kepada Abu al-Hasan Sahib al-‘Askar a.s, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah makna kata-kata al-Sadiq a.s: Hadis kami tidak dapat ditanggung oleh malaikat muqarrab, tidak [dapat ditanggung] oleh nabi yang diutuskan dan tidak [dapat ditanggung] oleh mukmin yang diuji hatinya kepada keimanan oleh Allah, maka jawapannya: Sesungguhnya makna kata-kata al-Sadiq a.s iaitu: [Hadis kami] Tidak dapat ditanggung atau diterima oleh malaikat, nabi dan mukmin. Malaikat tidak dapat menanggungnya sehingga dia mengeluarkannya kepada malaikat yang lain dan nabi tidak dapat menanggungnya sehingga beliau mengeluarkannya kepada nabi yang lain dan mukmin tidak dapat menanggungnya sehingga beliau mengeluarkannya kepada mukmin yang lain, maka inilah makna sabda datukku a.s.

(624)-5. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Mansur bin al-‘Abbas, daripada Safwan bin Yahya, daripada Abdillah bin Maskan, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Khaliq dan Abu Basir berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya di sisi kami, demi Allah, rahsia daripada rahsia Allah dan ilmu daripada ilmu Allah. Demi Allah, tidak dapat ditanggung akannya oleh malaikat muqarrab, tidak nabi yang diutuskan dan tidak mukmin yang telah diuji oleh Allah akan hatinya kepada keimanan, demi Allah, Allah tidak mewajibkan perkara sedemikian kepada seorangpun selain daripada kami dan Dia tidak pula menolak perkara sedemikian selain daripada kami.

Sesungguhnya di sisi kami rahsia daripada rahsia Allah dan ilmu daripada ilmu Allah (inna ‘inda-na sirran min sirri llahi wa-‘ilman min ‘ilmi llahi), Allah telah memerintahkan kami supaya menyampaikannya, maka kami telah menyampaikan[nya] daripada Allah a.w apa yang Dia telah perintahkan kami untuk menyampaikannya, tetapi kami tidak mendapati tempat untuknya, tidak ada orang yang berkelayakan dan tidak ada penerima yang akan menerimanya sehingga Allah menciptakan untuk itu beberapa golongan.

Mereka telah diciptakan daripada tanah (tiinah) yang Dia telah menciptakan daripadanya Muhammad, keluarganya dan zuriatnya. Dan [Dia telah menciptakan] daripada cahaya yang mana Allah telah menciptakan daripadanya Muhammad dan zuriatnya. Dia telah menciptakan mereka dengan kelebihan rahmat-Nya yang Dia telah menciptakan Muhammad dan zuriatnya. Maka kami telah menyampaikan[nya] daripada Allah apa yang Dia telah perintahkan kami untuk menyampaikannya, lalu mereka telah menerimanya[Dia telah menyampaikan kepada mereka tentang kami, lalu mereka telah menerimanya dan menanggungnya] dan Dia telah menyampaikan kepada mereka tentang kami, maka hati mereka telah cenderung untuk mengetahui kami dan hadis kami.

Jikalaulah mereka tidak diciptakan daripada [ciptaan] ini, nescaya mereka tidaklah sedemikian. Tidak, demi Allah, mereka tidak dapat menerimanya, kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan beberapa golongan untuk neraka Jahannam, maka Dia telah memerintahkan kami supaya kami menyampaikannya kepada mereka dan kami telah melakukannya, tetapi mereka telah merasa kesal tentangnya dan hati mereka tidak dapat menerimanya.

Mereka telah menyesalinya (isyma’azzat), lalu mereka menolaknya ke atas kami, mereka tidak dapat menerimanya, mereka membohonginya dan mereka telah berkata: Tukang sihir pembohong, lalu Allah mengecap hati mereka dan melupakan mereka. Kemudian Allah telah melepaskan lidah mereka dengan sebahagian kebenaran, lalu mereka bercakap dengannya sedangkan hati mereka mengingkarinya bagi mempertahankan para wali-Nya dan ahli ketaatan-Nya. Jika tidak kerana itu, nescaya Allah tidak disembah dibumi-Nya, maka kami diperintahkan supaya menahan diri daripada mereka, dengan penutupan dan kerahsiaan. Justeru, simpanlah rahsia daripada orang yang Allah telah memerintahkan supaya menahan diri daripada mereka.

Dan sembunyilah rahsia daripada orang yang mana Allah telah memerintahkan supaya merahsiakannya kepadanya. Beliau telah berkata: Kemudian beliau a.s telah mengangkat tangannya dan menangis sambil berkata: Wahai Tuhanku, mereka adalah bilangan yang sedikit, justeru, jadilah kehidupan kami kehidupun mereka dan kematian kami kematian mereka dan janganlah musuh Engkau menguasai ke atas mereka kerana ia menyedihkan kami. Sesungguhnya Engkau jika Engkau membuatkan kami sedih dengan mereka, nescaya Engkau tidak disembah di bumi Engkau. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya dengan sepenuhnya.



Bab 103

☼Apa Yang Diperintahkan Oleh Nabi S.A.W Tentang Rujukan Nasihat Kepada Para Imam Muslimin Dan Penyertaan Jemaah Mereka Dan Siapakah Mereka? (ma amara al-Nabi s.a.w bi-al-Nasihati li-aimmati al-Muslimin wa-al-Luzum ilaa jamaa‘ati-him wa-man-hum?)☼

(625)-1. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Abban bin Uthman, daripada Ibn Abi Ya‘fur, daripada Abu Abdillah a.s bahawa Rasulullah s.a.w telah memberi khutbah di masjid al-Khaif, maka baginda s.a.w bersabda: Allah telah menyinari seorang hamba yang telah mendengar sabdaku, lalu beliau menyimpannya, menghafaznya dan menyampaikannya kepada orang yang tidak pernah mendengarnya, kemungkinan pembawa ilmu itu tidaklah alim (fakih) dan kemungkinan pembawa ilmu itu [membawanya] kepada orang yang lebih alim (afqahu) daripadanya. Tiga perkara yang tidak dikhianati oleh hati seorang muslim: Ikhlas amalan kepada Allah, rujukan nasihat kepada para imam muslimin dan penyertaan jemaah mereka kerana dakwah mereka meliputi semua. Muslimun adalah bersaudara, darah mereka dijamin dan ia meliputi semua peringkat.

Hammad bin Uthman telah meriwayatkannya juga, daripada Abban, daripada Ibn Abi Ya‘fur seumpamanya dan telah menambahkan padanya [perkataan]: Dan mereka adalah satu tangan ke atas sesiapa selain daripadanya. Dan beliau telah menyebut di dalam hadisnya bahawa baginda s.a.w telah memberi khutbah pada Hajjat al-Wida‘ (haji perpisahan) di Mina di masjid al-Khaif.

(626)-2. Muhammad bin al-Hasan, daripada sabahagian sahabat kami, daripada Ali bin al-Hakam, daripada al-Hakam bin Miskin, daripada seorang lelaki Quraisy daripada Makkah berkata: Sufyan al-Thauri berkata: Pergilah anda bersama kami kepada Ja‘far bin Muhammad, beliau telah berkata: Akupun telah pergi bersamanya kepadanya, maka kami telah mendapatinya telah menaiki kenderaannya, lalu Sufyan telah berkata kepadanya: Wahai Abu Abdillah, ceritalah kepada kami hadis khutbah Rasulullah s.a.w di masjid al-Khaif, beliau a.s telah berkata: Tinggallah aku sehingga aku pergi mendapatkan hajatku sesungguhnya aku menaiki [kenderaanku], maka apabila aku pulang, aku akan menceritakannya kepada anda, maka beliau telah berkata: Aku bertanya anda tentang kekerabatan anda dengan Rasulullah s.a.w, anda belum menceritakannya kepadaku, beliau telah berkata: Beliaupun telah turun[dari kenderaannya].

Lalu Sufyan telah berkata kepadanya: Bawakan kepadaku pensil dan kertas sehingga aku menulisnya, lalu beliau telah menyeru dengannya, kemudian beliau a.s telah berkata: Tulislah: Bismi llahi r-Rahmani r-Rahim, khutbah Rasulullah s.a.w di masjid al-Khaif: “Allah telah menyinari seorang hamba yang telah mendengar sabdaku, lalu beliau menyimpannya dan menyampaikannya kepada orang yang tidak sampai kepadanya sabdanya: “Wahai manusia, hendaklah orang yang hadir menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir dan kemungkinan pembawa ilmu tidaklah alim (fakih) dan kemungkinan pembawa ilmu itu [membawanya] kepada orang yang lebih alim (afqahu) daripadanya. Tiga perkara yang tidak dikhianati oleh hati seorang muslim: Ikhlas amalan kepada Allah, rujukan nasihat kepada para imam muslimin dan penyertaan jemaah mereka kerana dakwah mereka meliputi semua. Muslimun adalah bersaudara, darah mereka dijamin dan ia meliputi semua peringkat”.

Justeru, Sufyan telah menulisnya, kemudian beliau telah membentangkanya kepadanya dan Abu Abdillah a.s telah [pergi] menaiki [kenderaannya]. Aku dan Sufyan telah datang, manakala kami telah berada di sebahagian jalan, beliau telah berkata kepadaku [berdirilah] di tempat anda [sekarang] sehingga aku melihat kepada hadis ini, maka aku telah berkata kepadanya: Demi Allah, Abu Abdillah telah mewajibkan tengkuk anda sesuatu, ia tidak akan hilang dari tengkuk anda selama-lamanya, maka beliau telah berkata: Apakah itu?

Maka aku telah berkata kepadanya: Tiga perkara yang tidak dikhianati oleh hati seorang muslim: Ikhlas amalan kepada Allah, kami telah mengetahuinya, harapan kebaikan kepada para imam muslimin, siapakah para imam yang wajib ke atas kita merujuk kepada kebaikan mereka? Mu‘awiyah bin Abi Sufyan, Yazid bin Mu‘awiyah dan Marwan bin al-Hakam? Dan setiap orang yang tidak harus penyaksiannya di sisi kami, tidak harus sembahyang di belakangnya? Dan kata-katanya: Penyertaan jemaah mereka, maka jemaah yang manakah? Seorang Murjiah berkata: Sesiapa yang tidak bersembahyang, tidak berpuasa, tidak memandi junub, telah merosakkan Ka‘bah, telah menikahi ibunya sendiri, maka beliau adalah di atas iman Jibrail dan Mikail.

Atau seorang Qadariyah berkata: Apa yang telah dikehendaki oleh Allah tidak akan berlaku dan apa yang dikehendaki oleh Iblis akan berlaku atau seorang Khawarij yang telah melepaskan dirinya daripada Ali bin Abu Talib dan menyaksikan kekafirannya atau seorang Jahmiyyah yang berkata: Sesungguhnya iman itu adalah mengenali Allah semata-mata dan iman bukkanlah sesuatu selain daripadanya (ma‘rifah)?!! Beliau telah berkata: Alangkah dukacitanya anda, di atas dasar apakah mereka telah berkata sedemikian? Maka aku telah berkata: Mereka telah berkata: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib a.s, demi Allah, adalah imam yang wajib di atas kita merujuk kepadanya. Dan penyertaan jemaah mereka: Iaitu [jemaah] Ahlu l-Baitnya, beliau telah berkata: Maka beliau telah mengambil surat (kitab) itu, lalu beliau (Sufyan) mengoyakkannya, kemudian beliau telah berkata: Janganlah anda memberitahu tentangnya kepada sesiapapun.

(627)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Hammad bin Isa, daripada Huraiz, daripada Buraid bin Mu‘awiyah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Allah tidak melihat kepada seorang mukmin yang bekerja keras dengan ketaatan kepada imamnya dan [meminta] nasihatnya melainkan beliau bersama kami di syurga.

(628)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abi Jamilah, daripada Muhammad al-Halabi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah meninggalkan jemaah muslimin sejengkal, maka beliau telah mencabut ikatan Islam dari tengkuknya.

(629)-5. Dengan sanad-sanad ini, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah meninggalkan jemaah muslimin dan menarik balik perjanjian Imam, beliau akan datang kepada Allah a.w dengan penyakit kusta.



Bab 104

☼Apa Yang Wajib Daripada Haq Imam Ke Atas Rakyat Dan Hak Rakyat Ke Atas Imam (ma yajibu min haqq al-Imam ‘ala al-Ra‘yati wa-haqq al-Ra‘yati ‘ala al-Imam)☼

(630)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Hammad bin Uthman, daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s: Apakah hak imam ke atas manusia? Beliau a.s telah berkata: Haknya ke atas mereka bahawa mereka mestilah mendengar kepadanya dan mentaatinya: Aku telah berkata: Apakah haknya (imam) ke atas mereka? Beliau a.s telah berkata: Imam membahagi-bahagikan di kalangan mereka dengan saksama dan berlaku adil pada rakyatnya. Apabila beliau melakukan sedemikian kepada manusia, maka beliau tidak peduli siapa yang telah mengambil dari sini dan dari sini.

(631)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isma‘il bin Bazi‘, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s seumpamanya melainkan beliau a.s telah berkata: Beginilah dan beginilah dan beginilah dan beginilah di depannya, di belakngnya, di kanannya dan di kirinya.

(632)-3. Muhammad bin Yahya al-‘Attar, daripada sebahagian sahabat kami, daripada Harun bin Muslim, daripada Mas‘adah bin Sadqah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Janganlah kamu mengkhianati para wali kamu, janganlah kamu menipu mereka yang memberi petunjuk kepada kamu, janganlah kamu memperbodoh-bodohkan para imam kamu, janganlah kamu memutuskan tali kamu, maka kamu akan gagal dan menjadi lemah. Lantaran itu, hendaklah asas urusan kamu [menjadi kukuh], ikutilah jalan ini. Kerana kamu jika kamu melihat apa yang telah dilihat oleh orang yang telah mati daripada kamu di kalangan orang yang telah menyalahi apa yang kamu dakwahkan kepadanya, nescaya kamu telah keluar dan kamu telah mendengar, tetapi ia adalah terlindung daripada kamu apa yang mereka telah melihatnya, tetapi pada masa akan datang hijab akan dibuang”

(633)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada ‘Abd al-Rahman bin Hammad dan lain-lain, daripada Hannan bin Sudair al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Diberitahu kepada Nabi s.a.w sendiri tentang kematiannya ketika baginda s.a.w di dalam keadaan sihat tanpa kesakitan, beliau telah berkata: “dia dibawa turun oleh al-Ruh al-Amin”, beliau telah berkata: Lalu baginda s.a.w telah menyeru [manusia] sembahyang jemaah, menyuruh kaum Muhajirin dan Ansar memegang senjata. Apabila orang ramai telah berkumpul, maka Nabi s.a.w telah menaiki mimbar, lalu baginda s.a.w meratap dirinya kepada mereka, kemudian bersabda: Aku mengingati diriku kepada Allah tentang wali selepasku ke atas umatku supaya merahmati jemaah muslimin.

Menghormati yang tua mereka, merahmati yang lemah mereka dan menghormati yang alim mereka, tidak memudaratkan mereka, lalu menghina mereka, tidak membuat mereka menjadi fakir, kemudian beliau menentang mereka. Tidak menutup pintunya kepada mereka supaya yang kuat mereka tidak memakan yang lemah mereka, tidak “meminggirkan” mereka[?] di dalam utusan mereka kerana ia akan memutuskan zuriat umatku. Kemudian baginda s.a.w bersabda: Aku telah menyampaikan[nya] dan aku telah memberi nasihat, maka saksikanlah”. Abu Abdillah a.s telah berkata: Inilah ucapan Rasulullah s.a.w yang terakhir di atas mimbarnya.

(634)-5. Muhammad bin Ali dan selain daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada seorang lelaki, daripada Habib bin Abi Thabit berkata: Madu dan buah tin telah dibawa kepada Amir al-Mukminin a.s dari Hamadan dan Hulwan Kemudian beliau a.s telah memerintahkan beberapa orang askar supaya membawa[nya] kepada anak-anak yatim dan menyuapkannya [kepada mereka] sedang beliau a.s membahagi-bahagikannya di kalangan orang ramai satu cawan satu cawan. Maka dikatakan kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, kenapakah mereka menyuapkannya [kepada mereka]? Maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya imam adalah bapa kepada anak-anak yatim, sesungguhnya aku telah menyuapkan mereka [dengan] ini [dan mereka seperti] di bawah jagaan bapa-bapa [mereka sendiri].

(635)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad al-Barqiy dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Isfahani, daripada Sulaimn bin Daus al-Munqari, daripada Sufyan bin ‘Uyainah, daripada Abu Abdillah a.s bahawa Nabi s.a.w bersabda: Aku adalah lebih baik bagi setiap mukmin daripada dirinya sendiri dan Ali adalah lebih baik dengannya selepasku, lalu dikatakan kepadanya: Apakah maknanya itu? Maka beliau telah berkata: Sabda Nabi s.a.w: Sesiapa yang telah meninggalkan hutang atau kerosakan, maka ia di atasku.

Sesiapa yang meninggalkan harta, maka ia adalah untuk warisnya. Justeru, seorang lelaki tidak mempunyai wilayah ke atas dirinya apabila beliau tidak mempunyai harta dan tidak ada perintah atau larangan baginya ke atas tanggungannya apabila beliau tidak memberi nafkah kepada mereka. Nabi, Amir al-Mukminin a.s dan mereka selepasnya tidak dapat mengelak daripadanya. Justeru mereka adalah lebih baik dengan mereka daripada diri mereka sendiri. Tidak ada sebab Islamnya kebanyakan Yahudi melainkan selepas kata-kata ini daripada Rasulullah s.a.w bahawa mereka telah beriman di atas diri mereka dan keluarga mereka.

(636)-7. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abban bin Uthman, daripada Sabah bin Siyabah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Mana-mana mukmin atau muslim yang telah mati dan meninggalkan hutang, bukan kerana kejahatan (fasad) dan bukan pula kerana keborosan (israaf), maka imam wajib menunaikannya. Jika imam tidak menunaikannya, maka beliau berdosa. Sesungguhnya Allah berfirman: “Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk mereka yang fakir, mereka yang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (merdekakan) budak, mereka yang berhutang, untuk jalan Allah dan mereka yang sedang dalam perjalanan” Maka beliau adalah di kalangan mereka yang berhutang dan baginya satu saham di sisi imam. Jika beliau (imam) menahannya, maka dosanya ke atasnya.

(637)-8. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sindi, daripada Ja‘far bin Basyir, daripada Hannan, daripada bapanya, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Imamah tidak layak melainkan untuk lelaki yang mempunyai tiga sifat: Warak yang menghalangnya dari kemaksiatan kepada Allah, sabar yang dapat mengawasi kemarahannya dan wilayah yang baik kepada rakyatnya sehingga beliau kepada mereka sepertilah bapa yang mengasihani. Dan di dalam riwayat yang lain pula: Sehingga beliau terhadap rakyatnya seperti bapa yang mengasihani.

(638)-9. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Mu‘awiyah bin Hakim, daripada Muhammad bin Aslam, daripada seorang lelaki dari Tabaristan dipanggil Muhammad, berkata: Mu‘awiyah telah berkata: Dan aku telah berjumpa dengan al-Tabari Muhammad selepas itu, lalu beliau telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah mendengar Ali bin Musa a.s telah berkata: Orang yang berhutang apabila beliau telah berhutang atau meminta berhutang pada kebenaran-waham daripada Mu‘awiyah- ditangguhkan selama setahun jika beliau senang dan jika tidak, imam akan menunaikannya untuknya daripada [harta] baitulmal.



Bab 105

☼Sesungguhnya Bumi Semunya Untuk Imam A.S (anna al-Ardha kulla-ha li-al-Imam a.s)☼

(639)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abi Khalid al-Kabili, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati di dalam kitab Ali a.s “Sesungguhnya bumi(ini)adalah milik Allah, Dia mewariskannya kepada orang yang Dia kehendaki daripada hamba-hamab-Nya dan kesudahan yang baik adalah bagi mereka yang bertakwa” Aku dan keluargaku yang mana Allah telah mewariskan kami bumi[Nya] dan kami adalah “mereka yang bertakwa” dan bumi semuanya untuk kami. Sesiapa yang menghidupkan bumi kepunyaan muslimin, maka hendaklah beliau memajukannya dan hendaklah beliau menunaikan kharajnya (hasilnya) kepada imam daripada keluargaku dan baginya apa yang beliau makan daripadanya.

Jika beliau meninggalkannya atau dan melewatkannya dan ia diambil oleh lelaki muslim selepasnya, lalu beliau memajukannya dan menghidupkannya, maka beliau lebih berhak dengannya daripada orang yang telah meninggalkannya. Beliau hendaklah menunaikan kharajnya kepada imam daripada keluargaku dan baginya apa yang beliau telah makan daripadanya sehingga al-Qaim daripada keluargaku muncul dengan pedang. Justeru beliau boleh menjadikannya tempat larangan, menghalangnya dan mengeluarkan mereka daripadanya sebagaimana Rasulullah s.a.w telah melakukannya kecuali apa yang ada di tangan Syiah kita kerana beliau membiarkan apa yang dimiliki oleh mereka dan meninggalkan bumi di tangan mereka.

(640)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad berkata: Ahmad bin Muhammad bin Abdillah telah memberitahu kepadaku daripada orang yang telah meriwayatkannya, berkata: Dunia dan apa yang ada padanya adalah untuk Allah, Rasul-Nya dan kami. Sesiapa yang telah mendapatkan sesuatu daripadanya, maka hendaklah beliau bertakwa kepada Allah, menunaikan hak Allah, membuat baik kepada suadara-saudaranya, jika beliau tidak melakukan sedemikian, maka Allah, Rasul-Nya dan kami melepaskan diri daripadanya.

(641)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Umar bin Yazid berkata: Aku telah melihat Masma‘ bin Abd al-Malik di Madinah bahawa beliau telah membawa harta kepada Abu Abdillah pada tahun itu, lalu Abu Abdillah a.s telah menolaknya, maka aku telah berkata kepadanya: Kenapakah Abu Abdillah a.s telah menolak harta yang anda telah membawanya kepadanya? Beliau telah berkata: Masma‘ telah berkata kepadaku: Sesungguhnya aku telah berkata kepadanya ketika aku membawa harta kepadanya: Sesungguhnya aku telah menjadi penyelam mutiara di Bahrain, maka aku telah dapat 400 ribu dirham dan aku telah datang kepada anda dengan khumusnya sebanyak 80 ribu dirham.

Dan aku tidak suka menahannya daripada anda dan aku mahu membentangkannya kepadanya dan ia adalah hak anda yang telah dijadikan oleh Allah pada harta-harta kami, maka beliau a.s telah berkata: Atau harta kami dari bumi dan apa yang Allah telah mengeluarkannya darinya melainkan satu perlima (khumus), wahai Abu Sayyar? Sesungguhnya bumi semuanya untuk kami, maka sesuatu yang telah dikeluarkan oleh Allah darinya, maka ia adalah untuk kami. Maka aku telah berkata kepadanya: Aku akan membawa semua harta kepada anda? Maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya kami telah memperbaikkan untuk anda dan kami telah menghalalkan anda daripadanya.

Justeru campurlah kepada anda harta anda. Dan setiap bumi yang ada di tangan Syiah kita, maka mereka padanya dihalalkan sehingga Qaim kami datang. Dan apabila Qaim kami datang, maka beliau akan mengenakan cukai kepada mereka, apa yang ada pada tangan mereka dan akan meninggalkan bumi di tangan mereka. Adapun apa yang ada pada tangan selain daripada mereka, maka sesungguhnya pendapatan mereka daripada bumi adalah haram ke atas mereka sehingga datang Qaim kami, lalu beliau mengambil bumi daripada tangan mereka dan mengeluarkan mereka tanpa sebarang pampasan.

Umar bin Yazid telah berkata: Abu Sayyar telah berkata kepadaku: Aku tidak melihat seorangpun daripada pemilik-pemilik tanah dan mereka yang mengendalikan pekerjaan-pekerjaan, memakan [makanan] yang halal selain daripadaku melainkan mereka yang telah memperelokkan [harta-harta mereka] untuknya a.s.

(642)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Abi Abdillah al-Razi, daripada al-Hasan bin Ali bin Abi Hamzah, daripada bapanya, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Adakah zakat wajib ke atas imam? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Muhammad, tidakkah anda telah mengetahui bahawa dunia dan akhirat adalah untuk imam beliau meletakkannya mengikut kehendaknya dan memberinya kepada siapa yang beliau kehendaki, adalah harus baginya perkara itu daripada Allah. Sesungguhnya imam, wahai Abu Muhammad, tidak bermalam satu malam selama-lamanya [melainkan] bagi Allah pada tengkuknya hak yang akan ditanya tentangnya.

(643)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhamamad bin Ahmad, daripada Muhammad bin Abdillah bin Ahmad, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Salih bin Hamzah, daripada Abban bin Mus‘ab, daripada Yunus bin Zubyaan atau al-Mu‘alla bin Khanis berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Harta kamu daripada bumi ini? Maka beliau a.s telah tersenyum, kemudian berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus Jibrail a.s dan memerintahkannya supaya menekankan dengan ibu jarinya lapan sungai di bumi, antaranya Saihan dan Jaihan iaitu sungai Balkh dan al-Khusu‘ iaitu sungai al-Syasy, Mihran iaitu sungai Hindi dan Nail Mesir, Dajlah dan Furat. Dan apa yang telah mengalir dan dialirkan adalah untuk kami. Dan apa yang untuk kami, maka ia adalah untuk Syiah kami dan bukan untuk musuh kami sesuatupun daripadanya melainkan apa yang beliau telah merampas di atasnya. Sesungguhnya wali kita berada dalam kelapangan di antara langit dan bumi. Kemudian beliau a.s telah membaca firman-Nya: “Semuanya itu bagi mereka yang beriman (mereka yang dirampas ke atasnya) dalam kehidupan dunia khusus untuk mereka pada hari Kiamat” tanpa rampasan.

(644)-6. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin al-Rayyan berkata: Aku telah menulis kepada al-‘Askari a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, diriwayatkan kepada kami bahawa tidak ada bagi Rasulullah s.a.w daripada dunia melainkan khumus, maka jawapan telah datang: Sesungguhnya dunia dan apa yang ada di atasnya adalah bagi Rasulullah s.a.w.

(645)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad secara marfu‘, daripada ‘Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Allah telah menciptakan Adam dan Dia telah memberi dunia semuanya kepadanya. Apa yang dimiliki oleh Adam, maka ia adalah milik Rasulullah s.a.w dan apa yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w, maka ia adalah milik para imam daripada keluarga Muhammad s.a.w.

(646)-8. Muhammad bin Isma‘il, daripada Fadhl bin Syazan dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Umar, daripada Hafs bin al-Bukhturi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Jibrail a.s telah menendang dengan kakinya [lalu terjadi] lima sungai, kemudian ia diikuti: Sungai Furat, Dajlah, Nail Mesir, Mihran, sungai Balkh dan apa yang mengalir atau dialirkan airnya, maka ia adalah untuk imam dan lautan yang di kelilingi dunia adalah [untuk imam].
Ali bin Ibrahim, daripada al-Sirriyu bin al-Rabii‘ berkata: Ibn Abi Umar tidak setara dengan Hisyam bin al-Hakam sedikitpun. Beliau sentiasa datang kepadanya. Kemudian beliau telah berpaling daripadanya dan menyalahinya. Sebabnya bahawa Abu Malik al-Hadhrami adalah salah seorang pengikut Hisyam. Dan telah berlaku perselisihan di antaranya dan Ibn Abi Umar tentang imamah. Ibn Abi Umar telah berkata: Dunia semuanya untuk imam a.s dari segi milik dan sesungguhnya beliau (imam) adalah lebih baik dengannya (dunia) daripada mereka yang mana dunia di tangan mereka.

Abu Malik pula telah berkata: Tidak sedemikian. Milik manusia adalah untuk mereka melainkan apa yang telah dihukum oleh Allah dengannya untuk imam seperti al-Fai’, khumus dan barang rampasan, maka ia adalah untuk imam. Sesungguhnya Allah telah menerangkan kepada imam supaya meletakkannya dan bagaimana beliau melakukan nya. Maka kedua-duanya telah meredai Hisyam bin al-Hakam dan menyokongnya, lalu Hisyam bin al-Hakam telah menghukum untuk Abu Malik ke atas Ibn Abi Umar, lantas Ibn Abi Umar telah menjadi marah dan meninggalkan Hisyam selepas itu.



Bab 106

☼Sirah Imam Pada Dirinya, Pada Makanannya Dan Pakaiannya Apabila Beliau Menjalankan Urusan (sirah al-Imam fi nafsi-hi wa-fi al-Mat‘am wa-al- malbas idha waliya al-Amr)☼

(647)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamd bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada Hammad, daripada Hamid dan Jabir al-‘Abdi berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menjadikan aku imam pada makhluk-Nya, lalu Dia telah memfardukan ke atasku penilaian pada diriku, makananku, minumanku dan pakaianku seperti manusia yang lemah supaya orang yang fakir mengikuti dengan kefakiranku dan orang yang kaya tidak menzalimi [orang lain] kerana kekayaannya.

(648)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Umar, daripada Hammad bin Uthman, daripada al-Mu‘alla bin Khanis berkata: Pada suatu hari aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, anda telah menyebut keluarga polan dan nikmat yang mereka perolehi, maka aku telah berkata: Jikalaulah [nikmat] ini [telah berlaku] kepada kamu, nescaya kami telah hidup bersama kamu [dengan senang], maka beliau a.s telah berkata: Alangkan jauhnya, wahai Mu‘alla, demi Allah, jikalaulah ia sedemikian, maka ia adalah politik di waktu malam dan pelancongan di siang hari, memakai pakaian yang kasar dan memakan makanan yang rendah mutunya, maka ia telah dijauhkan daripada kita. Anda tidak melihat kegelapan [malam] melainkan Allah menukarnya kepada [cahaya] nikmat seperti ini.

(649)-3. Ali bin Muhammad, daripada Salih bin Abi Hammad dan beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad dan selain daripada mereka berdua dengan sanad yang bermacam-macam tentang hujah Amir al-Mukminin a.s terhadap ‘Asim bin Ziyad ketika beliau memakai al-‘Abaa’ dan meninggalkan al-Mala’, lalu saudaranya al-Rabi‘ bin Ziyad mengadu kepada Amir al-Mukminin a.s bahawa beliau telah menyusahkan keluarganya dan membuat anak lelakinya berdukacita dengannya, maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Di atasku ‘Asim bin Ziyad, lalu dibawa kepadanya, manakala beliau a.s telah melihat kepadanya, maka mukanya telah menjadi masam, lalu beliau a.s telah berkata kepadanya: Tidakkah anda malu kepada keluarga anda? Tidakkah anda merahmati anak lelaki anda?

Adakah anda melihat Allah telah menghalalkan kepada anda segala kebaikan sedangkan Dia benci anda mengambilnya, anda adalah lebih mudah ke atas Allah daripada itu. Tidakkah Allah telah berfirman: “Dan Dia telah meratakan bumi untuk makhluk(nya)” Tidakkah Allah telah berfirman: “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Dari keduanya keluar mutiara dan marjan”Justeru, penggunaan nikmat Allah dengan perbuatan itu adalah lebih disukai Allah dari penggunaannya dengan kata-kata. Sesungguhnya Allah berfirman: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya” Maka ‘Asim berkata: Wahai Amir al-Mukminin, adakah aku mesti mengikut makanan anda yang rendah mutu dan pakaian anda yang kasar? Maka beliau a.s telah berkata: Aduhai dukacitanya anda, sesungguhnya Allah a.w telah memfardukan ke atas para imam keadilan supaya menilai diri mereka dengan manusia yang paling lemah, supaya orang fakir tidak memberontak dengan kefakirannya, lalu ‘Asim bin Ziyad telah mencampakkan al-‘Abaa’ dan memakai al-Mala’.

(650)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahamd bin Muhammad al-Barqiy, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Yahya al-Khazaz, daripada Hammad bin Uthman berkata: Aku telah mendatangi Abu Abdillah a.s dan seorang lelaki telah berkata kepadanya: Aslaha-ka llahu, anda telah menyebut bahawa Ali bin Abu Talib telah memakai pakaian yang kasar, memakai baju (qamis) dengan [harga] empat dirham dan seumpamanya sedangkan kami melihat anda memakai pakaian yang baru, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib a.s telah memakai [pakaian] sedemikian pada zaman yang tidak boleh diingkari [ke atasnya], jika beliau a.s telah memakai pakaian seperti hari ini, nescaya beliau a.s masyhur dengannya [juga]. Lantaran itu, sebaik-baik pakaian setiap zaman adalah pakaian penduduknya. Hanya Qaim kita Ahlu l-Bait a.s apabila [dilantik] menjadi imam, beliau memakai pakaian Ali a.s dan berjalan mengikut sirahnya.



Bab 107

☼Bab Tentang Perkara Yang Pelik (bab nadir)☼

(651)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdillah, daripada Ayyub bin Nuh berkata: Pada suatu hari beliau telah bersin dan aku berada di sisinya, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah yang dikatakan kepada imam apabila beliau bersin? Beliau telah berkata: Mereka telah berkata: Salla llahu ‘alai-ka.

(652)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ja‘far bin Muhammad berkata: Ishaq bin Ibrahim al-Dinuari telah memberitahu kepadaku daripada Umar bin Zahir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Seorang lelaki telah bertanya kepadanya tentang al-Qaim dan memberi salam kepadanya dengan “Amir al-Mukminin”? Beliau telah berkata: Tidak, itu adalah nama yang telah diberikan oleh Allah kepada Amir al-Mukminin a.s. tidak ada seorangpun telah dinamakan dengannya sebelumnya dan selepasnya melainkan oleh orang kafir. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bagaimana diberi salam kepadanya? Beliau telah berkata: Mereka telah berkata: Al-Salamu‘alai-ka ya Baqiyyata llahi, kemudian beliau a.s telah membaca firman-Nya: “Baqiyyatu llah adalah lebih baik bagimu jika kamu beriman”

(653)-3. Al-Hasan bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Ahmad bin Umar berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan a.s kenapakah dinamakan Amir al-Mukminin a.s? Beliau a.s telah berkata: Kerana beliau akan dapat memberi mereka ilmu, tidakkah anda mendengar[nya] di dalam Kitab Allah: “Dan kami akan dapat memberi makan keluarga kami”

Di dalam riwayat yang lain beliau telah berkata: Kerana penyaraan mukminin (miirah al-Mu’minin) kepada mereka di sisinya adalah menyediakan mereka ilmu.

(654)-4. Ali bin Ibrahim, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Abi al-Rabi‘ al-Qazzaz, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Kenapakah dinamakan dengan Amir al-Mukminin? Beliau a.s telah berkata: Allah telah menamakannya dan demikianlah diturunkan di dalam Kitab-Nya: “Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anank Adam dari salbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka: Bukankan Aku ini Tuhanmu? Dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul-Ku dan sesungguhnya Ali adalah Amir al-Mukminin.

0 comments:

Surah Al-Asr

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."


Demi Masa

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw
Allahumma solli a'la Muhammad, wa ali Muhammad

 

Design by Amanda @ Blogger Buster