Al-Wahidi dan al-Tha'labi meriwayatkan hadith ini dengan sanadnya al-Tha'labi menyatakan: Ketika Rasulullah SAW melihat kepada 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain beliau bersabda: Aku memerangi orang yang memerangi kalian dan berdamai dengan orang yang berdamai dengan kalian. Al-Hijazi di dalam al-Wadhih berkata: Mereka itu ialah 'Ali, Fatimah kedua-dua anak lelaki mereka berdua. Dia berkata lagi: Pengertian ini telah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang telah diterangkan oleh Allah SWT.
Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib dengan membuang beberapa sanad daripada Jabir bin 'Abdullah, berkata: Seorang badwi datang kepada Nabi SAW dengan berkata: Wahai Muhammad bentangkan ke atasku Islam. Maka dia berkata: Kami naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Dia yang Tunggal tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya. Dia bertanya: Adakah anda meminta upah dariku ke atasnya? Beliau menjawab: Tidak! Melainkan mengasihi kerabatku. Dia bertanya: Kerabatku atau kerabat anda? Beliau menjawab: Kerabatku. Dia menjawab: Sekarang aku membai'ah anda, dan bagi orang yang tidak mencintai anda dan mencintai kerabat anda, maka laknat Allah ke atas mereka. Maka Nabi SAW bersabda: Amin.....Buatlah rujukan kepada buku-buku hadith karangan Ahlu s-Sunnah wal-Jama'ah, nescaya anda akan mendapati hadith-hadith yang banyak mengenainya.
Ayatullah Mar'asyi al-Najafi di dalam Ta'liqatuhu 'Ala Ihqaq al-Haqa'iq karangan al-Sa'id al-Syahid Nur Allah al-Tastari, telah mengumpulkan hadith-hadith yang banyak dari rujukan-rujukan Ahlu s-Sunnah dengan menyebutkan perawi-perawi mereka. Begitu juga al-'Allamah al-Amini di dalam al-Ghadir.
Justeru itu rujukan-rujukan Ahlu s-Sunnah sendiri telah mengukuhkan dakwaan Syi'ah kerana terdapat hadith-hadith yang muktabar dan mutawatir tentang hak 'Ali dan keluarganya AS. Sesungguhnya kebenaran terserlah wa l-hamdulillah.
Ringkasnya, dengan ayat ini orang yang menjadi imam dan khalifah selepas Rasulullah SAW secara langsung ialah imam 'Amiru l-Mukmimin 'Ali AS. Kerana ayat tersebut membuktikan bahawa mengasihi 'Ali AS adalah wajib kerana Allah memberikan pahala kepada orang yang mengasihi kerabatnya. Oleh itu jika kesalahan berlaku daripada mereka maka kasih sayang kepada mereka wajib dihentikan kerana firmanNya di dalam (Surah al-Mujadalah(58): 22):"Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya."
0 comments:
Post a Comment