Tuesday, October 6, 2009

Usul al-Kafi Kitab al-Hujjah

Bab 126

☼Hadis-Hadis Tentang Dua Belas Para Imam Dan Nas-Nas Ke Atas Mereka A.S (ma jaa’a fi al-Ithna ‘asyara wa al-Nas ‘alai-him,a.s)☼

(955)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad al-Barqi, daripada Abi Hasyim Daud bin al-Qasim al-Ja‘fari, daripada Abi Ja‘far al-Thani a.s telah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah datang dan bersamanya al-Hasan bin Ali a.s yang berpegang di atas tangan Salman, lalu beliau telah memasuki Masjid Haram, maka beliau telah duduk, tiba-tiba seorang lelaki yang mempunyai pendirian dan pakaian yang elok telah datang, lalu beliau telah memberi salam kepada Amir al-Mukminin a.s, maka beliau a.s telah menjawab salamnya, kemudian beliau telah duduk dan beliau telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku akan bertanya anda tiga masalah, jika anda memberitahu kepadaku tentangnya, aku mengetahui bahawa mereka telah mengabaikan urusan anda dan mereka tidak aman di dunia dan di akhirat, tetapi jika anda tidak dapat menjawabnya, maka anda dan mereka adalah sama saja.

Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Tanyalah aku apa yang terlintas di hati anda, beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang seorang lelaki apabila beliau telah tidur di manakah pergi rohnya dan bagaimana beliau [boleh] mengingati dan melupai? Dan tentang seorang lelaki, bagaimana anak lelakinya menyerupai bapa-bapa saudaranya sama ada di sebelah ibu ataupun di sebelah bapa? Lalu Amir al-Mukminin a.s telah berpaling kepada al-Hasan, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Muhammad, berilah jawapan kepadanya, beliau telah berkata: Maka al-Hasan a.s telah memberi jawapan kepadanya, lantas lelaki itu berkata: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku sentiasa menyaksikannya dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah Rasul-Nya dan aku sentiasa menyaksikannya.

Dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya anda adalah wasi Rasulullah s.a.w dan al-Qaim bagi Hujjah-Nya-beliau telah menunjuk kepada Amir al-Mukminin a.s-dan aku sentiasa menyaksikannya. Dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya anda adalah wasinya dan al-Qaim bagi Hujjah-Nya-beliau telah menunjukkan kepada al-Hasan a.s-dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya al-Husain bin Ali adalah wasi saudaranya dan al-Qaim bagi Hujjah-Nya selepasnya. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Ali bin al-Husain adalah al-Qaim bagi urusan al-Husain selepasnya dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad bin Ali adalah al-Qaim bagi urusan Ali bin al-Husain.

Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Ja‘far bin Muhammad adalah al-Qaim bagi urusan Muhammad dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Musa adalah al-Qaim bagi urusan Ja‘far bin Muhammad. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Ali bin Musa adalah al-Qaim bagi urusan Musa bin Ja‘far. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad bin Ali adalah al-Qaim bagi urusan Ali bin Musa. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Ali bin Muhammad adalah al-Qaim bagi urusan Muhammad bin Ali. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya al-Hasan bin Ali adalah al-Qaim bagi urusan Ali bin Muhammad dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya seorang lelaki daripada anak al-Hasan, tidak diberikan nama dan gelarannya sehingga urusannya terserlah.

Lalu beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi kezaliman dan salam ke atas anda, wahai Amir al-Mukminin, rahmat Allah dan berkat-Nya, kemudian beliau telah berdiri dan pergi, lalu Amir al-Mukminin telah berkata: Wahai Abu Muhammad, ikutlah beliau dan lihatlah ke manaka beliau tuju, lalu al-Hasan bin Ali a.s telah keluar dan berkata: Beliau hanya telah meletakkan kakinya di luar masjid, maka aku tidak mengetahui di manakah beliau telah pergi di bumi Allah, maka aku telah kembali kepada Amir al-Mukminin a.s, lalu aku telah memberitahu kepadanya, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Muhammad, adakah anda mengetahuinya? Aku telah berkata: Allah, Rasul-Nya dan Amir al-Mukminin lebih mengetahuinya, beliau telah berkata: Beliau adalah Khidir a.s.

(956)-2. Muhammad bin Yahya telah memberitahu kepadaku, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, daripada Ahmad bin Abi Abdillah, daripada Abi Hasyim seumpamanya. Muhammad bin Yahya telah berkata: Aku telah berkata kepada Muhammad bin al-Hasan: Wahai Abu Ja‘far, aku telah suka berita ini telah datang bukan daripada pihak Ahmad bin Abi Abdillah, berkata: Sesungguhnya beliau telah memberitahu kepadaku sepuluh tahun sebelum “kekusutannya”.

(957)-3. Muhammad bin Yahya dan Muhammad bin Abdullah, daripada Abdullah bin Ja‘far, daripada al-Hasan bin Zarif dan Ali bin Muhammad, daripada Salih bin Abi Hammad, daripada Bakr bin Salih, daripada ‘Abd al-Rahman bin Salim, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Bapaku Muhammad telah berkata kepada Jabir bin Abdullah al-Ansari: Sesungguhnya aku ada hajat dengan anda, apabila anda ada masa aku akan bersama-sama anda dan aku akan bertanya kepada anda mengenainya? Jabir telah berkata kepadanya: Pada bila-bila masa anda kehendaki, wahai sayyidi, bapa aku telah berada beberapa hari bersama-samanya.

Beliau telah berkata kepada Jabir: Beritahulah kepada aku tentang Lauh yang anda telah melihatnya pada tangan ibu aku Fatimah a.s dan apa yang telah diberitahu kepada anda oleh ibu aku, dan apa yang tertulis di Lauh ini? Jabir telah berkata: Aku naik saksi dengan Allah bahawa aku telah memasuki rumah Fatimah a.s pada masa hidup Rasulullah s.a.w, aku telah memberi tahniah kepadanya di atas kelahiran al-Husain a.s, aku telah melihat di tangannya Lauh berwarna hijau. Aku telah menyangkanya zamrud. Aku telah melihat padanya surat berwarna putih seperti cahaya matahari, maka aku telah berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda, dan ibu aku apakah Lauh ini? Beliau telah berkata: Ini adalah Lauh yang mana Allah telah menghadiahkannya kepada Rasulullah s.a.w.

Di dalamnya terdapat nama bapa aku, nama aku, nama Ali, nama dua anak lelaki aku dan nama-nama para wasi daripada anak-anak aku. Maka bapa aku telah memberikannya kepada aku untuk menggembirakan aku dengannya, Jabir telah berkata: Ibu anda telah memberikannya kepada aku, maka aku telah membacanya, dan membuat salinannya, bapa aku a.s telah berkata: Adakah anda, wahai Jabir, akan membentangkannya kepada aku? Beliau telah berkata: Ya, lalu bapa aku berjalan bersama-samanya menuju ke rumah Jabir, kemudian bapa aku telah mengeluarkan dari genggamnya mashaf dari kulit nipis sambil berkata: Wahai Jabir, lihatlah pada surat (kitab) anda supaya aku membacanya kepada anda, lantas beliau telah melihat kepada suratnya, lalu bapa aku telah membaca kepadanya, ia tidak menyalahi walaupun satu huruf, Jabir telah berkata: Aku naik saksi dengan Allah sesungguhnya aku telah melihatnya seperti di Lauh tertulis:

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim


Surat (kitab) ini adalah daripada Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui untuk Muhammad Nabi-Nya, Duta-Nya, Hijab-Nya, Penunjuk-Nya. Diturunkan oleh al-Ruh al-Amin dari sisi Tuhan semesta alam, hormatilah, wahai Muhammad, akan nama-nama-Ku, bersyukurlah kepada nikmat-nikmat-Ku dan janganlah Engkau mengingkarinya, sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, Pemusnah para penguasa, Pembantu mereka yang dizalimi.

Pemilik hari Kiamat, sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, Sesiapa yang telah berharap selain dari kelebihan-Ku, atau beliau takut selain dari keadilan-Ku, nescaya Aku akan menyeksanya dengan penyeksaan yang belum pernah Aku melakukannya kepada sesiapapun di seluruh semesta. Maka kepada-Akulah engkau sembah, dan kepada Akulah engkau bertawakal. Aku tidak mengutus seorang nabi melainkan aku menyempurnakan hari-harinya, dan tamat masanya melainkan Aku menjadikan untuknya seorang wasi.

Sesungguhnya Aku telah melebihkan engkau ke atas para nabi dan Aku telah melebihkan wasi engkau ke atas para wasi. Aku menghormati engkau dengan dua orang anak lelaki engkau selepasnya; al-Hasan dan al-Husain, Aku telah menjadikan al-Hasan galian ilmu-Ku selepas tamat masa bapanya. Aku telah menjadikan al-Husain penyimpan wahyu-Ku, Aku memuliakannya dengan kesyahidan. Dan Aku menamatkannya dengan kebahagiaan. Justeru, beliau adalah sebaik-baik mereka yang telah mati syahid dan yang paling tinggi darjat di kalangan para syahid di sisi-Ku. Aku telah menjadikan kalimat-Ku yang sempurna bersama-nya dan hujah Aku yang kukuh di sisinya.

Dengan ‘itrahnya, Aku memberi pahala dan menyeksa, awal mereka adalah Ali sayyid al-‘Abidin dan perhiasan kepada para wali-Ku yang lalu dan anak lelakinya seperti datuknya yang terpuji Muhammad al-Baqir kerana ilmu-Ku, dan galian hikmah-Ku dan akan membinasakan mereka yang tidak mempunyai pendirian tentang Ja‘far; penentang kepadanya adalah seperti penentang kepada-Ku. Kata-kata yang tepat bagi-Ku bahawa Aku akan menghormati kedudukan Ja‘far. Aku akan menggembirakannya di kalangan penyokong-penyokong dan pembantu-pembantunya dan para walinya.

Dan selepasnya adalah Musa. Fitnah yang buta dan halus akan berlaku, kerana rancangan jahat tidak terputus dan hujah-Ku tidak juga tersembunyi. Sesungguhnya para wali-Ku akan meminum gelas yang sempurna. Sesiapa yang telah menentang seorang daripada mereka, maka sesungguhnya beliau telah mengingkari nikmat-Ku dan telah mengubah ayat daripada kitab-Ku dan telah berbohong ke atas-Ku, neraka wail bagi pembohong-pembohong yang menentang selepas Musa, hamba-Ku, kekasih-Ku, dan pilihan-Ku, kerana pembohong kepada salah seorang daripada mereka adalah pembohong kepada semua para wali-Ku. Ali adalah wali-Ku dan pembantu-Ku.

Siapa yang Aku meletakkan ke atasnya tanggungan kenabian atau Aku mengujinya dengan kekuatan tersebut, akan dibunuh oleh jin yang sombong, di kapankan di bandar yang telah dibina oleh hamba yang soleh (Dhu l-Qurnain) di sisi sejahat-jahat makhluk-Ku. Aku akan menggembirakannya dengan Muhammad anak lelakinya, khalifahnya selepasnya, dan pewaris ilmu-nya. Lantaran itu, beliau adalah galian ilmu-Ku, dan tempat simpan ilmu-Ku, dan Hujjah-Ku di atas makhluk-Ku. Aku telah menjadikan syurga tempat tinggalnya.

Aku telah memberi syafaat kepadanya bagi membolehkannya menyelamatkan tujuh puluh ribu keluarganya yang layak untuk ke neraka. Aku telah menamatkan kebahagiaan anak lelakinya Ali, wali-Ku dan penolong-Ku, dan saksi kepada makhluk-Ku, pemegang amanah wahyu-Ku. Aku akan mengeluarkan daripadanya seorang pendakwah kepada jalan-Ku dan penyimpan kepada ilmu-Ku al-Hasan, kemudian Aku menyempurnakannya selepasnya anak lelakinya (al-Mahdi) sebagai rahmat kepada alam semesta.

Di atasnya kesempurnaan Musa, kehebatan Isa dan kesabaran Ayyub. Para wali-Ku akan dihina pada zamannya, kepala-kepala mereka menunduk sebagaimana dilakukan oleh orang- orang Turki dan Dailam, mereka akan dibunuh, dibakar, mereka menjadi takut, bumi dimerahi dengan darah-darah mereka, penderitaan dan tangisan berlaku kepada perempuan-perempuan mereka, mereka itu adalah para wali-Ku yang sebenar, dengan mereka Aku menolak segala bala dan fitnah yang buta, dengan mereka Aku menahan gegeran dan dengan mereka Aku menolak bencana, ke atas mereka itu adalah selawat dan rahmat daripada Tuhan mereka dan merekalah yang mendapat hidayat.

Abd al-Rahman bin Salim berkata: Abu Basir berkata: Sekiranya anda tidak mendengar hadis selain daripada hadis ini, nescaya ia memadai bagi anda, lantaran itu, jagalah hadis ini melainkan untuk ahlinya.

(958)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin Umar al-Yamani, daripada Abban bin Abi ‘Iyaysy, daripada Sulaim bin Qais dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Umar bin Abu Udhinah dan Ali bin Muhammad, daripada Ahmad bin Hilal, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Umar bin Udhinah, daripada [Abban] bin Abi ‘Iyyasy, daripada Sulaim bin Qais berkata: Aku telah mendengar Abdullah bin Ja‘far al-Tayyar berkata: Kami telah berada di sisi Mu‘awiyah, aku, al-Hasan, al-Husain, Abdullah bin al-‘Abbas, Umar bin Umm Salmah dan Usamah bin Zaid, maka telah berlaku di antara aku dan Mu‘awiyah percakapan, lalu aku telah berkata kepada Mu‘awiyah: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah lebih baik (aula) dengan mukminin daripada diri mereka sendiri, kemudian saudaraku Ali bin Abu Talib adalah lebih baik (aula) dengan mukminin daripada diri mereka sendiri.

Apabila Ali mati syahid, maka al-Hasan bin Ali adalah lebih baik dengan mukminin daripada diri mereka sendiri, kemudian anak lelakiku al-Husain selepasnya adalah lebih baik dengan mukminin daripada diri mereka sendiri. Apabila beliau mati syahid, maka anak lelakinya Ali bin al-Husain adalah lebih baik dengan mukminin daripada diri mereka sendiri dan anda akan mendapatinya, wahai Ali, kemudian anak lelakinya Muhammad bin Ali adalah lebih baik dengan mukminin daripada diri mereka sendiri. Dan anda akan mendapatinya, wahai Husain, kemudian sembilan daripada anak-anak lelaki al-Husain akan menyempurnakan dua belas imam, Abdullah bin Ja‘far telah berkata: Aku telah menyaksikan al-Hasan, al-Husain, Abdullah bin ‘Abbas, Umar bin Umm Salmah dan Usamah bin Zaid, maka mereka telah memberi penyaksian kepadaku di sisi Mu‘awiyah, Sulaim telah berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar sedemikian daripada Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad dan mereka telah menyebut bahawa mereka telah mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w.

(959)-5. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Hanan bin al-Sarraj, daripada Daud bin Sulaiman al-Kasa’i, daripada Abi Tufail berkata: Aku telah menyaksikan jenazah Abu Bakr pada hari beliau telah mati dan aku telah menyaksikan Umar ketika beliau dibaiah dan Ali sedang duduk di satu sudut, tiba-tiba seorang kanak-kanak Yahudi yang cantik mukanya, memakai pakaian yang cantik, beliau adalah daripada keturunan Harun sehingga beliau telah berdiri di hadapan Umar, maka beliau telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, adakah anda orang yang paling mengetahui [daripada] umat ini dengan kitab mereka dan urusan nabi mereka?

Beliau telah berkata: Umar telah menggerakkan kepalanya, maka beliau telah berkata: Kepada anda aku maksudkan dan beliau telah mengulangi kata-katanya kepadanya, maka Umar telah berkata kepadanya: Kenapa anda? Beliau telah berkata: Sesungguhnya aku telah datang kepada anda di dalam keadaan murtad untuk diriku, syak pada agamaku, maka beliau telah berkata: Waspada dengan pemuda ini, beliau telah berkata: Siapakah pemuda ini? Beliau telah berkata: Ini adalah Ali bin Abu Talib, sepupu Rasulullah s.a.w dan suami Fatimah binti Rasulullah s.a.w, ini adalah Abu al-Hasan dan al-Husain dua anak lelaki Rasulullah s.a.w, lantas Yahudi telah datang kepada Ali a.s dan berkata: Adakah ini anda [Ali?].

Beliau telah berkata: Ya, beliau telah berkata: Sesungguhnya aku mahu bertanya anda tentang tiga, tiga dan satu. Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah tersenyum dan berkata: Wahai Haruniyyun, apakah yang telah menghalang anda dari berkata tujuh? Beliau telah berkata: Aku akan bertanya anda tentang tiga, jika anda telah menjawabnya kepadaku, aku akan bertanya anda selepasnya dan jika anda tidak mengetahuinya, aku akan mengetahui bahawa tidak ada orang yang alim pada kamu, Ali a.s telah berkata: Aku bertanya anda dengan [nama] Tuhan yang anda sembah, jika aku dapat menjawab apa yang anda mahu, anda akan meninggalkan agama anda dan anda akan memasuki agamaku? Beliau telah berkata: Aku tidak datang melainkan untuk itu, beliau telah berkata: Tanyalah, beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku titisan darah yang pertama tumpah di muka bumi ini?

Mata yang pertama telah mengalir di muka bumi? Perkara yang pertama telah bergerak di muka bumi? Maka Amir al-Mukminin a.s telah menjawabnya dan berkata kepadanya: Beritahulah kepadaku tentang tiga yang akhir, beritahulah kepadaku tentang Muhammad dan berapakah imam yang adil beliau miliki? Di syurga manakah beliau akan memasukinya? Siapakah yang akan tinggal bersamanya di syurga? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Haruniyyun, sesungguhnya bagi Muhammad adalah dua belas imam yang adil, tidak akan memudaratkan oleh kehinaan orang yang telah menghinanya, tidak takut kepada mereka yang menentangnya dan sesungguhnya mereka di dalam agama adalah lebih teguh daripada gunung di bumi dan tempat tinggal Muhammad di syurganya bersama dua belas imam yang adil, maka beliau telah berkata: Anda telah berkata benar, demi Allah, tiada tuhan melainkan Dia, sungguhnya aku mendapatinya di dalam kitab bapaku Harun, beliau telah menulisnya dengan tangannya dan imlak Musa, bapa saudaraku a.s. Beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang satu (al-Wahidah)? Beritahulah kepadaku tentang wasi Muhammad berapa lamakah beliau hidup selepasnya? Adakah beliau akan mati (biasa) atau akan dibunuh?

Beliau a.s telah berkata: Wahai Haruniyyun, beliau akan hidup selama tiga puluh tahun selepasnya, tidak lebih walaupun satu hari dan tidak kurang walaupun satu hari. Kemudian beliau akan dipukul [dengan] satu pukulan di sini-iaitu di kepalanya-lalu ia akan berlumuran dengan darah daripada sini, beliau telah berkata: Harunniyyun telah melaung dan memutuskan benang tebalnya di pakaiannya dan berkata: Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah yang Satu, tida sekutu bagiNya dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya dan sesungguhnya anda adalah wasinya, sewajarnya anda melebihi [orang lain] dan tidak [boleh] ditandingi dan anda wajar dihormati dan bukan diperkecil-kecilkan, beliau telah berkata: Kemudian Ali a.s telah pergi bersamanya ke rumahnya, maka beliau a.s telah mengajarnya petanda-petanda agama.

(960)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abu Sa‘id al-‘Usfuri, daripada Umar bin Thabit, daripada Abu Hamzah telah berkata: Aku telah mendengar Ali bin al-Husain a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan Muhammad, Ali dan sebelas daripada anak-anaknya daripada cahaya kebesaran-Nya, lalu Dia telah mendirikan bentuk-bentuk yang kurang jelas (asybaah) pada ruang cahaya-Nya, mereka bertasybih kepada Allah dan mentakdiskanNya. Mereka adalah para Imam daripada anak-anak Rasulullah s.a.w.

(961)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad al-Hasysyab, daripada Ibn Sama‘ah, daripada Ali bin al-Hasan bin Ribat, daripada Ibn Udhinah, daripada Zurarah telah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Dua belas imam daripada keluarga Muhammad a.s semuanya muhaddath daripada anak-anak Rasulullah s.a.w dan daripada anak-anak Ali a.s. Rasulullah s.a.w dan Ali a.s adalah dua bapa (al-Waalidaani), maka Ali bin Rasyid, saudara Ali bin al-Husain sebelah ibunya telah mengingkarinya, lalu Abu Ja‘far a.s telah melaung dan berkata: Adapun anak lelaki ibu anda bukanlah salah seorang daripada mereka.

(962)-8. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Mas‘adah bin Ziyad, daripada Abi Abdullah dan Abi Sa‘id al-Khudri telah berkata: Aku telah hadir ketika Abu Bakr telah mati dan Umar dilantik, tiba-tiba seorang pembesar Yahudi Yathrib dan yang paling alim mereka telah datang sehingga dibawa kepada Umar, lalu beliau telah berkata kepadanya: Wahai Umar, sesungguhnya aku telah datang kepada anda kerana mahu Islam, jika anda dapat menjawab apa yang aku akan bertanya anda tentangnya, maka anda adalah orang yang paling alim di kalangan para sahabat Muhammad dengan Kitab dan Sunnah dan semua yang aku mahu bertanya tentangnya.

Umar telah berkata kepadanya: Aku bukanlah begitu, tetapi aku akan menunjukkan kepada anda orang yang paling alim pada umat kita dengan Kitab dan Sunnah dan semua yang anda akan bertanya tentangnya, maka beliaulah-Umar telah menunjukkan kepada Ali a.s-maka Yahudi itu telah berkata kepadanya: Wahai Umar, jika inilah yang anda katakan, apakah kedudukan anda dan baiah orang ramai [kepada anda] kerana beliau (Ali) adalah orang yang paling alim di kalangan kamu! Lalu Umar telah menentangnya, kemudian Yahudi itu telah datang kepada Ali a.s dan berkata: Anda sebagaimana telah dikatakan oleh Umar? Maka beliau a.s telah berkata: Apakah yang telah dikatakan oleh Umar? Lalu beliau telah memberitahu kepadanya, beliau telah berkata: Jika anda sebagaimana telah dikatakan olehnya, aku akan bertanya anda beberapa perkara yang aku ingin mengetahuinya dan aku akan memeluk Islam.

Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Ya, aku adalah sebagaimana dikatakan oleh Umar, tanyalah apa yang terlintas dihati anda, aku akan memberitahu tentangnya kepada anda, jika Allah kehendaki. Beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang tiga, tiga dan satu, maka Ali a.s telah berkata kepadanya: Wahai Yahudi, kenapakah anda tidak berkata tentang tujuh, lalu Yahudi itu telah berkata: Sesungguhnya anda, jika anda telah memberitahu kepadaku tentang tiga, aku akan bertanya anda yang bakinya, jika tidak, anda akan menegah. Jika anda dapat menjawab tujuh perkara ini kepadaku, maka anda adalah penduduk bumi yang paling alim dan yang paling baik (aula) di kalangan manusia, maka beliau a.s telah berkata: Tanyalah apa yang terlintas di hati anda, wahai Yahudi, beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku batu yang pertama diletakkan di atas muka bumi? Dan pokok yang pertama disiram di muka bumi? Dan mata yang pertama yang mengalir di muka bumi? Lalu Amir al-Mukminin a.s telah memberitahu kepadanya tentangnya, kemudian Yahudi telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang umat ini berapa baginya imam petunjuk? Dan beritahulah kepadaku tentang nabi kamu Muhammad, di manakan kedudukannya di syurga?

Dan beritahulah kepadaku siapakah bersamanya di syurga? Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya bagi umat ini dua belas imam petunjuk daripada zuriat nabinya dan mereka daripadaku. Adapun kedudukan nabi kami di syurga adalah di syurga Adan yang lebih baik dan lebih mulia. Adapun mereka yang bersamanya pada kedudukannya di dalamnya adalah dua belas orang daripada zuriatnya, ibu mereka, datuk perempuan mereka, ibu kepada ibu mereka dan hamba-hamba perempuan mereka, tidak ada seorangpun yang akan tinggal bersama mereka padanya.

(963)-9. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Mahbub, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja‘far a.s daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari berkata: Aku telah datang kepada Fatimah a.s dan di hadapannya loh (lauh) yang mangandungi nama-nama para wasi daripada [suaminya dan] anak-anaknya, maka aku telah menghitung dua belas [orang] dan yang akhir mereka adalah al-Qaim a.s, tiga daripada mereka adalah Muhammad dan empat daripada mereka adalah Ali.

(964)-10. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad s.a.w kepada jin dan manusia dan telah menjadikan selepasnya dua belas wasi di antara mereka ada yang telah berlalu dan di antara mereka ada yang masih hidup dan setiap wasi selepas Muhammad s.a.w telah berlaku mengikut sunnah para wasi Isa dan mereka adalah dua belas orang dan Amir al-Mukminin adalah di atas sunnah al-Masih.

(965)-11. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Muhammad bin Abi Abdullah dan Muhammad bin al-Hasan daripada Sahal bin Ziyad, daripad al-Hasan bin al-‘Abbas bin al-Jarisy, daripada Abu Ja‘far al-Thani a.s bahawa Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepada Ibn ‘Abbas: Sesungguhnya lailatu l-Qadr (malam kuasa) adalah pada setiap tahun dan sesungguhnya urusan setahun akan turun pada malam itu, justeru, urusan itu adalah [untuk] para wali selepas Rasulullah s.a.w, maka Ibn ‘Abbas telah berkata: Siapakah mereka? Beliau a.s telah berkata: Aku dan sebelas daripada salbiku adalah para imam muhaddathun.

(966)-12. Dan dengan sanad-sanad ini, beliau telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada para sahabat: Berimanlah kepada lailatu l-Qadr, sesungguhnya ia akan berlaku kepada Ali bin Abu Talib dan anak-anaknya seramai sebelas orang selepasku”.

(967)-13. Dan dengan sanad-sanad ini bahawa Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepada Abu Bakr pada suatu hari “Janganlah kamu mengira bahawa mereka yang telah gugur di jalan Allah itu mati bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan-nya mendapat rezeki” Dan aku naik saksi bahawa Muhammad s.a.w adalah Rasulullah s.a.w telah mati syahid, demi Allah, baginda s.a.w akan mendatangi anda, maka yakinlah apabila baginda s.a.w datang kepada anda kerana syaitan tidak akan menyerupainya, Ali telah mengambil tangan Abu Bakr, lalu beliau a.s telah memperlihatkan Nabi s.a.w kepadanya, lantas baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Abu Bakr, Berimanlah kepada Ali dan sebelas orang daripada anak-anaknya, sesungguhnya mereka adalah sepertiku kecuali kenabian dan bertaubatlah kepada Allah daripada apa yang ada pada tangan anda (khilafah) kerana ia bukanlah hak anda padanya, beliau telah berkata: Kemudian baginda s.a.w telah pergi dan tidak dapat dilihat lagi.

(968)-14. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada al-Hasan bin ‘Ubaidillah, daripada al-Hasan bin Musa al-Khasysyab, daripada Ali bin Sama‘ah, daripada Ali bin al-Hasan bin Ribat, daripada Ibn Udhinah, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Dua belas imam daripada keluarga Muhammad semua mereka adalah muhaddath daripada anak-anak Rasulullah s.a.w dan anak-anak Ali bin Abu Talib a.s. Justeru, Rasulullah s.a.w dan Ali a.s adalah dua bapa (al-Waalidaani).

(969)-15. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Sa‘id bin Ghazwan, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Akan berlaku sembilan para imam selepas al-Husain bin Ali dan yang ke sembilan mereka adalah Qaim mereka.
(970)-16. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wisyaa’, daripada Abban, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Kami adalah dua belas imam, daripada mereka adalah al-Hasan, al-Husain dan dan para imam daripada anak-anak al-Husain a.s.

(971)-17. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abi Sa‘id al-‘Usfuri, daripada ‘Amru bin Thabit, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.aw telah bersabda: Sesungguhnya aku dan dua belas (sebelas) daripada anak-anakku dan anda, wahai Ali, Zarr al-Ardh iaitu tunjang bumi dan gunungnya, dengan kami Allah menguatkan bumi dari musnah bersama penghuninya. Apabila dua belas (sebelas) daripada anak-anakku pergi, bumi akan musnah dengan penghuninya dan mereka tidak akan dilihat lagi.

(972)-18. Dan dengan sanad-sanand ini, daripada Abu Sa‘id secara marfu‘, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Daripada anak-anakku [dan Ali a.s] dua belas orang cerdik, muhaddathun, mufahhamun , akhir mereka adalah al-Qaim dengan kebenaran yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman”.

(973)-19. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Syammun, daripada Abdullah bin ‘Abd al-Rahman al-Asamm, daripada Karram berkata: Aku telah bersumpah di antara aku dan diriku bahawa aku tidak akan memakan makanan di siang hari selama-lamanya sehingga datangnya Qaim keluarga Muhammad, maka aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, lalu aku telah berkata kepadanya: Seorang lelaki Syiah kamu telah bersumpah kepada Allah bahawa beliau tidak akan memakan makanan di siang hari selama-lamanya sehingga datangnya Qaim keluarga Muhammad?

Beliau a.s telah berkata: Maka berpuasalah, jika begitu, wahai Karram, tetapi janganlah anda berpuasa pada hari raya puasa dan hari raya haji, pada tiga hari tasyriq, ketika anda musafir atau sakit kerana al-Husain a.s manakala dibunuh, langit, bumi, mereka di atasnya dan para malaikat telah menangis, maka mereka telah berkata: Wahai Tuhanku, izinlah kami bagi membinasakan makhluk sehingga kami memperbaharui mereka dari mula kerana mereka telah menghalalkan kehormatan Engkau, mereka telah membunuh orang pilihan Engkau, lalu Allah telah mewahyukan kepada mereka: Wahai para malaikat-Ku, wahai langit-Ku, wahai bumi-Ku, bawalah bertenang”, kemudian Dia telah mendedahkan hijab[Nya], lalu Muhammad s.a.w telah meninggalkan dua belas wasi untuknya dan beliau telah mengambil tangan polan al-Qaim di kalangan mereka, Dia telah berfirman: Wahai para malaikat-Ku, wahai langit-Ku, wahai bumi-Ku dengan ini, Aku menang [untuk ini]- Dia telah berfirman sebanyak tiga kali-.

(974)-20. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abi Talib, daripada Uthman bin Isa, daripada Sama‘ah bin Mihran berkata: Aku, Abu Basir dan Muhammad bin ‘Imran maula Abu Ja‘far a.s telah berada di rumahnya di Makkah, maka Muhammad bin ‘Imran telah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kami adalah dua belas muhaddathan, lalu Abu Basir telah berkata kepadanya: Adakah anda telah mendengar daripada Abu Abdillah a.s? Maka beliau telah bersumpah kepadanya satu kali atau dua kali bahawa beliau telah mendengarnya? Maka Abu Basir telah berkata: Tetapi aku telah mendengarnya daripada Abu Ja‘far a.s.



Bab 127

☼Apabila Sesuatu Dikatakan Kepada Seseorang, Tetapi Ia tidak terjadi Padanya, Maka Ia terjadi Pada Anaknya(Atau Cucunya Kerana Beliaulah Dikatakan Kepadanya (fi anna-hu idha qiila fi al-Rujul syai’un fa-lam yakun fi-hi wa kana fi waladi-hi au walad waladi-hi fa-inna-hu huwa alladhi qila fi-hi☼

(975)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri’aab, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada ‘Imran: “Sesungguhnya Aku memberi kepada engkau seorang lelaki yang sempurna, berkat, akan menyembuhkan orang yang buta dan orang yang berpenyakit sopak dan menghidupkan orang yang mati dengan izin Allah dan menjadikannya seorang rasul kepada Bani Israel”, maka ‘Imran telah memberitahu kepada isterinya Hanah, ibu Maryam.

Manakala beliau telah hamil, beliau telah menyangka kandungannya adalah lelaki, “Manakala beliau telah melahirkannya, beliau telah berkata: Wahai Tuhanku, aku telah melahirkan seorang anak perempuan dan anak lelaki tidaklah sama dengan anak perempuan”, iaitu anak perempuan tidak boleh menjadi seorang rasul, tetapi Allah telah berfirman: “Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu”, manakala Allah telah mengurniakan Isa kepada Maryam, maka beliaulah Allah telah memberi berita gembira kepada ‘Imran dan telah menjanjikannya dengannya. Justeru, apabila kami telah berkata sesuatu kepada lelaki daripada kami, maka ia akan berlaku kepada anaknya atau cucunya, lantaran itu, janganlah kamu mengingkarinya.

(976)-2. Muhammad bin Isma‘il, daripada al-Fadhl bin Syazaan, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin Umar al-Yamani, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila kami telah berkata sesuatu kepada seseorang, jika ia tidak berlaku padanya, maka [ia akan berlaku] pada anaknya atau pada cucunya. Oleh itu, janganlah kamu mengingkarinya kerana Allah melakukan apa yang Dia kehendaki.

(977)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Ahmad bin ‘Aa’idh, daripada Abi Khadijah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kadangkala seorang itu dinilai dengan keadilan atau kezaliman serta kaitannya dengannya sekalipun beliau tidak melakukannya kerana ia terletak kepada anak lelakinya atau cucu selepasnya [yang akan melakukannya], justeru, beliau [dan anaknya atau cucunya] adalah orang yang sama (fa-huwa huwa).



Bab 128

☼Sesungguhnya Para Imam A.S Semuanya Melaksanakan Perintah Allah Ta‘ala, Penunjuk Kepada-Nya (inna al-Aimmata a.s kulla-hum qaa’imuun bi-amri llahi ta‘ala haaduun ilai-hi)☼

(978)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Zaid Abi al-Hasan, daripada al-Hakam bin Abi Nu‘aim berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja‘far a.s ketika beliau berada di Madinah, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah bernazar di antara al-Rukn wa al-Maqam, jika aku berjumpa dengan anda, aku tidak akan keluar dari Madinah sehingga aku mengetahui bahawa anda adalah Qaim keluarga Muhammad ataupun tidak, maka beliau tidak menjawab sesuatu kepadaku, lalu aku telah tinggal selama tiga puluh hari, kemudian beliau telah menyambutku di jalan, lalu berkata: Dan sesungguhnya anda masih ada di sini, maka aku telah berkata: Ya, aku telah memberitahu kepada anda tentang nazarku.

Anda tidak menyuruhku atau melarangku dari sesuatu dan anda tidak menjawab kepadaku dengan sesuatu? Maka beliau telah berkata: Datanglah di rumahku pada petang besok, maka akupun telah datang, beliau a.s telah berkata: Tanyalah tentang hajat anda, maka aku telah berkata: Aku telah bernazar, berpuasa atau bersedekah di antara al-Rukn wa al-Maqam, jika aku berjumpa dengan anda, aku tidak akan keluar dari Madinah sehingga aku mengetahui bahawa adakah anda Qaim keluarga Muhammad ataupun tidak, jika anda menahan diriku dari menolong anda, nescaya aku akan pergi ke tempat lain di bumi ini untuk mencari kehidupan.

Lalu beliau a.s telah berkata: Wahai Hakam, semua kita adalah Qaim dengan urusan Allah, aku telah berkata: Anda adalah al-Mahdi? Beliau telah berkata: Semua kita (al-Mahdi) menunjuk kepada Allah, aku telah berkata: Maka anda adalah pemilik pedang? Beliau telah berkata: Semua kita pemilik pedang dan pewaris pedang, aku telah berkata: Andalah pembunuh musuh-musuh Allah, para wali Allah menjadi kuat dengan anda dan agama Allah akan terserlah? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Hakam, bagaimana aku [Mahdi] sedangkan aku telah sampai empat puluh lima tahun? Sesungguhnya sahabat urusan ini (sahib hadha al-Amr) lebih hampir masanya dengan susu (hari Kiamat) daripadaku dan lebih ringan di atas belakang bintang (berperang).

(979)-2. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Ahmad bin ‘Aa’idh daripada Abi Khadijah, daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau telah ditanya tentang al-Qaim, maka beliau telah berkata: Semua kita adalah Qaim dengan urusan Allah, satu selepas satu sehingga pemilik pedang datang. Apabila pemilik pedang datang, maka beliau datang dengan urusan yang berbeza daripada urusan yang lalu.

(980)-3. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Syammun, daripada Abdullah bin ‘Abd al-Rahman, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Batal, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: “Suatu hari Kami menyeru tiap umat dengan pemimpinnya” Beliau a.s telah berkata: Imam di hadapan mereka adalah al-Qaim pada zaman-nya.



Bab 129

☼Perhubungan [Dengan] Imam A.S (silat al-Imam a.s)☼

(981)-1. Al-Husain bin Muhammad bin ‘Amir dengan sanad-sanadnya secara marfu‘ berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah menyangka bahawa imam a.s berhajat kepada apa yang ada di tangan orang ramai, maka beliau adalah kafir, sesungguhnya orang ramai memerlukan imam a.s untuk menerima mereka, Allah telah berfirman: “Dan ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka”

(982)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Isa bin Sulaiman al-Nuhas, daripada al-Mufadhdhal bin Umar, daripada al-Khaibari dan Yunus bin Zubyaan berkata: Kami telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Tidak ada suatu perkara yang paling dicintai Allah dari mengeluarkan dirham-dirham kepada imam a.s dan sesungguhnya Allah akan menjadikan untuknya satu dirham di syurga seperti bukit Uhud, kemudian beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam kitab-Nya: “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik, maka Dia akan melipatgandakan pembayaran kepadanya” Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, ia adalah perhubungan [dengan] imam a.s secara khusus.

(983)-3. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada Ahamd bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Hammad bin Abi Talhah, daripada Mu‘adh, pemilik pakaian telah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah tidak meminta [daripada] makhluk-Nya apa yang ada di tangan mereka sebagai pinjaman kerana Dia berhajat kepadanya; [tetapi] apa saja hak Allah, maka ia adalah untuk wali-Nya.

(984)-4. Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abi al-Mughra, daripada Ishaq bin ‘Ammar, daripada Abi Ibrahim a.s telah berkata: Aku telah bertanya tentang firman Allah: “Siapakah mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan pinjaman itu untuknya dan beliau akan memperoleh pahala yang banyak” Beliau a.s telah berkata: Ayat ini telah diturunkan tentang perhubungan [dengan] imam a.s.

(985)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Miyyaah, daripada bapanya telah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Wahai Miyyaah, satu dirham yang disampaikan kepada imam a.s itu, adalah lebih berat timbangannya dari bukit Uhud.

(986)-6. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada sebahagian lelakinya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Satu dirham yang disampaikan kepada imam a.s adalah lebih baik daripada 200 ribu dirham [yang disampaikan] selain daripadanya daripada jalan-jalan kebaikan.

(987)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ibn Bakir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku mengambil dirham daripada salah seorang daripada kamu, sesungguhnya bagiku adalah untuk orang yang banyak harta di Madinah, [tetapi] aku tidak mahu semuanya itu kecuali untuk mereka membersihkan [diri mereka].



Bab 130

☼Al-Fa’, Anfaal, Tafsir Khumus, Dan Batasannya Serta Apa Yang Wajib Padanya (al-Fa’ wa al-Anfaal wa tafsir al-Khums wa hududi-hi wa ma yajibu fi-hi)☼

Sesungguhnya Allah telah menjadikan dunia semuanya untuk khalifahnya sebagaimana Dia berfirman kepada malaikat-Nya: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi” Semua dunia adalah untuk Adam dan selepasnya [untuk] anak-anaknya yang baik dan pengganti-penggantinya, Justeru, apa yang dapat dikalahkan ke atasnya oleh musuh-musuh mereka, kemudian dikembalikan kepada “mereka” dengan peperangan atau kemenangan dinamakan fai’ iaitu diberikan kepada mereka dengan kemenangan dan peperangan dan hukumnya sebagaimana firman Allah: “Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, mereka yang miskin dan ibnussabil” Maka ia adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, maka ini adalah fai’ yang dikembalikan. Sesungguhnya ianya dikembalikan daripada tangan orang lain, lalu diambil daripada mereka dengan pedang.

Adapun apa yang dikembalikan kepada mereka tanpa mengerahkan seekor kudapun atau seekor untapun, maka ia adalah al-Anfaal, iaitu untuk Allah dan Rasul-Nya secara khusus, tidak ada seorangpun yang berkongsi padanya kerana dijadikan perkongsian di dalam sesuatu yang diperangi bersama ke atasnya. Justeru, dijadikan bagi orang yang berperang -daripada rampasan perang- empat saham, maka bagi Rasul satu saham dan [saham] untuk Rasul s.a.w dibahagikan kepada enam bahagian, tiga untuknya dan tiga untuk anak-anak yatim, mereka yang miskin dan ibnussabil. Adapun al-Anfaal, maka ini bukanlah caranya kerana ia adalah untuk Rasul s.a.w secara khusus, begitu juga Fadak adalah untuk Rasulullah s.a.w secara khusus kerana Rasulullah s.a.w telah membukanya bersama Amir al-Mukminin a.s dan tidak ada seorangpun bersamanya [di dalam pembukaannya], justeru, nama fai’ telah hilang daripadanya dan digantikan dengan nama al-Anfaal.

Begitu juga harta selain daripada tanah milik (aajaam), galian-galian, lautan dan padang pasir, maka ia adalah khusus untuk imam a.s. Jika satu kumpulan mengerjakannya dengan izin imam a.s, maka bagi mereka 4/5 dan bagi imam 1/5. Dan sesiapa yang berkerja padanya tanpa izin imam a.s, maka imam a.s akan mengambil kesemuanya, tidak ada hak bagi orang lain padanya. Demikian juga sesiapa yang telah memajukan sesuatu atau mengadakan terusan air atau berkerja di tanah kharab tanpa izin daripada pemilik tanah, maka tidak ada baginya hak ke atasnya, jika beliau mahu, beliau boleh mengambilnya daripadanya kesemuanya, jika beliau mahu, beliau boleh meninggalkannya pada tangannya.

(988)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin Umar al-Yamani, daripada Abban bin Abi ‘Iyyas, daripada Sulaim bin Qais berkata: Aku telah mendengar Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Kamilah, demi Allah, mereka yang dimaksudkan oleh Allah dengan kaum kerabat (dhi al-Qurba) yang mana Allah telah menyertai mereka dengan diri-Nya dan nabi-Nya s.a.w, maka Dia telah berfirman: “Apa saja fai’ yang diberikan kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota, maka ia adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, mereka yang miskin dan ibnussabil” Untuk kami secara khusus dan Dia tidak menjadikan kami saham di dalam sedekah, Allah telah memuliakan Nabi-Nya dan memuliakan kami [dari] memakan kotoran yang ada di tangan manusia (sedekah).

(989)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Abban, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah: “Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul” Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah kerabat Rasulullah s.a.w, khumus adalah untuk Allah, Rasul dan kami.

(990)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hafs bin al-Bukhturi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Anfaal adalah apa yang tidak dikerahkan kuda dan unta atau satu kaum telah berdamai atau mereka telah memberi[nya] dengan tangan mereka. Dan setiap bumi yang terbiar (khirbah) dan perut-perut wadi, maka ia adalah untuk Rasulullah s.a.w dan ia adalah untuk imam a.s selepasnya, beliau boleh melakukan apa yang beliau kehendaki.

(991)-4. Ali bin Ibrahim bin Hasyim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada al-‘Abd al-Salih a.s telah berkata: Khumus adalah daripada lima perkara: Sebarang keuntungan atau laba yang diperolehi, [hasil] penyelaman, barang simpanan, galian-galian dan galian garam. Diambil [khumus] dari lima jenis ini, kemudian diberikan kepada orang yang telah dijadikan Allah untuknya dan dibahagikan kepada 4/5 di antara orang yang mendapatinya. Kemudian dibahagikan khumus di kalangan mereka di atas enam saham: Saham untuk Allah, saham untuk Rasulullah, saham kerabat, saham anak-anak yatim, saham mereka yang miskin dan saham ibnussabil.

Maka saham Allah dan saham Rasulullah adalah untuk uli al-Amr selepas Rasulullah s.a.w secara warisan, maka baginya tiga saham: Dua saham warisan dan satu saham yang dibahagikan untuknya daripada Allah dan baginya separuh khumus untuk penyempurnaan dan separuh khumus yang baki [dibahagikan] di antara keluarganya. Maka satu saham untuk anak-anak yatim mereka, satu saham untuk mereka yang miskin mereka dan satu saham untuk ibnussabil mereka, dibahagikan di kalangan mereka menurut Kitab dan Sunnah. Dan jika terdapat lebihan, maka ia adalah untuk wali dan jika ia berkurangan dari hajat mereka, maka wali membelanjakannya kepada orang di sisinya menurut kadar keperluan mereka kerana beliau memiliki lebihan [bahagian] daripada mereka.

Sesungguhnya Allah telah menjadikan khumus ini secara khusus untuk mereka dan bukan untuk mereka yang miskin lain dan ibnussabil lain sebagai gantian kepada mereka dari sedekah manusia, sebagai penghormatan daripada Allah untuk mereka kerana kekerabatan mereka dengan Rasulullh s.a.w dan kemuliaan daripada Allah untuk mereka daripada kekotoran [dosa] manusia (ausaakh al-Naas). Justeru, Dia telah menjadikan khumus untuk mereka secara khusus bagi mengelakkan mereka dari kehinaan dan kemiskinan. Tidak mengapa sedekah [berlaku] di kalangan mereka. Dan mereka yang mana Allah telah menjadikan khumus untuk mereka adalah kaum kerabat Nabi s.a.w yang telah disebutkan oleh Allah: “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat”

Mereka adalah Bani ‘Abd al-Muttalib sendiri, lelaki dan perempuan daripada mereka, tidak termasuk seorangpun di kalangan mereka ahlu buyuutaat Quraisy dan Arab di dalam khumus ini, begitu juga mawaali-mereka. Kadangkala dihalalkan sedekah orang ramai kepada mawaali mereka, mereka dan orang ramai adalah sama. Sesiapa yang ibunya daripada Bani Hasyim dan bapanya daripada Quraisy, maka sedekah adalah halal baginya dan khumus bukanlah untuknya kerana Allah berfirman: “Panggillah mereka dengan [nama] bapa-bapa mereka” Dan bagi imam a.s harta yang bersih: Beliau a.s mengambil daripada harta-harta ini yang bersih lagi elok, binatang yang baik, barang-barang menurut apa yang beliau suka atau kehendaki kerana ia adalah untuknya sebelum dibahagikan dan sebelum dikeluarkan khumus dan beliau hendaklah menunaikan semua yang mewakilinya seperti memberi kepada muallaf dan lain-lain.

Jika ada lagi bakinya, maka khumus dikeluarkan daripadanya, kemudian beliau membahagikannya di kalangan keluarganya dan yang bakinya kepada orang selepasnya. Jika bakinya tidak ada selepas pembahagian, maka tidak ada sesuatu untuk mereka dan tidak ada sesuatu bagi mereka yang berperang dan tidak ada sesuatu bagi mereka yang telah menang ke atasnya (musuh) melainkan yang meliputi askar. Tidak ada bahagian bagi Arab (A‘raab) jika mereka berperang bersama wali kerana Rasulullah s.a.w telah berdamai dengan Arab supaya baginda s.a.w meninggalkan mereka di rumah-rumah mereka dan mereka tidak berhijrah dengan alasan jika Rasulullah s.a.w diserbu oleh musuhnya, baginda s.a.w dapat melepaskan mereka [menentang musuhnya], justeru baginda s.a.w telah berperang dengan mereka dan mereka tidak ada bahagian di dalam ghanimah kerana sunnahnya berlaku sedemikian kepada mereka dan pada selain daripada mereka.

Adapun tanah-tanah yang diambil secara kekerasan dengan [kerahan] kuda dan tentera, maka ia di tinggalkan pada tangan orang yang memajukannya dan menghidupkannya dan wali menilainya di atas kemampuan mereka dan kepentingan mereka sama ada1/2 atau 1/3 atau 2/3 menurut kadar kepentingan mereka dan beliau tidak akan memudaratkan mereka. Apabila dikeluarkan hasilnya, maka dikeluarkan 1/10 daripada semuanya, jika ia menggunakan air hujan atau air yang mengalir. Dan separuh 1/10, jika baldi atau penyiram yang besar digunakan. Kemudian wali mengambilnya dan mengajukannya kepada pihak yang ditetapkan oleh Allah di atas lapan saham: Fakir, miskin, amil, muallaf, hamba, mereka yang berhutang, untuk jalan Allah dan ibnussabil. Dibahagikan secara sederhana di kalangan mereka menurut kadar yang mereka perlukan, jika ada lebihan, maka ia dikembalikan kepada wali.
Dan jika ia kurang dan tidak mencukupi untuk hajat mereka, maka wali hendaklah menolong mereka menurut kadar yang terdaya bagi memenuhi hajat mereka dan diambil baki daripada 1/10 dan dibahagikan di antara wali dan kongsi-kongsinya yang terdiri daripada pekerja-pekerja tanah, lalu diberikan kepada mereka bahagian mereka menurut perjanjian dan diambil bakinya sebagai bayaran kepada pembantu-pembantunya di atas agama Allah dan memperkukuhkan agama Islam melalui jihad di dalam berbagai-bagai bidang untuk kepentingan umum dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri sedikit ataupun banyak.
Dan baginya selepas khumus adalah al-Anfaal. Al-Anfaal adalah setiap bumi khirbah yang telah diabaikan oleh ahlinya dan setiap tanah yang tidak dikerah ke atasnya kuda atau unta, tetapi mereka telah membuat perdamaian dan mereka telah memberikan[nya] dengan tangan mereka [kepada wali], tanpa berperang. Baginya puncak-puncak gunung, perut-perut wadi, harta-harta selain daripada tanah (aajaam) dan setiap bumi yang mati tanpa pemiliknya. Dan baginya harta-harta peribadi kepunyaan raja-raja (sawaafi al-Muluak), apa yang dimiliki oleh mereka tanpa rampasan kerana barang rampasan mesti dipulangkan, beliau adalah pewaris bagi orang yang tidak ada waris, menanggung [makanan] orang yang tidak mampu.

Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah tidak meninggalkan sesuatu daripada jenis-jenis harta melainkan Dia telah membahagi-bahagikanya dan telah memberi setiap orang yang mempunyai hak akan haknya secara khusus dan umum, fakir-fakir, mereka yang miskin dan setiap jenis manusia, maka beliau telah berkata: Jika diperlakukan keadilan pada manusia, nescaya mereka telah menjadi kaya”, kemudian beliau telah berkata: Sesungguhnya keadilan adalah lebih manis daripada susu dan tidak akan melakukan keadilan melainkan orang yang layak untuk keadilan.

Beliau telah berkata: Rasulullah s.a.w telah membahagi-bahagikan sedekah penduduk padang pasir di tempat mereka dan sedekah penduduk bandar di tempat mereka dan baginda s.a.w tidak membahagi-bahagikan di antara mereka dengan sama di atas lapan saham sehingga baginda s.a.w memberi kepada penduduk setiap saham akan harganya, tetapi baginda s.a.w membahagikannya di atas kadar orang yang hadir daripada lapan jenis menurut kadar yang dinilai olehnya. Tidak ada masa yang tertentu atau temujanji. Sesungguhnya baginda s.a.w telah melakukan sedemikian menurut kadar yang dilihatnya sehingga baginda s.a.w melaksanakan hajat setiap kumpulan daripada mereka. Jika terdapat lebihan harta itu, maka mereka telah membentangkannya kepada orang lain dan al-Anfaal kepada wali.

Dan setiap tanah yang dibuka pada masa Nabi s.a.w sehingga ke akhir abad sama ada dibuka oleh ahli kezaliman atau ahli keadilan kerana dhimmah Rasulullah s.a.aw pada mereka yang terdahulu dan terkemudian adalah satu kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda: Muslimun adalah saudara, darah mereka dibela dan yang paling rendah di kalangan mereka berjalan dengan dhimmah mereka”. Dan tidak ada zakat pada harta khumus kerana mereka yang fakir telah menjadikan rezeki mereka pada harta orang ramai, maka ia di atas lapan saham, justeru, tidak ada seorangpun daripada mereka tinggal, Dia telah menjadikan fakir-fakir sebagai kerabat Rasulullah s.a.w separuh khumus, maka Dia telah memperkayakan mereka dengannya daripada sedekah orang ramai, sedekah Nabi s.a.w dan wali al-Amr.

Justeru, tidak ada fakir yang tinggal dan tidak ada fakir di dalam kerabat Rasulullah s.a.w melainkan beliau telah menjadi kaya, maka tidak ada fakir lagi. Justeru, tidak ada zakat ke atas harta Nabi s.a.w dan wali kerana tidak ada fakir yang berhajat, tetapi mereka masih mempunyai cara-cara yang harus dipatuhi.

(992)-5. Ali bin Muhammad bin Abdullah, daripada seorang daripada sahabat kami [bernama] al-Sayyaari, daripada Ali bin Asbat berkata: Manakala Abu al-Hasan Musa a.s telah datang kepada[khalifah] al-Mahdi, beliau telah melihatnya mengembalikan harta-harta yang di rampas (al-Mazalim), lantas beliau a.s telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, kenapakah harta kami (Fadak) tidak dikembalikan? Maka beliau telah berkata kepadanya: Apakah itu, wahai Abu al-Hasan? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah manakala Dia telah membuka Fadak melalui Nabi-Nya s.a.w dan memeritahkannya tanpa dikerahkan kuda dan unta ke atasnya, lalu Dia telah menurunkan di atas nabi-Nya s.a.w: “Dan berilah kepada keluarga yang terdekat akan haknya” Rasulullah s.a.w tidak mengetahui siapakah mereka, lalu baginda s.a.w telah merujukkannya kepada Jibrail dan Jibrail pula telah merujukkannya kepada Allah, maka Allah telah mewahyukan kepadanya: Barilah Fadak kepada Fatimah a.s”

Kemudian baginda s.a.w telah memanggil Fatimah a.s dan bersabda kepadanya: Wahai Fatimah, sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku supaya memberikannya kepada anda Fadak, maka beliau a.s telah berkata: Aku telah menerimanya , wahai Rasulullah daripada Allah dan daripada anda (min Allah wa-min-ka). Maka para wakilnya sentiasa berada padanya pada masa hidup Rasulullah s.a.w. Manakala Abu Bakr dilantik, beliau telah mengeluarkan para wakilnya daripadanya, lalu Fatimah a.s telah datang kepadanya dan memintanya supaya mengembalikannya (Fadak) kepadanya, maka Abu Bakr telah berkata kepadanya: Bawalah kepadaku orang yang berkulit hitam atau berkulit merah yang akan memberi saksi untuk anda tentangnya, lalu beliau a.s telah datang dengan Amir al-Mukminin a.s dan Umm Aiman, kemudian mereka berdua telah menjadi saksi untuknya.

Lalu Abu Bakr telah menulis kepada Fatimah a.s supaya meninggalkan bantahan[nya], lalu beliau a.s telah keluar dan surat bersamanya, tiba-tiba beliau a.s telah terserempak dengan Umar, lalu Umar telah berkata: Apakah bersama anda, wahai anak perempuan Muhammad? Beliau a.s telah berkata: Surat yang telah ditulis oleh Ibn Abi Qahafah, Umar telah berkata: Perlihatlah kepadaku, tetapi Fatimah a.s telah enggan, lalu Umar telah merampasnya daripada tangannya dan melihat padanya, kemudian beliau telah meludahkan padanya (tafila fi-hi), memadamkannya dan mengoyakkannya. Kemudian beliau telah berkata kepadanya: Ini juga bapa anda tidak mengerahkan kuda dan unta?

Lantaran itu, letaklah tali di tengkuk-tengkuk kami” Maka al-Mahdi telah berkata kepadanya: Wahai Abu al-Hasan, berilah sempadannya kepadaku, maka beliau a.s telah berkata: Di antara sempadannya adalah bukit Uhud sehingga ke ‘Uraisy di Mesir dan sempadan Saif al-Bahr daripada Daumah al-Jandal, maka beliau telah berkata kepadanya: Semua ini? Beliau a.s telah berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin, ini semuanya, sesungguhnya semuanya ini tidak dikerahkan oleh Rasulullah s.a.w di atas penduduknya dengan kuda dan unta, maka [khalifah] al-Mahdi telah berkata: [ini] banyak dan aku akan melihat padanya.

(993)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Al-Anfaal adalah [daripada] al Nafal dan Surah al-Anfaal adalah untuk menghancurkan kesombongan.

(994)-7. Ahmad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada al-Ridha a.s telah berkata: Beliau ditanya tentang firman Allah: “Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu perolehi, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul” Maka dikatakan kepadanya: Apa yang dimiliki oleh Allah maka ia untuk siapa? Beliau telah berkata: Untuk Rasulullah s.a.w dan apa yang dimiliki oleh Rasulullah sa.w adalah untuk imam a.s, lalu dikatakan kepadanya: Apakah yang anda lihat jika satu jenis bertambah dan jenis yang lain pula berkurangan? Beliau a.s telah berkata: Itu terserah kepada imam a.s, tidakkah anda telah melihat kepada Rasulullah s.a.w bagaimana baginda s.a.w buat? Tidakkah baginda s.a.w telah memberi[nya] menurut apa yang dilihat oleh baginda s.a.w. Begitulah halnya dengan imam a.s.

(995)-8. Ali bin Ibrahim, bin Hasyim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Jamil bin Darraj, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s bahawa beliau a.s ditanya tentang galian emas, perak, besi, plumbum (logam) dan tembaga kuning. Maka beliau a.s telah berkata: Di atasnya khumus.

(996)-9. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Jamil, daripada Zurarah berkata: Imam (a.s) membelanja, mengambil lebihan (nafal) dan memberi apa yang beliau kehendaki sebelum jatuhnya anak panah. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memerangi satu kaum, tetapi baginda s.a.w tidak menjadikan untuk mereka bahagian fai’ dan jika baginda s.a.w kehendaki, baginda s.a.w membahagikannya di kalangan mereka.

(997)-10. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada ‘Abd al-Samad bin Basyir, daripada Hakim Mu’azzin Ibn Isa berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: “Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu perolehi, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul” Maka Abu Abdillah a.s telah berkata dengan dua sikunya di atas dua lututnya, kemudian beliau telah menunjukkan dengan tangannya, kemudian beliau telah berkata: Ia, demi Allah, [adalah] kegunaan dari hari ke hari, tetapi bapaku telah menjadikan Syiahnya di dalam kelapangan supaya mereka dapat membersihkan diri mereka.

(998)-11. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada al-Hasan bin ‘Uthman, daripada Sama‘ah berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan a.s tentang khumus, maka beliau telah berkata: Pada setiap apa yang memberi faedah kepada manusia sama ada sedikit atau banyak.

(999)-12. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa bin Yazid berkata: Aku telah menulis: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, ajarlah aku apakah faedah dan hadnya menurut pendapat anda- Semoga Allah memanjangkan umur anda-anda hendaklah memberi penerangan kepadaku supaya aku tidak tinggal di atas haram, tidak ada sembahyang dan puasa untukku, maka beliau a.s telah menulis: Faedah adalah apa yang mendatangkan manfaat kepada anda di dalam perniagaan daripada keuntungannya dan tanaman selepas hutang atau hadiah.

(1000)-13. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr berkata: Aku telah menulis kepada Abu Ja‘far a.s tentang khumus, adakah aku mengeluarkannya selepas perbelanjaan makan atau sebelumnya? Maka beliau telah menulis: Selepas perbelanjaan makan.

(1001)-14. Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Sesuatu yang diperangi di atas syahadah tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah s.a.w, sesungguhnya bagi kami khumusnya dan tidak halal bagi seorangpun membeli sesuatu daripada khumus sehingga hak kami sampai kepada kami (la yahillu li-ahadin an yasytariya min al-Khums syai’an hatta yasila ilai-na haqqu-na).

(1002)-15. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada ‘Abd al-‘Aziz bin Nafi‘ berkata: Kami telah meminta izin daripada Abu Abdillah a.s dan kami telah mengutus kepadanya, lalu beliau telah mengutus kepada kami: Masuklah kamu berdua, maka aku dan seorang lelaki bersamaku telah masuk, lalu aku telah berkata kepada lelaki itu: Aku mahu anda meminta izin [ Abu Abdillah a.s] tentang satu masalah, maka beliau telah berkata: Ya, lalu beliau telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya bapaku adalah di kalangan tawanan Bani Umayyah.

Sesungguhnya aku telah mengetahui bahawa Bani Umayyah tidak [berhak] mengharam dan menghalalkan [sesuatu], sesungguhnya apa yang mereka telah lakukan sedikit atau banyak adalah untuk kamu. Manakala aku mengingati perkara itu, sesuatu telah mengganggu fikiranku, lalu beliau telah berkata kepadanya: Kamipun telah berdiri dan keluar, lalu kami telah mendahului al-Mu‘tab kepada beberapa orang yang sedang menunggu izin Abu Abdillah a.s, maka beliau telah berkata kepada mereka: ‘Abd Al-‘Aziz bin Nafi‘ telah menang dengan sesuatu, tidak ada seorangpun yang telah menang seumpamanya, dikatakan kepadanya: Apakah itu? Maka beliau telah menjelaskannya kepada mereka.

Kemudian dua orang telah datang kepada Abu Abdillah a.s, salah seorang daripada mereka berdua telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya bapaku adalah di kalangan tawanan Bani Umayyah dan aku telah mengetahui bahawa Bani Umayyah tidak mengharam dan menghalalkan [sesuatu] sesungguhnya apa yang mereka miliki sedikit atau banyak adalah untuk kamu, aku ingin anda menyelesaikan perkara ini, maka beliau a.s telah berkata: [Penyelesaian] itu kepada kami? Itu bukan untuk kami, kami bukanlah untuk menghalal atau mengharamkan [sesuatu]

Kemudian dua lelaki itu telah keluar dan Abu Abdillah a.s telah menjadi marah dan tidak ada seorangpun yang dapat berjumpa dengannya pada malam itu melainkan beliau telah memulakannya, lalu beliau a.s telah berkata: Tidakkah kamu hairan dengan polan mendatangiku, lalu beliau meminta halal daripadaku tentang apa yang telah dilakukan oleh Bani Umayyah, seolah-olah beliau melihat itu adalah hak kami!? Justeru, tidak ada seorangpun yang telah dapat berjumpa dengan Abu Abdillah a.s pada malam itu melainkan dua lelaki yang pertama itu kerana mereka berdua telah dapat[bertanya] apa yang mereka mahu.

(1003)-16. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Dhuraisy al-Kinasi berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Dari manakah zina telah masuk kepada manusia? Aku telah berkata: Aku tidak mengetahui[nya], aku telah menjadikan diriku tebusan anda, beliau a.s telah berkata: Tidak menerima khumus kami Ahlu l-Bait melainkan Syaih kami yang paling baik (syi‘atu-na al-Atyabiin), sesungguhnya ia dihalalkan untuk mereka kerana kelahiran mereka” (fa-inna-hu muhallalun la-hum li-miilaadi-him).

(1004)-17. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Syu‘aib, daripada Abi Sabah telah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Kami adalah satu kaum yang mana Allah telah memfardukan ketaatan kami, bagi kami al-Anfaal dan bagi kami harta yang bersih”.

(1005)-18. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Rifa‘ah, daripada Abban bin Taghlab, daripada Abu Abdillah a.s tentang seorang lelaki yang akan mati, tidak ada pewaris dan tuan, beliau a.s telah berkata: Beliau adalah daripada ahli ayat ini: “Mereka akan bertanya engkau tentang al-Anfaal”.

(1006)-19. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hammad, daripada al-Halabi, daripada Abu Abdillah a.s tentang harta simpanan (al-Kanz), berapakah padanya? Beliau a.s telah berkata: Khumus (1/5); dan tentang galian-galian berapakah padanya? Beliau a.s telah berkata: Khumus (1/5), begitu juga dengan logam, tembaga kuning dan besi. Dan setiap daripada galian diambil [khumus] daripadanya sebagaimana diambil [khumus] daripada emas dan perak.

(1007)-20. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamd bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Sabah al-Azraq, daripada Muhammad bin Muslim, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s telah berkata: Orang yang paling mengambil berat pada hari Kiamat adalah pemilik khumus (Sahib al-Khums), lalu beliau berkata: Wahai Tuhan, khumusku; dan sesungguhnya kami telah [memberikannya] dengan kebaikan [hati] kami kepada Syiah kami kerana kebaikan dan kebersihan kelahiran mereka”

(1008)-21. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abu al-Hasan a.s, berkata: Aku telah bertanya beliau a.s tentang hasil yang keluar dari lautan seperti mutiara, yaqut, jed, galian-galian emas dan perak? Beliau a.s telah berkata: Apabila harganya satu dinar, maka padanya khumus.

(1009)-22. Muhammad bin al-Husain dan Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ali bin Mihziyar berkata: Aku telah menulis kepadanya: Wahai sayyidi, seorang lelaki telah diberikan kepadanya harta untuk melakukan haji, adakah wajib ke atasnya memberi khumus daripada harta itu atau lebihan [daripada harta itu] di tangannya selepas melakukan haji? Maka beliau a.s telah menulis: Tidak wajib ke atasnya khumus [daripada harta itu].

(1010)-23. Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Husain bin ‘Abd Rabbi-hi berkata: Al-Ridha a.s telah memberi wang kepada bapaku, lalu bapaku telah menulis kepadanya: Adakah wajib khumus di atas wang yang anda telah berikan kepadaku? Maka beliau a.s telah menulis: Tidak wajib khumus di atas wang yang telah diberikan oleh pemilik khumus kepada anda.

(1011)-24. Sahal, daripada Ibrahim bin Muhammad al-Hamdani berkata: Aku telah menulis kepada Abu al-Hasan a.s: Sementara Ali bin Mihziyar telah membaca kepadaku surat bapa anda tentang apa yang telah diwajibkan ke atas pemilik-pemilik tanah sebanyak separuh 1/6 selepas perbelanjaan makan dan tidak wajib bagi orang yang tidak memajukan tanahnya dengan perbelanjaannya separuh 1/6 dan tidak selain daripada itu, maka ia telah berbeza di pihak kami sebelum ini tentangnya, maka mereka telah berkata: Wajib khumus di atas hartanah selepas perbelanjaan, iaitu perbelanjaan hartanah dan kharajnya dan bukan perbelanjaan seseorang dan tanggungannya, lalu beliau a.s telah menulis: “Selepas perbelanjaannya dan perbelanjaan tanggungannya dan [selepas] kharaj sultan”.

(1012)-25. Sahal, daripada Ahamd bin al-Muthanna berkata: Muhammad bin Zaid al-Tabari telah memberitahu kepadaku, berkata: Seorang lelaki daripada peniaga-peniaga Farsi dari kalangan bekas-bekas hamba Abu al-Hasan a.s meminta izin daripadanya tentang khumus, maka beliau telah menulis kepadanya:

“Bismillahi r-Rahmani r-Rahim, sesungguhnya Allah Maha Luas dan Maha Mulia telah menjamin amalan dengan pahala, kesusahan dengan kesenangan, mana-mana harta [adalah] tidak halal melainkan menurut cara yang dihalalkan oleh Allah dan sesungguhnya khumus telah menolong kami di atas agama kami, di atas tanggungan kami dan hamba-hamba kami. Justeru, janganlah kamu menjauhkannya [daripada kami] dan janganlah kamu mengharamkan diri kamu doa kami menurut kemampuan kamu kerana pengeluarannya (khumus) adalah anak kunci rezeki kamu, menghilangkan dosa-dosa kamu dan persediaan untuk kamu pada hari kamu berhajat [di akhirat kelak]. Seorang muslim akan menunaikan untuk Allah apa yang beliau telah janjikan kepadaNya dan bukan seorang muslim yang hanya menjawab dengan lidahnya dan menyalahi hatinya, wa al-Salam”.

(1013)-26. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada Muhammad bin Zaid berkata: Satu kumpulan dari Khurasan telah datang kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, maka mereka telah memintanya supaya menyelesaikan khumus untuk mereka, maka beliau telah berkata: Aku tidak akan tertipu dengannya, kamu telah menunjukkan kasih sayang dengan lidah kamu kepada kami sedangkan kamu menjauhkan daripada kami hak yang Allah telah menjadikannya untuk kami, iaitu khumus, kami tidak akan menjadikan seorangpun daripada kamu [terlepas] di dalam penyelesaian [khumus].

(1014)-27. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja‘far al-Thani a.s, tiba-tiba Salih bin Muhammad bin Sahal telah datang kepadanya. Beliau telah mengurus wakaf di Qum, maka beliau telah berkata kepadanya: Wahai sayyidi, jadilah 10, 000 [dinar] untukku di dalam penyelesaian (tanpa membayarnya) kerana aku telah membelanjakannya, maka beliau a.s telah berkata: Anda di dalam penyelesaian (anda tidak perlu membayarnya). Manakala Salih telah keluar, Abu Ja‘far a.s telah berkata: Seorang daripada mereka melompat di atas harta-harta hak keluarga Muhammad, yatim-yatim mereka, miskin-miskin mereka, fakir-fakir mereka, ibnussabi-ibnussabil mereka, lalu beliau mengambilnya, kemudian beliau datang dan berkata: Jadilah aku di dalam penyelesaian (tidak perlu membayarnya), adakah anda melihat bahawa aku berkata: Aku tidak akan menuntutnya, demi Allah, pada hari Kiamat kelak, Allah akan bertanya mereka tentangnya dengan soalan yang cepat.

(1015)-28. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hammad, daripada al-Halabi berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang ‘anbar (ambergris) dan penyelaman mutiara, maka beliau a.s telah berkata: Wajib di atasnya khumus.

0 comments:

Surah Al-Asr

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."


Demi Masa

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw

Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad saw
Allahumma solli a'la Muhammad, wa ali Muhammad

 

Design by Amanda @ Blogger Buster