Siapakah Syi'ah?
Mereka itulah golongan yang benar dan yang terpilih daripada makhluk Allah. Golongan yang berjaya yang berpegang kepada wila' Allah, RasulNya dan para imam yang suci daripada Ahlu l-Baitnya SAW. Mereka mengetahui hak para imam mereka dengan sebenar-benarnya; mengetahui orang yang memusuhi mereka. Lalu memberikan setiap mereka hak mereka pula. Mereka menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu dan tidak ada sesuatupun yang menyerupaiNya.
Mereka beriman dengan risalah Nabi yang teragong Muhammad bin 'Abdullah SAW. Mereka beriman dengan:
1. Imam Amiru l-Mukminin Abu l-Hasan Ali bin Abi Talib, al-Murtadha. (Lahir 23 tahun sebelum Hijrah, wafat 40H./601-661M)
2. Abu Muhammad Hasan bin 'Ali, al-Mujtaba (3-50H/625-670M)
3. Abu 'Abdullah Husain bin Ali, Saiyyidu sy-Syuhada' (4-61H/626-680M).
4. Abu l-Hasan 'Ali bin Husain, Zaina l-'Abidin (38-95H/658-713M)
5. Abu Ja'far Muhammad bin 'Ali, al-Baqir (57-114H/478-732M)
6. Abu 'Abdillah J'afar bin Muhammad, al-Sadiq (83-148H/702-765M)
7. Abu l-Hasan Musa bin Ja'far, al-Kazim (128-183H/745-799M)
8. Abu l-Hasan 'Ali bin Musa, al-Ridha (148-203H/732-818M)
10. Abu l-Hasan 'Ali bin Muhammad, al-Hadi al-Naqiyy (212-254H/827-868M)
11. Abu Muhammad Hasan bin 'Ali, al-Zakiyy al-'Askari (232-260H/846-870M)
12. Abu l-Qasim Muhammad bin Hasan, al-Mahdi al-Muntazar (256H/870M)
Syi'ah mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, khums, mengerjakan haji, berjuang di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka sebagaimana diperintahkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak takut kerana Allah (di atas) celaan orang yang mencela. Menyuruh perkara baik dan menegah kemungkaran. Bersegera kepada kebaikan, melakukan kewajipan dan menegah segala yang diharamkan.
Syi'ah adalah golongan yang berjaya
Sebab kejayaan golongan ini di samping apa yang telah disebutkan, ialah keistimewaannya daripada semua golongan Islam sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:"Umatku akan berpecah kepada 73 golongan semuanya ke neraka melainkan satu golongan sahaja."
Kita dapati bahawa umat Islam semuanya mengucap: La-illaha illa lah Muhammadun Rasulullah. Sekiranya kita berkata: Semuanya berjaya, nescaya kita membohongi hadith ini. Dan jika kita berkata: Semuanya binasa, nescaya kita membohongi hadith tersebut. Lantaran itu golongan yang berjaya ialah golongan yang berpegang kepada Ahlu l-Bait Rasulullah SAW. Dan dalil kejayaannya ialah wujudnya dalil-dalil daripada al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW dikedua-dua pihak Sunnah dan Syi'ah.
Lantaran itu golongan yang berjaya mesti mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh semua golongan iaitu al-Wila' (mewalikan Ahlu l-Bait AS) dan al-Bara' (membersihkan diri dari musuh Ahlu l-Bait AS). Mereka juga percaya kemaksuman para imam mereka.
Dengan nama Tuhan wahai pembaca yang insaf, mulia dan mukmin. Adakah dikatakan kepada orang seperti itu kafir, musyrik, murtad dan halal darah mereka? Dikaitkan kepada mereka dengan segala tohmahan yang penuh dengan kebatilan,pembohongan yang diciptakan dan kata-kata yang bohong dan keji sebagaimana yang telah dilakukan oleh Ibn Taimiyyah, Ibn Hajr al-Haithami, al-Qusaimi, al-Hafnawi, Musa Jarullah, Ahmad Amin, al-Jabhani dan lain-lain.
Begitu juga dengan Syaikh Nuh yang telah memberi fatwa kekafiran Syi'ah, pembunuhan mereka, perampasan harta mereka dan lain-lain. Dia mengakhiri fatwanya yang panjang dengan kata-katanya: Sama ada mereka bertaubat ataupun tidak. Lihatlah fatwanya yang ditulis oleh Imam Syarafuddin di dalam bukunya Fusul al-Muhimmah2 bab sembilan.
Tidakkah anda mengetahui wahai pembaca yang budiman apakah dosa Syi'ah? Adakah disebabkan mereka tidak mengiktiraf khilafah selain dari para imam mereka atau kerana mereka berkata: Khilafah adalah untuk mereka dari awal kerasulan Muhammad SAWAW hinggalah keakhirnya dunia. Maka dengan nama Tuhan kalian katakanlah: Adakah dosa ini menyebabkan kekafiran dan kemurtadan? La haula wala Quwwata illa bi llah.
Selepas kajian yang mendalam, kami dapati bahawa bilangan Syi'ah hari ini lebih daripada seratus juta. Dan jikalaulah mereka tidak menghadapi pembunuhan, permusuhan daripada musuh-musuh mereka, serta berbagai-bagai kezaliman dan tekanan sepanjang abad-abad yang lalu, nescaya bilangan mereka hari ini sekurang-kurangnya seribu juta. Mereka berkembang di seluruh pelusuk dunia, timur dan barat, utara dan selatan.
Kebanyakan mereka berada di dalam negara-negara Islam. Mereka menyebarkan dakwah Islam menurut mazhab mereka. Mereka telah melakukan perkhidmatan yang besar di mana orang-orang Islam bermegah dengan khidmat mereka. Buku-buku mereka melimpahi dunia sehingga tidak terhitung banyaknya. Untuk tujuan ini lihatlah buku al-Dahri'ah ila Tasanif al-Syi'ah karangan Syaikh Bazrak al-Tahrani. Dan ini merupakan sebahagian kecil daripada senarai buku-buku tersebut.
Di kalangan Syi'ah terdapat para ulama Islam, Fuqaha', Failasuf dan ahli-ahli fikir. Sultan-sultan, menteri-menteri, sasterawan-sasterawan, penyair-penyair, penulis-penulis, pakar-pakar ilmu bintang, matematik, falak, arkitek-arkitek, doktor-doktor, ahli-ahli seni dan lain-lain. Mereka memenuhi bumi Allah yang luas dengan ilmu dan amal. Mereka mempunyai pusat-pusat pengajian tinggi, masjid-masjid yang besar yang dipenuhi oleh orang-orang yang datang bersembahyang, baik di Timur mahupun di Barat. Sebagai contoh Imam al-Akbar al-Sayyid Abu l-Hasan al-Musawi al-Asfahani (RH) telah membina masjid-masjid dan madrasah-madrasah di merata tempat di dunia. Begitu juga al-Imam al-Burujurdi (RH) telah menghantar pendakwah-pendakwah ke seluruh dunia dan membina masjid-masjid di Amerika, Jerman, London dan Paris. Adakah anda benar-benar mengenali Syi'ah wahai pencaci?
Apa yang mendukacitakan ialah kami tidak dapati di dalam buku-buku sirah, dan sejarah di kalangan Ahlus Sunnah selain daripada cacian, malah pengkafiran terhadap Syi'ah secara terang-terangan. Kenapa? Sebabnya kerana mereka (Syi'ah) adalah Musyrikin! Begitulah ditulis di dalam buku al-Sawa'iq am-Muhriqah (petir-petir yang membakar) oleh Ibn Hajr al-Haithami. Semoga Allah membakar penulisnya di akhirat kelak.
Jika dikatakan kerana mereka tidak hadir sembahyang juma'at dan jama'ah, ini adalah tuduhan yang besar. Adakah harus mengkafirkan muslim yang meninggalkan juma'at dan jama'ah wahai Muslimun?
0 comments:
Post a Comment