Para ulama Islam dari semua mazhab telah meriwayatkan hadith-hadith Nabi SAW tentang kelebihan 'Ali AS dan zuriatnya yang suci di dalam sahih-sahih, musnad-musnad, dan sejarah-sejarah mereka. Di sini aku perturunkan sebahagian daripadanya seperti berikut:
1. Sabda Rasululllah SAW:"Hanya orang yang ditulis (namanya) oleh 'Ali sahaja dapat menyeberangi al-Sirat."
Hadith ini telah diriwayatkan oleh Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah daripada Ibn Siman bahawa Abu Bakr berkata kepada 'Ali AS:"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Hanya orang yang (namanya) ditulis oleh 'Ali sahaja dapat menyeberangi al-Sirat."Hadith ini juga telah dicatat oleh al-Hamawaini al-Syafi'i di dalam Fara'id al-Simtin, al-Muhibb al-Tabari di dalam al-Riyadh al-Nadhirah dan al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikh dan lain-lain.
2. Ali adalah pembahagi Syurga dan Neraka.
Al-Khawarizmi telah mencatat di dalam Manaqibnya bab 16, dengan membuang sanad-sanadnya daripada 'Ali bin Abi Talib AS. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:"Wahai 'Ali! Sesungguhnya anda adalah pembahagi Syurga dan Neraka. Dan sesungguhnya anda akan mengetuk pintu syurga kemudian akan memasukinya tanpa hisab."
3. Sekiranya manusia bersepakat mencintai 'Ali AS necaya Allah tidak menjadikan neraka.
Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah daripada al-Hamdani al-Syafi'i daripada Umar bin al-Khattab berkata:"Nabi SAW bersabda:"Sekiranya manusia bersepakat mencintai 'Ali AS, nescaya Allah tidak akan menjadikan neraka."Hadith ini juga dikutip oleh al-'Allamah al-Askari di alam Maqa al-Imam Amiru l-Mukminin 'anda al-Khulafa', daripada Umar bin al-Khattab dan sahabat-sahabat yang lain. Al-Khawarizmi di dalam Maqtal al-Husain telah meriwayatkan hadith ini daripada Ibn 'Abbas. Dan Muhammad Salih al-Hanafi di dalam al-Kuakab al-Duriyy daripada Umar bin al-Khattab.
4. 'Ali adalah yang paling akrab kepada Rasulullah SAW.'
Hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Khawarizmi dengan sanadnya daripada Sya'bi berkata:"Abu Bakr melihat kepada 'Ali bin Abi Talib secara berdepan dan berkata: Siapa yang ingin melihat orang yang paling akrab kepada Rasulullah SAW, paling tinggi kedudukannya, dan paling tinggi di sisi Allah SWT, hendaklah dia melihat kepada lelaki ini dan dia mengisyaratkan kepada 'Ali bin Abi Talib kerana aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:'Dia ('Ali) bersifat kasih sayang kepada orang ramai...."
Hadith ini juga telah dikutip oleh al-Muttaqi al-Hindi al-Hanafi di dalam Kanz al-'Ummal10 dan Muhibb di dalam al-Riyadh al-Nadhirah.
5. 'Wahai 'Ali! Tangan anda pada tanganku, anda memasuki syurga bersamaku.'
Al-Muhibb al-Tabari dalam Dhakha'ir al-'Uqba telah menerangkan hadith ini daripada 'Umar bin al-Khattab. Al-Muttaqi al-Hindi dalam Kanz al-Ummal, al-Khanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib dan lain-lain.
6. 'Ali di sisiku sepertilah kedudukanku di sisi Tuhanku.'
Hadith ini telah diriwayatkan oleh Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah, Muhibuddin al-Tabari al-Syafi'i di dalam Dhakha'ir al-'Uqba, dan al-Riyadh al-Nadhirah dan lain-lain.
7. 'Sesungguhnya Allah telah menjadikan untuk saudaraku 'Ali bin Abi Talib kelebihan yang tidak terhitung.'
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib dengan sanadnya daripada Imam Ja'far al-Sadiq daripada 'Ali bin Husain daripada bapanya Amirul Mukminin 'Ali AS berkata:"Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah jadikan bagi saudaraku 'Ali bin Abu Talib kelebihan-kelebihan yang tidak terhitung banyaknya." Dan Umar berkata:"Rasulullah SAW bersabda:"Sekiranya laut menjadi dakwat, pokok-pokok menjadi pena, manusia menjadi kitab dan jin menjadi hisab, nescaya mereka tidak dapat menghitung kelebihan anda wahai Abu l-Hasan."
8. 'Aku berdamai dengan orang yang berdamai dengan penghuni khemah ini ('Ali, Fatimah, Hasan dan Husain).'
Al-Khawarizmi di dalam Manaqib19nya telah meriwayatkan hadith ini dengan sanadnya daripada Yunus bin Sulaiman al-Tamimi daripada bapanya daripada Zaid bin Yathi' dia berkata: Aku mendengar Abu Bakr berkata: Rasulullah SAW bersabda: 'Aku berdamai dengan orang yang berdamai dengan penghuni khemah ini, berperang dengan dengan orang yang berperang dengan mereka, memuliakan orang yang memuliakan mereka, dan memusuhi orang yang memusuhi mereka. Tidak mengasihi mereka melainkan orang yang bahagia dan baik peranakannya. Dan tidak membenci mereka melainkan orang yang celaka dan buruk peranakannya.' Hadith ini juga telah dicatat oleh Abdullah bin al-Hanafi di dalam Arjah al-Matalib. Aku berpendapat: Hadith ini dinamakan hadith al-Kisa' telah diriwayatkan dengan lafaz-lafaz yang bermacam-macam oleh ulama Ahlu s-Sunnah.
9. 'Kami Ahlu l-Bait tidak boleh dibandingkan dengan orang lain.'
Hadith ini telah diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah daripada Mawaddah al-Qurba karangan al-Hamdani al-Syafi'i. Dia mengeluarkan sanadnya daripada Abu Wa'il daripada 'Ibn Umar dia berkata: Apabila kami berbicara tentang darjat sahabat-sahabat Nabi SAW, kami berkata: Abu Bakr, Umar dan Uthman. Seorang lelaki bertanya: Wahai Abu 'Abdu r-Rahman, apakah kedudukan 'Ali? Dia menjawab:'Ali adalah daripada Ahlu l-Bait tidak boleh dibandingkan beliau dengan orang lain, kerana beliau bersama Rasulullah SAW di dalam ketinggian darjatnya sebagaimana firmanNya (Surah al-Tur(52): 21):"Dan orang -orang yang beriman dan anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan. Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka."Justeru itu Fatimah adalah bersama Rasulullah di dalam ketinggian darjatnya dan 'Ali adalah bersama mereka berdua.
0 comments:
Post a Comment